Bagaimana rasanya jika kita menanti ahli keluarga atau sahabat untuk tiba dengan selamat, tapi dikhabarkan pula mereka semua hilang bersama kenderaan yang dinaiki...?
Bagaimana rasanya menanti dan terus menanti dengan penuh debaran...
Masih mengharapkan keselamatan semuanya tapi semua itu masih belum pasti... :(
Sayu hati ini melihat gambar di atas...:'(
Tidak dapat ku bayangkan jika diri ini berada disituasi mereka... T___T
Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu (8.3.2014) dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Namun hingga kini masih belum mendarat dipanagan terbang yang sepatutnya... Ketibaanya masih lagi dinantikan dengan penuh debaran diselubungi kesedihan...
Pesawat ini membawa 239 penumpang dari 14 negara berbeza...
China: 152 orang termasuk seorang bayi
Malaysia: 38 orang
Indonesia: 12 orang
Australia: 7 orang
Perancis: 3 orang
Amerika Syarikat: 3 orang termasuk seorang bayi
New Zealand: 2 orang
Ukraine: 2 orang
Kanada: 2 orang
Rusia: 1 orang
Itali: 1 orang
Taiwan: 1 orang
Netherlands: 1 orang
Austria: 1 orang
Malaysia: 38 orang
Indonesia: 12 orang
Australia: 7 orang
Perancis: 3 orang
Amerika Syarikat: 3 orang termasuk seorang bayi
New Zealand: 2 orang
Ukraine: 2 orang
Kanada: 2 orang
Rusia: 1 orang
Itali: 1 orang
Taiwan: 1 orang
Netherlands: 1 orang
Austria: 1 orang
Untuk rujukan senarai nama lengkap penumpang dan krew yang berada dalam pesawat MH380 Rujuk laman web ini:
Namun.... Sehingga saat ini tiada sebarang khabar berita kapal terbang ini ditemui...
Jadi kita tunggu sahaja berita terkini (Jangan sebarkan khabar angin melainkan ianya benar dari sumber yang sahih dan pasti, jangan main copy paste saje..)...
Harap berita yang kita nanti itu adalah berita yang baik..
Marilah sama-sama kita doakan perkara yang baik-baik dan doakan keselamatan semua yang berada dalam kapal terbang ini...
Ketepikan lah soal kewarganegaan, keturunan, bangsa etc..
Kerana mereka semua manusia... kita juga manusia...
Tunjukkanlah rasa simpati dan empati kita..
Bantulah mereka (jika kita punya keupayaan untuk membantu), namun jika sebaliknya doakanlah mereka semua..
Janganlah berkata-kata yang buruk-buruk mengenai berita ini...
Janganlah berita sedih dan menyayat hati ini dijadikan bahan lawak atau jenaka...
Janganlah sebarkan khabar angin yang sekadar copy paste dari sumber yang entah dari mana..
Jangan buat spekulasi / andaian sendiri, jangan kaitkan dengan politik etc..
Janganlah berita ini dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa nahas kapal terbang terhempas / hilang..
Kerana itu semua boleh membuat hati yang sedang bimbang semakin risau, semakin sedih dan seamkin terluka...
Tolonglah hormati perasaan keluarga dan sahabat handai mereka..
Bayangkan jika di dalam kapal terbang itu ada nyawa yang kita kenal, saudara kita, rakan kita etc..
Apa perasaan kita bila berita kemalangan itu dijadikan bahan lawak jenaka,
pasti marah sedih dan terkilan bukan?
Jangan tuding jari salah kan sesiapa / kapal terbang tu...
Dan dimasa ini bukanlah masanya untuk mencari salah siapa, siapa yang punca, siapa yang cuai etc...
Sebab ini bukan masanya mencari salah, tapi kita perlu bersatu hati dan tenaga untuk menyelesaikan masaalah..
Dan ini adalah masanya untuk mencari dan menyelamat pesawat ini bersama penumpang-penumpang dan anak kapalnya..
Hendaklah kita terus berdoa dan berdoa agar pesawat MH370 ini dijumpai..
Sama-sama kita doakan pesawat MH370 bersama semua yang menaikinya selamat...
Sumber rujukan untuk kamu dan saya:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RakyatMalaysiadananakkapalMH370KL-Beijing/Article?mutakhir
1 comment:
#prayforMH370 sis
Post a Comment