Translate

Thursday, August 25, 2011

Encik Ego Vs Cik Emosi...



Kenapa lelaki mesti ego??
Kenapa pulak perempuan nie mesti nak emosional..? merajuk dan menangis...?
Pernah tak kamu kena soal macam ginie...? saya pernah, banyak kali rasanya. Seriously, saya memang takde jawapan mengenai pertanyaan macam nie..So, kalau ada member yang tanya macam tue, saya cuma cakap:-
"Memang dah lumrah macam gitue, lelaki dan ego adalah perkara yang normal, perempuan dan emosi juga perkara yang normal..Cuma bergantung kepada cara masing-masing jer macam mana nak kawal ego dan emosi diorang tue.."






~tak suka  lelaki yang smoking, tapi letak pic cam ginie kat entry...? (=___=)~


                     Pendapat saya secara peribadi, mungkin golongan lelaki nie ego sebab diorang nie kan memang dah di lahirkan sebagai pemimpin. Ego bukan bererti sombong semata-mata. Ego jugak boleh jadi membawa maksud mempertahankan hak-hak dan maruah diaorang sebagai lelaki sejati..(chewahh...) Contoh, bila awek mintak clash takkan lah leaki tue nak nangis-nangis depan awek dia kan..? mesti dia ada perasan malu nak buat macam gitue..Walaupun sebenarnya jauh di lubuk hati dia masih sayang kan awek dia tue, tapi dia senyap jer dan tak pujuk pun..Kenapa? sebab dia nak pertahankan air muka dia, dia tak nak kelihatan lemah dan kalah di mata perempuan..Mungkin kalau lah dia menitiskan air mata pun, mesti di belakang awek dia tue..malulah beb kalau perempuan tengok lelaki menangis (nie persepsi biasa kita dengar..). 

~P/s:- Mereka tidak memujuk bukan bermaksud mereka tak romantic atau tidak peka terhadap perasan perempaun, cuma mereka nie Ego, dan suka mempertahankan Ego mereka tue..



        Lelaki jugak tak suka kelihatan kalah atau lemah bila berdepan dengan perempuan. Itu normal. Mereka kan pemimpin, so takkan pemimpin nak kalah dengan orang yang dia pimpin..?? Contoh, bila tengah driving,  kemudian ade kereta yang dipandu seorang perempuan memotong kereta dia dnegan laju mesti dia rasa tercabar gila-gila, dan terus lah potong semula kereta budak perempuan tadi tue..Contoh seterusnya, kebanyakkan lelaki (hampir semua lelaki, walupun tidak semua ) akan merasa tercabar apabila wanita yang di sayanginya (kekasih hati atau tunang atau isteri) berkedudukan lebih tinggi berbanding dirinya, tak kira lah dari segi pendidikan,pekerjaan,pendapatan bulan, harta benda, taraf, status dan darjat serta macam-macam lagi..

              Contoh lain, lelaki akan rasa  tercabar apabila jawatan yang telah lama di sandangnya terpaksa di berikan kepada seorang pegawai perempuan (kiranya lelaki tue kena turun pangkat dan jawatan tue di beri kepada perempuann). Lebih-lebih lagi kalau pegawai perempuan tue masih mentah dan tak berpengalaman dalam bidang kerja tue. Kebanyakkan lelaki jugak tak berapa gemar bila orang atasannya di tempat kerja ( bos ) adalah seorang perempuan. Katanya perempuan nie lebih emosi, lebih cerewet, kuat membebel dan macam-macam lagi..Tapi hakikat yang sebenarnya mereka sangat-sangat berasa tercabar...!

             Kaum lelaki nie tak suka diri mereka "kelihatan lebih kecil" berbanding perempuan, mereka juga tak suka nak pamerkan emosi yang berlebihan, sebab tuelah perlunya ada "ego".Lelaki nie lebih relistik dalam membuat keputusan, dan golongan lelaki juga cenderung untuk memikirkan hal-hal berkaitan bisnes, politik , kepimpinan negara dan ekonomi negara. Kerana memang sikap mereka di lahirkan sebagai pemimpin. Sesetengah golongan lelaki tidak suka berfikir secara serious  hal-hal berkaitan isu remeh temeh dan  emosi. Mungkin sebab itulah mereka di anggap sebagai "kurang peka" terhadap perasaan wanita.Mereka juga, tak suka bila perempuan membantah cakap mereka, kalu nak membantah sangat pun mesti kena ada sebab-sebab  yang kukuh...Mereka lebih suka perempuan ikut , dengar dan patuh arahan mereka...

~apasal tangan "perempuan" nie nampak sasa semacam jer ea...? (=___=)~

         
               Perempuan dan emosi adalah satu perkara yang tak dapat di pisahkan..Kenapa perempaun begini..? Tiada jawapan...Hurm..Emosi tue bukan bermaksud saja nak mengada-ngada, tapi sebenarnya untuk dapat kan perhatian oleh orang yang di sayanginya...Emosi perempuan jugak ada kalanya tidak menentu, bergantung kepada mood dan situasi..Sebab perempaun nie ber emosi lah yang meneyebabkan perempuan nie lebih pemaaf dan lebih penyayang..serta lebih perihatain dan peka terhadap sesetengah benda yang di anggap tidak penting atau remeh temeh bagi golongan lelaki..


