Translate

Saturday, February 19, 2011

Hentikan Penderaan Terhadap Wanita..Lindungilah Mereka...

Isu nie dah lama...
Tapi persoalannya kenapa di zaman modern lagi canggih nie masih lagi berlaku kes-kes macam nie..?
Bukan ke wanita nie golongan yang lemah dan seharusnya di lindungi dan di sayangi..?
Tak seharusnya seorang lelaki memukul atau mencederakan  seorang wanita..
Kerana sememangnya wanita bukanlah lawan gaduh bagi seorang lelaki...
Persoalannya kenapa ye golongan wanita yang kene dera nie tak nak buat report..?
Mudah sangat percaya janji-janji manis si pendera yang kejam tue yang dia nak berubah..?
Mudah sangat terpujuk bila si pendera tue cakap.."Dear, I'm sorry..I didn't meant to hurt u..I'm still love u..I swear it won't happend again...belive me sayang..."
Mungkin juga mereka enggan membuat aduan kerana sayang kan rumah tangga mereka, malu untuk turun naik mahkamah, tak mahu mencermarkan nama baik kedua-dua belah keluarga, masih sayang at si pendera, takut jadi janda, kesiankan nasib anak-anak jika si pendera di penjara..
Ada juga sesetengah kes yang berlaku orang sekeliling yang memberi nasihat yang salah iaitu :-"Sabarlah, dia pasti akan berubah..susah kalau turun naik mahkamah nie..kesiankan anak-anak tue.."

Wanita juga ada yang sanggup menutup mata, telinga dan mulut  iaitu enggan membuat sebarang aduan ke pihak berkuasa...
Bukan sebab mereka tak tahu hak mereka, tetapi sebab sayang dan mungkin sebab perkara-perkara tadi...
Menutup mata mereka dari melihat kebenaran dan enggan menilai yang si pendera adalah oang yang jahat. Masih melihat si pendera sebagai orang yang patut di sayangi dan di hormati...(?????)
Menutup telinga merea dari mendengar nasihat-nasihat orang sekeliling tentang hak-hak mereka yang telah di abaikan dan masih enggan membuat laporan polis..

Akhirnya..mereka akan terus-terusan didera dan di seksa..tak kira sama ada dari segi fizikal, mental ataupun seksual...
Kemudian setelah mereka pendam segala apa yang mereka alami, mereka berkemubgkinan besar akan mengalami deeprssion ataupun gila (iaitu hilang pertimbanagan akal yang waras)...maka seterusnya mereka akan mendera atau melampiaskan segala kekusutan dan ketidakpuashatian itu terhadap anak-anak mereka yang tidak berdosa..(kes macam nie dah berlaku pun)

"Sesungguhnya seseorang wanita itu di ciptakan dari tulang rusuk kiri lelaki, bukanlah untuk di dera kerana merea lemah..tetapi dekat dengan hati untuk di sayangi dan di cintai, dekat dengan tangan untuk di lindungi..."

Nota:- Ini hanyalah 100% pandangan peribadi pemilik blog ini terhadap isu ini..gambar-gambar yang di paparkan hanyalah hiasan.

PS:- sekiranya anda sedang di dera sila buat laporan dengan segera...
        Jika anda berada di Malaysia sila hubungi Talian Nur:- 1599...


No comments:

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...