Translate

Monday, February 28, 2011

S.E.N.Y.U.M.


Senyum Selalu...
Senyum Sokmo...
Smile Always...

"Kalau asyik masam jer muka nanti cepat tua..Jadi senyumlah selalu akalu nak jadi muda.."

"Senyuman boleh menenangkan hati yang sedang berduka..."

"Senyuman boleh menjadi penawar dari sebuah kesengsaraan..."

"Senyuman boleh membuatkan hari-hari mu bertambah ceria..."

"Senyuman boleh membuatkan kamu menjadi individu yang positif dan bermotivasi..."

"Senyum itu satu sedekah, jadi senyumlah selalu.."

 "Walau pun kamu sedang berduka...Senyumlah agar kamu boleh menceriakan diri mu dan individu di sekitarmu..."

1
.
.
.
2
.
.
.
3
.
.
.
SENYUM(^_^)
.
.




Saturday, February 26, 2011

Setelah Hampir Setahun Tak Pegang Stereng....


Ini Adalah kisah aku memandu pagi tadi...
Setelah 10 bulan aku tak drive kreta akhirnye pagi tadi dapat juga aku drive selepasa aku dapat lesen..
Yup, aku memang dah ade lesen sejak tahun lepas...
Tapi...Malangnya aku tak pernah drive lepas aku dapat lesen tue...
So, aku decide untuk masuk kelas kemahiran memandu hari nie & esok..
Walaupun harga nye agak mahal hingga cekik tulang...
Tadi pagi masa mula-mula pegang streng tue aku tak der rase nervous macam mase mule-mule aku blajar drive tahun lepas...
Mase tue pegang stereng pun tangan & kaki aku dah sejuk gile macam ice kat kutub tue...
Sebenarnya aku ingat nak pegi meronda kat town..
Tapi di sebabkan aku telah tersalah masuk lorong masa kat highway tue..
So aku terus jer lar drive pergi tempat kerja aku..
Cikgu aku tue cakap " Jauhnya tempat kerja awak nie..bila nak sampai nie...nie awak ingat tak jalan...? saya memang tak pernah pegi tempat nie.."
Aku cakap balik kat dia "Tempat nie memang jauh...Jangan risau, saya ingat jalan...Mesti sampai dengan selamat punye..." (dengan penuh confident tue..huhuhuhu....)
Akhirnya aku sampai kat kawasan tempat kerja aku tue..
Tapi yang paling tak boleh blah aku boleh pulak parking kat bangunan pejabat lain..
"Nie ke bangunan tempat awak?" 
"Err..Eh..tersalah masuk lorong lar..Bangunan saya yang depan sane tue...Kene reverse n turn semula nie " 
"Hahahaha..Bangunan pejabat sendiri pun lupa...?" (tak memasal jer kene gelak)
Tapi yang penting aku dapat drive dengan jayanya hari nie & aku masih ingat lagi ape yang cikgu aku nie pernah ajaran kat aku masa tahun lepas...
Tapi..masa perjalanan nak balik tue sampai jer kat tol lepas bayar duit tol tue enjin boleh termati lah pulak.. Adeh! bengang nye....
Semuanya sebab aku sibuk tengok kereta yang kat belakang aku sambil berangan...
Kereta tue jenama kereta idaman aku sejak aku kecik lagi, yang drive nye perempuan..
Aku pikir dalam hati..
" Kalaulah aku yang dok dalam keta tue & drive..Wow..mesti best gile..! Err..Tapi bila lah agaknye aku mampu nak beli keta macam tue punye mahal..? Entah-entah bila aku dah pencen baru dapat drive keta tue kowt..hurmm.."
(aku pun terbayang aku duduk kat seat driver kereta tue..tetibe..Teeennnnn...habis melayang semua mimpi indah di siang hari aku tue...
Moral:- Lain kali jangan berangan bila tengah drive...hehehehehe...


Masa dalam perjalanan balik tue ada lah sebijik lori tak berapa nak besau nie tetibe jer potong jalan aku..dah tue jalan dah lah slow gila..Aku potong jer dia balik semula coz aku memang tak suka bila ade yang potong jalan aku pastue drive slow gile ...mengangu jer..



Friday, February 25, 2011

Warkah Dari Si Pohon Kontang Buat Manusia....





Kepada:-Sekalian Manusia Yang Tinggal Di Planet Bumi.


