Translate

Sunday, September 18, 2011

Kenapa Mesti Mencari Persamaan, Bukan Perbezaan...?

Hai Semua.....
Danbo  and Domo 
(Danbo= sensitif , Domo = Garang)

Seingkali kita dengar kalau kita ada seorang sahabat baik atau pasangan hidup maka orang akan berkata bergini...:-

"Apa persamaan antara korang yang menyebabkan korang serasi..?"
"Wei..untung lah kau dapat balak(Boyfriend) yang banyak persamaan dengan kau kan..."
"Aku dengan dia tue memang kawan kamcing(kawan baik) dari zaman sekolah lagi tau..., geng satu kepala..banyak persamaan sebab tue lah kita orang bertahan lama.."


     Ok itu persepsi manusia, dan kebanyakaannya memang macam gituelah persepsinya..Tapi best sangat ke kalau semua benda nak sama..? kenapa kita mesti kena cari persamaan..? Habis tue kalau takde persamaan atau kuang persamaan maka takde keserasian, macam tue ke..?

    Pendapat saya secara peribadi, setiap manusia nie perangai nya lain-lain, minatnya pun lain-lain, cara pemikiran, percakapan nya pun lain-lain...Adik beradik yang tinggal satu bumbung dari kecik pun perangai dia lain-lain jugak..Cuba baynagkan kalau semua orang kat dalam dunia nie perangainya sama..Cuba bayangkan kalau semua orang jadi antagonis (Jahat), maka dunia akan  jadi terlampau kejam sebab dah takde orang baik..Cuba bayangkan pulak kalau semua orang jenis baik dan sensitif bebenor, sikit-sikit merajuk, sikit-sikit nangis..Maka dunia nie aan jadi terlapmau boasan dan terlampau penuh dengan kesedihan dan air mata, sebab tak abis-abis sana sini orang merajuk dan nangis jer..

~Best Friend Forever~


    Apabila kita ada seorang sahabat baik, adakah perlu kita "bentuk" kawan kita tue mengikut acuan kita  supaya dia banyak persamaan dengan kita..? Contoh bila korang merokok,dan kawan orang tue jenis budak nerd lagi skema plus sangat menjaga kesihatan tubuh badan dan tak sukaasap  rokok nie, maka perlu ke kamu sisihkan dia semata-mata kerana dia tak nak merokok..? contoh dialog nya macam nie:-

" Wehh..Kalau nak masuk geng kita orang kau kenalah ikut cara kita orang bai..kalau kau nak stay dengan identiti kau yang nerd tue kau jadiklah kera sumbang..hahaha..!"
"Alah lecehlah kawan dengan dia tue, apapun tak boleh..Jangan ajak dia lah pegi jalan-jalan, karang tak pasal-pasal kita semua kena dengar ceramah dia...Budget baik sangat.."

   Persoalannya perlu ke semua nie...? Perluu ke kena sama perangai , sama cara berpakaian,sama cara bercakap dan sama cara  berfikir baru kamu boleh jadik kawan baik untuk selamanya..? Kan best kalau ada kawan yang boleh buat kamu gelak, kawan yang gila-gila dan kawan yang boleh membimbing dan beri nasihat....Ok, katalah kalau kamu budak baik-baik,dan kawan kamu gila-gila dan agak nakal dan sosial perangainya..Maka perlu ke kamu sisihkan dia dan biarkan dia terumbang- ambing? Sepatutnya sebagai seorang manusia yang berhati mulia kamu sepatutnya berkawan dengan dia dan memberi teguran serta nasihat dan bimbingan kepadanya...



~Lelaki Romantic dan Gadis Yang  Suka Bunga~

  Dalam hidup berpasangan pulak, perlu ke kita kena cari pasangan yang sama dengan kita baru boleh hubungan tue kekal hingga akhir hayat..?Kenapa mesti merungut bila perangai pasangan kamu tak sama dengan kamu? Cuba kamu fikir apa hikmahkahnya jika kamu mempunyai pasangan yang kontras dengan perangai kamu.. Contohnya,:-

~Jika kamu seorang yang tak kisah pasal kebersihan dan kekemasan dan dapat pasangan yang sangat  cerewet pasal hal nie,maka secara tak langsung ia boleh menjadi kan kamu individu yang lebih berdislpin dalam menjaga kebersihan dna kekemasan..

~Jika kamu seorang yang tak suka senyum dan ketawa dan kamu tak pandai nak buat lawak, kemudian kamu dpat seorang pasangan hidup yang punya sense of humor yang tinggi, dan dia berjaya membuat kamu ketawa walupun di saat itu kamu sedang serious  atau marah, tidakkah itu akan membuat hidup kamu lebih ceria..?

~Lelaki  yang minat photography Dan Perempuan yang minat fashion~


~Jika kamu adalah seorang individu yang garang, kasar dan suka bercakap lepas tanpa fikir perasaan orang lain, dan kemudian kamu mendapat pasangan yang sensitif dan hatinya mudah tersentuh. Bukankah itu akan membuatkan kamu menjadi individu yang lebih peka tentang perasan orang lain dan menjadikan kamu lebih bertapis bila bercakap secara tak langsung..?

~Jika kamu seorang yang pendiam dan telampau pemalu untuk memulakan percakapan,kamu pula dapat pasangan yang suka bercakap dan sangat peramah dan punya banyak idea untuk di bualkan. Maa bukankah itu menarik sangat menarik...?



