Translate

Tuesday, August 31, 2010

ErTi sEbUaH keMERDEKAan bAgi aNAk PASCA MERDEKA


Hari ini merupakan hari kemerdekaan yang ke 53 bagi negara kita Malaysia..Seperti yang kita ketahuai Malaysia telah menyambut hari kemerdekaan yang pertama(bebas dari cengkaman penjajah) pada 31.Ogos.1957.
Tapi sejauh manakah generasi muda hari ini yang lahir selepas Malaysia mencapai kemerdekaan benar-benar tahu dan menghayati erti sebuah kemerdekaan?? Nak tahu? Mari kita dengar 
(opss.. baca apa yang orag muda mudi nie paham pasal merdeka)

Apakah Erti Kemerdekaan Kepada Negara Kita &  Makna Di sebalik  Sambutan Hari Merdekabagi pendapat anda ?

Individu A: Ala soalan simple pun mau tanye lagi ker?? Merdeka negara bebas dari di jajah lah..Kita bebas nak buat ape jer..Hari Merdeka? hari cuti..best boleh lepak-lepak..

Individu B: Merdeka kita bebas bagi pendapat & buat apa yang kita suka tanpa rasa takut pada sesiapa..Hari Merdeka pulak leh keluar jalan-jalan ngan member-member, sambil-sambil usha-usha awek-awek cun..mana tau ada yang sankut leh jadi one night stand aku lah..! hahahahahaha...

Individu C: Merdeka, Negara Bebas dari penjajah..takde bom, takde kereta kebal..aman & tenteram..Hari Merdeka..Masa nie lah ada banyak konsert free..mane tahu aku plak terpilih utk wat perfomance nnt..ehehehehe..

Individu D:-Merdeka, bebas segala-galanya..Masa nielah leh party beb..I kan muda lagi..Muda cuma sekali beb..come on lah jangan lah jadi kapung sangat..sekali sekala nak enjoy tak kan tak boleh kowt? Masa nie Lah I boleh dapat Bf-Bf Ensem kat Club tue nanti..

Individu E: Merdeka..? entahlah..bukak lah buku sejarah..kenapa nak tanye aku pulak..hahahaha..
Hari merdeka? hari cuti lah, Boleh tengaok wayang dengan member2 takpun ngan couple lah..

Individu F: Merdeka.. bebas dari penjajah..Hari merdeka boleh keluar Dating dengan awek..

Individu G: Merdeka..Bererti bebas..Hari Merdeka, Masa nielah bleh bawa family I pegi tengok sambutan hari merdeka & Bawa diorang jalan-jalan..Sebab hari-hari lain I busy..

Individu H: Merdeka..ermm kita bebas nak buat ape, tanpa takut kena tembak ke apa..Hari Merdeka..Masa nie mesti banyak Sale punya..Shopping lah ape lagi..I memang Shoppaholic!

Adakah ini jawapan yang sebenarnya??
Rasa-rasanya kalau lah orang dulu-dulu yang bertungkus lumus berusaha memerdekakan negara kita nie dengar luahahan golongan muda nie..ape yang mereka akan rasa ya..Mestilah SEDIH DAN KECEWA..
Hari nie jugak lah banyak yang kena tangkap khalwat, clubbing,party, mabuk sana-sini, 9 bulan kemudian banyak pulak lah kes buang bayi (anak-anak hasil malam merdeka)...
PS:- Cuba korang renung-renugkan dan fikir sebantar ya..

Friday, August 27, 2010

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran (Hari Di turunkan Al-Quran)

Hari ini 17 Ramadan 1431 Hijrah atau bersamaan 27 Ogos 2010 merupakan hari Nuzul Al-Quran, di mana hari di turunkan kitab suci Al-Quran Kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu bersama-samalah kita menghayati dan meraikannya. Di sini saya sertakan terjemahan Al-Quran berserta keterangan yang saya perolehi dari kitab tafsir yang saya beli hasil dari duit praktikal saya 2 tahun yang lalu. Saya coretkan pada entry kali ini hanyalah sekadar ingin berkongsi. Saya bukanlah Hafizah atau Ahli Tafsir Al-Quran, tapi tak salah rasanya saya meraikan hari ini dengan cara yang tersendiri..