Dahulu.. pepohon menghijau nan rimbun itu bebas berdiri megah...
Dahulu..kemana sahaja di kau pergi pasti nyaman.. 
Apabila berada di kawasan yang terdapat banyak pohon  indah jua pada pandangan mata... 
Tidak mengertikah akan dikau bahawa pepohon ini memberi banayak manafaat kepada generasi mu yang terdahulu dan jua yang akan datang..?
Tidak tahu kah engkau wahai manusia..
Akulah yang menyamankan suhu Bumi yang sudah semakin senja ini..
Tidak tahukah engkau wahai manusia aku jua dapat menjadi benting penyelamat daripada hakisan dan runtuhan tanah..
Aku jua akan melindungi mu daripada ombak tsunami..
Tidak tahu kah engkau akan hal ini...?
Terkadang aku berfikir mengapa engkau begitu kejam...?
Tidak tahu kah engkau bahwa terdapat banayak makhluk yang berhak bernafas di planet bumi ini..?
Jika aku si pohon  ini sudah tiada...maka di manakah pula habitat haiwan-haiwan yang berada di sini..?
Bukankah mereka jua berhak hidup dan mempunyai kediaman yang selesa...?
Ya..mereka jua berhak untuk mempunyai keluarga dan tempat berlindung..?
Aku kata kau kejam  wahai manusia...!
Kerana kau tidak memikirkan nasib kami..
Sanggup kau biarkan kai menderita...
Apabila haiwan-haiwan itu menggangu kediaman dan keluarga mu, kau rasa tergangu..
Tapi..Tidak tahu kah engaku, yang kau yang mula menganggu kediaman mereka...
Ya..Sehingga mereka kehilangan tempat berteduh dan ahli keluarga..
Salahkah apabila mereka memberontak..?
Aku kau tebang...
Habis botak licin hutan belantara..
Semua kerana  mahu mencapai matlamat mu iaitu mengejar kemewahan dunia..
Au kau gunakan untuk:-
Mebina kediaman mahupun bangunan yang gah di pandangan mata..
Mencipta perabut yang selesa di duduki dan digunakan..
Membuat hiasan kediaman mahupun pejabat mu..
Melengkapkan dekorasi hiasan dalaman mahupun luaran..
Menjadikan aku kertas sebagai pencatat segala tugasan mu..
Menjadikan aku tisu yang diguna lalu dibuang merata-rata..
Ya..Tidak salah kau menggunakan aku untuk kehidupan mu sehari-hari..
Tapi aku jua berasa sedih..
Ohh..aku sedih..
Kerana engkau wahai manusia telah menggunkan ku sehingga tahap maksima..
Ya...Sehingga habis semua pepohon yang rimbun ingin kau tebang bagi mencapai matlamatmu
Terkadang aku berfikir..
Kemanakah pergi peri kemanusiaan mu itu..
Tidak kah engkau tahu wahai manusia...
Kami jua berhak hidup dengan bebas dan bernafas di bumi Tuhan Yang Maha Esa ini...
Sampai disini sahajalah coretan warkah ku buatmu wahai manusia..
Aku hanyalah mewakili pohon-pohon diluar sana yang sudah semakin kontang...
Aku harap engkau mengerti dan menghargai kami selepas ini...




Yang ikhlas:-
si pohon kontang
(Wakil Suara Hati Pepohon Menghijau Nan Rimbun)




Ps:- Saya berasa terpanggil untuk menulis entry ini selepas melihat kepada keadaan alam sekitar kita yang semakin kronik dan juga jumlah pepohon yang semakin berkurangan di planet bumi. Kini manusia selesa menetap di hutan batu...Tapi kita jua perlu sedar aan nasib kita akan datang jika kita telah memusnahkan segala tumbuh-tumbuhan ini...


Nota:-pemilik blog ini adalah seorang yang sangat cintakan alam sekitar. Jadi, isu-isu sebegini sangat dekat di hati...


Wednesday, February 23, 2011

Taqwa-Opick



Laaillahailalloh 8x
Ku bersujud pada-Mu
Dan pasrahkan diri dike-maha-anMu
Ku berlindung selalu pada dosa-dosa
Dan setiap salahku
Kau jagalah lindungilah cintailah aku
Laaillahailalloh 8x
Setiap detik yang berlalu
Menghitung diriku
Bertanya padaku
Akankah sia-sia bila akhir waktu
Datang memanggilku
Kau jagalah lindungilah selamatkan aku
Alloh Alloh Alloh
Kau jagalah lindungilah selamatkan aku
Alloh (Laaillahailalloh)
Jagalah diriku jagalah diriku
Lindungi lindungi lindungilah aku ini
Jagalah cintai lindungi selamatkan
Ya Alloh 2x
(Laaillahailalloh)
Jagalah ya Alloh
Laaillahailalloh


Ps:-ini adalah lagu nasyid yang saya minat sejak zaman saya study lagi...
Selamat malam..eh selamat pagi semua...mari lah hayati bersama ye lagu nie sebelum pejam mata nak tidur tue..
Oklah sampai disini sahaja coretan saya...nnt  esok pukul 5.00am ..eh silap, pagi nie..cam biase dah bangun siap-siap pegi kerja..so, saya tidur dulu ye..salam sayang...ada umur jumpe lagi...

Ketenangan Yang Di Cari Ada Pada Al-Quran...



