Maaf terlebih dahulu sebab tajuk entry nie agak panjang..
.
.
.
Baiklah, kembali kepada tajuk sebenar..
Zaman sekarang nie semua benda kita boleh tahu dengan pantas..
Kita semua boleh dapat segala macam info dan berita melalui pelbagai medium yang ada samada mainstream media macam buku, majalah, suratkhabar, radio dan telivison ataupun "media baru" iaitu tak lain tak bukan internet contohnya facebook,twitter,blog,youtube,website dan sebagainya..Selain itu kita juga boleh mendapat informasi terkini melalui perbualan dan pergaulan kita..
Kelihatan pada masa kini mudah benar seseorang individu itu untuk menerima dan mempercayai segala apa jua berita yang sampai kepada mereka walaupun berita itu berbaur fitnah...
Mengapa tidak diselidik dan dikaji secara terperinci dahulu sebelum kamu menuding jari tak menentu dan dan membuat penialaian tak berasa yang melulu...???
Pepatah seperti ini "Kalau tak ada angin masakan pokok boleh bergoyang.." nampaknya seringkali digunakan bagi mereka yang mudah terpengaruh dan mudah membuat tuduhan ini..
Mereka ini akan berkata seperti ini :-
"Kalau perkara itu tak benar masakan ia menjadi buah mulut orang.."
"Dah ramai yang bercakap memang betul dia lah tue.."
"Benda tue kalau tak betul takkan jadi hot topic yang gila meletup.."
.
.
Sebaik-baiknya siasatlah terlebih dahulu sebelum terus-terusan membuat hukuman dan penilaian setelah itu dengan terlalu mudah menyebarkannya pula..
Saya secara personal sangat suka berpeang pada prisnip dalam gambar datas "Don't judge a book by it's cover"
Ramai dikalangan manusia kini suka menilai melalui penampilan luaran seseorang seperti rupa paras,bentuk badan,cara pakaian, cara berjalan dan cara bercakap....
Itu semua adalah aspek luaran..
Pendapat saya, tak semestinya seseorang yang wajahnya kelihatan garang berhati jahat dan tak semestinya seseorang yang berwajah lembut aka Innocent adalah berhati baik..
Contoh penilaian melalui penampilan luaran:-
"Hey tengok girl tue seksi.. mesti dia tue gedik, murahan aka bitchy..."
"Haish..si tomboi denagn si nyah tue golongan yang dilaknat tau..so korang jangan kawan dengan diorang tue..Eeeww..nanti sama-sama pulak masuk neraka..."
"Muka dia nampak sombong jer..takut aku nak kawan dengan dia tue.."
"Serabai gila mamat tadi tue...entah-entah drugs addict tak.."
"Eeewww..buruknya baju dia tue, ada hati nak masuk butik aku yang meletops nie.....mampu ke kau nak beli dan bayar barang-barang mahal kat sini..? Err..buang masa aku jer.."
.
.
Ya, saya faham penampilan luaran tue amat penting dijaga dan menutup aurat itu adalah wajib bagi umat Islam..
Tetapi itu tidak bermaksud kita layak untuk menilai dan seterusnya mengutuk indidvidu lain iaitu secara tak langsung kita telah menjatuhkan maruahnya dan secara tak langsung mebuka aib mereka..
Seharusnya sesorang itu memberi nasihat dan teguran yang berhemah terhadap individu itu,dan seharusnya kita patut membimbing mereka apa yang perlu..
Kita sepatuntnya mendoakan kebaikan keatas individu lain dan bukannya menghina mereka..
Seharusnya mendoakan mereka ini diberi hidayah adalah perkara yang sebaik-baiknya..
Ingin saya bertanya:-
"Adakah dengan mengeluarkan statement menghina seperti itu akan membuatkan mereka-mereka ini berubah kearah kebaikan atau sebaliknya..??"
~Seharusnya kita dekati golongan ini dan bukkannya meminggirkan mereka terbiar sepi sehingga mereka makin jauh dari masyarakat dan semakin sesat dengan kehidupan yang penuh penipuan..~
Pendapat saya, jangan sesekali menilai orang melalui penampilan luaran semata-mata sebelum kamu betul-betul mengenalinya dengan lebih dekat...
"Tak kenal maka tak cinta"
Kaji dulu perjalanan hidup mereka, kenali diri mereka dan fahami hati mereka maksa setelah itu barulah kamu tahu situasi sebenarnya..
Boleh jadi seseorang itu berpenampilan biasa-biasa sahaja kerana dia seorang yang mengamalakan sikap"humble" & "Very down to earth", boleh jadi dia seorang yang mewah tetapi tidak mahu menunju akan kemewahan yang dimilikinya..
.
.
Saya suka berpegang pada perinsip seperti ini:-
.
.
.
.
Mari bersama kita hayati kata-kata pepatah inggeris ini:
"When you judge another, you not define them, you judge yourself.."
"Don't compare your life to others. You have no idea what their journey is all about"
" Its easy to judge the mistakes of others, but its is difficult to recognize your own mistake"
Nota:-Entry ini adalah pendapat pemilik blog ini semata-mata.Entry ini adalah bersifat umum dan terbuka.Gambar hanyalah hiasan yang diperoleh daripada gogle image..
Nota kecik:- Jangan biarkan kata-kata negatif itu menggangu ketenteraman hidupmu, jadikan ia sebagai penguat semangat kamu..Orang lain hanya boleh membuat penilaian itu dan ini terhadapmu tetapi hanya diri kamu sendiri yang mengerti dan tahu akan situasi diri kamu..Kerana mereka tiada ditempat kamu maka mereka mudah berkata begitu..