Hai Semua...
Pernahkah kamu berfikir atau terfikir tentang telinga, mata dan mulut...?
Tiga anggota ini adalah antara deria yang paling penting sekali iaitu mendengar, melihat dan merasa / bercakap..
Tapi terfikirkah oleh kita adakah kita menggunakan ketiga-tiganya sebaik mungkin..?
Adakah kita menghargai dan mensyukuri atas nikmat yang kita punya ini..?
Ramai juga manusia yang menyalah gunakannya, digunakan ketiga-tiga organ ini untuk menyebarkan fitnah, khabar angin atau gossip dan juga mengumpat, megutuk, atau menghina..
Telingannya sangat suka mendengar berita yang tidak benar, suka dan gembira sekali mendengar kesusahan orang lain, sangat senang mendengar berita kejatuhan orang lain, sangat seronok mendengar perkhabaran kelemahan orang lain. Matanya pula apa bila terlihat sesuatu yang tidak patut dilihat maka makin di besarkan matanya supaya dapat melihat perkara yang tidak elok itu dengan jelas dan bukannya dia menundukkan pandangan. Malah mahu menenungnya dan melihatnya dengan pandangan mata yang meneliti keseluruhan isi dalamnya, meneliti dan mulalah berimajinasi pula..Apabila terlihat kekurangan pada fizikal orang mula lah menghinanya..Apbila terlihat kesusahan ornag, bukan dia mahu membantu malah dia mengherdik, menyindir dna mngutuk orang itu pula..Konon dia sahajalah orang terhormat di muka bumi ini..Sentiasa sahaja melihat kekurangan orang lain..Mulutnya pula tak henti-henti mengumpat, mengutuk orang lain..Di gunakan mulutnya itu untuk menyebarkan gossip ke sana kemari..Di gunakan ia untuk mentertawakan kelemahan orang lain..Padanya dia sahaja lah orang yang paling sempurna..
Tapi pernah kah terikir akan manusia yang seperti ini bahawa ketiga-tiga organ ini terletaknya di kepala. Ya, dekat pula dengan akal kita. Tujuannya untuk apa..? Supaya kita berfikir sebelum menilai atau menegelurakan sesuatu andaian atau sesuatu perkataan. Agar kita tak tersungukur dengan kejahatan mata, telinga dan mulut sendiri.. Agar kita sentiasa berfikir bahawa tiada manusia biasa yang sempurna dan agar kita berfikir kekhilafan diri kita terlebih dahulu sebelum kita asyik sahaja melihat keburukkan dan kelemahan individu lain.
Apa yang kita lihat dan apa yang kita dengar, jangalah terus di serap dan di percaya sepenuhnya. Kerana boleh jadi kejadian sebenar tidaklah sebegitu, ia boleh jadi di tokok tambah untuk menyedapkan cerita fitnah yang sedang di jaja kesana kemari. Zaman sekarang ini sudah moden, dengan segala teknologi yang ada pada hari ini seglanya boleh di tokok tambah dengan lebih mudah dan pantas sahaja.Jadi,jangan cepat membuat penilaian terhadap sesuatu jika kita tidak berada di situasi itu. Kerana jika penilaian kita itu silap, maka nyatanya kita sudah memfitnah, jika perkara itu betul maka kita pula sudah membuka aib orang lain.
Jika kita tidak suka orang lain memberi perspektif negatif kepada kita, maka kita juga tak patut memberi perspektif negatif kepada orang lain.Jika kita mahu orang lain menjaga hati dan perasaan kita serta menjaga air muka kita, maka halnya sama juga sama dengan orang lain, dia juga pasti tidak suka aibnya dibuka dan di cemari..
.
Translate
Wednesday, November 30, 2011
Tuesday, November 29, 2011
Selamat Tahun Baru Hijrah
Salam Maal Hijrah.. Selamat menyambut tahun baru Islam 1433 Hijrah kepada semau umat Islam di seluruh dunia..
Semoga kita bersama-sama bermuhasabah diri dengan apa jua yang telah kita lakukan di tahun yang lalu dan bersamalah kita perbaiki apa jua yang kurang. Berhijrah dari satu yang kurang baik kepada satu sifat/sikap yang lebih baik. Memang tiada manusia biasa yang sempurna. Oleh itu, kita haruslah perlu sentiasa beringat untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekhilfan diri kita. Tukar apa yang perlu di tukara, ubah apa yang di rasakan perlu agar kita menjadi individu yang maju dan berjaya. Perubahan itu haruslah dari yang negatif ke positif, dan dari yang baik kepada yang lebih terbaik. Bersama-sama lah kita menghayati pengertian Hijrah itu yang sebenar dan bersamalah kita memartabatkan Islam itu sendiri di mata dunia.
Jika tahun yang lalu banyak impian yang belum tertunai, maka tahun ini haruslah di gunakan sebaik mungkin untuk mencapai segala impian kita agar menjadi nyata. Berusahalah jangan pernha berhenti dan jangan pernah pula berputus asa. Setiap hari dan waktu yang berlalu haruslah di manfaatkan sebaik-baiknya dengan segala perkara yang berfaedah, ianya tak lain untuk kebaikkan diri kita juga. Janganlah di bazirkan setiap detik waktu yang berlalu begitu sahaja. Sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara. Dunia ini hanyalah jambatan untuk kita menuju ke alam yang lebih kekal abadi iaitu akhirat. Maka jika kita faham konsep itu, kita pasti tidak akan membazirkan masa yang kita ada ini untuk melakukan perbuatan yang ternyata sia-sia belaka. Jika kita faham konsep ini, kita juga tidaklah tersasar dan hanyut dengan keasyikan godaan dunia, kerana kita sedar ianya hanyalah pinjaman yang nyata sementara.
Bersyukurlah dengan setiap hembusan oksigen yang masih kita punya untuk bernafas, bersyukurlah dengan setiap detik nadi dan jantung yang masih berdenyut normal, bersyukurlah dengan nyawa yang masih kita punya. Kita tidak pasti hayat kita sampai bila, jadi hidup di dunia ini haruslah sentiasa beringat. Setiap apa yang kita miliki manfaatkan lah ia sebaik mungkin.
Ps:-Menagapa ramai antara kita yang mengingati tahun baru masihi setiap satu januari tapi ramai pula diantara kita yang lupa tarikh tahun baru Islam itu sendiri??? Adakah kerana kita alpa atau kerana kita terlalu meikirkan hal-hal duniawi sahaja...?
Nota:-Maaf kerana terlewat update entry, kerana laptop saya meragam.
Wednesday, November 23, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Perlu Ke Bermusuh Dengan Ex???
Hai Semua...Tahniah kepada harimau muda kerana berjaya menjuarai Bola Sepak Sukan Sea pada malam tadi.....Selamat bercuti bagi seluruh warga Negeri Johor...(^___^) Alhamdulilah lappy saya ok sikit hari nie, walaupun screen nya skejap-sekejap jadi gelap dan sekejap ok sekjap tak ok..tapi dapat lah juga saya update entry untuk hari ini dan dapatlah jua saya berblog walking ke blog kamu...
Ok kembali kepada topi asal..Persoalan utama dalam entry ini adalah perlu ke kita bermusuh dengan Ex kita,tak kiralah Ex tunang, Ex husband, Ex Wife atau Ex couple..? Bila masa zaman sedang di ulit rasa bahagia tue sanggup rempuh segala onak dan duri bersama. Segala ata nisata dari orang luar atau segala hasutan dan cakap-cakap belakang semuanya di tolak ke tepi. Walaupun kita tahu yang cakap-cakap itu ada kalanya memang benar dan berserta bukti yang kukuh tapi kita masih nak membela pasanan kita tue jugak, kiranya semua yang di buat semuanya betul dan semuanya baik sahaja dimata kita. Kalau ada sahaja komen yang kurang enak mengenainya kita pasti membelanya bermati-matian.
Sanggup menidakkan kebenaran yang sudah tersuluh di depan mata dan sanggup tutup mata dan telinga sahaja. Cinta si dia itu terlampau kita sanjung tinggi dan agung-agungkan waluapun hakikatnya ianya tidaklah seindah mana, tapi kita suka bercerita tentang yang indah-indah sahaja. Segala sengsara dansakit hati kita smpan, dan jangan sampai di ketahuai oleh sesiapa.Biarlah kononya hubungan kita itu adalah terlhat sebagai pasangan yang paling bahagia, paling serasi bersama, paling romantic,kiranya semuanya cerita yang baik-baik sahaja lah.
Tapi itu masa zaman sedang bahagia. Zaman cinta tengah mekar bak sesegar bunga-bunag di ladang apabila tiba musim bunga. Tapi apa pula yang akan terjadi apabila sudah cinta itu terlerai dan terputus..? Apabila cinta itu sudah tida berseri dan tiada manisnya lagi yang tinggal hanyalah rasa geram dan sakit hati? Maka perlukah kamu bermusuh dengan Ex kamu itu..? Perlu kah kamu menceritaan segala keburukkannya serta keaiban diri nya dar A-Z..? Rasanya tida perlu diceritakan sampai sebegitu, kerana itu menunjukkan kamu kurang profesonal dalam hubungan dan kurang matang sebagai dewasa.
Jika kamu tak henti-henti menceritakan keburukkan bekas pasangan, itu menunjukkan kamu masih simpan perasaan kepadanya. Mungkin sebab terlampau geram dan kecewa bila kehilangan dirinya maka kamu menyimpam dendam, biarlah di ceritakan segala keburukannya agar tidak ada lagi orang yang akan mendekatinya dan mahu berpasangan dengannya. Maka itu membuatkan hati kamu puas. Kamu mahu kelihatan suci dan tulus, konon manusia paling mulia tiada langsung cacat celanya. Tiada langsung kesilapan dari pihak dari pihak diri kamu, semua salah dan silapnya ada pada bekas pasangan kamu. Jika kamu bersikap begini, saya boleh tafsirkan kamu sebagai individu yang tidak boleh menerima hakikat kehidupan. Kerana dalam sesuatu perhubungan yang berkaitan perasaan terhadap pasangan itu pasti akan ada juga sengketa, pasti akan ada air mata, pasti akan ada hati yang dilukai atau hati yang terluka, pasti ada yang di kecewakan atau yang mengecewakan. Tak semua yang berkaitan tentang cinta itu indah-indah sahaja. Pasti akan ada juga rintangan dan cabaran, yang perlu kamu tempuhi tak kira lah dari segi macam mana pun cabaran itu datang.