Apabila anda membaca nya anda pasti akan dapat merasakan ketenangan..
Ya..Tenang hati dan minda walaupun sedang dil landa masaalah yang maha hebat..
Apabila anda sedang berduka atau kecewa Al-Quran lah penawarnya...
Apabila anda sedang tercari-cari hiburan bagi menghiburan hati dan minda..
Ya..Al-Quran lah yang dapat menghiburkan hati,minda dan nurani anda...
Malah ianya adalah lebih nikmat dan lebih tenang berbanding anda mendengar muzik yang melalaikan atau meleka kan..
Jadi jangan lah sesekali anda lalai dan leka membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian anda..
Jangalah pula anda mecarinya apabila anda sedang berduka dan di himpit masaalah sahaja..
Janganlah anda lupakan Al-Quran ini walaupun sesibuk mana pun anda dengan urusan dunia..
Seharusnya kita harus sentiasa mengamalkan nya..
Ya..Tidak kira sama ada sedang berduka atau gembira, sedang sibuk atau sedang beristirehat..
Percayalah..Anda pasti akan mendapatkan ketenangan itu...


PS:- Ini adalah hasil nukilan insan kerdil iaitu pemilik blog ini...Maaf saya juga punya banyak kekurangan yang masih perlu di perbaiki..Kredit gambar google image

Soalan saya pada diri sendiri:- "mengapa saya belum lagi menghafaz 30 Juzuk kitab suci Al-Quran ini..? Ya walaupun saya boleh membacanya tetapi saya masih tidak dapat menghafaz eseluruhannya..Ya berapa lama kah lagi waktu yang saya ada di dunia ini untuk saya menghafaz 30 Juzuk kitab suci ini.....?"

Tuesday, February 22, 2011

Tentang Kesabaran, Ketabahan Dan Kekuatan....

Kata-kata pujangga berbunyi:- Bumi mana yang tak di timpa hujan? Manusia mana yang tak di landa ujian dalam kehidupan..?


Ya, Kita sebagai manusia akan sentiasa di uji dengan pelbagai ujian dan permasaalahan..Ianya dapat menguji sejauh mana keimanan kita kepada Tuhan Yang Maha Esa, menguji cara kita berfikir ,berkata-kata dan bertindak secara rasional dalam keadaan yang sedih,kecewa, marah,geram (jiwa yang kurang tenteram)...


Kita seharusnya berfikir secara positif dan menghadapinya dengan sabar, tabah dan tenang dalam menghadapi sebarang cabaran dan dugaan...Percayalah, setiap kejadian pasti ada hikmahnya...Ianya akan menjadikan kita lebih tabah, sabar & tenang serta lebih berani dan matang dalam menghadapi kehidupan..Ianya juga akan menjadi kan kita individu yang kuat semangat, cekal dan tak mudak menyerah kalah...Tapi, yang paling penting kita haruslah berfikiran positif dan menghadapi segalanya dengan positif...


Janganlah sesekali kita melakukan tindakan yang tidak rasional, membuang masa, melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan nyawa dan keselamatan diri sendiri mahupun orang lain,perbuatan menyalahi undang-undang...Sayangilah diri kita sendiri..


Ingat, apabila kita sedang diuji dengan pelbagai permasaalahan & dugaan itu tandanya Allah SWT itu sayangkan kita....Kerana ianya mengajar kita tentang erti sebuah kesabaran dan menjadikan kita lebih bersyukur debgan apa yang kita perolehi dan lebih menghargai dengan apa yang kita ada...




Segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...Jadikan lah ia sebagai penguat semangat untuk kita menghadapi hari-hari yang akan datang...


Ps:- saya mendapat ilham untuk membuat entry sebegini selepas saya menonton drama Hani di Tv3 tadi..drama tadi tue banyak massage nye ...

Sunday, February 20, 2011

Gaduh-Gaduh Lama-Lama Jadi Sayang♥

Girl :-I Hate U...menyampah, meluat...Eee..Bencinya..!!
Boy:- I pun benci, meyampah, meluat tengok muka U..Ueekkk nak muntah ok..!!

Entry nie ada di buat khas selepas aku menonton cerekarama kat tv3 tadi...Tajuk cerita tue Sudu & Garpu..
Cerita kelakar bagi aku..sebab dua orang yang bermusuh bagai nak rak rupe-rupenya bercinta di alam maya (♥cyber love♥)...
Dia orang nie pulak duduk berjiran jep pulak tue..Cerita nie aku rase ade jugak iras-iras macam cerite Alyarham P.Ramle  yang bertajuk "Masam-masam manis"...
Tapi..Cerita macam nie memang wujud iaitu benar-benar berlaku dalam realiti hidup sebenar..
Pada aku, tak mustahil bagi seseorang tue untuk jatuh cinta pada orang yang di benci dan di musuhi selama ini..
Boy and Girl:- But, deep down inside...I do love u...