        Cuba bayangkan jika pasangan kita juga mempunyai perangai yang sama dengan kita, maka hubungan itu tidak akan ada cabaran dan tak ade thrill..maka hubungan akan menjadi sangat hambar..tiada pro dan kontra..seperti ta lengkap sesuatu..Berfikirlah dengan matang, tiada manusia yang sempurna  di dunia ini dan setiap apa yang kamu lalui pasti ada hikmahnya.....Bersyukurlah dengan sahabat dan pasangan yang kita miliki, jangan cuba untuk cari kekurangan diri mereka untuk menutup kelemahan diri kita sendiri demi untuk mencari alasan bahawa kita dengan dia tak serasi..Sebab keserasian itu kita boleh pupuk sendiri..


Nota:-Entry adalah sumber ilham dan pendapat  penulis blog ini, Kredit gambar kepada Google Iamge..
PS:-Kata mana nak beli Danbo tue..? comel sangat..nak beli...

15 comments:

Anonymous said...

kalau pasangan biasanya ada kelebihan dan kelemahan masing2...dan dgn itulah ia akan saling menutupi antara satu sama lain..huhu

Hana Soffelia said...

Persamaan tu menyeronokkan kerana kita dpt berkongsi perkara yg diminati bersama2. Namun, kadang2 ia menimbulkan kebosanan. Kadang2 perbezaan itu amat menyeronokkan untuk kita menerokai benda baharu dari pasangan. So, if dua2 ada lagi syok. Just nice.

sea_lavender said...

entry ni membuka mata hati skali =)
kte harus sedar hidup ni tk smpurna jd perlu ade perbezaan jika sme ianya mnjdi bosan...dn dgn kelemahan dan kekuatan masing2 akn mencipta kesempurnaan itu ~

Namee Roslan said...

merpati, org kata kalau banyak persamaan pun susah. org kata kalau kahwin elok cri yg berbeza so that can blend with each other. masksudnya ada chemistry :) kalau dalam persahabatan, persamaan tu mungkin dr segi hobby lah :)

Unknown said...

danbo ku..hehe :D

aiEz said...

suka entry ni..perlu ada pro dan kontra,sy pn ada terfikir jugak bnda yg sama seperti apa yg disampaikan dlm entri...baru ada keseimbangan...:)

RinsyaRyc said...

>>sedang mencari keserasian ^^

http://bulatmata.blogspot.com/

senyumSOYA said...

errr...masih mencari..belum bertemu.. ^^!

ILA HonEyBuNNy said...

ya betul tu...jangan cari pasangan yang banyak persamaan..

memang xmncabar la hubungan tu..mesti ada kelbhn n kekurgn itu lah yang saling melengkapi..;)

Nurulbadiah Lai said...

persamaan and perbezaan itu yg menjadikan hubungan tu berjaya

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Dalam sesuatu perhubungan itu mesti kene ade give n take.

hyz said...

persamaan kdg kala membosankan.. perbezaan tu buat hidup lebih bewarna

Sya_Merpati Putih 88 said...

~AmyLiana86~ :- yup, betul tue, saling lengkap, melengkapi kan..=)


Hana Soffelia :- tau takpe, kalau semuanya sama, mmg akn bosan..so ada sdikit perbezaan tue perlu..

sea_lavender:- terima kasih..=)
btul tue, tambahkan dgn tolak ansur dan persefahaman serta perlu saling hormat menghormati maka akan wujud keserasian dan kesempurnaan tue..

Namee Roslan :- tau takpe, kalau dah dpt pasangan yg smuanya sama dri segi perangai, tempat kerja etc..mesti bosan..
kalau dpt kwn yg ade hobby yg same snang nk wat aktiviti same2 kn..ehhe..=)

Saiazuan :- pinjam jap danbo dia..ehehe..err..tau tak kat maner eh nak beli danbo, .. ?

aiEz:- Terima kasih..=)
yup, bila ade pro n contra baru seimbang kn..saling lengkap melengkapi..

RinsyaRyc :- smoga cepat2 mendapatkan keserasian itu...sy doakn smoga awk bahagia & sihat sejahtera..(^__^)

senyumSOYA :- sy pun masih mencari..huhuhu..Sy doakan smoga awk cpt2 bertemu jodoh..(^___^)


ILA HonEyBuNNy:-tau takpe, sangat setuju dengan awk..

Nurulbadiah Lai :- betul tue,setuju dgn pndpat awk.. yg penting kena rasional dan terima pasangan seadanya..
Btw, terima kasih sudi melawat blog sy..terharu..=)

ZYASH :-yup, tepat sekali, barulah hubungan tue berkekalan kan..kn ade tolak ansur..

hyz:- yup, kalau smuanya sama mmg bosan...terima kasih sbb sudi melawat blog sy..=)

Maria Menado~ said...

owh. saya sokong. kalau kamu emo dan dapat pasangan emo. tak ke huru hara rumah tangga.. kalau kamu fikiran -ve dan pasangan pun berfikiran -ve.. oh, kelam kabut dunia. setuju dengan awak. =)

Unknown said...

salam ,sy ad gf,sy suka dia sy cinta ,tapi sy seorg pndiam dan dia seorg pediam,jdnya dsbbkn sy nk jge hati dia,sy dah berlakon jd yg sgt ramah bila dgn dia,hmm skrg,sy mcm mnipu diri sndiri ,ap perlu sy buat,sy mcmmerasakan dia yg bhagia tp sy tdak,pndpt plis

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...