Translate

Saturday, November 5, 2011

Pengorbanan Seorang Bapa...

Selamat petang dan selamat bercuti semua..






 
  Sempena esok , maka dengan ini saya ingin mengucapakan Selamat Hari Raya Aidil Adha..Semoga selamat dan  sentiasa sihat sejahtera..Jika ingin pulang beraya dan bercuti pandu lah kenderaan anda denagn selamat, ingatlah orang yang tersayang dan sayangilah nyawa anda juga...Semoga ceria-ceria selalu..






    Ok, berbalik kepada topik asal...
    Biasa kita dengar jasa seorang ibu, dan bagaimana pula tentang jasa dan pengorbanan seorang insan bergelar bapa...? Perlukah dipandang sepi begitu sahaja..? Tanpa seorang bapa bolehkah kita melihat dunia ini..? Pasti tidak bukan...?


~Jangan lari-lari nanti jatuh~
~Ok papa...~


  Seorang anak biasanya lebih rapat dengan ibu, termasuk jugalah saya. Mengapa begitu..? Kerana ibulah yang mengandung, melahirkan, menyusukan dan lebih banyak masa bersama anak nya. Ini boleh dikira sebagai faktor semula jadi. Seorang bapa mungkin di anggap tegas dan garang, sebab itulah anak-anak lebih rapat dengan ibu mereka.


   Mungkin kita suka merungut yang bapa kita itu orangnya tegas dan garang. Itu tak boleh ,ini tak boleh. Semua perilaku kita dan tutur kata kita serta pakaian kita pasti di tegur olehnya.Nak dress up lebih sikit tak boleh, ade jer complain itu ini. Kadangkala kita berasa rimas kerana dianggap seperti budak kecil. Yang mana semua perkara perlu di report dan perlu mendapat izin terlebih dahulu..Nak keluar dengan kawan-kawan pun tak boleh nak lambat-lambat. Mesti kena balik awal. Pendek kata semuanya terkawal lah...Nak pakai seksi-seksi jangan harap! Maka hati kamu akan berasa begini:- "Tak sporting betul, baru nak buat colour rambut dah membebel, isshh skirt yang aku beli pun dia buang..Pergghh..menyirap aku..Chill lah papa anak kamu nie masih muda...muda lah kena enjoy..!"

~Ayah aku nie asyik membebel jer dari tadi.. Migraine aku macam nie..~ 
~Apa kamu cakap tadi?~
~Takde..Takde cakap apa-apa ayah..~




   Bagi para remaja lelaki pulak, kalau kamu merokok pada usia remaja dan buat perkara tak senonoh masa kat sekolah pasti dapat habuan dari bapa bukan..? Mesti dalam hati kamu merungut.."Alah ayah aku nie, dia pun smoking apa...bila aku nak merokok nak marah-marah pulak ape kes..?" Dan apabila kamu mula nak rasa ada aweks atau istilah muda bercouple-couple di usia muda remaja iaitu di bangku sekolah..Maka ayah kamu akan berkata begini:- "SPM tak abis lagi dah ade hati kat anak dara orang..Duit jajan sekolah pun ayah yang bagi, dah gatal pikir nak kahwin ye. Kamu ingat tanggungjawab jadi suami dan ayah nie mudah ke..?
~Papa, please lah sporting sikit takkan  pasal buang chewing gum nie merata-rata pun papa nak marah..?~
~Perangai kamu tue tak senonoh, buat malu papa kat kawan-kawan papa, memang lah papa marah..~


    Bila berlaku situasi macam nie kamu pasti akan fikir seperti:- Ayah seorang yang kolot, Ayah tak sporting, Ayah tak paham jiwa remaja..Ayah itu ayah ini..Macam-macam lah yang kamu bebelkan dan kamu protes...Tapi sedar tak, yang ayah kamu buat seperti itu pasti ada sebabnya..Jika seorang bapa melarang sesuatu itu, ianya bukan bermaksud mereka kolot, tak sporting atau tak paham jiwa remaja. Mereka buat seperti itu adalah kerana semata-mata untuk kebaikan diri kamu juga pada akhirnya. Sebab mereka juga pernah muda dan lebih dulu makan garam dari kita, maka mereka lebih tahu dan lebih berpengalaman dalam semua perkara dan tahu apa yang terbaik buat anak-anaknya. Jangan kamu pertikaikan jika seorang ayah  perokok tegar tapi dia membantah keras bilamana anak lelaki nya mahu mengikut jejak langkahnya menghisap rokok. Dia pasti tidak mahu kamu ulangi kesilapan yang sama di lakukan olehnya sewaktu zaman mudanya dahulu. Pasti dia harapkan anak-anaknya menjadi lebih baik malah lebih berjaya berbanding dirinya.


