Translate

Saturday, July 2, 2011

Nasihatilah Gadis Dengan Sopan...


Wanita itu hatinya lembut bagai kapas..
Air mata nya mudah benar mengalir walaupun dia kelihatan tegar dan kuat..

Umum mengetahuai wanita itu tercipta dari rusuk kiri lelaki yang begkok..
Maka dengan itu banyaklah kelemahan yang ada pada diri mereka..
Justeru itu kamu sebagai lelaki adalah wajib untuk menegur, menasihati dan membimbing mereka..
Tetapi menjadi yang persoalan kini adalah apabila kamu kaum lelaki mengunakan alasan "menasihati mereka" untuk mengeluarkan kata-kata kesat, hingga ada yang berbaur penghinaan, mencarut dan memaki hamun.
Adakah itu diklasifikasikan sebagai nasihat..???
Kamu men upload gambar mereka di website kamu kemudia kamu hina, kamu tulis kata-kata kesat begitu dan begini..apabila ada yang bertanya kenapa kamu berbuat begitu kamu berkata:-
"Aku cuma mahu nak bagi nasihat kat diorang nie... tue pun salah ke..?"
Saya ingin bertanya kepada kamu, adakah dengan kamu memperlihatkan gambar-gambar mahupun video sedemikian rupa maka kamu dapat mendidik seantero gadis-gadis  supaya berubah kearah kebaikan..??
Ataupun ianya lebih membawa unsur fitnah yang memalukan bangsa dan agama kamu sendiri???
Adakah dengan mencatat kata-kata mencarut dan tidak elok, maka mereka akan berubah..??

Mungkin niat kamu mahu memberi teguran atas cara pemakaian kepada gadis-gadis ini...
Tapi perlu kamu tahu yang matlamat itu tidak pernah menghalalkan cara kamu...
Adakah dengan niat menasihati itu maka kamu bebas mengeluarkan kata-kata berapi seprti carutan dan hinaan???
Adakah dengan niat mahu menasihati itu maka kamu bebas membuka aib dan kelemahan insan lain dikhalaya umum untuk memnunjuk kamulah hero yang menyelamtakan sekalian gadis??
Jika kamu ingin tegur, maka tegurlah dengan baik..
Jika kamu ingin menasihati maka berilah nasihat dengan baik, beradab dan penuh sopan..
Mungkin dengan cara kamu menasihati mereka dengan penuh sopan dan berhikmah akan membuatkan hati mereka lembut dan ingin berubah kearah kebaikan..
Ya, menutup aurat dengan sempurna itu adalah wajib..
Tetapi adakah dengan cara kamu memuat naik gambar gadis-gadis bertudung yang menutup aurat tidak sempurna aka menutup aurat tetapi seksi dilaman web  kamu kemudian kamu catatkan pula kata-kata mengejek, menghina, mencarut dan sebagainya kemudian kamu mendapat banyak respon dari kaum kamu (lelaki) yang mengeluarkan kata-kata kesat berunsur carutan dan semuanya 18sx..Adakah itu yang kamu panggil memberi nasihat..???
Adakah cara ini yang kamu guna untuk memberi nasihat...????
Kamu berkata mereka sentiasa mendapat dosa selagi mana gambar  / video mereka yang sebegitu masih dipaparan tetapi sedarkah kamu yang kamu juga telah mendapat saham dari dosa tersebut dengan menyebarkannya untuk tatapan khalayak umum..
Adakah dengan cara kamu menyebarkan gambar mereka  yang seperti itu tidak dapat menaik nafsu kamu dan orang-orang yang melihatnya dilaman web kamu..
Apa pula akan terjadi jika apa yang kamu tuliskan itu dibaca oleh golongan remaja bawah umur... Apa akan terjadi..Adakah kata-kata kamu itu memberi unsur-unsur yang baik untuk mereka contohi..???

Buat sesiapa yang suka mengeluarkan kata-kata kesat bagi tujuan menasihat, sila baca ini:-





Nota: Entry ini adalh pandangan peribadi pemilik blog ini. Gambar yang terpapar adalah diperolehi daripada google image...



P/S:-Saya terpanggil nak buat entry nie selepas saya blog walking beberapa hari yang lalu, dan terlihat situasi sebegini terlalu banyak pada masa kini, terlalu ramai manusia di luar sana yang menggunakan alasan "nasihat" untuk menghina..Iaitu menggunakan cara dan medium yang salah untuk menasihat.

6 comments:

ZIPPO MILLER said...

Hujah Yang bagus...Harap2 semue ni dapat difahami oleh org2 yang cuba menasihati sesiapa sahaja dengan cara yang betul dan bersesuaian

Sya_Merpati Putih 88 said...

terima kasih...ya, harap-harap macam tuelah..

K said...

setuju!!

nasihat sesiapa sahaja dengan berhikmah :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

@ sergeant keroro :- yup, betul tue..:)

super-1 said...

suke entry ni :)
bukan hak kite nak wat camtu kat orang...

Sya_Merpati Putih 88 said...

super-1 :- terima kasih...:)
Yup, betul tue..soong 100%....

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...