"Inilah ayat-ayat Kitab (Al-Quran)yang nyata (kebenarannya)" 
                                                                    (Surah  Al-Qasas , Ayat 2)
Keterangan Ayat:
       Ini ayat-ayat Al-Quran yang jelas. Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa ayat-ayat Al-Quran itu jelas maksud dan maknanya. Jika kita suka membacanya dan memperlihatkan segala isinya, nescaya kita perolehi petunjuk dan berubahlah budi pekerti yang kasar menjadi halus, meskipun tidak memberi tafsir (kterangan) dengan panjang lebar. Satu buku (kitab) yang baik susunan perkataannya dan bagus kata-katanya, tentu dengan mudah dapat di fahami maksudnya. Sebab itulah orang arab dahulu kala apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran ini mereka terus memahami maksudnya lalu menjadi satu umat yang amat tinggi kesopanan dan luar biasa kemajuannya. Tidak ada buku bacaan mereka selain Al-Quran. Kalau kita hendak memperbaiki umat di zaman sekarang, berikanlah Al-Quran ini. Jika mereka tidak faham bahasa arab maka bacalah terjemahannya yang mudah. Memang ada ayat yang sukar maksudnya dan sukar di ketahuai maknanya tetapi ianya tidaklah banyak, malahan sebahagian kecil sahaja.
     Sebab itulah ayat-ayat yang sukar sahaja terutama berisi petunjuk ayng dihuraikan tafsirnya, sedangkan ayat-ayat yang jelas di serahkan kepada pembaca untuk memahaminya. Jika tidak dapat memahaminya maka bertanyalah kepada ahli tafsir.

 Ps: Bersamalah kita mensyukuri nikmat mukjizat Al-Quran yang diberikan kepada Nabi Muhammad S.A.Wdan seharusnya kita bukan setakat mebacanya tetapi, memahaminya, mengahayati dan mengamalkan apa yang terkandung di dalam nya. Kerana ianya merupakan kitab yang lengkap dengan semua jenis Ilmu pengetahuan sesuai untuk panduan umat manusia di dunia dan juga di akhirat. Sekian..

Happy Birthday Mak..

Hari nie merupakan hari jadi mak saya..
Tapi saya belum berkesempatan nka sambut seprti tahun-tahun sebelumnya..
Mungkin ujung minggu nanti saya akan masakkan sesuatu untuk mak..
Tapi tak tahu lah nak masak apa..
Sebab sekarang banyak bendak yang mak saya tak leh makan..
kene pantang  sebab baru jer abis buat kimoterapi kali pertama beberapa minggu..
1hb September nanti kena buat kimo lagi..
Semua sekali ade 6 Sesi kimoterapy..
Sampai ujong tahun nie baru abis sesi rawatan kimoterapy nie..
Tahun depan kena wat Radioterapy pulak..
Kesian kat mak, banyak benda tak leh makan n tak leh nak wat..
Tapi nak buat mcam mana..

Apa-apahal pun saya nak ucapkan..
"selamat ulang tahun untuk mak saya..Saya sayang mak..Saya harap Mak cepat sembuh,mak kena tabahkan hati dan kuatkan semangat..Semoga mak panjang umor, diberikan kesihatan yang sempurna, di sembuhkan segala penyakitnya, di lindungi dari segala benda-benda yang negatif, di berikan ketabahan dan kesabaran dalam mengharungi hidup, di murahkan rezeki diberikan kebahagian di dunia dan di akhirat serta di lindungi di dunia dan di akhirat.."

"Ya Allah Kau Lindungilah Ibu di bawah naungan Hidayah dan Kasih SayangMu. Sayangilah dan Bahagikanlah Ibu ku sebagaimana Ibu ku Melindungi,Menyayangi dan Mengasihi ku dari aku kecil hingga kini..Sesungguhnya Engakaulah Yang MAha Pengasih Lagi Maha Penyayang.."

Tuesday, August 24, 2010

Syhh..RAhSia....!!

