Translate

Thursday, August 11, 2011

Resepi: Mee Hun Sup...

Bahan-bahannya:
1 bungkus mee hun cap gajah-rendam
1 ekor ayam di potong kecil (di potong macam masak tomyam)*
1 kg udang
1 kg sotong
2 batang carrot
kubis panjang-sebelah)**
4 biji bawang besar merah -dikisar
6 ulas bawang putih -dikisar
3 cm halia -dikisar
2 batang kayu manis - rempah tumis
3 kuntum bunga lawang - rempah tumis
3 kuntum cengkih - rempah tumis
Air secukupnya
2 sudu serbuk lada putih
Garam dan ajinomoto- secukup rasa
Daun sup, daun bawang dan bawang goreng secukupnya
Lada jeruk / sambal kicap


Cara-cara membuat kuahnya:
1. Udang di basuh bersih dan ditoskan . Sotong di buang hitamnya dibasuh bersih dan ditoskan, dipotong tiga. Ayam diabsuh bersih dan ditoskan
2. Carrot dipotong bulat-bulat kemudian bentukkan bunga kemudian dibasuh dan toskan.
3. Kubis dipotong seperti biasa dan di basuh dan toskan.
4. Panaskan minyak  ke dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan yang telah di kisar bersama rempah tumis.
5. Kemudian masukkan udang, apabila udang telah bertukar warna barulah masukkan sotong. Apabila sotong telah ½ masak masukkan pula ayam.
6. Lalu masukkan pula air secukupnya. Masukkan garam dan ajinomoto serta serbuk lada putih .
7. Apabila kuah telah mendidih agak lama, masukkan pula carrot dan batang kubis.
8. Apabila telah hampir siap masukkan pula daun kubis. Rasa apa yang kurang.
9. Matikan api. Anggaran masa memasak lebih kurang 35 minit.


Cara penyediaan mee hun:
1. Didihkan air panas 1 cerik penuh tutup api dan angkat.
2. Mee hun yang telah direndam ditoskan, lalu dimasukkan kedalam periuk . kemudian jiruskan dengan air panas yang telah didihkan tadi. Lalu toskan ke dalam tapis dan dijiruskan dengan air paip sejuk bersama-sama.


Penyediaan untuk menghidang:
Masukkan mee hun kedalam mangkuk kecil masukkan kuahnya. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Mee ini juga boleh dimakan bersama lada jeruk atau sambal kicap.


* ayam boleh diggantikan dengan 1 kilo daging yang telah dicuci bersih,direbus, dipotong nipis dan ambil air rebusannya untuk membuat kuah.
**kubis panjang boleh digantikan dengan sawi

~Ini makanan Fav. saya...simple jer kan resipi dia..? Resipi dari emak yang tersayang (^___^)..kalau bulan puasa macam nie sekurang-kurangnye sekali mesti masak mee hun sup nie...

6 comments:

Pak Pis said...

pak pis tak suke mee hun sup...pak pis suke mee hun yang biase tu...warne merah kurang merah tu...

Hana Soffelia said...

Hana pun suka meehun sup. dap! ^_^

Amni said...

ni pun makanan fav saya dear.. senang ker kan resepinya... lagi suka mee hun soup dari mee kuning tu...

Solihin Zubir said...

beli kt kedai lg simple.. haha.. ;-p

nelly said...

nyum2 ...tajuk je buat nely terbayang makanan !
:p

Terbang Bersamaku said...

Pak Pis :- owh pualk dah...sy suka mee hun sup, sbb ade kuah..=)

Hana Soffelia:- hehehee...tau takpe..

Amni:- Yup,memang sgt smple cara nak buatnya.. samalah kita...sy pun tak suka mee kuning...

Solihin Zubir:- ehehe..utk org bujang, beli kat bazar lgi simple..tapi, masak sendir lagi best sbb boleh mkn banyak kali dan lagi jimat...=)

nelly:- ehehe..sabar2...kejap lagi dah nak masuk waktu berbuka..=)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...