Translate

Monday, December 9, 2013

Sketsa Peperiksaan vs Kejujuran



Di dewan periksa bila kau dah pening kepala,
Sebab tak tahu nak tulis jawapan apa,
Kau jeling-jeling orang sebelah sambil buat muka simpati,
Orang sebelah pun jeling kembali,
Rupanya dia pun sedang blur tak tahu nak tulis jawapan apa,
Kau nekad mahu baling-baling dadu saja...
Kau cuba teka jawapan,
Manalah tahu tembakkan kau tu mengena,
Bila tiba mahu menjawab soalan kena bina ayat sendiri,
Kau goreng-goreng ikut suka hati,
Perisa kena cukup,
Jangan sampai jawapan yang kau goreng hangus!
Bila tiba result periksa mahu keluar kau gelabah sebab takut tak lulus,
Rupanya benar kali ini kau memang sudah terkandas!
Habislah kena marah balik rumah nanti,
Habis lah kena leter dengan mama dan papa nanti..
Apa jawapan nak diberi pada mereka yang menaruh harapan tinggi??
Lalu kau kata pada mereka yang cikgu di sekolah tak bagus mengajar,
Lalu kau kata pada mereka pensyarah kau syok sendiri,
Entah apa dia bercakap di depan  satu kelas tak mengerti,
Mula lah parents kau datang sekolah mahu bersemuka empat mata dengan guru,
Habis dikatanya guru itu tak pandai mendidik anak bangsa, usah jadik guru!
Ada yang lebih kreatif tulis surat di akhbar buat aduan kata pensyarah tak bagus mengajar!



Esok ada periksa lagi,
Kali nie kau dah siap-siap nota kecil untuk dibawa ke dewan periksa,
Kau lipat kecil-kecil biar orang tak nampak,
Akhirnya kau berjaya jawab soalan dengan muka senyum lebar,
Sedang kawan-kawan kau punyalah muka berdebar-debar,
Bila tiba result periksa mahu keluar,
Kali ini kau dah boleh ukir senyum lebar,
Kau dipuji setinggi gunung,
Kau lah pelajar contoh / pelajar harapan...


Ramai rakan-rakan yang mahu ikut gaya kau belajar,
Tapi kau katakan pada mereka senang saja,
"Kita tubuhkan pasukan tolong menolong di dewan periksa",
Bawa masuk "toyol"  dalam dewan periksa,
Meniru orang sebelah menyebelah sudah jadi perkara biasa,
Bila diberi tugasan kau dan rakan-rakan ambil langkah mudah copy paste,
Senang,
Tak payah pening-pening lalat  nak keluarkan idea kreatif,
Tak payah susah nak ke hulu ke hilir usung buku-buku di library,
Lalu kau dan rakan-rakan pun di puji-puji oleh pensyarah,
Pada mereka tidak tahu yang kau dan rakan rakan adaah penipu!
Menipu di dewan periksa dan menipu dalm menyiapkan tugasan sudah jadi lumrah,
Sejak dari itu kau dan rakan-rakan sentiasa dapat dean list setiap semester,
Geng tidur dan malas dalam kelas kini menjadi geng paling berjaya dalam periksa...
Lalu kau dah buat muka bangga,
Kerana rakan-rakan yang rajin membaca pun tak dapat markah sehebat itu!


Semasa menipu dan meniru kau lupa akan sesuatu,
Tentang markah periksa kau itu akan membawa kau lebih jauh,
Kau akan dapat sambung belajar ke peringkat lebih tinggi,
Kau akan dapat kerja dengan jawatan hebat dan bergaji tinggi,
Jangan kau lupa yang duit gaji itulah yang akan kau beri kepada anak, isteri dan keluarga,
Adakah ianya berkat?
Kau mendapat pangkat hasil dari meniru dan menipu di dewan periksa?



p/s: Segala yang tercatat adalah ilham saya selaku pemilik dan penulis blog ini: http://merpatiputih88.blogspot.com/. Maaf andai penggunaan gaya bahasa agak kasar...

 Saya merasakan yang kita menjadi manusia biarlah jujur dengan diri sendiri, sebab itu dari kali pertama hadir ke sekolah hinggalah ke saat ini saya tidak pernah meniru di dewan periksa. Saya beranggapan bahawa, biarlah markah kita rendah (kerana itulah tahap kemampuan / kefahaman kita), biarlah andai kita kena repeat paper dua tiga kali sekalipun asalkan markah kita itu adalah hasil susah payah kita sendiri dan bukan dari hasil kita menipu diri sendiri...Andai kita gagal sekali dalam peperiksaan usah putus asa. Usaha lagi hingga berjaya. Jangan cepat berutus asa, perbaiki kekhilafan dan kecuaian diri kita sendiri. Jangan sesekali menyalahkan sesiapa terutama guru / pensyarah yang memberi kita ilmu dan telah bersusah payah mendidik kita. Ingat satu perkara "Seseorang yang mungkin kurang cemerlang dalam peperiksaan, bukan bererti dia juga tidak akan cemerlang dalam hidupnya"



dan kalau di takdirkan gagal dapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan, jangan pula berputus asa hingga mahu bunuh diri!
teruskan usaha ok .. (^____^)Y


2 comments:

sobri yaacob said...

peperiksaan memng memeningkan..it true :)

logorithm said...

I hate exams! Especially exams masa kat U. Tapi nasib baik kursus Senibina zaman I kurang exam. Kebanyakan markah adalah dari design dan tugasan. :-)

Suka gambar yang pertama tuh. Soalan pertama dah tak leh jawab. Doomed.

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...