Tak mustahil jugak orang yang di buli gila-gila kejam dan di kutuk kaw-kaw punye punye pedas cili api selama ini akan menjadi orang yang paling korang sayang...
Bak kata pepatah omputeh "I Hate U, But at the same time I Love U"...
Kekadang ada sesetengah orang yang ta tahu cam ner nak luahkan perasaan diaorang kat insan yang aling di citainya dalam senyap..Malu barangkali sebab orang yang di cinta tu sebenranya orang yang di kutuk / di buli / member bergaduh macam cerita kartun Tom N Jerry..
Ada pula sesetengah orang yang megatakan BENCI tetapi dalam hati ada CINTA..
Ada pula yang mengatakan meluat, menyampah tetapi dalam hati ada perasaan rindu dan sayang..
Mungkin rasa benci, meluat, menyampah dan geram tue timbul apabila kamu melihat atau mengetahuai yang si dia yang kamu cintai itu sedang berpacaran atau bakal berpacaran dengan insan lain..Wah...Cemburu lah tue..
Cemburu = Sayang beb!!
So, Takkan menda-menda simple macam tue pun tak sedar-sedar lagi..???
Masih mahu pendam jer perasaan tue ke..?
Luahkan..Sebab "Cinta itu bukanlah cinta selagi ia belum dilafazkan"
Tak perlu EGO...Salah seorang mesti kena mengalah dan luahkan perasaan tue...




Jadi natijahnya, "Kalau kita tak suka kat seseorang jangan benci dia..Boleh jadi orang yang kita benci tue akan membantu kita apabila kita susah dan boleh jadi juga dia yang kita benci tue sebenarnya adalah jodoh kita..Dan jangan pula kita mencintai seseorang melebihi cinta kita kepada Tuhan Yang Maha Esa dan diri kita sendiri, kerana boleh jadi pula orang yang kita sayang itu akan mengecewakan kita dan meninggalkan kita apabila ita berada di dalam kesusahan"

Saturday, February 19, 2011

Hentikan Penderaan Terhadap Wanita..Lindungilah Mereka...

Isu nie dah lama...
Tapi persoalannya kenapa di zaman modern lagi canggih nie masih lagi berlaku kes-kes macam nie..?
Bukan ke wanita nie golongan yang lemah dan seharusnya di lindungi dan di sayangi..?
Tak seharusnya seorang lelaki memukul atau mencederakan  seorang wanita..
Kerana sememangnya wanita bukanlah lawan gaduh bagi seorang lelaki...
Persoalannya kenapa ye golongan wanita yang kene dera nie tak nak buat report..?
Mudah sangat percaya janji-janji manis si pendera yang kejam tue yang dia nak berubah..?
Mudah sangat terpujuk bila si pendera tue cakap.."Dear, I'm sorry..I didn't meant to hurt u..I'm still love u..I swear it won't happend again...belive me sayang..."
Mungkin juga mereka enggan membuat aduan kerana sayang kan rumah tangga mereka, malu untuk turun naik mahkamah, tak mahu mencermarkan nama baik kedua-dua belah keluarga, masih sayang at si pendera, takut jadi janda, kesiankan nasib anak-anak jika si pendera di penjara..
Ada juga sesetengah kes yang berlaku orang sekeliling yang memberi nasihat yang salah iaitu :-"Sabarlah, dia pasti akan berubah..susah kalau turun naik mahkamah nie..kesiankan anak-anak tue.."

Wanita juga ada yang sanggup menutup mata, telinga dan mulut  iaitu enggan membuat sebarang aduan ke pihak berkuasa...
Bukan sebab mereka tak tahu hak mereka, tetapi sebab sayang dan mungkin sebab perkara-perkara tadi...
Menutup mata mereka dari melihat kebenaran dan enggan menilai yang si pendera adalah oang yang jahat. Masih melihat si pendera sebagai orang yang patut di sayangi dan di hormati...(?????)
Menutup telinga merea dari mendengar nasihat-nasihat orang sekeliling tentang hak-hak mereka yang telah di abaikan dan masih enggan membuat laporan polis..

Akhirnya..mereka akan terus-terusan didera dan di seksa..tak kira sama ada dari segi fizikal, mental ataupun seksual...
Kemudian setelah mereka pendam segala apa yang mereka alami, mereka berkemubgkinan besar akan mengalami deeprssion ataupun gila (iaitu hilang pertimbanagan akal yang waras)...maka seterusnya mereka akan mendera atau melampiaskan segala kekusutan dan ketidakpuashatian itu terhadap anak-anak mereka yang tidak berdosa..(kes macam nie dah berlaku pun)

"Sesungguhnya seseorang wanita itu di ciptakan dari tulang rusuk kiri lelaki, bukanlah untuk di dera kerana merea lemah..tetapi dekat dengan hati untuk di sayangi dan di cintai, dekat dengan tangan untuk di lindungi..."

Nota:- Ini hanyalah 100% pandangan peribadi pemilik blog ini terhadap isu ini..gambar-gambar yang di paparkan hanyalah hiasan.

PS:- sekiranya anda sedang di dera sila buat laporan dengan segera...
        Jika anda berada di Malaysia sila hubungi Talian Nur:- 1599...


Thursday, February 17, 2011

Hentikan Penderaan Terhadap Kanak-Kanak...Sayangilah Mereka..

Wajarkah seseorang yang telah dewasa dan mempunyai akal fikiran yang sempurna mendera kanak-kanak kecil yang belum mengerti..?
Di manakah letak nya belas kasihan dan pertimbangan akal fikiran mereka sehingga sanggup mendera..?
Tidak adakah sekelumit kasih dan sayang di hati mereka...?
Tidak sedarkah mereka akan kesan yang bakal di lalui oleh kanak-kanak yang menjadi mangsa dera..?