Manusia yang suka menyalahkan orang lain adalah manusia yang terlampau ego. Kerana dia yakin bahawa dinya terlampau sempurna hingga dia sanggup menuding jarinya ke orang lain. Walhal dia lupa, yang hanya satu jari tertuding ke orang lain manakala empat lagi jari tertuding ke dirinya sendiri. Dia lupa yang semua manusia biasa itu tidak sempurna dan pernah melakukan kesilapan. Dia juga mungkin terlupa akan persoalan tentang jodoh yang sudah etrang di tetapkan oleh takdir Tuhan. Dia lupa semua itu kerana dia terlampau obeses dan gila mahu memiliki cinta dari manusia yang hakikatnya akan pergi meninggaan dirinya juga. Kerana kematian itu pasti, tiada cinta yang abadi melainkan cinta kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Akhir kata, cintailah seseoarang itu sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi orang yang kamu cinta boleh menjadi orang yang kamu benci satu hari nanti, Dan bencilah seseorang itu seadarnay sahaja, kerana boleh jadi orang yang kamu benci itu menjadi orang yamg paling kamu cintai. Jangan butakan mata kerana cinta, jangan tulikan telinga kerana cinta, jangan hitamkan hati kerana cinta,jangan hancuran masa depan diri sendir kerana cinta.Cintailah diri sendiri dahulu sebelum memberi cinta kepada orang lain kelak kamu tidak akan terlalu kecewa bila hubungan itu terkandas di pertengahan jalan. Jangan terlalu obses dengan cinta manusia, kerana Cinta yang abadi itu hanyalah cinta kepada Tuhan. Tiada cinta agung dari manusia jadi jangan terlalu menagagung-agungkan cinta manusia yang belumpasti hatinya, kerana hati manusia boleh berubah arah dan boleh juga berpindah. Percayalah bahawa jika dia bukan ditakdrkan untuk kita, pasti ada hikmahnya, munngkin kita tidak sesuai dengannya, mungkin kita akan lebih menderita bila bersamanya. Percayalah bahawa pasti ada insan lain yang lebih menghargai dan mencitai diri kita.
Ps:-Entry ini hanyalah nukilan picisan penulis blog ini. Credit gambar google image
Ok kembali kepada topi asal..Persoalan utama dalam entry ini adalah perlu ke kita bermusuh dengan Ex kita,tak kiralah Ex tunang, Ex husband, Ex Wife atau Ex couple..? Bila masa zaman sedang di ulit rasa bahagia tue sanggup rempuh segala onak dan duri bersama. Segala ata nisata dari orang luar atau segala hasutan dan cakap-cakap belakang semuanya di tolak ke tepi. Walaupun kita tahu yang cakap-cakap itu ada kalanya memang benar dan berserta bukti yang kukuh tapi kita masih nak membela pasanan kita tue jugak, kiranya semua yang di buat semuanya betul dan semuanya baik sahaja dimata kita. Kalau ada sahaja komen yang kurang enak mengenainya kita pasti membelanya bermati-matian.
Tak, dia tak curang...Mata aku jer yang tersalah tengok nie..
Sanggup menidakkan kebenaran yang sudah tersuluh di depan mata dan sanggup tutup mata dan telinga sahaja. Cinta si dia itu terlampau kita sanjung tinggi dan agung-agungkan waluapun hakikatnya ianya tidaklah seindah mana, tapi kita suka bercerita tentang yang indah-indah sahaja. Segala sengsara dansakit hati kita smpan, dan jangan sampai di ketahuai oleh sesiapa.Biarlah kononya hubungan kita itu adalah terlhat sebagai pasangan yang paling bahagia, paling serasi bersama, paling romantic,kiranya semuanya cerita yang baik-baik sahaja lah.
~You nie buat I pening jer..Baik kita putus jer dari I stress sepanjang masa pikirkan pasal you~
Jika kamu tak henti-henti menceritakan keburukkan bekas pasangan, itu menunjukkan kamu masih simpan perasaan kepadanya. Mungkin sebab terlampau geram dan kecewa bila kehilangan dirinya maka kamu menyimpam dendam, biarlah di ceritakan segala keburukannya agar tidak ada lagi orang yang akan mendekatinya dan mahu berpasangan dengannya. Maka itu membuatkan hati kamu puas. Kamu mahu kelihatan suci dan tulus, konon manusia paling mulia tiada langsung cacat celanya. Tiada langsung kesilapan dari pihak dari pihak diri kamu, semua salah dan silapnya ada pada bekas pasangan kamu. Jika kamu bersikap begini, saya boleh tafsirkan kamu sebagai individu yang tidak boleh menerima hakikat kehidupan. Kerana dalam sesuatu perhubungan yang berkaitan perasaan terhadap pasangan itu pasti akan ada juga sengketa, pasti akan ada air mata, pasti akan ada hati yang dilukai atau hati yang terluka, pasti ada yang di kecewakan atau yang mengecewakan. Tak semua yang berkaitan tentang cinta itu indah-indah sahaja. Pasti akan ada juga rintangan dan cabaran, yang perlu kamu tempuhi tak kira lah dari segi macam mana pun cabaran itu datang.
Manusia yang suka menyalahkan orang lain adalah manusia yang terlampau ego. Kerana dia yakin bahawa dinya terlampau sempurna hingga dia sanggup menuding jarinya ke orang lain. Walhal dia lupa, yang hanya satu jari tertuding ke orang lain manakala empat lagi jari tertuding ke dirinya sendiri. Dia lupa yang semua manusia biasa itu tidak sempurna dan pernah melakukan kesilapan. Dia juga mungkin terlupa akan persoalan tentang jodoh yang sudah etrang di tetapkan oleh takdir Tuhan. Dia lupa semua itu kerana dia terlampau obeses dan gila mahu memiliki cinta dari manusia yang hakikatnya akan pergi meninggaan dirinya juga. Kerana kematian itu pasti, tiada cinta yang abadi melainkan cinta kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Akhir kata, cintailah seseoarang itu sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi orang yang kamu cinta boleh menjadi orang yang kamu benci satu hari nanti, Dan bencilah seseorang itu seadarnay sahaja, kerana boleh jadi orang yang kamu benci itu menjadi orang yamg paling kamu cintai. Jangan butakan mata kerana cinta, jangan tulikan telinga kerana cinta, jangan hitamkan hati kerana cinta,jangan hancuran masa depan diri sendir kerana cinta.Cintailah diri sendiri dahulu sebelum memberi cinta kepada orang lain kelak kamu tidak akan terlalu kecewa bila hubungan itu terkandas di pertengahan jalan. Jangan terlalu obses dengan cinta manusia, kerana Cinta yang abadi itu hanyalah cinta kepada Tuhan. Tiada cinta agung dari manusia jadi jangan terlalu menagagung-agungkan cinta manusia yang belumpasti hatinya, kerana hati manusia boleh berubah arah dan boleh juga berpindah. Percayalah bahawa jika dia bukan ditakdrkan untuk kita, pasti ada hikmahnya, munngkin kita tidak sesuai dengannya, mungkin kita akan lebih menderita bila bersamanya. Percayalah bahawa pasti ada insan lain yang lebih menghargai dan mencitai diri kita.
Ps:-Entry ini hanyalah nukilan picisan penulis blog ini. Credit gambar google image
Monday, November 21, 2011
Puisi:-Harimau Muda Di Hatiku...
Harimau muda harimau perkasa,
Tangkas di pandang memikat mata yang memandang,
Harimau muda kekal di hati,
Dengan semangat juang yang tinggi, Kejayaan itu pasti akan kita kecapi,
Kalah atau menang tidak di peduli
Usaha dan semangat harus lipat gandakan lagi,
Doa dari kami mengiringi agar langkah mu lebih berani,
Berlari lah kau berlari,
Gegarkan gawang lawan mu nanti,
Usah di gentar kata-kata benci,
Jadi kan ia pemangkin semangat diri,
Dengan semangat Malaysia Boleh ini aku yakin kejayaan pasti jua kita miliki,
Harimau muda mengaum lagi,
Suaranya kini lantang dan di geruni,
Kelibatnya kini tak di pandang sepi lagi,
Majulah terus maju pasukan hari muda ku,
Teruskan perjuangan mu untuk hari ini dan masa depan nanti,
Nota:-Puisi ini adalah nukilan sepenuhnya pemilik blog ini. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali.
Ps:Sama-sama kita nantikan perlawanan final bola sepak sukan sea Malaysia Vs Indonesia pada malam ini. Saya doakan agar kemenangan milik pasukan kita Malaysia.Sebagai mana kita dapat menumpaskan pasukan Garuda tempoh hari dengan 1-0 hasil jaringan dari Syahrul Azwari dan sebagaimana kita boleh tumpaskan Myanmar dengan 1-0 hasil jaringan dari Fakri. Sebagaimana perlawanan lalu, penajaga gol Khairul Fahmi Che Mat bijak dan berjaya mengawal gawang kita dari di cerobohi, maka saya yakin kita masih boleh mengulangi kejayaan yang sama.Dengan semangat yang kita ada ini, walaupun ada antara ahli pasukan kita yang telah mendapat 2 kad kuning dan coach kita pada perlawanan menentang Myanmar tempoh hari hanya dapat duduk di bangku penonton dan hanya boleh bagi arahan kepada anak-anak buahnya melalui nota sahaja itu pun melalui orang perantaraan dan dia tidak di benarkan menggunakan handphone atau walkie talke untuk berinteraksi dengan para pemain.Tetapi kita sudah buktikan yang kita berjaya juga ke final. Jadi tidak mustahil untuk pasukan kita sekali lagi mengengam Pingat Emas Sukan Sea.
Labels:
bola sepak,
lelaki,
puisi (isu semasa)
Sunday, November 20, 2011
Laptop Pengsan....
Hai semua..