       
            Haii U'all ape khabar? sihat? wahh dah lama rasanya tak cerita perkembangan diri sendiri kat sini yer..Bukan apa, saja sepikan diri coz tengah sedih,tertekan,banyak masaalah,stress, sakit kepala, dugaan datang bertimpa-timpa dari semua arah dah macam saya nie duduk kat tengah-tengah padang then semua senapang ter arah ke arah saya..sungguh ngeri..Tapi takpe, saya kan strong. Orang yang tak mudah menyerah kalah & putus asa macam saya nie memang tak kan amik peduli apa yang orang nak wat, orang nak pikir, apa yang berlaku di sekeliling saya nie sebagai negatif. Tapi saya amik ianya sebagai postif, lagi satu saya kena lah tunjukkan bukti yang saya sebenarnya boleh berjaya dalam apa jua yang saya lakukan. Yelah, mungkin saya sekarang nie tiada kerja tetap lagi / kerjaya pun belum kukuh dan gaji pun kecik jer..Rumah dan kereta lagilah takde...Miskin pulak tu... Mungkin sebab tu mudah-mudah jer kena tindas / kena tolak / kena kritik macam-macam.... Takpe, saya akan buktikan yang satu hari nanti saya akan punya kerjaya tetap dan kerjaya yang kukuh, punya kereta dan rumah, sambung belajar lagi ke peringkat lebih tinggi....Masa tu barulah mereka-mereka akan buka mata...Saya takkan putus asa.. Mulai esok saya bertekad nak ubah nasib saya, kerjaya saya dan masa depan saya ke arah yang lebih baik dan menjamin masa depan...
           
      "No matter what happend to me, no matter what people's out there said about me, I just don't care at all. As long as I do the right things & keep it up with what I'm doing now, I believe that all my dreams will come true. I'm always believe that no matter what happend to me,  Allah will always be on my side. So, I never afraid or scared to  anybody or anything in this world. Allah will always help anyone who get in trouble as long as we on the right track."

      Mungkin mudah orang di luar tu nak nilai kita, tapi mereka tak tahu dan tak rasa sendiri apa yang sedang kita rasa sekarang nie...Jadi, mudah lah mereka nak meletakkan hukuman...

Ps: hanyalah luahan rasa saya di malam hari yang dingin nie..ok nak tido dah..jumpa lagi..;-)
      Gambo hanyalah hiasan dari laman web: www.smashingmagazine.com..

Sunday, August 22, 2010

Hentikan Penguguran Bayi Yang Tak Berdosa

             Sebagai seorang  remaja yang baru menjengah ke alam dewasa, saya rasa sangat terpanggil untuk beri pendapat mengenai isu yang dah boleh di anggap TABOO. Tapi nak buat macam mana. Sekarang memang tengah jadi HOT STORY. Buang bayi atau gugurkan bayi.. sama aje..dua-dua BERDOSA. Tak perlu rasanya saya nak berhujah panjang lebar mengenai dosa & pahala kat sini. Sebab saya yakin semua dah tahu dan dah paham konsep. Dulu masa dekat sekolah (Tadika,Rendah,Menengah,Agama) & masa kat IPT mesti ada belajar benda-benda nie semua. So, janganlah ada suara sumabang yang kata "saya tak tahu pulak gugurkan baby / buang baby nie berdosa". Memang Penipu Besar.Entahlah susah nak cakap. Maybe, masa tue diaorang nie dah tak tahu kat mana nak Story problem dia orang tue sebab TAKUT KENA MARAH, TAKUT DI HINA, TAK TAHU PADA SIAPA NAK MENGADU,TAKUT MASA DEPAN HANCUR (KALAU SAMPAI PECAH TEMBELANG PREGNANT, MESTI KENA BUANG TERUS DARI SEKOLAH/IPT/TEMPAT KERJA).
            Tapi, yang menghairankannya tue masa syok BERZINA tue tak pikir ke semua ni? Mana perginya akal fikiran korang masa tue..? Ilmu dan tatasusila serta moral korang nape terbang mcam gitue jer? Ohh lupa, masa tue dah di rasuk SETAN! So, cinta adalah segalanya bagi korang berdua. Tapi itu ke CINTA? Atau NAFSU? Wahai Gadis Sedarlah kalian bahawa sekiranya cinta hati anda tue betul-betul sayang atau cintakan anda pasti dia takkan rosakkan anda. Malah akan sentiasa melindungi anda, memberi nasihat, teguran yang membina serta kata-kata motivasi pembakar semangat bila anda ada banyak problem. Cinta yang sejati juga tak perlukan "pengorbanan yang boleh menjatuhkan maruah" dan juga bukti cinta ( kalau U sayang I apa yg boleh U bagi kat I?  Apa bukti U, kalau U betul-betul syg kan I?) serta cinta sejati TAK PERLUKAN SEBAB UNTUK JATUH CINTA (tanpa ada agenda tersembunyi).
           Hah, nie gambo-gambo yang menunjukkan cara-cara penguguran bayi (kepada yang belum buat jangan buat) sama-sama kita ambil iktibar. Kalau ada yang dah buat tue janagan ulangi lagi, isaflah sesungguhnya Allah SWT tue maha pengampun,maha pengasih lagi maha penyayang.Nobody's perfect, setiap orang (manusia biasa yang bukan maksum) pasti pernah atau akan melakukan kesilapan atau dosa. Apa yang penting muhasabah diri dan berusaha untuk berubah kearah kebaikan diri sendiri, keluarga,bangsa, negara dan agama.