Kesannya adalh mereka akan mengalami TRAUMA SEUMUR HIDUP dan akan mempengaruhi gaya  kehidupan dan pemikiran mereka apabila mereka dewasa kelak.


          Pada pendapat saya, Tidak sepatutnya mereka di dera..Kerana mereka masih kecil..
Kalau pun mahu mendidik, lebih baik memberi nasihat secara berhikmah..iaitu menegur kesilapan mereka dengan bersopan dan bukan lah di hadapan orang lain serta janganlah anda mengeluarkan kata-kata kesat / mencarut /kata-kata yang kurang sopan.Kerana jika anda berbuat demikian mereka akan kurang keyakinan diri apabila dewasa. Mereka mungkin akan menjadi individu yang pasif dan sukar untuk bergaul. Selain itu, mereka juga mungkin akan mencontohi gaya berbahasa secara salah ini apabila mereka dewasa. Iaitu merea akan menjadi individu yang suka bercakap dengan kata-kata kesat tanpa memikirkan perasaan orang lain.


-Penderaan Mental-
=Dera dari segi kata-kata=



            Mereka juga tidak wajar di pukul hingga sampai ke tahap dera.  Sekiranya ingin mendidik mereka, adalah lebih wajar di nasihati secara berhikmah terlebih dahulu selepas itu barulah boleh didik secara fizikal (sekiranya mereka masih tidak mendengar nasihat). Tetapi janganlah sampai mendatangkan kecederaan atau kemudaratan. Serta janganlah sampai meninggalkan  kesan-kesan di tubuh badan mereka.
            Kesan daripada penderaan fizikal, ianya akan mendatangkan kemudaratan pada kesihatan  tubuh badan mereka serta mungkin juga boleh menyebabkan kematian. Seharusnya mereka ini dilindungi.
           Walaupun mereka melakukan kesilapan, tidak seharusnya mereka di dera. Kerana mereka masih kecil dan belum mengerti apa-apa.Janganlah sesekali anda menjadikan mereka sebagai mangsa untuk melepaskan rasa marah  dan tekanan yang anda alami di tempat kerja mahupun bersama pasangan anda ataupun beban kewangan anda.
-Penderaan Fizikal-
=Dera dari segi tindakan fizikal iaitu memukul=


      Selain itu, Kanak-kanak juga berdepan dengan penderaan dari segi seksualiti iaitu kes-kes seperti gangguan seksual, rogol dan liwat. Kanak-kanak mudah di pengaruhi kerana mereka tidak mengerti lagi tentang hal ini. Kanak-kanak juga mempunyai tenaga yang sedikit berbanding dengan orang dewasa menjadikan mereka tidka berdaya untuk menyerang atau melawan semula apabila menjadi mangsa. Jadi wujudlah orang-orang dewasa yang mengambil kesempatan dan peluang itu. Selain itu, kanak-kanak juga sangat takut apabila di ugut atau di ancam, itulah menyebabkan mengapa mereka mendiamkan diri. Selain itu, mereka juga mungkin tidak mengetahui hak mereka.
       Kesannya, mereka akan menjadi kurang keyakinan diri, sukar mempercayai individu lain,murung, menyepikan dan meminggirkan diri. Mereka juga mungkin akan menjadi individu pendendam pada lawan jenis mereka sepanjang hayat mereka. Mereka juga berkemungkinan menjadi seseorang yang terlibat dalam gejala-gejala sosial yang negatif.

  Kejam bukan..? Mereka yang tidak berdosa di ragut kesuciannya ketika kecil dan terpaksa pula menanggung penderitaan sepanjang hayat...Seharusnya mereka dilindungi....

-Penderaan seksual-
=Dera dari segi gangguan seksual, rogol dan liwat=

Akhir kata dari saya, Sayangilah dan kasihi lah kanak-kanak dan lindungilah mereka. Jangan sesekali anda melakukan apa jua bentuk penderaan ke atas mereka.

P.S:- Ini hanyalah 100% pendapat saya (penulis blog merpatiputih88.blogspot.com) terhadap isu penderaan kana-kanak.Credit gambar google image

Note: gambar-gambar ini saya perolehi dari google image.

Wednesday, February 16, 2011

Puisi:-Kamu Curang (Versi Gadis)



Mengapa kau sanggup menduakan aku..?
Mengapa kamu sanggup tinggalkan aku demi dia..?
Apakah salah ku pada diri mu...?
Ya..Aku sedar aku siapa...
Aku punya banyak kekurangan di mata mu...
Terkadang aku sibuk hingga tidak punya waktu untuk bersama mu..
Ya..mungin kau bosan dan jemu menunggu ku..
Tapi aku lakukan ini semua demi kebaikan kita bersama di masa akan datang..
Aku lakukannya demi kau..
Ya..Demi memenuhi segala keinginan dan kemahuan kau..
Tidakkah kau mengerti tentang itu..?
Kini aku sedar, Aku telah buta..
Ya..Buta untuk menilai cintamu yang ternyata palsu...
Kau yang ku sangka intan rupanya hanyalah kaca...
Kau adalah kaca itu yang merobek hati ku..
Hati ku kini calar..
Pabila aku melihat kau pergi bersama si dia yang ku kenali..
Hatiku Luka..Pedih sekali...
Tidak dapat ku gambarkan apa yang sedang bersarang di lubuk hati ku ini..
Oh..kejamnya engkau mengahancurkan impian ku...
Pasti selepas ini sukar untukku mempercayai kaum mu..
Akan aku pastikan bahawa aku tidak akan embali pada mu lagi..