Laptop saya pengsan lagi..Screen nie gelap jer...saya tak tahulah ape masaalahnya..Ada harapan lagi ke laptop ne nak pulih...? Sebab nielah saya tak dapat nak bw ke blog-blog awak semua...Jadi saya nak gunakan kesempatan nie untuk minta maaf...Sebab lambat dapat buat bw ke blog awak semua dan lambat dapat balas comment di ruangan comment..Sekaran nie dah hujung tahun jadi kerja di pejabat pun semakin banyak, sebab nak buat closing account..Dan closing date bag account-account amanah (kerja yang saya buat) nye pulak 14.12.2011 dan closing date untuk yang lain seperti biase 31.12.2011..Jadi searang nie perlu settle kan bayaran elaun-elaun, bayran projek tender-tender tue semua dan macam-macam payment lagi lah yang perlu di settle kan sebelum closing date. Kalau tak mereka-mereka tak dapatlah bayarannya..Selain tue kena buat report penyata kewangan untuk di audit, update segala macam fail tue semua..Jadi dalam masa nie saya memang sangat-sangat sibuk..
Untuk pengetahuan semua, saya memang hanya akan update blog apabila saya berada di rumah (selepas waktu pejabat) dan hanya apabila saya punya masa terluang dan punya sedikit idea untuk di kongsi. Idea itu memang ada, cuma masa yang agak tidak mencukupi dan laptop saya pulak tengah sakit kronik sekarang nie, jadi itulah sebabnya saya agak lambat nak update entry dan lambat nak buat kunjungan balas ke blog kamu semua..Saya minta maaf sekali lagi..Mungkin jika laptop saya nie sembuh sikit, saya akan update 2-3 entry dan di buat sebagai auto update sahaja...
Sekian, salam sayang dari saya..Selamat berhujung minggu semua, semoga kamu semua sihat sejahtera hendaknya..
Friday, November 18, 2011
Cerpen:-Tentang Tudung-Part 1
Di suatu ketika di dalam sebuah kelas darjah enam di sebuah sekolah rendah...Terdapat dua orang pelajar lelaki dan perempuan yang asyik bercakaran bila berjumpa.Pantang bersua muka pasti ada sahaja benda yang nak di gaduhkan. Mula berperangai begini sejak dari darjah satu. Si lelaki suka mengusik, membuli dan mangacau si perempuan. Si perempuan pula spesis yang tak reti nak mengaku kalah. Paling tak suka nampak lemah bila berdepan dengan lelaki. Tapi mereka nie takdelah sampai bermusuh atau simpan dendam dalam hati. Setiap hari sebelum pulang dari sekolah mereka akan saling minta maaf, tapi setiap pagi sampai habis waktu sekolah mereka akan bergaduh seperti biasa. Begitulah setiap hari, gaduh kemudian baik semula, kemudian gaduh lagi. Cikgu yang mengajar dan rakan-rakan sekelas pun dah tak larat nak nasihat. Nama singkatan si lelaki ialah Min dan si perempuan itu pula ialah Mia...Suatu hari si lelaki menegur tentang penampilan si perempuan...Ceritanya bermula begini...:-
"Hey..kau punya result gempak eh aku dengar..Bak sini report book kau tue aku nak tengok..Siapa lagi terror, kau atau aku.." Kata Min sambil cuba merampas report book yang mengandungi segala isi markah peperiksaanya.
"Mana ada gempak..tak payah lah nak perli aku pulak eh.." ujar Mia dengan nada selamba
"Bukan kau tetap maintain dapat no 1 kat dalam kelas nie ke..?"
"Yelah, cuba kau tengok result maths aku tue cukup-cukup makan jer tue..Nah nie report book aku kau tengok lah sendiri..Nie cuma ujian pertengahan tahun jer, masa UPSR nanti aku tak tahulah aku boleh score ke tak.."
"Kira ok lah tue lulus jugak kan..tapi aku still lagi terror lah kan dalam bab maths nie..kau mana boleh lawan aku..hahahahaha.."
"Alah berlagak ar kau nie..Aku tahu lah kau terror maths.."
"Eh kau dapat A subjek agama..? 99% markah kau...Gila eh..kau meniru ke ape nie hah...?"
"Kenapa kau tak percaya ke aku boleh score A..? Kau ingat kau sorang jer ke yang pandai hah..?"
"Takdelah aku cuma..aku cuma pelik jer..."
"Kau pelik kenapa pulak..ha..Mulalah nak tuduh aku meniru lah tue..Tak baik tuduh aku bukan-bukan tau.."
"Tak..cuma sayangnye.."
"Dah kau nie kenapa..? Tadi kata pelik nie sayangnye pulak..Kau demam ke ape nie beb..?
"Ok, aku cakap..Tapi kau jangan marah dahlah.."
"Cakap jer lah..macam lah aku nie singa sangat.."
"Aku rasa tak guna kalau kau dapat A dalam subjek agama lepas tue markah pulak 99%. Kalau ilmu yang kau ada tue kau cuma guna untuk jawab kertas periksa jer..Sayangnya kat luar, kau tak praktikkan. "
"Hurm..maksud kau macam mana..Cuba jelaskan dengan terang.."
"Aku tahu kau jaga solat dan aku tahu kau pun dah khatam Al-Quran kan..? Aku pun tahu yang kau jenis jujur dan baik hati walupun kau garang dengan aku. Tapi sayang kalau kau tetap taknak jaga aurat kau dan tak nak pakai tudung. Aku rasa kau pun tahu kan apa hukumnya orang yang tak pakai tudung dan tak jaga aurat nie kan..Kau sebagai perempuan wajib tutup aurat tahu...Kena jaga cara berpakaian.."
"Aku tahu, aku memang tak pakai tudung luar waktu sekolah..Aku mengaku aku silap..Tapi walaupun aku tak pakai tudung aku tetap tak pernah pakai seksi-seksi tau..dan yang paling penting aku jaga solat..Satu perkara yang perlu kau tahu, aku tak pernah buli-buli orang macam mana kau selalu buli aku dan budak-budak lain. So, apa pulak komen kau..?"
"Ya, sebab tuelah aku tegur. Sebab aku nie kawan kau. Walaupun aku selalu sakitkan hati kau, selalu jer buli kau.Tapi aku tiap-tiap hari minta maaf kat kau kan.Kau pun dah janji maaf kan aku dan tak kan dendam.Kira kita nie cuma gaduh sebagai gurauan jer lah, takkan itu pun kau nak kecik hati kot..?"
"Kenapa kau sibuk sangat nak tegur aku nie..Caring sangat lah tue konon.." kata Mia sambil menjuihkan bibirnya.
"Sebab aku kawan kau. Sebagai seorang kawan aku wajib tegur kau dan beri nasihat apa yang patut. Aku cuma kesiankan kau, kalau tiba-tiba kau mati nanti tapi tetap perangai macam nie. Kau nak sangat ke rasa azab api neraka sebab gara-gara kau tak jaga aurat? Memang kau solat tapi jaga aurat tue pun wajib jugak bagi orang Islam. Tengok kat dunia nie jer pun bila panas dah berpeluh-peluh tak dapat bayang ke macam mana azabnye nanti bila kat kubur..? Kau kan terror kan dapat A subjek agama. Jadi aku rasa kau belajar tue tak ikhlas, sebab kau belajar hanya untuk lulus periksa. Tapi apa yang kau belajar tue langsung tak lekat kat hati kau tue.."
"Terima kasih sebab bagi nasihat kat aku..Hurmm..jadi kau fikir aku nie spesis budak kerasa hati, begitu ke maksud kau..?"
"Aku rasa kau nie jenis degil kot..Degil susah nak dengar kata..Tapi aku yakin kau masih boleh berubah cuma kau sendiri yang perlu bersedia lakukan perubahan tue."
"Selamba jer kau cakap aku degil kan..Nak kena debik ke..? Yelah aku mengaku aku memang spesis budak yang degil, susah nak dengar nasihat...Aku bukan tak nak pakai tudung, cuma aku tak nak nampak macam perempuan..Aku tak suka lah nampak macam feminin nie..Nampak macam perempuan sangat..Aku suka nampak macam jantan sikit, jadi takdelah nanti kena buli dengan budak nakal macam kau nie.."
"Kau tak suka nampak macam perempuan??? Bukan kau memang perempuan ke..? Cubalah belajar bersyukur sikit..Perempuan kenalah jadi lemah lembut, sopan barulah cepat dapat jodoh..Kalau kau perangai macam jantan macam nie alamat anak dara tua lah kau nanti.."
"Selamba jer nak kutuk aku jadik anak dara tua ye..! Weh kita nie masih sekolah rendah ar..UPSR pun tak lepas lagi, belum layak nak fikir bab kahwin nie tau!"
"Kau marah ke..??"
"Takdalah mana ada marah..."
"Kalau kau nak tahu, pakaian nie boleh melambangkan persepsi orang kat kita. Sebab tulah kita kena jaga cara berpakaian kita. Perempuan tu akan nampak baik dan sopan bila dia menjaga aurat dia berbanding dengan bila dia berpakain macam jantan, macam style yang kau suka tulah..Kalau kau pakai baju macam tu,orang akan cop kau nie budak nakal,tomboy dan macam-macam lah..Bila kau dah pakai tudung tu kau pun secara automatik akan sentiasa jer nak jaga imej bertudung tu. So secara automatik kau akan jaga adab,tingkah laku dan tutur kata kau. Pakai tudung tu biarlah seiring dengan perubahan sikap ke arah kebaikan dan yang penting ikhlaskan hati. Sebab itulah perempuan kena jaga aurat dia...Bila orang lelaki tengok kau pakai sopan diorang pun jadi takut nak ambil kesempatan kat kau. Simpanlah aurat kau tu untuk lelaki yang benar-benar layak sahaja untuk memandang iaitu suami kau. Secara tak langsung kau boleh menjaga imej seorang wanita mulism dan menjaga maruah kau. Lagipun itu memang satu kewajiban bagi setiap perempuan Islam, wajib pakai tudung dan wajib tutup aurat secara sempurna.Kau faham tak nie..?"
"Yelah aku faham...Dah macam ustaz dah kau nie,panjang lebar keterangan kau kan..Apa-apa pun terima kasih sebab nasihatkan aku.Kau rasa ok ke kalau aku pkai tudumg? tak nampak macam orang tua ke..?"