Antara teknik gugurkan baby yang tak berdosa.. Gambo dari google search..

nie pulak gambo janin baby selepas di keluarkan secara paksa. Sedih..



nie pulak nasib janin nie lepas di gugurkan



Jemput makan...Sup janin untuk kesihatan bersama..
Hina dan kejam sungguh!!!
Sanggup makan daging baby yang tak berdosa!
Kesian baby nie..
So, macam mana sanggup ke..?
Kalau baby anda tue di jual dan di masak sup?

Sepatutnya baby nie dilahirkan dan di besarkan,
dengan penuh kasih sayang dan perhatian,
di beri pendidikan akademik,agama,moral dan sahsiah serta tatasusila yang mencukupi
sebab dia tak berdosa..


Lihat comelkan baby-baby nie..
So, macam gtue jugalah baby-baby yg dah di gugurkan & di buang merata-rata..
Baby-baby nie semua comel...
Tapi di sebabkan perangai parents dia orang yang tak comel..
maka diaorang pun lahir,
diaorang tak salah,
mereka masih terlalu kecil untuk tanggung dosa oranag lain,
berilah mereka peluang untuk hidup..

Ps:-Tiba-tiba pulak teringat serangkap lirik lagu nie..
      "Anak-anak kita kah yang memikul beban kesilapan kita"
-renung-renungkanlah, berfikir sebelum bertindak

E ntry ini adalah luahan hati penulis, credit gambar google image..

JANGAN CERMARKAN KESUCIAN BULAN RAMADAN!!

Kalau di lihat tajuk entry saya nie kelihatan tegas, keras atau marah..
Ya, memang saya geram dan marah..
Kenapa??
Kerana sedih dengan keadaan sekeliling ketika bulan ramadan ini..
Masih ada individu-individu yang:-
-Di tangkap khalwat & berzina ,
-Bayi di buang dan di temuai meninggal dunia,
-Merompak, mencuri, meragut,
-Berbunuh-bunuhan,
-Bergaduh, bertumbuk,
-Menjerit-jerit,
-Memaki-hamun,
-Pecah amanah,
-Menghina dan memalukan orang lain,
-Mengeluarkan bermacam-macam lagi kata-kata kesat,
-Melakukan pelbagai perkara yang terlarang tanpa segan silu (malah bangga pula),
Rupanaya masih ramai yang JAHIL!
Tak Tahu apa erti Ramadan,
Puasa hanya perut,
Bukan tingkah laku dan juga mulut...