~Papa, kasut  nie tak best lah..Papa belikan lah kasut yang lagi mahal sikit~
~Ok, nanti papa gaji papa belikan kasut yang baru ye..~


    Jika waktu kecil dahulu, kamu suka meminta itu dan ini untuk ayah belikan. Maka seorang ayah itu akan belikan jua apa yang di mahukan oleh anaknya. Walaupun bersusah payah mencari wang untuk membelinya, tapi dia berusaha juga untuk membelinya. Maka sebagai seorang anak, adalah wajar kita menghargai hadiah atau barangan yang di beli oleh bapa kita. Walaupun ianya tidaklah mahal mana berbanding barang yang kita minta itu. Kita kena faham itu sahaja yang ayah kita mampu beli dan kita juga kena faham yang bukan mudah untuk mendapatkan duit. Jika kamu seorang yang sudah bekerja pasti kamu tahu bertapa susahnya untuk mendapatkan duit.


~Papa, next year kita bercuti ke Disneyland pulak lah ye..Tiap-tiap tahun asyik peg laut jer..tak best lah..~
~Ok, papa akan tunaikan..Tapi dengan syarat kena dapat staright A masa UPSR annti tau..~
~Ok, adik janji akan dapatkan stright A..Adik sayang papa..hehehe~


    Jika seorang anaknya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi pasti ayahnya berasa gembira dan bangga. Walaupun dia mempunyai masaalah kewangan untuk menampung kos pemebelajaran anaknya itu. Dia sebagai bapa sanggup melakukan kerja lebih masa dan buat business part time itu dan ini semata-mata untuk keperluan anak-anak nya dan isterinya. Maka mengapa perlu merungut jika ayah kamu terlampau busy hingga seolah -olah tiada masa untuk keluarga...? Sedar tak kamu yang dia lakukan semua itu untuk ksenangan hidup kamu juga. Seorang bapa itu sanggup mengorbankan segalanya demi untuk keluarganya. Dia juga sanggup bersusah payah di tempat kerja, mangabaikan kesihatan sendiri demi untuk mendapatkan rezeki yang mencukupi untuk di beri makan buat anak dan isteri. Jauh di sudut hati seorang bapa yang sentiasa busy itu, pasti dia berasa sedih, kerana tidak banyak masa di luangkan untuk anak dan isterinya.  Tapi dia perlu berkorban untuk mendapatkan rezeki yang tak lain untuk kesenangan kelurga juga.




PS:- Saya buat entry nie buat renungan kita bersama. Saya akui saya juga kurang rapat dengan ayah. Di kesempatan ini saya ingin  mengucapakn terima kasih yang tak terhingga buat ayah saya atas segala jasa dan pengorbanan beliau. Maafkan anakmu ini kerana  selalu bersikap degil dna keras kepala. Terima kasih juga kerana ayahlah yang belikan laptop ini baut saya semasa saya di politeknik iaitu pada Januari 2007. Walaupun sekarang laptop ini dah sakit-sakit dan mungkin akan datang dah tak boleh nak on lagi. Tapi saya akan tetap simpannya untuk kenang-kenangan. Saya buat entry ini bukan nak bodek ayah untuk belikan laptop baru buat saya, tapi saya buat kerana ikhlas. Lagipun ayah saya tak tahu saya ade blog..hehehe...:p

11 comments:

Unknown said...

hmm aku lg rpt ngan umi dr abah sejak kecil, tp ble dah meniti alam dewasa ni, mula rapat ngan abah :D

Unknown said...

Ahhh,,,, rasa nak menangislah Sis.

Unknown said...

Selamat Hari Raya Aidiladha
kepada semua Umat Islam Seluruh Dunia
Terutamanya Pembaca Setia Saiazuan Blog (",)

Namee Roslan said...

hey hey. selamat hari raya haji :) hehe. em sy baru2 ni je rapat dgn ayah saya. dulu krisis je. cuma bila dah besar ni, mula rapat :)

kindergartenlibrary said...

selalu gak cakap macam2 kat ayah . (kantoi)
haha , tapi nelly tau ayah sayang nely . haha
cuma , tak tunjuk . :)

ILA HonEyBuNNy said...

ya..ABah dan mama adalah org y sgt2 penting dalam idop kita...

2-2 kena hargaikan..

kalau pngorbanan abah...dia seorg y caring n berusaha y terbaik untuk anak2nya...sebak lak..ne tetina nak g syg abah neh.heheh

salam aidiladha..;)

ctk said...

ct xrapat2 ngan sape2..tp ct thu mereka banyak berkOrban..nice entry :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

Saiazuan :- sy pun lebih rapat dgn emak..

Awan Biru :- jgn lah sedih awan..aw terharu ke bace entry nie..?

Namee Roslan:yup, sy pun same jugak..bila dah besar baru lebh memahami hati seorg ayah..

nelly : ayah mmg sygkn ank2nye..hinga sanggup berkorban wang & tenaga utk ank-anaknya..cuma mereka nie muunkin tak tahu nak luahkn rasa kasih syg secara terang-terangan dgn ank2 meraka..

ILA HonEyBuNNy :- betul tue, sy setuju dgn pendpt ila..tnpa ayah & emak sapalah kt..

Sya_Merpati Putih 88 said...

ctk:- tak mengapa, tapi yg paling penting ialah hargai jasa mereka..

Anonymous said...

D

Anonymous said...

Sedih n benar la cite ni...gud advice...aq rpt ngan ayh aq...tpi pas ayh aq mninggal...aq cbe rptkn dri ngan mak aq supaye aq x nyesal dh...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...