Nota:- Puisi ini adalah ciptaan sepenuhnya penulis blog ini, sebarang penerbitan semula tanpa kebenaran daripada penulis blog ini adalah di larang sama sekali. Hak Cipta Terpelihara.


Ps:- Puisi ini adalah kesinambungan dari Puisi:-Kamu Curang (Versi Jejaka) dan ianya juga merupakan puisi yang terdapat dalam cerpen ciptaan saya...







Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Marilah bersama-sama kita hayati dan mengharagi segala jasa dan pengorbanan Junjungan Mulia Nabi Muhammmad S.A.W. 


Oleh itu perbanyakkan lah selawat keatas Baginda S.A.W dan amalkan lah segala apa yang telah ditinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan As Sunnah dalam kehidupan seharian kita.


Sesungguhnya segala jasa dan pengorbanan Baginda S.A.W tidak akan dapat dibalas oleh kita semua..


Nabi Muhammad S.A.W sangat menyayangi kita umatnya, hinggalah pada saat Baginda S.A.W menghembuskan nafas terakhir pun Baginda S.A.W masih mengigati umatnya. 


Satu pertanyaan buat kita semua, adakah kita selama ini menghayati dan sentiasa mengigati segala jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W serta mengamalkan segala yang telah ditinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan As Sunnah dalam kehidupan kita sehari-hari? 


Marilah bersama-sama kita bermuhasabah diri dan menghayati segala jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W..Segala akhlak Baginda S.A.W adalah sanagat wajar di contohi dan di teladani oleh kita..Malah bagi saya, Baginda S.A.W  lah yang seharusnya menjadi idola bagi kita semua umatnya..




  Saya tinggalkan Nasyid ini dan marilah kita dengarkan dan hayati bersama-sama ya..


Monday, February 14, 2011

Katakan Tidak Pada Valentine Day



        Seperti yang kita ketahuai setiap tahun pada 14 February adalah merupakan tarikh hari memperingati kekasih hati. Tapi Tahu kah kita bahawa sebagai umat Islam adalah dilarang sama sekali untuk meraikannya..Kerana ianya adalah adat yang di sambut oleh orang barat. Rasanya adalah sangat tidak wajar bagi kita untuk mengikuti budaya mereka. Saya enggan bercerita tentang sejarah hari valentine, rasanya kamu semua boleh mencarinya sendiri atau pun mungkin kamu pernah terbaca artikel-artikel di surat khabar atau majalah mengenai sejarah awal sambutan hari kekasih ini. Jika kamu sudah membaca sejarah awal sambutan hari valentine pasti kamu akan lebih memahami mengapa umat Islam adalah dilarang untuk meraikannya. Majlis fatwa kebangsaan juga memfatwakan bahawa umat Islam adalah di haramkan dan dilarang bagi meraikan hari valentine ini.



     Hari valentine ini juga akan menggalakkan berlakunya pembaziran. Iaitu dengan meraikannya di tempat-tempat yang mewah dan membelikan hadia-hadiah, bunga, coklat dan sebagainya. Paling penting sekali sambutan hari valentine ini akan mengalakkan muda mudi melakukan perkara-perkara ke maksiatan dan seterusnya terujumus melakukan penzinaan. Setiap tahun pada sambutan hari kekasih pasti ramai pasangan yang ditangkap kerana berkhalwat dan melakukan perbuatan yang tidak bermoral.




Di hari meperingati kekasih ini jugalah biasanya banyak parti-parti di anjurkan, ianya semestinya megalakkan arak dan dadah secara berleluasa. Paling penting pada hari ini jugalah, si jejaka yang berhidung belang aka buaya ini akan menggoda si gadis bagi di tiduri bagi melakukan perbuatan seks (zina). Pada masa ini juga perbuatan seks rambang (bertukar-tukar pasangan zina) adalah sangat-sangat berleluasa. Oleh tu ianya juga telah mengalakkan penyebaran virus HIV / Aids dan penyakit-penyakit berjangkit yang lain.Sembilan bulan kemudian pasti ramai bayi-bayi yang tidak berdosa dilahirkan dan dibuang begitu sahaja tidak kira sama ada dilongkang, di sungai, di tandas atau di mana sahaja. Kemana perginya nilai kemanusiaan? begini kah caranya memperingati kekasih hati...? 

Bagi gadis-gadis di luar sana, saya ingin berpesan..Tolong jangan dermakan dara anda pada pasangan anda tue..kerana dia tidak berhak ke atas anda, yang berhak hanyalah suami anda. Sayangilah diri anda melebihi menyayangi dirinya yang belum pasti menjadi milik anda..! Pastiakan Cinta anda kepada Tuhan Yang Maha Esa adalah melebihi daripada cinta anda kepada manusia dan perkara-perkara yang lainnya..