"Tak lah mana ade..Nampak comel ade lah...Aku harap satu hari nanti kau pakai tudung secara tetap dan bukan semata-mata sebab uniform sekolah jer..Aku akan doakan kau bertudung satu hari nanti..."
"Terima kasih sebab bagi nasihat kat aku yang degil nie..Aku akan cuba fikirkan nasihat kau tu.."
"Eh, sebenarnya aku ada benda nak bagi kat kau nie.."
"Ape benda tue..? Birthday aku lambat lagi nie..ehehehe.."
"Nie ha buku nie kau baca lah.." Shah menghulurkan buku itu kepada sya. Lalu di sambut sya.
"Buku nie....?" Mia berasa terkejut dan berasa agar tersindir dengan tajuk buku tue. Sinis benar rasanya. Dia tunduk dan mengetap bibir kerana berasa malu dengan dirinya sendiri.
"Bacalah buku tue, semoga kau mendapat Hidayah dari-Nya lepas kau baca buku tu..Aku harap lepas nie hati kau lembut sikit. Susah payah aku pinjam buku tue kat library bergerak tu..Nanti lepas dua minggu kau pulanglah buku tu balik kat aku tau. Nanti tak pasal-pasal aku kena denda pulak."
"Kenapa kau sanggup pinjam buku nie semata-mata nak bagi aku baca...?" Tanya Mia kepada Min. Sebenarnya Mia berasa terharu kerana Min sanggup susah payah pinjam buku semata-mata mahu bagi dia baca. Sebak pun ada, sebab dia tak sangka seorang rakan yang menjadi teman bergaduh saban hari rupanya begitu mengambil berat. Tapi dia pendamkan saja di dalam hati. Kerana sikap degil dan tak mahu mengalahnya itu..
"Sebab aku tahu kau suka membaca. Sebab itulah aku sanggup pinjam buku itu bagi kat kau, untuk kau baca. Aku percaya yang hati kau yang keras dan degil tu mesti akan lembut bila baca buku nie. Kau anggap jerlah ini sebagai pertolongan aku sebagai seorang kawan. Apa guna kita kawan, kalau kita tak boleh tolong dia dan tak boleh nasihatkan dan beri teguran kat dia apa yang patut kan.."
"Aku tak sangka walaupun kau nampak macam jahat dan nakal tapi kau nie baik jugak rupanya..Thanks.."
"Aku memang baik...Cuma ramai jer bebudak kat sekolah nie dan cikgu yang anggap aku jahat. Yelah aku kan suka kacau orang, suka buat bising, suka conteng-conteng meja...Aku nie nampak jer nakal tapi hati baik tahu.."
"Mulalah nak angkat bakul tue..Pantang kena puji sikit..Terus kembang sebakul"

******
Beberapa bulan kemudian, situasi selepas mereka selesai menghadapi ujian UPSR dan ketika itu ialah hari untuk mengambil keputusan peperiksaan tersebut.
"Assalammualaikum.. Tahniah Min sebab dapat 5A UPSR nie.Lepas nie kau plan nak sambung kat sekolah mana..?"
"Waalaikumussalam..Eh Mia..? Tahniah jugak kat kau sebab dapat 5A jugak..Aku rasa lepas nie aku nak masuk SMKA..Aku harap bila masuk sekolah menengah aliran agama tue nanti aku dapat capai cita-cita aku untuk sambung study jadi Ustaz tak pun peguam Syariah.."
"Baguslah macam tue..Sejuk perut mak kau,sebab mengandungkan anak yang baik macam kau nie..Akunak ucapkan terima kasih sebab kau pernah nasihatkan aku sebelum nie dan bagi pinjam buku kat aku. Aku rasa kaulah kawan terbaik yang pernah aku ada"
"Kawan terbaik..? Kenapa kau cakap macam tue..? Bukan ke selama nie kau anggap aku nie musuh paling ketat kau..Yelah hari-hari kita gaduh dah tue hari-hari aku buli kau kan..?"
"Sebab kau satu-satunya kawan aku yang berani tegur kesilapan aku depan-depan dan terang-teran nasihatkan aku. Walaupun cara kau cakap hari tue buat aku tersentap, tapi semua yang kau cakap tue memang betul. Lagipun kau tak hipokrit macam sesetengah orang yang baik depan aku , tapi kutuk-kutuk aku belakang-belakang. Kau pun tegur aku depan-depan, cara kau tegur aku memang aku respect. Sebab kau takde lah sindir-sindir aku depan-depan orang lain. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih"
"Perkara kecik jer tue..Aku dengar kau dah pakai tudung. Betul ke..?
"Memang betul.."
"Aku ada sesuatu nak bagi kau. Anggaplah ini sebagai tanda kenang-kenangan persahabatn kita. Lagipun lepas nie kita akan terpisah dan dah tak satu sekolah lagi kan."
"Hadiah...? Terima kasih. Kau nie saja buat aku terharu. Aku takde apa-aap nak bagi kat kau.hurm.."
"Takpe, aku tak kisah.. Asalkan kau dah berubah dan terima teguran aku. Aku anggap itu sebagai hadiah persahabatan kita."
"Min, bila kau nak kahwin nanti jangan lupa hantar kad undangan untuk aku tahu!"
"Mestilah kalau kau tak datang majlis aku, alamatnya majlis tue tak jadi."
"Kenapa pulak?"
"Satu hari nanti kau akan tahu sebabnya kenapa."
Perbualan mereka terhenti bila ibu bapa mereka mahu mengambil mereka pulang ke rumah masing-masing. Itulah pertmuan terakhir mereka. Min melanjutkan pelajaran di SMKA dan Mia pula di sebuah sekolah aliran sains. Keluarga Mia membawa Mia berpindah ke ibu negara iaitu Kuala Lumpur. Mulai saat itu mereka terputus hubungan kerana pada hari terakhir sebelum Mia sekeluarga berpindah,Mia gagal memberi sepucuk surat yang mengandungi alamat barunya kepada Min.
Bersambung....
~Apakah kesudahan kisah ini? Nanti kesudahannya di siri yang ke dua..
.
PS:- Ini adalah sebuah cerpen, sebuah karya picisan yang punya banyak kelemahan. Cerpen ini juga tidak ada kena mengena dengan hidup sesiapa, jika ada sebarang persamaan hanyalah kebetulan. Kerana cerpen ini hanyalah sumber ilham dan hasil karya pemilik blog ini sepenuhnya. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah di larang sama sekali. Hak cipta terpelihara.
Wednesday, November 16, 2011
Ciri-Ciri Perempuan Yang Lelaki Tertarik
Hai semua...
Dalam entry lepas saya ada buat list ciri-ciri lelaki yang perempuan suka..Jadi kali ini saya mahu listkan senarai ciri-ciri perempuan yang akan menarik...Apa yang ada dalam senarai ini adalah apa yang pernah saya dengar dari kaum lelaki sendiri.Mari kita semak sama-sama:-
Cantik + Comel
~Kalau terlihat awek cantik + comel melintas depan mata, pasti akan tertoleh dna tak berkedip mata melihatnya.Lumrah manusia memang suka pada kecantikan.Cantik tue subjektif. Bergantung pada penilaian setiap lelaki itu sendiri. Macam-macam ciri-ciri ada dalam kelasifikasi cantik nie, ada yang kata cantik haruslah putih gebu dan ada pula kata hitam manis itu cantik..Ada yang kata perlu ada mata yang cantik, bibir yang cantik, pipi licin, muka flawless / tak ada sebijik pun jerawat..muka manis, ada lesung pipit etc..Ada yang suka perempuan bertudung ada pula yang sebaliknya..Ada yang suka perempaun berambut pendek, katanya nampak comel..Ramai juga yang suka perempaun berambut panjang, katanya nampak ayu..Jadi definisi cantik itu luas,bergantung pada orang yang menilai..
Seksi + Pandai Bergaya
~Harus bijak dan tahu juga bergaya dan berfesyen..Seksi itu pun subjektif. Tak semestinya pada aspek tubuh badan saja boleh namapak seksi. Ada yang kata suara perempuan pun boleh jadi seksi. Cara tingkah laku yang manja pun boleh jadi seksi juga.Ada yang kata tak suka perempuan seksi-seksi, tapi hakikatnya masih memandang juga tanpa berkelip jika terlihat gadis seksi!
Independent
~Bagus juga kalau dapat pasangan yang macam nie, takdelah 24 jam dok tau nak kikis duit jer..Pandai cari duit sendiri, pandai uruskan hidup sendiri..Ada rumah dan kereta serta ada kerjaya...Katanya perempaun yang tahu hidup berdikari nie lagi tahu susah senang hidup, dan lebih tahu erti hidup..Maka dia takkan menyusahkan pasangannya.
Berpendidikan dan Bijak
~Pendidikan sangat penting untuk kehidupan, lebih-lebih lagi wanita umumnya sebagai pendidik kepada anak-anak sebab lumrah ibu lebih dekat dengan anak mereka..Bijak membuat keputusan sendiri, bijak menganalsa dan berikir baik buruk sesuatu perakara dalam hidup..Hidup berpaksi pada pendirian tak pula cepat melatah dan tak pula cepat beralih arah..
Beragama.
~Ini biasanya ciri-ciri yang akan menjadi paling utama jika dia mahu menjadikan gadis sebagi isteri..Kata lelaki, walaupun mereka nakal macam mana pun, pasti mahu isteri yang baik dan berakhlak baik walaupun hakikatnya akhlak nya sendiri tunggang langgang..
Penyayang , Perihatin dan Penyabar
~Sayang pada kanak-kanak terutamanya bayi. Ada ciri-ciri keibuan yang tinggi. Boleh jaga budak-budak dan boleh uruskan diorang dnegan baik. Sentiasa ambil berat,kalau tak sihat ke ape mesti sentiasa bagi nasihat suruh makan ubat suruh jumpa Doktor suruh berhenti merokok etc..Kalau kena marah-marah ke ape, almaklumlah jika dia seorang yang panas baran, kadang kala marahnya melampau. Maka perlukan seorang gadis yang sabar dan terus sabar dan boleh bertahan dengan segala perangai-perangainya.
