Pertama sekali, Maaf sebab dah lama sangat tak aktif update blog macam masa awal-awal saya berblogging dulu...Saya tak nak janji lebih-lebih... Tapi saya rasa saya akan cuba sedaya upaya untuk aktif semula update blog ni macam dulu-dulu... InsyaAllah jika diberi kesempatan dan kelapangan... Sebab nilah yang saya minat, menulis memang hobi saya sejak dari zaman kanak-kanak lagi...
Keduanya, Di kesempatan ini saya ingin merakamkan rasa prihatin dan simpati dari lubuk hati yang terdalam kepada semua mangsa-mangsa, keluarga dan sanak saudara mangsa-mangsa, serta sahabat-sahabat mangsa-mangsa semua tragedi yang berlaku sepanjang tahun 2014 yang lalu iaitu : MH370, MH17, Palestine, Syria, Banjir di Malaysia , QZ8601 dan lain-lain... Doa dan harapan saya sentiasa bersama anda semua... Buat yang telah pergi, semoga semua roh mereka di cucuri rahmat...Al-Fatihah... Buat yang masih hidup, kehidupan ini mesti perlu diteruskan walaupun apa jua rintangan yang kamu hadapi... Kuatkan lah semangat, cekalkan hati, tabahkan jiwa kerana esok masih ada... Setiap masaalah pasti ada jalan penyelesaiaannya... Setiap apa yang berlaku pasti ada sesuatu hikmah yang tersembunyi..Mungkin, ini semua adalah isyarat dari-Nya agar kita sentiasa mengingati-Nya dan kembali kepada fitrah hidup sebagai khalifah di muka bumi ini... Percayalah, dunia ini hanyalah sementara, akhirat jua yang kekal abadi... Apabila kita telah tiada kelak semua harta benda, wang ringgit, keluarga, sahabat handai pasti akan kita tinggalkan.. Doa saya semoga kamu semua berada dalam keadaan sihat sejahtera semuanya, dimurahkan rezeki hendaknya, serta tabah dan sabar sentiasa... Jangan berhenti berdoa kepada Allah SWT, kerana hanya kepada Allah SWT lah tempat kita bergantung harap dan meinta pertolongan...
"If Allah bring you to it, He will bring you through it...
Allah is always there for you."
Allah is always there for you."
"In Happy moments, praise Allah...
In Difficult moments, seek Allah...
In Quiet moments, worship Allah...
In Painful, moments trust Allah...
In Every moment, thank Allah..."
"If what's ahead scares you, and what's behind hurts you,
Then, always remember that Allah will never fails to help you... "
"Allah didn't bring you this far to leave you... He is trying to increase your faith, to bless you more in your life.."
Ketiganya, Selamat Tahun Baru 2015 Masihi... Semoga segala impian dan cita-cita awak semua tercapai dan terlaksana... Semoga awak semua dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, bahagia dan ceria sentiasa, serta semoga tabah dan sabar dalam menempuh segala macam perkara yang berlaku dalam tempoh 365 hari sepanjang tahun 2015 ini...
Akhir sekali, Salam sayang dari saya buat kamu semua pembaca dan rakan-rakan blog saya ...
Jumpa Lagi..! :) ;)
1 comment:
Selamat tahun baru. Semoga tahun 2015 dpt terbang lebih tinggi lagi.
Papaglamz singgah sini sambil2 follow nak terbang. Hehehe
Post a Comment