Translate

Tuesday, November 29, 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah



Salam Maal Hijrah.. Selamat menyambut tahun baru Islam 1433 Hijrah kepada semau umat Islam di seluruh dunia..
    Semoga kita bersama-sama bermuhasabah diri dengan apa jua yang telah kita lakukan di tahun yang lalu dan bersamalah kita perbaiki apa jua yang kurang. Berhijrah dari satu yang kurang baik kepada satu sifat/sikap yang lebih baik. Memang tiada manusia biasa yang sempurna. Oleh itu, kita haruslah perlu sentiasa beringat untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekhilfan diri kita. Tukar apa yang perlu di tukara, ubah apa yang di rasakan perlu agar kita menjadi individu yang maju dan berjaya. Perubahan itu haruslah dari yang negatif ke positif, dan dari yang baik kepada yang lebih terbaik. Bersama-sama lah kita menghayati pengertian Hijrah itu yang sebenar dan bersamalah kita memartabatkan Islam itu sendiri di mata dunia.

   Jika tahun yang lalu banyak impian yang belum tertunai, maka tahun ini haruslah di gunakan sebaik mungkin untuk mencapai segala impian kita agar menjadi nyata. Berusahalah jangan pernha berhenti dan jangan pernah pula berputus asa. Setiap hari dan waktu yang berlalu haruslah di manfaatkan sebaik-baiknya dengan segala perkara yang berfaedah, ianya tak lain untuk kebaikkan diri kita juga. Janganlah di bazirkan setiap detik waktu yang berlalu begitu sahaja. Sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara. Dunia ini hanyalah  jambatan untuk kita menuju ke alam yang lebih kekal abadi iaitu akhirat. Maka jika kita faham konsep itu, kita pasti tidak akan membazirkan masa yang kita ada ini untuk melakukan perbuatan yang ternyata sia-sia belaka. Jika kita faham konsep ini, kita juga tidaklah tersasar dan hanyut dengan keasyikan godaan dunia, kerana kita sedar ianya hanyalah pinjaman yang nyata sementara.

   Bersyukurlah dengan setiap hembusan oksigen yang masih kita punya untuk bernafas, bersyukurlah dengan setiap detik nadi dan jantung yang masih berdenyut normal, bersyukurlah dengan nyawa yang masih kita punya. Kita tidak pasti hayat kita sampai bila, jadi hidup di dunia ini haruslah sentiasa beringat. Setiap apa yang kita miliki manfaatkan lah ia sebaik mungkin.


Ps:-Menagapa ramai antara kita yang mengingati tahun baru masihi setiap satu januari tapi ramai pula diantara kita yang lupa tarikh tahun baru Islam itu sendiri??? Adakah kerana kita alpa atau kerana kita terlalu meikirkan hal-hal duniawi sahaja...?


Nota:-Maaf kerana terlewat update entry, kerana laptop saya meragam.







 

8 comments:

sea_lavender said...

Salam Maal Hijrah =)
Moge kehadiran tahun baru ni kte berusaha melakukan pnghijrahn walaupn sedkit ke arah lebik baik.. Insya-Allah dlm mencari redha-Nya dunia dan akhrt ~~

Unknown said...

selamat tahun baru juga..
semoga apa tahun ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya..insyaAllah..istiqamah dalam perubahan..^^,

Unknown said...

sebab media pun mengutamakan tahun baru 1 january..

ucubakery said...

selamat tahun baru...
semoga segala perkara yang kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah SWT...

K said...

tak ramai yang ambil tahu

ILA HonEyBuNNy said...

salam maal hijrah...

tahun Islam y kita perlu pntgkan...mulakan dgn semngt baru..insyaAllah...

Aina said...

rasanya sudah ramai yg tahu 1 muharam itu tahun baru Islam tetapi bukan tahunnya (1433H)

dan

ramai tak hafal nama bulan2 Islam.Takat bulan muharam, ramadhan dan syawal je kot:)

Sya_Merpati Putih 88 said...

sea_lavender :- yup, salam maal hijarah...bersama-samlah kt mengahyati penegrtiannya ye..sy doakn semoga sgla cita2 awk tercapai..=)

tOyO :- yup, selmat tahun baru utk awk juga..perubahan keraha kebaikan itu mmg perlu, doakn sy ye..

diana :- tahu takpe kn, sbb tuelah ramai yg mcm lupa..

Ucu Faridah :- yup, selamt tahun baru ye, sy doakn yg terbaik buat ucu juga..

sergeant keroro :- yup betul tue, tp sbnarnya tahun baru hijarah nie lah lagi penting bagi umat islam..perlu ada kesedaran utk lebih menghargai dan mengigati tarikh pd kaledar islam..

ILA HonEyBuNNy:-selamt tahun baru ila, semloga terus bersemnagat..=)

Aina :- tuelah pasal..mmg ramai yg mcm tue sbb sikap kurang peka..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...