Pandai Memasak, Pandai Menjahit..
~Kalau nak makan ape cakap jer..Macam kat restaurant gitue..Semuanya dia boleh masak..Kiranya berbaloi lah kumpul duit bayar hantran ribu-ribu tue..Masak pun sedap, kalau makan mesti dah tak nak makan kat kedai lagi dah..Kalau hari raya, tak payah upah baju kat kedai sebab wife sendiri pandai jahit..Wah.. sangat jimat...
Lemah Lembut dan Feminin
~Sopan,berbudi bahasa, ayu dan penuh ciri-ciri kewanitaan..Tahu menjaga tata tertib dan adat budaya, bijak menjaga tingkah laku dan tutur kata walau dimana jua dia berada dan walau di dalam situasi apa sekalipun...
Manja...
~Tak semestinya kena gedik..Cukuplah ada sikit-sikit sifat manaj, kalau terlebih sangat pun tak bagus jugak..huhuhu..
Hormat dan Tahu Menjaga Hati Pasangannya
~Lelaki memang pantang di cabar. Lebih-lebih jika perempuan yang tak reti nak dengar cakap. Jadi lelaki lebih suka jika pasangannya ikut cakap mereka dan menghormati mereka sebagai ketua.Perempuan juga harus lebih peka terhadap perasaan lelaki, kena bijak ambil hati..Pujuk jika mereka merajuk..Sejukkan hati jika meraka marah..Beri teguran atau nasihat dengan baik dan sopan jika mereka ada buat apa-apa kesalahan.
Hormat Keluarganya..
~Menghormati kedua ibu bapanya dan bijak menagmbil hati kedua-duanya...Boleh pula menyesuaikan diri dalam kelaurganya..Jangan sesekali berkata yang buruk-buruk mengenai ibunya atau keluraganya di hadapnyan, kerana lelaki memang tak suka dan pantang jika ada orang cuba memburukkan ibunya..
Jujur dan Setia
~Wanta itu perlu bersikap jujur kepadanay , mereka ta suka ditipu..Mereka kaum lelaki sangat pantang jika pasangannya berlaku curang.Mereka mahukan pasangan yang setia menemani dikala susah atau senang.Walaupun dia seorang playboy, pasti dia mahu pasangannya setia pada dia seorang sahaja!
Pendengar Yang Baik dan Pemberi Nasihat Yang Baik
~Jika ada tersilap pasti dia tegur dengan behemah, tak pula mengaibkan dan menajtuhkan air muka pasangannya. Jika sedang dilanda masaalah dialah yang beri sejuta kata-kata semangat.Bukan setakat menjadi kekasih hati tapi dia jua lah sahabat sejati dan sahabat terbaik...
Ps:- Sebarang kesilapan atau kekurangan pada entry ini harap di maafkan kerana ia hanyalah cetusan rasa penulis blog ini Kredit gambar kepada google image.
Sambungan entry ini:
Cinta Tidak Sempurna

Tuesday, November 15, 2011
Puisi:- Tentang Aku....
Menulis tentang hati dan perasaan di sekeping kertas...
Kertas itu aku koyak dan aku bakar..
Tinggal menjadi debu-debu yang berterbangan..
Pergilah rasa amarah,sedih dan kesal itu jauh dan menjauh...
Seperti terbangnya debu-debu itu...
Hati yang berkeping luka tersoyat pedih...
Muka yang tersenyum namun hati sentiasa merintih...
Senyum yang di ukir hanyalah topeng..
Ada duka yang terpendam...
Ada tangisan di jiwa yang paling dalam..
Ada jeritan di lubuk hati yang kusam...
Namun tak ada siapa yang mendengar..
Tiada siapa pula yang ambil peduli..
Kelihatan kuat namun sebenarnya lemah..
Walau hati tampak kental dan tabah..
Adakalanya ia melayang tak tentu arah...
Jadi hati itu juga perlu kata-kata peniup semangat agar ia terus tabah..
Kerana ia hanyalah hati dari manusia biasa..
Berjalan di gigi pantai katanya boleh menyenangkan hati..
Melontar batu di pesisiran pantai umpama melontar seribu rasa di hati..
Memijak pasiran pantai terasa ada duri..
Duduk termenung memikir masa depan sendiri...
Masih adakah lagi yang ambil peduli..?
Masih adakah insan yang mengerti...?
Atau aku akan tetap terbiar terdampar sendiri...?
Ps:- Puisi ini adalah sepenuhnya ilham penulis blog ini. hak cipta terpelihara.sebarang bentuk penerbitan semula tidak di benarkan sama sekali.Kredit gambar google image.
Labels:
luahan hati,
puisi (kehidupan/ kejayaan)
Monday, November 14, 2011
11 Ciri-Ciri Lelaki Yang Perempuan Suka..
Haiii semua..(^___^)
Hari nie saya nak bagi kamu top 11 ciri-ciri lelaki yang hampir semua perempuan suka..Lelaki silah baca ye, jika punya masa terluang....Ini bukan rekaan atau cobaan ye, ini betu-betul punya. Boleh dikatakan hampir semua perempuan suka ciri-ciri macam nie.. Sebab itulah lelaki yang ada ciri-ciri macam ni biasanya ramai peminat / secret admire / aweks...hehehe...
1. Beragama
Ini ciri yang paling penting sekali..Dan saya boleh bet yang semua girls pasti suka pada jejaka yang mepunyai ciri-ciri ini..Cair jer hati bila lihat si jejaka tak lokek luangkan masa bersolat di surau atau masjid berhampiran walaupun masa tue tengah busy dengan kerja atau tengah busy shopping..Pasti sejuk jer hati sekalian gadis jika terdengar suara yang merdu melaungkan azan dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan penuh tertib dan bertaranum..
2. Pelindung dan Pembimbing
Lelaki yang baik ialah lelaki yang sentiasa akan melindungi wanita / gadis yang berada di bawah tanggungjawabnya dan yang di kenalinya dari segala mara bahaya atau segala apa jua bentuk kejahatan di muka bumi. Dia juga akan sentiasa tidak jemu memberi nasiaht dan teguran denagn baik dan berhikmah walupun si gadis itu sangat degil perangainya, tapi dia tak pernah jemu untuk membimbingnya. Berada di samping lelaki yang punya ciri-ciri begini pasti membuat gadis berasa selamat.
3.Pendengar Yang Setia dan Pemberi Nasihat Yang Baik
Jika Si gadis sedang dilanda jutaan masaalah, kebiasaanya para gadis suka menceritakannya dengan orang yang rapat dengannya. Lumrah hati lembut seorang gadis itu memang sensitif. Maka dia perlukan pasangan yang boleh mendengar segala permasaalahannya itu dan secara tak langsung menjadi motivator kepadanya. Pasti si gadis akan berasa sedih dan mood nya kan jatuh merudum jika lelaki yang di cintainya itu memberi kata-kata yang boleh melemahkan semangatnya! Maka kamu lelaki, haruslah lebih peka ye..=)
4.Berilmu dan Berpendidikan
Ilmu itu penyuluh kegelapan.Ilmu itu sangat penting untuk kehidupan. Maka seba itulah ciri-ciri ini snagat penting. Tanpa ilmu macam mana mahu mencatur kehidupan? Tanpa ilmu macam mana mahu menjadi ketua kelurga kelak..? Oh ya, jangan salah sangka..Tak semestinya kamu perlu segulung PHD baru dikatan kamu itu manusia berilmu..Belajarlah dengan apa yang ada di sekeliling kamu. Pemebelajaran itu tak hanya di dalam kelas sahaja ya..!
5.Bijak dan Berwawasan
Bijak membuat keputusan. Berfikir sebelum bertindak. Ini sangat penting, sebab apabila sudah berkahwin si isteri perlu patuh cakap suami dan si suami perlu membuat keputusan yang tepat untuk kebahagiaan rumahtangga. Lelaki juga perlu ada sikap berwawasan yang tinggi, iaitu tak jemu berusaha untuk memajukan diri sendiri serta masa depannya..
6. Penyayang dan Penyabar
Sifat penyayang yang semula jadi, dan tidak di buat-buat.Sayang kepada kanak-kanak dan bayi, ada ciri-c-ri kebapaan..Ada ciri-ciri family man..Wah..sangat cair hati si gadis bila melihat si jejaka sangat bijak memujuk kanak-kanak yang sedang menangis..Sayang pada haiwan..sayang pada alam sekitar..sayang pada keluarganya. Sebab lelaki yang ada ciri-ciri macam nie pasti akan menyayangi isteri dan anak-anaknya nanti..Sabar dan tidak pula panas baran atau kepala angin..Kalau marah pun masih maintain cool jer..Tak de pun nak keluar kata-kata kesat, mencarut atau memaki hamun..Kalau marah macam mana pun takde nak pukul sana, pukul sini..
7. Prihatin dan Romantik
Perempuan nie hatinya lembut,dan mudah tersentuh../sebab tuelah diorang suka lelaki yang ade ciri prihatin dan romantik nie..Bila sakit jer terus pergi hantar klinik. Bila dalam kesusahan sentiasa hulurkan bantuan sekadar yang termampu..Sentiasa bagi nasihat-nasihat, kata-kata semangat. Pasal romantik pula, semua gaids memang suka..Contohnya , macam dalam Drama Tv Nora Elena babak Seth bagi Nora bunga sampai penuh satu booth kereta..Wahh,ramailah gadis-gadis yang up status kat fb sangat suka kalau dapat suami yang romatik macam Seth..Eh, tak semua perempuan suka bunga, ada yang suka chocolate ade yang suka teddy bear dan macam-macam lagilah...Nak jadik romantik tak mesti kena bagi hadiah mahal-mahal..nak kreatif dan jimat? buat jer kad hasil tangan sendiri dan bunga petik jerlah kat luar rumah tue..hehehehe..;)
8. Kedudukan Kewangan dan Ekonomi Yang baik
Mesti korang yang lelaki nie terus jer nak cop:" Alah..perempuan memang suka pandang duit..duit..duit.."