Puisi:-Rintihan Anak Terbuang

Sepi sendiri dia keseorangan,
Tangisan dan rintihannya tak di endahkan,
Dia di buang oleh orang yang melahirkannya,
Dia tak pernah kenal siapa bapanya,
Kini dia di buang dan di tinggalkan,
Seolah-olah dia tidak berhak untuk mendapatkan kasih sayang dari ibu bapa kandungnya,
Seperti dia hina dan jijik untuk di besarkan,
Dia di anggap pembawa malang,
Ketika...
Bayi lain kelahirannya di sambut dengan riang,
Bayi seusianya di beri perhatian dan kasih sayang,
Tapi..
Dia kini terdampar sepi,
Menangis,merintih hingga hilang suara,
Tapi ibu bapa kandungnya tak peduli,
Dia terus di tinggalkan,
Bagaimanakah nasibnya nanti?
Oh Tuhan! Kalau begini kenapa aku di lahirkan?
Tidak kuat rasanya aku mahu mengharungi hari yang sepi seorang diri,
Mama, papa..
Kenapa kah kamu melahirkan ku?
Kenapakah aku di tinggalkan?
Sepi keseoranagan,
Aku bayi yang terbuang,
Lahirku hasil dari harga diri ibu bapaku yang terbang,
Mungkin kerana cinta nafsu atau mungkin juga kerana wang,
Tapi kini ibu bapaku menghilang,
Tinggalkan aku seorang,
Aku sedih,
Aku sejuk terkena angin malam dan hujan,
Aku sakit di gigit serangga,
Aku nak muntah bau busuk ini,
Di tempat busuk aku di tinggalkan,
Bau-bauan hanyir,busuk hasil dari tong sampah,longkang dan tandas,
Aku hanya pasrah,
Berharap ada insan yang menemuai aku,
Insan yang akan memberikan aku perhatian,kasih-sayang dan pendidikan,
Tapi..
Aku juga takut,
Sekiranya aku mati dalam keadaan yang hina dan busuk,
Aku cuma berharap,
Beberapa minit lagi ada orang menyelamatkanku..
Terus berharap dan menunggu..

Ps:-Hak cipta terpelihara, tidak di benarkan sebarang bentuk penerbitan semula tanpa kebenaran bertulis dari saya. Puisi ini telah di hasilkan oleh saya sendiri penulis blog www.merpatiputih88.blogspot.com.Puisi ini terhasil daripada kisah bayi yang di buang di media massa masa kini. Sama-samalah kita mengambil iktibar.
Semua bayi suci bersih, mereka berhak untuk hidup,memndapatkan makan,minum,pakaian,tempat tinggal,pendidikan,perhatian dan kasih sayang. Tak kira apa jua asal usul mereka dan siapa pun ibu bapa mereka.Jangan sesekali memandang hina dan jijik pada bayi seperti ini.Kerana mereka juga tak minta di lahirkan begitu dan bukan salah mereka,mereka terlahir ke dunia ini.

Wednesday, August 18, 2010

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak Dan Selamat Berpuasa....

Saya rasa mungkin ada yang berkata agak terlewat saya pos tajuk entry nie..
Tapi nak buat macam mane kan..
Line Berok Band yg saya guna nie slow cam Siput Baru Lahir...
Entah ar..dulu masa mula2 pakai broad band nie ok..
Laju sesangat cam Kelajuan Cahaya...
Tapi now..
Memang Slow...Lagi-lagi dgn keadaan cuace yg tak menentu nie..ujan,angin kencang,guruh petir.....
Maybe, pencawang dia ade masaalah kowt...tak tau ar..('',)
Dah ar bill naik harge..makin mahal lak tue..Tak patut betullah...:(

Eh! chop chop...ape ar saya bising2 pasal broad band nie..
Niat asal nk ucapakan selamat berpuase dah tersasar jauh lak..
Melencong entah ke mana..
Kalau pegi melancong ok juga kan??

Ok..Dikesempatan ini...
Saya pemilik rasmi blog http://www.merpatiputih88.blogspot.com
Ingin mengucapkan Selamat Meyambut Ramadan Al Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa di bulan Ramadan yang mulia lagi diberkati ini kepada seluruh umat Islam walaupun di mana jua anda berada..

 Tak lupa jua kepada sesiapa jua  yang mengenali diri ini serta para pembaca dan pengikut setia blog saya nie..Saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada apa2 jua yg saya lakukan atau saya coretkan di blog saya nie menyinggung atau mengguris persaan lubuk jantung pisang anda...

