Dua minggu lalu...
Aku bermimpi aku sedang membaca surah Yassin..
Lalu aku ditegur oleh seorang guru..
Dia berkata kepada ku:
" Takkan kamu hanya mahu membaca surah ini sahaja setiap hari? Bagaimana dengan surah-surah yang lain? Adakah kamu mahu membiarkan ia sahaja?"
Lalu di dalam mimpi itu aku berkata kembali kepadanya:
"Saya kurang masa, hanya ini sahaja yang sempat menjadi amalan saya setiap pagi selepas solat subuh dan sebelum pergi kerja... Surah-surah yang lain itu akan saya baca seminggu tiga kali atau paling kurang sekali dlaam seminggu..."
"Bukankah dulu kamu rajin menelaah dan mengaji Al-Quran itu? Bukan kah dulu kamu pernah bercita-cita mahu menghafaz nya jika punya kesempatan? Bukankah dulu kamu berjanji akan membacanya dan menjadikannya amalan tanpa sebarang alasan, tanpa jemu..?"
Aku hanya tunduk sahaja...
"Bacalah...., fahamkanlah dan amalkan lah apa yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran ini.. Nanti hidup kamu tidak akan sia-sia..."
Aku tersedar dari mimpi ketika itu malam jumaat jam 2.30 pagi.. Air mata ku berlinangan... Aku segera berwudhu' dan terus mengaji Al-Quran itu... Ya, memang aku akui aku rajin membaca Surah Yassin selepas solat subuh setiap hari... Tapi aku hanya membuka dan mengaji Al-Quran itu dalam seminggu cuma tiga kali atau paling kurang cuma sekali sahaja... Betapa culasnya aku.. Majalah dan akhbar boleh ku baca, novel boleh kutatap... Tapi aku culas dalam melaksana janjiku yang dulu... Ya, dulu di usia remaja aku rajin mengaji Al-Quran itu setiap hari, walaupun ketika itu aku sibuk juga dengan hal pelajaran / kerjaya... Kini aku menjadikan alasan penat dengan kerjaya sebagai alasan... Betapa berdosanya aku...
Dan pada pagi khamis semalam,anai-anai telah memakan sedikit demi sedikit Al-Quran ku yang ku letak di atas meja belajarku (anai-anai itu, tidak makan semua)...
Air mata aku berjuraian lagi pagi ini...
Betapa aku telah melupakan janji-janji ku dulu untuk membaca nya setiap hari ...
Aku telah lupa janjiku dulu untuk mencuba dan berusaha menghafaznya...
Kini ia telah terbukti di depan mataku sendiri...
Air mataku berjuraian lagi...
Mengenangkan apakah akan berlaku kepada diri ku ini...
Andai kata satu hari nanti kiamat akan berlaku seprti mimpi ku dulu...
Adakah aku sudah bersedia..?
Adakah aku sudah bersedia untuk mati..?
Jika berlakunya kiamat apakah yang akan berlaku kepada ku?
Sedangkan aku ini belum lagi menghafaz 30 juzuk Al-Quran itu...?
Air mataku terus-terusan bercucuran....
Bila mengenangkan aku ini masih punya mata, telinga dan lidah yang sihat... Maka mengapa tidak aku gunakan nikmat yang telah Allah SWT beri kepadaku ini untuk menghafaz Al-Quran itu...? atau paling tidak membacanya setiap hari sebagai amalan...?
Peristiwa pagi khamis semalam cukup menyedarkan aku bahawa, kita hidup sebagai manusia ini haruslah gunakan usia muda kita sebaiknya.. dan gunakanlah nikmat panca indera serta akal yang telah kita miliki ini sebaik-baiknya..
Mulai saat ini, aku berjanji dan berazam pada diriku akan menjadikan Al-Quran itu sebagai amalan setiap hari dan bukannya seminggu sekali, dua kali atau tiga kali sahaja...
Dan mulai saat ini aku berjanji bahawa akan aku usahakan untuk menghafaz Al-Quran itu apa yang termampu olehku ...
Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini...atas segala kekhilafan dan kesilapan yang telah hamba lakukan dan atas ke culasan hamba dalam melaksanakan janji-janji hamba kepada-Mu..Ya Allah Janganlah matikan hamba dalam keadaan yang sia-sia... Ya Allah peliharakanlah iman dan akidah hamba kekal dalam jalan lurus-Mu.. Ya Allah bimbingilah hamba selalu... Ya Allah ampunilah segala dosa hamba-Mu ini dan lindungilah hamba dari api neraka...Amin...
Aku berharap, satu hari nanti aku akan menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah...
Untuk mencapai cita-cita ku itu, aku haruslah mula berubah dari sekarang... bermula dengan diriku sendiri...
Mulai saat ini aku berjanji akan menjadikan Al-Quran bukan sahaja sebagai sumber bahan bacaan dan rujukan aku setiap hari tapi ia juga sebagai amalan dalam setiap aspek kehidupanku...
Semoga aku kekal istiqomah...
Semoga Allah permudahkan cita-cita ku ini...
No comments:
Post a Comment