Ketahuilah oleh kamu, yang duit memang tak boleh beli kebahagiaan dan duit bukanlah boleh beli semuanya dalam kehidupan. Tapi untuk hidup, kita perlukan duit. Nak beli beras , nak beli bahan-bahan untuk masak, nak beli baju, nak beli make up untuk wife, nak beli perabut, nak sekolah kan anak-anak, nak bayar bl itu bil ini...Semua tue perlukan duit kan..? boleh beli dengan cinta jer..? pasti tidak kan..? Jadi hidup perlulah rasional..Kerana isu duit ini jugaklah ramai yang sanggup berkahwin dengan orang yang dia tak cinta, asalkan duit banyak..Sebab apa? Sebab katanya rasa selamat dengan kedudukan ekonominya yang menjamin masa depan..Kerana duit jugaklah ramai yang gelap mata, ramai juga yang bercerai berai sebab isu kewangan dlaam rumahtangga..Bagi saya pula, tak mestinya lelaki tue kana ada banyak duit, tapi yang penting ialah dia kena bijak uruskan kewangannya..Haruslah jimat berbelanja, haruslah fikirkan tentang simpanan untuk hari tua..Tapi jangan kedekut sudahlah...huhu..:p
9. Hormat Orang Tua dan Wanita
Perlulah ada rasa hormat pada orang tua dan wanita. Contoh jika berada di dalam bus atau LRT, ternampak ada orang tua atau wanita mengandung yang berdiri, cepat-cepat bangun dari peluang untuk mereka duduk. Jika ternampak ada orang tua yang membawa barang yang berat-berat, cepat-cepat hulurkan bantuan. Tak meninggikan suara atau cari gaduh dengan orang yang lebih berusia. Tahu menghoramati dan menajaga hati wnaita, tak pernah menjaja-jaja cerita keburukkan wanita-wanita yang pernah di kenalinya dan tak pernah mengaibkan wanita.
10. Ketua Yang Baik.
Ada ciri-ciri untuk menjadi pemimpin yang baik dan adil serta di hormati dan tegas membuat keputusan.
11. Bersukan dan Bakat-Bakat Lain
Aktif sukan tak kira lah bola sepak ke, basketball ke, tennis, badminton atau ragbi sekalipun...Hey, kamu tahu gadis-gadis nie memang suka pada lelaki yang minta sukan tahu..Sebab tuelah lelaki yang aktif sukan nie ramai jer peminatnya dikalangan gadis-gadis comel dan cun walaupun dia dah punya buah hati kesayangan, tetap jer ramai peminatnya..Bakat-bakat lain nie macam kebolehan memasak, menjahit..wow..sangat beruntunglah..kalau ada ciri macam nie..Kamu tahu perempuan sekarang memang suka pada lelaki yang pandai masak dan tak lokek luangkan masa ke dapur..Sebab cool kata mereka..Selain dari tue, kategori bakat lain nie adalah macam boleh bermain alat musik, pandai menyanyi ke..Lelaki yang pandai main gitar nie pun boleh jer dapat ramai peminat.. tak mestinya kena jadi artis ok...Cuba kamu buat persembahan sambil petik gitar.Pergh..pasti lepas tue ramailah peminat perempuan kamu berduyun-duyun..
Ps:- Entry hanyalah berilhamkan idea penulis blog ini... Sekadar entry picisan biasa... Jangan ambil terlalu serius pulak ye... Harap maaf jika ada kekurangan... Kredit gambar google image..
Sambungan daripda entry ini:

~Ada gaya budak bijak tak...???~

~Aku sayang sangat sama kucing...~

~Aku nie kategori romatik tak???~
7. Prihatin dan Romantik
Perempuan nie hatinya lembut,dan mudah tersentuh../sebab tuelah diorang suka lelaki yang ade ciri prihatin dan romantik nie..Bila sakit jer terus pergi hantar klinik. Bila dalam kesusahan sentiasa hulurkan bantuan sekadar yang termampu..Sentiasa bagi nasihat-nasihat, kata-kata semangat. Pasal romantik pula, semua gaids memang suka..Contohnya , macam dalam Drama Tv Nora Elena babak Seth bagi Nora bunga sampai penuh satu booth kereta..Wahh,ramailah gadis-gadis yang up status kat fb sangat suka kalau dapat suami yang romatik macam Seth..Eh, tak semua perempuan suka bunga, ada yang suka chocolate ade yang suka teddy bear dan macam-macam lagilah...Nak jadik romantik tak mesti kena bagi hadiah mahal-mahal..nak kreatif dan jimat? buat jer kad hasil tangan sendiri dan bunga petik jerlah kat luar rumah tue..hehehehe..;)
~Duit aku banyak..Sebab tue lah perempuan datang kat aku pun macam magnet...huhuhu..~
8. Kedudukan Kewangan dan Ekonomi Yang baik
Mesti korang yang lelaki nie terus jer nak cop:" Alah..perempuan memang suka pandang duit..duit..duit.."
Ketahuilah oleh kamu, yang duit memang tak boleh beli kebahagiaan dan duit bukanlah boleh beli semuanya dalam kehidupan. Tapi untuk hidup, kita perlukan duit. Nak beli beras , nak beli bahan-bahan untuk masak, nak beli baju, nak beli make up untuk wife, nak beli perabut, nak sekolah kan anak-anak, nak bayar bl itu bil ini...Semua tue perlukan duit kan..? boleh beli dengan cinta jer..? pasti tidak kan..? Jadi hidup perlulah rasional..Kerana isu duit ini jugaklah ramai yang sanggup berkahwin dengan orang yang dia tak cinta, asalkan duit banyak..Sebab apa? Sebab katanya rasa selamat dengan kedudukan ekonominya yang menjamin masa depan..Kerana duit jugaklah ramai yang gelap mata, ramai juga yang bercerai berai sebab isu kewangan dlaam rumahtangga..Bagi saya pula, tak mestinya lelaki tue kana ada banyak duit, tapi yang penting ialah dia kena bijak uruskan kewangannya..Haruslah jimat berbelanja, haruslah fikirkan tentang simpanan untuk hari tua..Tapi jangan kedekut sudahlah...huhu..:p
9. Hormat Orang Tua dan Wanita
Perlulah ada rasa hormat pada orang tua dan wanita. Contoh jika berada di dalam bus atau LRT, ternampak ada orang tua atau wanita mengandung yang berdiri, cepat-cepat bangun dari peluang untuk mereka duduk. Jika ternampak ada orang tua yang membawa barang yang berat-berat, cepat-cepat hulurkan bantuan. Tak meninggikan suara atau cari gaduh dengan orang yang lebih berusia. Tahu menghoramati dan menajaga hati wnaita, tak pernah menjaja-jaja cerita keburukkan wanita-wanita yang pernah di kenalinya dan tak pernah mengaibkan wanita.
~Amacam..ade nampak muka aku nie tegas tak nie..? ~
10. Ketua Yang Baik.
Ada ciri-ciri untuk menjadi pemimpin yang baik dan adil serta di hormati dan tegas membuat keputusan.
~Peminat aku ramai beb..Almaklumlah aku nie aktif ngan basketball..hehehe...~
11. Bersukan dan Bakat-Bakat Lain
Aktif sukan tak kira lah bola sepak ke, basketball ke, tennis, badminton atau ragbi sekalipun...Hey, kamu tahu gadis-gadis nie memang suka pada lelaki yang minta sukan tahu..Sebab tuelah lelaki yang aktif sukan nie ramai jer peminatnya dikalangan gadis-gadis comel dan cun walaupun dia dah punya buah hati kesayangan, tetap jer ramai peminatnya..Bakat-bakat lain nie macam kebolehan memasak, menjahit..wow..sangat beruntunglah..kalau ada ciri macam nie..Kamu tahu perempuan sekarang memang suka pada lelaki yang pandai masak dan tak lokek luangkan masa ke dapur..Sebab cool kata mereka..Selain dari tue, kategori bakat lain nie adalah macam boleh bermain alat musik, pandai menyanyi ke..Lelaki yang pandai main gitar nie pun boleh jer dapat ramai peminat.. tak mestinya kena jadi artis ok...Cuba kamu buat persembahan sambil petik gitar.Pergh..pasti lepas tue ramailah peminat perempuan kamu berduyun-duyun..
Ps:- Entry hanyalah berilhamkan idea penulis blog ini... Sekadar entry picisan biasa... Jangan ambil terlalu serius pulak ye... Harap maaf jika ada kekurangan... Kredit gambar google image..
Sambungan daripda entry ini:
Cinta Tidak Sempurna
Labels:
cinta,
kasih sayang,
lelaki,
love
Saturday, November 12, 2011
Tomboy Vs Pengkid Vs Lesbian
Hai semua dan selamat pagi...
Dalam entry kali ini saya ingin berkongsi pendapat dan pandangan saya mengenai tomboy, pengkid dan lesbian. Agak sesnsitif sedikit isunya, tapi saya rasakan amat perlu untuk berkongsi pendapat ini.
Tomboy:-
Mereka ialah wanita atau gadis yang berperwatakan seperti lelaki. Malah kecenderungan dan minat mereka juga menyerupai orang lelaki. Tingkah laku kasar, ganas dan lasak. Gaya pemikiran malah tutur kata juga menyerupaia lelaki. Gemar berambut pendek dan berhias diri seperti lelaki. Tidak semestinya seorang tomboy itu adalah pengkid / mengamalkan hubungan songsang iaitu lesbian. Ramai juga tomboy yang masih normal nalurinya terhadap lelaki, cuma mereka ini haya berperwatakan kasar dan menyerupai lelaki sahaja.
Pengkid:-
Sama seperti golongan tomboy, mereka juga adalah gadis yang meneyrupai lelaki dari segi penampilan, cara jalan, tutur kata, cara pemikiran dan kecenderungan minat. Cuma ciri-ciri ini lebih kelihatan jelas pada golongan pengkid. Ramai juga antara golongan ini yang mempunyai “awek” / teman wanita dan mengamalkan hubungan ongang yang terlarang iaitu lesbian.
Lesbian:-
Golongan wanita atau gadis yang meminati / mencintai kaum sejenis dan mengamalkan hubungan sejenis. Tidak semestinya seorang yang mengamalkan hubungan lesbian itu adalah seorang yang berperwtaakan kasar seperti tomboy /lesbian sahaja, tapi ada juga mereka yang berperwatakan feminin memilih untuk jatuh cinta dan menagamalkan hubungan terlarang ini.
