Translate
Monday, November 21, 2011
Puisi:-Harimau Muda Di Hatiku...
Harimau muda harimau perkasa,
Tangkas di pandang memikat mata yang memandang,
Harimau muda kekal di hati,
Dengan semangat juang yang tinggi, Kejayaan itu pasti akan kita kecapi,
Kalah atau menang tidak di peduli
Usaha dan semangat harus lipat gandakan lagi,
Doa dari kami mengiringi agar langkah mu lebih berani,
Berlari lah kau berlari,
Gegarkan gawang lawan mu nanti,
Usah di gentar kata-kata benci,
Jadi kan ia pemangkin semangat diri,
Dengan semangat Malaysia Boleh ini aku yakin kejayaan pasti jua kita miliki,
Harimau muda mengaum lagi,
Suaranya kini lantang dan di geruni,
Kelibatnya kini tak di pandang sepi lagi,
Majulah terus maju pasukan hari muda ku,
Teruskan perjuangan mu untuk hari ini dan masa depan nanti,
Nota:-Puisi ini adalah nukilan sepenuhnya pemilik blog ini. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali.
Ps:Sama-sama kita nantikan perlawanan final bola sepak sukan sea Malaysia Vs Indonesia pada malam ini. Saya doakan agar kemenangan milik pasukan kita Malaysia.Sebagai mana kita dapat menumpaskan pasukan Garuda tempoh hari dengan 1-0 hasil jaringan dari Syahrul Azwari dan sebagaimana kita boleh tumpaskan Myanmar dengan 1-0 hasil jaringan dari Fakri. Sebagaimana perlawanan lalu, penajaga gol Khairul Fahmi Che Mat bijak dan berjaya mengawal gawang kita dari di cerobohi, maka saya yakin kita masih boleh mengulangi kejayaan yang sama.Dengan semangat yang kita ada ini, walaupun ada antara ahli pasukan kita yang telah mendapat 2 kad kuning dan coach kita pada perlawanan menentang Myanmar tempoh hari hanya dapat duduk di bangku penonton dan hanya boleh bagi arahan kepada anak-anak buahnya melalui nota sahaja itu pun melalui orang perantaraan dan dia tidak di benarkan menggunakan handphone atau walkie talke untuk berinteraksi dengan para pemain.Tetapi kita sudah buktikan yang kita berjaya juga ke final. Jadi tidak mustahil untuk pasukan kita sekali lagi mengengam Pingat Emas Sukan Sea.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Special Notes For My Dear Darling
"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,
Your voice is sweet like music that calms my lonely world,
Your hands is my protection from hurt deep down inside,
9 comments:
Alhamdulillah.. doa kita rakyat Malaysia dah makbul.. =)
tahniah untuk harimau malaya..hehe
semalam nervous gila tengok. tutup muka dengan bantal takut tak goal. hehe. tahniah Malaysia !!
itulah yg dinamakan rezeki :)
berjuang berhabis habisan memberi yg terbaik...
kte tgk mlm td pun nebess giler dr mula sampai akhir hahahaa ;p
alhamdulilah..
akhirnya hrimau mlaya. .mampu membaham sng garuda!!
Solihin Zubir:- yup,Alhamdulilah.. dan kita kena teruskan berdoa utk kejayaan skuad bola sepak negara kt...=)
~AmyLiana86~ :- mereka mmg layak mendapatknnya..=)
Namee Roslan :- sy pun bila bab tgok bola mmg excited...=)
Cik Ecah:-Alhamdulilah...rezeki ternyata memihak ke skuad negara kt..
sobri yaacob :-yup, akhirnya garuda yg angkuh menangis dekat rumah sendiri..
Salam, bagaimana kalau ada yg copy & siarkan puisi ini di facebook seolah2 beliau adalah penulisnya?
Salam, bagaimana ya kalau ada pengguna facebook menyiarkan puisi ini di facebook seolah2 beliau penulisnya?
SAlam Puan, sy ada terlihat puisi ini disiarkan di Facebook oleh seorang pengguna seolah2 ianya ditulis oleh beliau
Post a Comment