Translate

Sunday, June 3, 2012

Jangan Pernah Ada Benci Atau Dendam Di Hati...

Benci...

Adalah apabila kamu sangat tidak suka akan seseorang itu. Benci boleh wujud dengan bersebab contohnya perangai,perbuatan  atau penampilan dia yang buat kamu rasa menyampah + meluat, atau mungkin saja ia boleh terjadi tanpa perlu ada sebab. Perasan benci juga boleh timbul apabila kamu rasa marah + sangat geram dengan dia. Perasaan benci juga boleh di difinisikan apabila kamu tidak suka kepada sesuatu atau seseorang dengan atau tanpa bersebab. Ia juga boleh terjadi dalam perhubungan persahabatan / percintaan akibat dari hasutan-hasutan jahat atau dari keadaan sekeliling yang menjadi faktor kamu bencikan seseorang itu.


Dendam...

Adalah apabila kamu berasa marah, geram dan tidak boleh untuk memaafkan kesilapan/ kesalahan seseorang itu. Kamu juga gagal untuk melupankn kesilapannya itu lantas kamu berasa tidak berpuas hati lalu kamu bertekad untuk merencanakan sesuatu untuk mebalas balik perbuatan jahatnya itu secara sama dengann apa yang kamu rasa atau dengan lebih teruk lagi. Pada pendapat kamu, kesalahan tidak boleh dimaafkan hanya dengan kata-kata maaf semata-mata. Orang yang bersalah haruslah dihukum semula dengan apa yang dibuatnya itu. Kamu akan berasa tidak tenang dan tidak tenteram jika tidak membalas dendam terhadapnya, kamu rasa sangat seronok dan bahagia jika dapat melihat dirinya menderita + sengsara.


Mengapakah mesti ada sikap-sikap seprti ini..? Sudah lupakah kamu bahawa tiada manusia biasa yang sempurna dan tiada manusia biasa yang tidak pernah melakukan kesilapan. Mungkin benar bukan mudah memaafkan kesilapan seseorang itu. Tapi, jika kamu enggan memaafkan kesilapannya bukankah lebih baik kamu mengambil tidakan undang-undang sahaja terhadap dirinya daripada kamu sibuk mahu membalas dendam pula..? Mungkin kamu pula yang akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati kerana membunuh orang atas sebab dendam kamu itu..! Bukankah dengan memaafkan maka jiwa kamu akan jadi aman, hati kamu akan jadi tenteram dan damai sahaja. Tidaklah 24 jam dalam sehari kamu sibuk merencana cara bagaimana mahu membalas dendam! Bukankah lebih baik waktu itu digunakan untuk kamu mengejar cita-cita menjadi seorang yang berguna di dunia dan di akhirat nanti..Jadi jangan bazirkan detik waktu yang kamu ada ini dengan perasaan-perasaan benci dan dendam ini. Bukanhak hidup bertolak ansur serta saling memaafi antara satu sama lain itulah yang terbaik...? Jadi berfikirlah dahulu sebelum kamu bercadang mahu membenci atau berdendam ...



Sayang-menyayang kita sesama insan, kerana kita semua manusia, perlu ingat kita semua berkongsi langit dan bumi yang sama. Walaupun kamu benci dia tapi kamu dan dia masih duduk di bumi yang sama! Jadi tak mustahil esok-esok dia yang kamu benci dan musuhi itulah yang menolong kamu pula...Kita hidup nie tak lah lam, setiap yang hidup pasti akan mati jua..Jadi mahukah kita habiskan sisa-sisa hayat kita dengan berdendam, bermusuh , saling membenci sepanjang masa...? Jadi renung-renungkanlah dan berfikirlah sebelum berazam untuk membenci seseorang atau memasang dendam kesumat...


P/s: Entry adalah cetusan idea dari penulis blog ini  semata-mata...Kredit gambar google image...

P.P/s: Salam ukhwah sahabat semua...Maaf kerana sudah agak lama tak coretkan sesuatu di sini..Sebenarnya rasa rindu nak menulis secara aktif, namun apakan daya masa tak mengizinkan..Sekarang saya tengah berkursus induksi umum selama dua minggu iaitu hingga 9 jun nanti, jadi itulah sebabnya kenapa blog ini sekaan bersawang. InsyaAllah jika ada kelapang nanti saya akan BW ke blog-blog kamu pula ye...ehehehhehe.. (^_____^)



4 comments:

YattAkasah said...

yatt prnh gak bnci at org..tapi tak bole nk bnci selamanyaa

Cik Ecah said...

memaafkan itu sifat yg sangat mulia :)

smg sy tidak jadi org yg berdendam...AMIN....

ctk said...

ct pon dulu2 selalu duk pikir cmne nk balas dendam, tp bila pikir banyak2 kali, ase cm membazir waktu je...lain lah lau betul2 nk jd penjenayah..hehehe...

lebih baik truskan hidup dn hadapi masa depan....pengalaman dulu jdkn pengajaran :)

Namee Roslan said...

tapi saya ada masalah di mana saya tak boleh nak berbaik dengan org yg fitnah saya. :(

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...