Antara sebab-sebab menjadi seperti ini:-
-Kurangnya pegangan agama.
-Faktor pergaulan dan keadaan sekeliling.
-Kecenderungan minat untuk menjadi lelaki yang melebihi untuk menjadi perempuan.
-Naluri dan kata hati untuk menjadi begitu.
-Pengaruh rakan
-Istitusi kekeluargaan / rumahtangga yang goyah.
-Trauma pada masa lampau.
-Pernah di buli / di dera oleh golongan lelaki sama ada secara mental, fizikal mahupun seksual (pernah dirogol/ dicabul etc).
-Pernah mendapat layanan yang buruk dari segi kata-kata mahupun tingkah laku oleh lelaki yang berada di sekelilingnya sama ada ayah, suami, adik beradik dan kawan sebagainya. Perkara-perkara begini lah yang menjadikannya menyimpan dendam lalu memilih untuk “bertukar menjadi lelaki”.
Walau apa pun alasannya, apa yang jelas terlarang itu akan tetap tidak boleh di lakukan sama sekali. Malah dalam Islam, hubungan sesama jenis seperti lesbian ini adalah amat di larang keras sama sekali dan wanita juga tidak boleh menyerupai lelaki begitu juga sebaliknya.
Tapi, janganlah kita pencilkan golongan seperti ini. Harusnya kita dekati mereka dan bawa mereka untuk berubah ke arah kebaikkan dan bukannya hanya memandang serong dan sinis sahaja. Contohnya, jika kita melihat seseorang yang ingin terjun dari tebing yang tinggi untuk membunuh diri, adakah kita akan menolaknya supaya cepat terjatuh dan mati atau kita hanya lihat dan memerhati sahaja tanpa ada langsung rasa mahu mengambil peduli atau kita akan menghulurkan tangan membantunya supaya tidak terjatuh dan menasihatinya supaya tidak membunuh diri? Bukankah lebih baik kita menolongnya dari kita pula menolaknya agar cepat terjatuh atau hanya kita memerhati sahaja..?
Jadi jika kita terus-terusan menjauhkan diri dan enggan membantu. Maka tak mustahil mereka akan terus-terusan menjadi begitu kerana tiada siapa yang ambil peduli dan tiada siapa pula yang memberi nasihat. Dan janganlah kita bersikap memilih-milih. Ya, benar kita harus bijak memilih kawan. Tapi jika kita punya kawan yang perlu dibantu dan di beri nasihat, adakah bagus untuk kita memulaukannya keseorangan terkapai-kapai necari jalan kebenaran? Bukankah lebih baik kita memberi nasihat dan bantuan kepada mereka untuk berubah mencari jalan kebenaran itu...?
Sekasar-kasar mana pun mereka, mereka masih lagi seorang wanita. Dan lumrah perangai seorang wanita itu walaupun kasar mana, walupun degil mana pun dia masih boleh jua dia menitiskan air mata jika hatinya tersentuh. Masih juga punya sisi lembut dalam jiwa dan hati nuraninya. Maka tak mustahil untuk mereka ini berubah menjadi lebih baik..Cuma kita harus memberikan mereka peluang untuk memperbaiki diri..Dan janganlah kita terus-terusan memandang sinis apabila mereka mahu berubah menjadi baik dan bertaubat..
PS:- Entry ini hanyalah ulasan dan pandangan peribadi penulis blog ini. Penulis blog ini bukanlah seorang yang tomboy/pengkid/lesbian. Cuma memberi pandangan peribadi terhadap topik ini selepas di minta ulas mengenai nya oleh para readers yang menghantar e-mel kepada nya. Kredit gambar kepada google image.

isu semasa,
kasih sayang,
perempuan
Friday, November 11, 2011
Cinta Yang Abadi
Cinta pada manusia, manusia pasti akan pergi meninggalkan kita kerana pertemuan dan perpisah itu pasti tejadi.
Cinta kepada dunia yang indah ini, kita jua pasti akan meninggalkan dunia ini..Kerana mati itu pasti..
Cinta kepada harta benda, pangkat dan kekayaan..Semua itu bukanlah milik kita yang kekal..Kerana pada bila-bila masa sahaja ia akan terterlepas dari menjadi milik kta...
Cinta kepada kecantikkan dan rupa yang menawan, pasti tidak akan kekal jua..Kerana setiap dari kita pasti akan menjadi tua dan wajah kita pasti akan berkedut jua...
Cinta yang kekal abadi hanyalah cinta kepada Tuhan Yang Maha Esa iaitu Allah SWT...tiada yang kedua tiada pula yang ketiga...
Berilah cinta kita kepada Allah terlebih dahulu dan mendahului rasa cinta kita kepada manusia (pasangan kita) ...Maka dengan itu kelak kita tidak akan rasa kecewa apabila sesuatu hubungan itu terlerai di pertengahan jalan kerana kita yakin kita masih punya satu cnta yang abadi iaitu cinta dari Allah SWT..
Janganlah melebihkan rasa cinta kepada dunia, harta benda dan pangkat mendahului rasa cinta kepada Allah SWT. Kerana kelak jika kita gagal dalam mendapat apa yang kita inginkan kita akan menjadi manusia yang mudah lupa akan ketentuan Qada' dan Qadar serta mudah pula menyalahkan takdir Tuhan atas kesilapan yang kita sendiri lakukan. Janganlah kita bersikap begitu kerana bimbang pula kita akan tersasar jauh dari landasan kebenaran serta sanggup menghalalkan segala cara demi mencapai cita-cita dan impian. Semua ini di lakukan jika kita mencintai isi perut bumi melebihi Cinta kepada Yang Maha Pencipta iaitu Allah SWT..
Ingatlah selalu bahawa tiada satu pun rasa cinta yang kekal abadi melainkan cinta kepada Allah SWT...Jadi dengan itu,janganlah pernah sesekali meninggalkan cinta dan janji kita kepada-Nya...
Ps:-Sekadar pendapat cetusan idea picisan untuk renungan kita bersama...Sumber gambar google image..
Monday, November 7, 2011
Puisi:- Lambaian Kaabah...
Aku teringin mahu menjejakkan kaki ke situ..
Entah aku tak pasti bila..
Entah, aku jua tak pasti adakah aku layak ke situ..
Kerana aku insan kerdil di muka bumi ini sering melakukan khilaf dan dosa..
Adakah aku layak untuk terpilih menjadi tetamu-Nya suatu hari nanti...?
Aku masih berharap dan terus berdoa agar-cita-citaku ini menjadi suatu kenyataan yang pasti..
Ini bukan angan-angan kosong yang tak bererti dan sia-sia..
Ini adalah impian penuh harapn dari jiwa kecil seorang insan...
Aku mahu bersama mereka semua, berhimpun untuk melaksanakan ibadah kepada Allah SWT..
Apa yang pasti aku teringin benar melihat keindahan Kota Mekkah..
Ingin benar menyaksikan Kaabah yang tersergam indah..
Teringin benar mahu bersolat di Masjidil Haram...
Kaki ini mahu benar pergi ke makam Rasulullah SAW..
Tapi apakah aku mampu...?
Tapi adakah aku terdaya mahu ke situ...?
Tapi adakah nanti aku terpilih untuk menjadi insan terpilih yang bertuah itu...?
Ps:- Puisi ini adalah hasil nukilan sepenuhnya penulis blog ini(http:merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang bentuk penerbitan semula adalah di larang sama sekali. Hak cipta Terpelihara. Sumber gambar google image..Di kesempatan ini saya ngin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua Umat Islam di seluruh dunia..(^__^)
Saturday, November 5, 2011
Pengorbanan Seorang Bapa...
Selamat petang dan selamat bercuti semua..
Sempena esok , maka dengan ini saya ingin mengucapakan Selamat Hari Raya Aidil Adha..Semoga selamat dan sentiasa sihat sejahtera..Jika ingin pulang beraya dan bercuti pandu lah kenderaan anda denagn selamat, ingatlah orang yang tersayang dan sayangilah nyawa anda juga...Semoga ceria-ceria selalu..
Ok, berbalik kepada topik asal...
Biasa kita dengar jasa seorang ibu, dan bagaimana pula tentang jasa dan pengorbanan seorang insan bergelar bapa...? Perlukah dipandang sepi begitu sahaja..? Tanpa seorang bapa bolehkah kita melihat dunia ini..? Pasti tidak bukan...?
Seorang anak biasanya lebih rapat dengan ibu, termasuk jugalah saya. Mengapa begitu..? Kerana ibulah yang mengandung, melahirkan, menyusukan dan lebih banyak masa bersama anak nya. Ini boleh dikira sebagai faktor semula jadi. Seorang bapa mungkin di anggap tegas dan garang, sebab itulah anak-anak lebih rapat dengan ibu mereka.
Mungkin kita suka merungut yang bapa kita itu orangnya tegas dan garang. Itu tak boleh ,ini tak boleh. Semua perilaku kita dan tutur kata kita serta pakaian kita pasti di tegur olehnya.Nak dress up lebih sikit tak boleh, ade jer complain itu ini. Kadangkala kita berasa rimas kerana dianggap seperti budak kecil. Yang mana semua perkara perlu di report dan perlu mendapat izin terlebih dahulu..Nak keluar dengan kawan-kawan pun tak boleh nak lambat-lambat. Mesti kena balik awal. Pendek kata semuanya terkawal lah...Nak pakai seksi-seksi jangan harap! Maka hati kamu akan berasa begini:- "Tak sporting betul, baru nak buat colour rambut dah membebel, isshh skirt yang aku beli pun dia buang..Pergghh..menyirap aku..Chill lah papa anak kamu nie masih muda...muda lah kena enjoy..!"
Bagi para remaja lelaki pulak, kalau kamu merokok pada usia remaja dan buat perkara tak senonoh masa kat sekolah pasti dapat habuan dari bapa bukan..? Mesti dalam hati kamu merungut.."Alah ayah aku nie, dia pun smoking apa...bila aku nak merokok nak marah-marah pulak ape kes..?" Dan apabila kamu mula nak rasa ada aweks atau istilah muda bercouple-couple di usia muda remaja iaitu di bangku sekolah..Maka ayah kamu akan berkata begini:- "SPM tak abis lagi dah ade hati kat anak dara orang..Duit jajan sekolah pun ayah yang bagi, dah gatal pikir nak kahwin ye. Kamu ingat tanggungjawab jadi suami dan ayah nie mudah ke..?
