Translate

Monday, February 14, 2011

Katakan Tidak Pada Valentine Day



        Seperti yang kita ketahuai setiap tahun pada 14 February adalah merupakan tarikh hari memperingati kekasih hati. Tapi Tahu kah kita bahawa sebagai umat Islam adalah dilarang sama sekali untuk meraikannya..Kerana ianya adalah adat yang di sambut oleh orang barat. Rasanya adalah sangat tidak wajar bagi kita untuk mengikuti budaya mereka. Saya enggan bercerita tentang sejarah hari valentine, rasanya kamu semua boleh mencarinya sendiri atau pun mungkin kamu pernah terbaca artikel-artikel di surat khabar atau majalah mengenai sejarah awal sambutan hari kekasih ini. Jika kamu sudah membaca sejarah awal sambutan hari valentine pasti kamu akan lebih memahami mengapa umat Islam adalah dilarang untuk meraikannya. Majlis fatwa kebangsaan juga memfatwakan bahawa umat Islam adalah di haramkan dan dilarang bagi meraikan hari valentine ini.



     Hari valentine ini juga akan menggalakkan berlakunya pembaziran. Iaitu dengan meraikannya di tempat-tempat yang mewah dan membelikan hadia-hadiah, bunga, coklat dan sebagainya. Paling penting sekali sambutan hari valentine ini akan mengalakkan muda mudi melakukan perkara-perkara ke maksiatan dan seterusnya terujumus melakukan penzinaan. Setiap tahun pada sambutan hari kekasih pasti ramai pasangan yang ditangkap kerana berkhalwat dan melakukan perbuatan yang tidak bermoral.




Di hari meperingati kekasih ini jugalah biasanya banyak parti-parti di anjurkan, ianya semestinya megalakkan arak dan dadah secara berleluasa. Paling penting pada hari ini jugalah, si jejaka yang berhidung belang aka buaya ini akan menggoda si gadis bagi di tiduri bagi melakukan perbuatan seks (zina). Pada masa ini juga perbuatan seks rambang (bertukar-tukar pasangan zina) adalah sangat-sangat berleluasa. Oleh tu ianya juga telah mengalakkan penyebaran virus HIV / Aids dan penyakit-penyakit berjangkit yang lain.Sembilan bulan kemudian pasti ramai bayi-bayi yang tidak berdosa dilahirkan dan dibuang begitu sahaja tidak kira sama ada dilongkang, di sungai, di tandas atau di mana sahaja. Kemana perginya nilai kemanusiaan? begini kah caranya memperingati kekasih hati...? 

Bagi gadis-gadis di luar sana, saya ingin berpesan..Tolong jangan dermakan dara anda pada pasangan anda tue..kerana dia tidak berhak ke atas anda, yang berhak hanyalah suami anda. Sayangilah diri anda melebihi menyayangi dirinya yang belum pasti menjadi milik anda..! Pastiakan Cinta anda kepada Tuhan Yang Maha Esa adalah melebihi daripada cinta anda kepada manusia dan perkara-perkara yang lainnya..


PS:- Esok merupakan Hari Keputeraan Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W..Jadi Wajarkah sambutan hari valentine ini diraikan bagi umat Islam? Seharusnya kita lebih menyintai dan menghargai segala jasa dan pengorbanan yang tak terhingga Nabi Muhammad S.A.W kepada kita umatnya. Kekasih hati belum pasti lagi menjadi milik kita, sekiranya dia bersama kita hari ini belum tentu hubungan kita akan berkekalan. Maka cintailah Tuhan, Agama dan Diri Sendiri lebih dan mendahului daripada cinta kepada kekasih hati..

No comments:

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...