Sama-sama lah kita memeriahkan bulan yang mulia ini dengan bermuhasabah diri..
Meninggalkan segala yang terlarang dan yang negatif..
Seterusnya lakukanlah anjakan paradigma ke arah yang lebih baik dan positif..
Menambahkan dan memperbaiki Amal Ibadah ,  Sedekah Jariah dan Kerja-kerja amal (Sukarelawan)..
Berusaha untuk menambahkan Ilmu pengetahuan Agama yang sedia ada..
Memperbaiki sahsiah dan tingkah laku diri..

Tapi ingat!
-Teruskan segala yang kita lakukan di bulan Ramadan di bulan-bulan yang lain..
Jangan pula terhenti selepas takbir raya...Salah tue...
-Jangan pula menderma untuk mendapat nama..(biarlah ikhlas)..
-Beringat-ingat masa membeli di bazar ramadan, jangan sampai membazir pula hujung bulan bertambah bertambah2 badan..
-Kepada peniaga pula jangan pula letakkan harga melambung cam ombak tsunami, tinggi bak menara Burj Dubai..
-Kepada pengunjung dan peniaga..selamat berurus niaga..

Apakah disebalik pengertian PUASA? Bukan setakat berlapar tapi lebih dari itu...

-Mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa..
-Memperbanyakkan amal ibadah..
-Supaya memperbaiki sistem badan yang telah sekian lama bekerja untuk kita..
-Memperbaiki tahap kesihatan kita..(contoh:-perut,minda dan lain-lain)
-Supaya kita merasai hidup orang yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin..cth: kita berlapar disiang hari..
-Supaya kita lebih menghargai rezeki..
-Membuatkan minda , akal fikiran dan perasaan  kita lebih tenang dan tenteram..
-Mendidik kita agar lebih bersabar,tabah dan tenang..
-Mendidik kita cara mengawal dan  melawan nafsu sendiri..
-Muhasabah diri..
-Sangat elok bagi perokok tegar..sebab masa nie lah dia org semua tak leh nak merokok..di harapkan juga mereka yang degil nie akan berhenti terus dari merokok..jadi kuranglah sikit pencemaran udara..

Sekian, Selamat menjalani Ibadah Puasa dan bersama-samalah kita menghayati pengertiannya...






Friday, August 13, 2010

JADILAH DEWASA YANG SEBENAR...


"JADILAH DEWASA YANG SEBENAR"