PS:- Esok merupakan Hari Keputeraan Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W..Jadi Wajarkah sambutan hari valentine ini diraikan bagi umat Islam? Seharusnya kita lebih menyintai dan menghargai segala jasa dan pengorbanan yang tak terhingga Nabi Muhammad S.A.W kepada kita umatnya. Kekasih hati belum pasti lagi menjadi milik kita, sekiranya dia bersama kita hari ini belum tentu hubungan kita akan berkekalan. Maka cintailah Tuhan, Agama dan Diri Sendiri lebih dan mendahului daripada cinta kepada kekasih hati..

Hamil Di Sebelum Waktunya..Bersediakah Kamu..???


Ok, topik entry nie memang agak sensitif..Tapi aku rasa memang perlu aku buat topik pasal isu nie..Remaja sekarang pun dah terlebih "open" bukan setakat open minded jer tau..tapi segala-galanya...tak percaya..? cuba korang search budak sekolah kat google tue..Well macam-macam kan..? pelik juga kowt rata-ratanya bertudung..eh..bertudung..???  Dah lama sebenarnye aku na buat issue nie kat sini... cuma memnanti idea dan masa yang tepat jer... Aku dapat idea nak buat issue macam nie since masa aku wat topic pasal exam..
 Aku search lar budak sekolah kat google tue..dengan harapan dapat lar gambar-gambar bebudak sekolah tengah study ke ape..tup-tup.. ermm...macam-macam yang keluar...Tue lah sebabnye aku hanya gune gambar Geum Jandi (karakter dalam citer boys over flower) untuk gambar utama entry aku tue..

    So, aku terfikir..takkan bebudak nie tak tahu ek yang ape effect bila dieorang wat mcam tue..? ke dieorang nie buat untuk suka-suka jer bak kata pepatah omputeh "just for fun"..Mungkin dieorang nie saje nak tcuba-cuba..Entahlah aku pun tak tahu..tapi..Adik-adik sekalian,tidak tahu kah anda yang anda boleh pregnant dan melahiran baby-baby comel yang tak berdosa akibat perbuatan anda itu..? 

   Tapi..Aku rasa kan..takkan korang tak tahu ek..?korang kan dah di didik dengan didikan agama, moral, insaniah, adat / adap tatasusila orang timur..So, mesti korang tahu kan benda-benda macam tue tak leh buat dan tersangat-sangat lah berdosa...Korang juga mesti dah tahu kan dosa berzina tue hukum nya apa kan..?
Masa kelas sains / biologi mesti korang dah belajar kan kalau wat benda-benda macam tue leh menyebabkan korang pregnant dan terkena penyakit-penyakit berjangkit kan...?

    Nape ek orang masih nak wat macam tue..? (tertanya-tanya jap aku..)
    Korang tak kisah ke bile balak korang tue rakam aksi korang tue..? dah tue sebar-sebar satu sekolah korang..abis..korang jugak yang malu kan..? balak korang tue tak nampak pun muka die..So, die lepas lah..korang jugak yang menderita dan terseksa seumur idup..


Bile situasi seperti gambar di atas berlaku...ape perasaan korang..? masa nie baru nak menyesal ke...?
Ok-kepada yang belum mengerti, situasi seperti gambar di atas adalah mengambarkan seorang gadis yang sangat upset bile dapat tahu die pregnant selepas die check menggunakan pregnancy test tue..


Boleh ta korang bayangkan kejap..kalau korang jadi macam gambar kat atas nie..macam mane ea korang nak pegi sekolah / kolej dengan keadaan macam tue..? mampu ke korang hadap segala kata nista dan tohmahan masyarakat sekeliling korang? paling penting sekali..mampu ke korang tahan semua tue demi meneruskan cita-cita korang untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya pada masa depan..? Berani ke nak hadap benda nie semua ye ...????
Korang rasa kan..Balak korang tue nak bertanggungjawab tak..? jawapan aku..confirm tak punye.. sebab die pun masih study kat sekolah / kolej...So, mane mampu die nak sara hidup korang, mana mampu die nak bagi-bagi kan masa untuk korang..? Even, jejantan yang berhidung belang macam zebra yang dah berkerjaya pun tak mahu bertanggungjawab bile cik awek pregnant anak dieorang..ini kan pulak bebudak hingusan yang masih belajar..?
Jejantan tak guna berhidung belang-belang nie mesti bagi alasan macam gnie:-
"Ala..Entah anak jantan mana lah tue..U nak tuduh anak I pulak? Kalau dengan I, U boleh buat.., dengan jantan lain pun U boleh buat kan?"
"I masih study, masa depan masih jauh..I tak mampu nak tanggung beban semua nie..I mana ada duit lagi..U buang je lar anak tue.."