Bila berlaku situasi macam nie kamu pasti akan fikir seperti:- Ayah seorang yang kolot, Ayah tak sporting, Ayah tak paham jiwa remaja..Ayah itu ayah ini..Macam-macam lah yang kamu bebelkan dan kamu protes...Tapi sedar tak, yang ayah kamu buat seperti itu pasti ada sebabnya..Jika seorang bapa melarang sesuatu itu, ianya bukan bermaksud mereka kolot, tak sporting atau tak paham jiwa remaja. Mereka buat seperti itu adalah kerana semata-mata untuk kebaikan diri kamu juga pada akhirnya. Sebab mereka juga pernah muda dan lebih dulu makan garam dari kita, maka mereka lebih tahu dan lebih berpengalaman dalam semua perkara dan tahu apa yang terbaik buat anak-anaknya. Jangan kamu pertikaikan jika seorang ayah perokok tegar tapi dia membantah keras bilamana anak lelaki nya mahu mengikut jejak langkahnya menghisap rokok. Dia pasti tidak mahu kamu ulangi kesilapan yang sama di lakukan olehnya sewaktu zaman mudanya dahulu. Pasti dia harapkan anak-anaknya menjadi lebih baik malah lebih berjaya berbanding dirinya.
Jika waktu kecil dahulu, kamu suka meminta itu dan ini untuk ayah belikan. Maka seorang ayah itu akan belikan jua apa yang di mahukan oleh anaknya. Walaupun bersusah payah mencari wang untuk membelinya, tapi dia berusaha juga untuk membelinya. Maka sebagai seorang anak, adalah wajar kita menghargai hadiah atau barangan yang di beli oleh bapa kita. Walaupun ianya tidaklah mahal mana berbanding barang yang kita minta itu. Kita kena faham itu sahaja yang ayah kita mampu beli dan kita juga kena faham yang bukan mudah untuk mendapatkan duit. Jika kamu seorang yang sudah bekerja pasti kamu tahu bertapa susahnya untuk mendapatkan duit.
Jika seorang anaknya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi pasti ayahnya berasa gembira dan bangga. Walaupun dia mempunyai masaalah kewangan untuk menampung kos pemebelajaran anaknya itu. Dia sebagai bapa sanggup melakukan kerja lebih masa dan buat business part time itu dan ini semata-mata untuk keperluan anak-anak nya dan isterinya. Maka mengapa perlu merungut jika ayah kamu terlampau busy hingga seolah -olah tiada masa untuk keluarga...? Sedar tak kamu yang dia lakukan semua itu untuk ksenangan hidup kamu juga. Seorang bapa itu sanggup mengorbankan segalanya demi untuk keluarganya. Dia juga sanggup bersusah payah di tempat kerja, mangabaikan kesihatan sendiri demi untuk mendapatkan rezeki yang mencukupi untuk di beri makan buat anak dan isteri. Jauh di sudut hati seorang bapa yang sentiasa busy itu, pasti dia berasa sedih, kerana tidak banyak masa di luangkan untuk anak dan isterinya. Tapi dia perlu berkorban untuk mendapatkan rezeki yang tak lain untuk kesenangan kelurga juga.
PS:- Saya buat entry nie buat renungan kita bersama. Saya akui saya juga kurang rapat dengan ayah. Di kesempatan ini saya ingin mengucapakn terima kasih yang tak terhingga buat ayah saya atas segala jasa dan pengorbanan beliau. Maafkan anakmu ini kerana selalu bersikap degil dna keras kepala. Terima kasih juga kerana ayahlah yang belikan laptop ini baut saya semasa saya di politeknik iaitu pada Januari 2007. Walaupun sekarang laptop ini dah sakit-sakit dan mungkin akan datang dah tak boleh nak on lagi. Tapi saya akan tetap simpannya untuk kenang-kenangan. Saya buat entry ini bukan nak bodek ayah untuk belikan laptop baru buat saya, tapi saya buat kerana ikhlas. Lagipun ayah saya tak tahu saya ade blog..hehehe...:p

~Jangan lari-lari nanti jatuh~
~Ok papa...~

~Ayah aku nie asyik membebel jer dari tadi.. Migraine aku macam nie..~
~Apa kamu cakap tadi?~
~Takde..Takde cakap apa-apa ayah..~
Bagi para remaja lelaki pulak, kalau kamu merokok pada usia remaja dan buat perkara tak senonoh masa kat sekolah pasti dapat habuan dari bapa bukan..? Mesti dalam hati kamu merungut.."Alah ayah aku nie, dia pun smoking apa...bila aku nak merokok nak marah-marah pulak ape kes..?" Dan apabila kamu mula nak rasa ada aweks atau istilah muda bercouple-couple di usia muda remaja iaitu di bangku sekolah..Maka ayah kamu akan berkata begini:- "SPM tak abis lagi dah ade hati kat anak dara orang..Duit jajan sekolah pun ayah yang bagi, dah gatal pikir nak kahwin ye. Kamu ingat tanggungjawab jadi suami dan ayah nie mudah ke..?
~Papa, please lah sporting sikit takkan pasal buang chewing gum nie merata-rata pun papa nak marah..?~
~Perangai kamu tue tak senonoh, buat malu papa kat kawan-kawan papa, memang lah papa marah..~
Bila berlaku situasi macam nie kamu pasti akan fikir seperti:- Ayah seorang yang kolot, Ayah tak sporting, Ayah tak paham jiwa remaja..Ayah itu ayah ini..Macam-macam lah yang kamu bebelkan dan kamu protes...Tapi sedar tak, yang ayah kamu buat seperti itu pasti ada sebabnya..Jika seorang bapa melarang sesuatu itu, ianya bukan bermaksud mereka kolot, tak sporting atau tak paham jiwa remaja. Mereka buat seperti itu adalah kerana semata-mata untuk kebaikan diri kamu juga pada akhirnya. Sebab mereka juga pernah muda dan lebih dulu makan garam dari kita, maka mereka lebih tahu dan lebih berpengalaman dalam semua perkara dan tahu apa yang terbaik buat anak-anaknya. Jangan kamu pertikaikan jika seorang ayah perokok tegar tapi dia membantah keras bilamana anak lelaki nya mahu mengikut jejak langkahnya menghisap rokok. Dia pasti tidak mahu kamu ulangi kesilapan yang sama di lakukan olehnya sewaktu zaman mudanya dahulu. Pasti dia harapkan anak-anaknya menjadi lebih baik malah lebih berjaya berbanding dirinya.
~Papa, kasut nie tak best lah..Papa belikan lah kasut yang lagi mahal sikit~
~Ok, nanti papa gaji papa belikan kasut yang baru ye..~
Jika waktu kecil dahulu, kamu suka meminta itu dan ini untuk ayah belikan. Maka seorang ayah itu akan belikan jua apa yang di mahukan oleh anaknya. Walaupun bersusah payah mencari wang untuk membelinya, tapi dia berusaha juga untuk membelinya. Maka sebagai seorang anak, adalah wajar kita menghargai hadiah atau barangan yang di beli oleh bapa kita. Walaupun ianya tidaklah mahal mana berbanding barang yang kita minta itu. Kita kena faham itu sahaja yang ayah kita mampu beli dan kita juga kena faham yang bukan mudah untuk mendapatkan duit. Jika kamu seorang yang sudah bekerja pasti kamu tahu bertapa susahnya untuk mendapatkan duit.
~Papa, next year kita bercuti ke Disneyland pulak lah ye..Tiap-tiap tahun asyik peg laut jer..tak best lah..~
~Ok, papa akan tunaikan..Tapi dengan syarat kena dapat staright A masa UPSR annti tau..~
~Ok, adik janji akan dapatkan stright A..Adik sayang papa..hehehe~
Jika seorang anaknya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi pasti ayahnya berasa gembira dan bangga. Walaupun dia mempunyai masaalah kewangan untuk menampung kos pemebelajaran anaknya itu. Dia sebagai bapa sanggup melakukan kerja lebih masa dan buat business part time itu dan ini semata-mata untuk keperluan anak-anak nya dan isterinya. Maka mengapa perlu merungut jika ayah kamu terlampau busy hingga seolah -olah tiada masa untuk keluarga...? Sedar tak kamu yang dia lakukan semua itu untuk ksenangan hidup kamu juga. Seorang bapa itu sanggup mengorbankan segalanya demi untuk keluarganya. Dia juga sanggup bersusah payah di tempat kerja, mangabaikan kesihatan sendiri demi untuk mendapatkan rezeki yang mencukupi untuk di beri makan buat anak dan isteri. Jauh di sudut hati seorang bapa yang sentiasa busy itu, pasti dia berasa sedih, kerana tidak banyak masa di luangkan untuk anak dan isterinya. Tapi dia perlu berkorban untuk mendapatkan rezeki yang tak lain untuk kesenangan kelurga juga.
PS:- Saya buat entry nie buat renungan kita bersama. Saya akui saya juga kurang rapat dengan ayah. Di kesempatan ini saya ingin mengucapakn terima kasih yang tak terhingga buat ayah saya atas segala jasa dan pengorbanan beliau. Maafkan anakmu ini kerana selalu bersikap degil dna keras kepala. Terima kasih juga kerana ayahlah yang belikan laptop ini baut saya semasa saya di politeknik iaitu pada Januari 2007. Walaupun sekarang laptop ini dah sakit-sakit dan mungkin akan datang dah tak boleh nak on lagi. Tapi saya akan tetap simpannya untuk kenang-kenangan. Saya buat entry ini bukan nak bodek ayah untuk belikan laptop baru buat saya, tapi saya buat kerana ikhlas. Lagipun ayah saya tak tahu saya ade blog..hehehe...:p
Subscribe to:
Posts (Atom)
Special Notes For My Dear Darling
"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,
Your voice is sweet like music that calms my lonely world,
Your hands is my protection from hurt deep down inside,