Sepi sendiri aku disini...
Hidupku sepi...
Kosong....
Penuh dengan kesedihan dan kesuraman...
Entah...,
Aku sendiri tak mengerti....
Kenapa hidupku begini...
Ceria, tawa, riang hanya seketika..
Tapi..
Tangis bertahun-tahun lamanya...
Sukar rasanya untuk aku tersenyum dan ketawa dengan erti kata yang sebenarnya...
Kerana selama ini senyum ku penuh dengan kedukaan yang tersembunyi...
Tapi kini aku telah mengerti, bahawa hidup ini...
Penuh onak ranjau berduri...
Masih banyak persimpangan yang perlu aku tempuhi...
Masih jauh perjalanan hidup ini perlu aku lalui...
Masih ramai orang yang harus aku jumpai dan aku kenali..
Masih banyak halangan,dugaan dan cubaan harus ku hadapi...
Oleh itu, aku perlulah..
Menjadi insan yang lebih tabah...
Menjadi seorang DEWASA yang tak mudah menggelabah...
Menjadi insan yang tak mudah melatah...
Menjadi manusia yang lebih sabar, tenang dan tabah
Menjadi orang yang gigih dan tak mudah menyerah kalah...
Menjadi insan yang lebih rasional, matang dan berfikiran luas...
Menjadi manusia yang sentiasa memandang kehadapan...
Menjadi insan yang sentiasa berfikiran positif...
Dengan ini barulah...
Kejayaan itu milikku yang hakiki...
Kemudian barulah aku akan lebih bahagia dan tersenyum riang gembira selamanya...
Nota:- Puisi ini adalah ilham sepenuhnya pemilik blog ini(http://merpatiputih88.blogspot.com).Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali.Hak Cipta Terpelihara.Gambar hanyalah hiasan, diperolehi daripada Google Image.
2 comments:
pandai betol mengarang puisi.,pernah masuk apa2 pertandingan ke? sayembara ke?
thans ye..prnah mase zaman skolah rendah dlu..masuk ptandingan bercerita, bersajak,bersyair & syarahan..tpi peringakt kelas & persatuan jer..xpnah lgi smpai wakil sekolah ke ape..start sekolah menegah dah xmasuk ape2 ptandngan, pendam jer ilham tue..dah ade blog nie bru nak publish..uhuhuhuhu..
Post a Comment