Ha..nie contoh jer lah..tapi nie kat overseas sane...kat tempat dieorang memang dah tak pelik rasanya bile mbenda-benda macam nie terjadi..Cube korang bayang kan..this cute baby face boy(muke  innocent gtue) dah jadi dady walaupun umur dia baru 13 tahun dan umur pasangan die kalau tak silap aku lah kan dal setahun atau dua tahun lebih tua dari die (erk..aku lupelah umo budak pompuan nie...sorry ye...)..tapi yang pastinya dua-dua bebudak nie masih sekolah lagi beb...!



 Ok. Selain daripada korang akan menanung dosa di alam lagi satu, menangung malu seumur hidup, pregnant..korang jugak berkemungkinan untuk mendapat jangkitan penyakit-penyait menular macam HIV/ Aids, dan macam-macam lagi lah penyakit-penyakit berjangkit yang lain tue..

Last but not least, pesanan aku wat semua adik-adik remaja kat luar sane tue..Tolong jangan buat benda-benda macam nie ye..jaga diri korang bebaik...masa depan korang tue jauh lagi tau...Sayang alau masa muda nie korang sia-sia kan macam tue aje..zaman sekolah / kolej nie lah zaman orang nak menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman sebnayak mungkin, dan ianya akan menjadi jambatan kearah ejayaan orang apabila dewasa kelak..tapi apabila jambatan yang baru nak dibina tue dah roboh macam mana korang nak menyeberang dan menuju kejayaan tue..?
    Buat adik-adik yang bergelar gadis dan yang comel sekalian, tolonglah jaga diri...jangan sesekali termasuk dalam perangkap jejantan berhidung belang yang buas macam rimau tue...jangan percaya janji-janji manis dieorang tue..jangan "dermakan dara" korang kat orang yang belum berhak keatas diri korang.
    Buat adik-adik lelaki yang tampan lagi segak sekalian, tolonglah jaga rakan-rakan kamu yang bergelar gadis dan jangan sesekali merosakkan dan mengambil kesempatan keatas mereka..

-Tak kira korang nie lelaki ke perempuan ke...dosa tetap dosa..ingat tue..jangan sesekali cuba-cuba-

Entry ini adalah luahan pendapat penulis blog ini. Credit Gambar google image

Saturday, February 12, 2011

Puisi:-Kamu Curang (Versi Jejaka)


Kenapa?
Kenapa mesti ada dia di antara kita?
Kau kata kau cinta, tetapi kau menduakan aku..??
Kau tinggalkan aku kerana dia..
Kau lebih sayangkan dia..
Ternyata, janji kau hanya palsu..
Sekarang ingin aku bertanya..
Siapakah dia yang sebenarnya...
Aku tahu..
Dia istimewa di hatimu..
Aku tahu..
Dia gadis yang istimewa yang kini berada di hatimu..
Baiklah kalau begitu mahu mu..
Maka aku akan tinggalkan mu selamnya..
Selepas ini tak usahlah kau tangisi atau sesali..
Kerana pergi nya aku buat selamanya..
Pesanku pada mu, cintailah si dia sebaiknya..
Harapan ku pada mu, 
Kau doa kan lah aku pabila aku sudah tiada di dunia ini lagi..

Puisi ini adalah ciptaan sepenuhnya pemilik blog ini, sebarang penerbitan semula tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang sama sekali. Hak cipta terpelihara.

Note:-Puisi ini adalah versi apabila si jejaka yang curang, puisi ini adalah antara puisi yang berada dalam cerpen saya..

Monday, February 7, 2011

Puisi:-Aku Kecewa (Versi Jejaka)



Aku sepi...
Tanpa kau aku sunyi...
Tapi..
Aku tak tahu..
Bagaimana harus aku luahkan segala apa yang terbuku di hati ini..
Agar kau tahu..Aku Sayang kau!!!
Mahu sahaja aku berlari mendapatkan engkau..
Tapi engkau sedikit pun tidak menoleh ke arah ku..
Perlu kah aku mengejar engkau semula..??
Kalau aku luahkan segala yang berada di hati ini..
Adakah engaku akan percaya??
Adakah engkau akan memberi kan aku peluang kedua????
Percayalah..Aku sayangkan engkau lebih dari mereka....
Aku mahu kau tahu, aku setia pada kau..
Walupun mungkin kelihatan aku tak pernah setia..
Terkadang aku lupa tentang engkau dan tengtang kita..
Tapi, Itu tidak bermakna aku tidak sayangkan engkau..
Aku..terlalu sibuk..kau perlu faham..
Kalau kau sayang aku..
Kau perlu faham aku..
Aku tahu aku salah..
Tapi tak mungkin aku mahu menyerah kalah..
Aku tak mahu nampak lemah..
Jadi..
Aku masih berdiri menunggu engkau di sini..
Aku berharap...
Kau akan menoleh kepadaku...


Note:- Puisi ini adalah hasil karya sepenuhnya milik penulis blog ini. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Hak cipta terpelihara.

P/s:-Ini adalah puisi aku kecewa versi suara hati jejaka ianya juga adalah kesinambungan dari

Puisi:-Aku Kecewa (Versi Gadis)


puisi ini adalah sebahagian dari karya saya yang ada dalam cerpen ciptaan saya sendiri..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...