    Perempuan memang suka ber "double meaning " aka cakap berkias kias...Susah lelaki nak paham..Contoh macam nie:-
~Well, Guys please lah hati-hati bila your girl tue buat soalan perangkap macam nie sebab saja nak uji you all's. Perempuann kadang kala suka jugak uji- uji kesetiaan dan tahap sayang lelaki kat diaorang..So, pandai-padailah korang bagi jawapan ye..(^___^)~
.
.
Ini adalah contoh Encik Ego Vs Cik Emosi


~Cara pemikiran lelaki dan perempuan tue memang berbeza...~


~kalau dah dua -dua taknak mengalah kan susah..Takkan semata-mata nak pertahankan ego dan emosi tue sanggup bercerai-berai dan biarkan rumahtangga hancur musnah begitu sahaja..?


Ps:- Entry ini adalah pendapat saya semata-mata..Credit gambar kepada Google image.. 

13 comments:

K said...

betul, lelaki memang ego, tapi jangan terlampau sangat. kadang-kadang ada jek perempuan yang lagi ego dari laki.

LindaLittle said...

:)....wanita...walau macammana pun emo nye dia...ade sikit gak EGO yang tersimpan...

Lelaki..walau tinggi mana pun egonyer...ade gak emo halus nyer yang di sorokkan..



Selamat Menyambut Syawal :)

Solihin Zubir said...

sy pernah ada awek yg ego tinggi ngalahkan lelaki... -_-'

Unknown said...

masing2 ada ego masing2 ;)

senyumSOYA said...

saya perempuan.. err... abah ngn abang saya lelaki.. masing2 berbeza kan..

it's make life wonderful!!

Asfan Ash said...

aku berani ngaku salah kalau ada bukti hehe

WAHIDA ALIAS said...

itu la lumrah hdop...hehe

ILA HonEyBuNNy said...

ya lelaki memang ego...perempuan tak kurang hebatnya...

tetapi kalau dalam perhubungan biarlah egonya bertempat...kang xpasal2 melepas...ila pernah lalui..dua2 ego last skrg bru nak mnyesal..ehheh

Hana Soffelia said...

Bagi Hana.. lelaki ego sebab dia mempunyai 9 akal (eh, 9 ke 7 eh? haha), then dia akan bertindak mengikut pertimbangan, then dia akan fikir je salah aku ke? aku dah buat yg terbaik, thats y dia xnk mengalah.

Perempuan plak ada 9 nafsu, akan lebihkan emosi dan perasaan utk membuat pertimbangan. Sebab tulh kuat cenggengnya. Walaupun ada wanita yg ego lg tggi dr lelaki, tu pun rasanya sebahagian ari perasaan gak. Percayalah, walaupun dia nmapk kuat dan ego tggi dpan lelaki, bla duk sorang2 dlm bilik, mesti dia nangis gak. Saje tnjuk kuat dpan lelaki. hehehe

Zul fattah said...

erm.. betul tu..tapi tak semua lelaki ego.. popuan pun ada jugak la..
tapi bab2 pemimpin.. lelaki memang tak suka popuan yg memimpin..
sebab dalam islam.. ..sila rujuk ustz..
aku nk cakap..takut silap..

kindergartenlibrary said...

Bf nelly ..!!
nelly mintak clash dulu , dia boleh buat muka selmba pandang nelly dan kata ;
"Up 2 u ..saya ikut jerk .."
sedih gila !!
ego betul ~

Namee Roslan said...

ada sebab laki dijadikan begitu dan ada sebab juga perempuan dilahirkan begitu. tapi masing2 saling melengkapi kan. :) negative postive. sbb tu manusia ni perlu kahwin untuk lengkapkan hidup :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

sergeant keroro:- yup, betul tue..ego yg melampau boleh merugikn diri,mmg tak di nafikn ade perempuan yg egois...

linda a.k.a ibusumaiyah:- yup btul tue..ermm emosi & ego nie mmg ade kat lelaki dan perempuan ,cuma bergantung pd skit ke bnyk perasaan mcm gtue kat diaorg..

~Selamat hari raya~(^___^)

Solihin Zubir :- parah jugak kalau mcm gtue..=__=
Ermm..mmg ade org perempuan yg berperangai mcm gtue, wlpn tak ramai tp mmg ade..

Saiazuan:-tau tak pe..cuma kne pandai kawal ego masing2..barulah harmoni..

senyumSOYA :- ayah sy pun lelaki jgak..tanpa diorg kt smua takkan lahir...=)

ARC™ :- Err..bukti mcm mane yg awk nk..? cer citer..cer citer..

WAHIDA ALIAS:- yup, mmg lumrah nye begitu..hehehe..(^___^)


ILA HonEyBuNNy :- yup sy stuju dgn awk, dlm perhubungan kne lah ade tolak ansur...=)

~sy pun pnah lalui perkara yg hampir same...~(=___=)


Hana Soffelia :-sangat setuju dgn pendapat awk...(^___^)

Zul Fattah :- mmg ade perempuan yg ego, tue sy tak nafikn..
~mmg lelaki dilahrkn sbgai pemmimpin~

nelly :- sy rase dia cakap mcm tue bkn sbb tak syg awk, tp sbb ego dia tercbr sbb awk mntak clash..pd lelaki bile pempuan mntak clash tue tandanya pempuan dah tak syg kat diorg..
~cara pemikiran pempaun dgn lelaki mmg tak sama~

Namee Roslan :- yup betul tue, lelaki dan perempuan saling memerlukan..(^____^)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...