Ini merupakan kata-kata pembuka bagi topik entry saya kali ini..
Pada pendapat saya..
Sebagai seorang yang telah "Dewasa" serta memiliki  AKAL FIKIRAN YANG SEMPURNA..
Seharusnya kita-
-1-BERFIKIR DAHULU SEBELUM BERTINDAK..
-2-MEMBUAT PERTIMBANGAN DENGAN BIJAK MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN YANG WARAS..
-3-SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN..
-4-BERINGAT SEBELUM TERKENA..
-5- MENYAYANGI TUHAN (ALLAH SWT) DAN AGAMA SEBELUM MEYAYANGI PERKARA LAIN..
-6- MEYAYANGI KELUARGA SEBELUM MANUSIA LAIN..
-7-MENCINTAI DIRI SENDIRI SEBELUM CUBA MENCINTAI INSAN LAIN...
-8-SENTIASA MENYAYANGI SEMUA MAKHLUK YANG ADA DI MUKA BUMI INI..
      (MANUSIA, TUMBUH-TUMBUHAN, HAIWAN, DAN BUMI)
-9-SENTIASA BERSIKAP BERTOLAK ANSUR...
10-SENTIASA TENANG DAN BERSABAR..
-11- SENTIASA MEMPUNYAI PERASAAN KASIH DAN BELAS..
-12-SENTIASA BERSIKAP JUJUR, DAN AMANAH..
-13-TIDAK MENGEJI, MENGHINA ATAU MENJATUHKAN MARUAH SESAMA MANUSIA, SERTA BANGSA, AGAMA , NEGARA YANG LAIN..
-14-TIDAK MENILAI INSAN LAIN SECARA BERFIKIRAN SEMPIT DAN SKEPTIKAL..
-15-TIDAK BERFIKIR NEGATIF TERHADAP INSAN LAIN..
-16-MENASIHAT BUKAN MENGHINA-(MENASIHATI DENGAN CARA BERKHEMAH SERTA MENJAGA TERTIB DAN ADAB)
-17-TIDAK MENGHAKIMI TERHADAP SESUATU YANG BELUM PASTI KEBENARANYA..
-18- TIDAK TERLALU MEMPERCAYAI TERHADAP APA YANG DI BACA, DILIHAT DAN DI DENGARI (KAJI DULU SEBELUM MENILAI ATAU BERTINDAK-BIMBANG JIKA ANDA DITIPU ATAU MEMPERCAYAI FITNAH)
-19-TIDAK MEMILIKI PERASAAN HASAD DENGKI..
-20- SENTIASA BERSIKAP SUKA MEMBANTU INDIVIDU YANG SEDANG DILANDA MASAALAH...
-21-SENTIASA MEMBERIKAN NASIHAT, SOKONGAN, DORONGAN SERTA KATA- KATA SEMANGAT KEPADA INSAN YANG MEMERLUKANNYA..
- 22-TIDAK PERNAH MENGELUARKAN KATA-KATA ATAU MEMBUAT SESUATU TINDAKAN YANG BOLEH MELEMAHKAN SEMANGAT ORANG YANG SEDANG DI LANDA MUSIBAH..
-23-SENTIASA MENUNJUKKAN CONTOH YANG TERBAIK KEPADA ORANG BAWAHAN UAH INSAN LAINATAU ORANG YANG LEBIH MUDA SERTA INDIVIDU YANG BERADA DI SEKELILINGNYA..
-24-TIDAK MEMBUANG MASA DENGAN BERUSAHA MENJATUHKAN MARUAH INSAN LAIN..
-25-BIJAK MENGURUSKAN MASA 24 JAM SEHARI, 7 HARI SEMINGGU...
-26-TIDAK BERSIKAP KEJAM TERHADAP BAYI, KANAK-KANAK, WARGA EMAS DAN WANITA..
-27-TIDAK MENYALAHGUNAKAN TENAGA, KUASA DENGAN MEROMPAK, MERAGUT,MENGUGUT,MENDERA, MEROGOL MENCABUL DAN SEBAGAINYA..

PS:- sengaja saya tulis menggunakan huruf BESARagar lebih JELAS..Bukan betujuan untuk berkhutbah, memberi caramah apatah lagi perasan yang saya nie bagus sangat..tapi sebagai renungan dan peringatan untuk diri saya sendiri dan anda semua pembaca sekalian..hanya bertujuan untuk menasihati diri sendiri dan anda sekalian yang saya sayangi yang saya hormati agar sama-sama lah kita mengelakkan diri dari melakukan benda yang negatif..
              Sebagai remaja yang baru memasuki fasa dewasa saya sedih melihat keadaan sekeliling..bayi dibuang sesuka hati..bayi dibunuh..kucing di pijak hingga mati..menyalahgunakan  kuasa , kebijaksanaan dan tenaga untuk kepentingan diri sendiri..sanggup menipu atau bersumpah atas pembohongan yang jelas terang bersuluh..hutan belantara dan alam sekitar yang tercemar dek manusia yang rakus mengejar-ngejar keuntungan..anak,cucu,anak saudara, sepupu, anak tiri, kakak, adik perempuan di rogol..negara miskin di tindas..memandang sinis pada bangsa,agama, negara mahupun negeri yang berlainan..menyalah anggap sesuatu bangsa atau agama atau negara sebagai teroris..
           Kononnya menasihati tapi sebenarnya telah menghina kerana menasihati dengan cara  mengherdik, memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat..hanya patuh pada undang-undang apabila di awasi..sentiasa tidak tenang atas kebahagiaan atau kejayaan insan lain..suka melihat orang lain jatuh tergolek-golek..puas lihat insan lain menangis dan menderita..Menyalah gunakan teknologi masa kini untuk kepentinga peribadi hingga sanggup menelanjangkan maruah orang lain...
         Jadi sama-samalah kita ambil iktibar dari apa jua kisah yang berlaku di sekeliling kita..
Ingat  " Jadilah dewasa yang sebenar"..

sekian salam sayang daripada saya,
Ikhlas dari lubuk hati yang terdalam...
http://www.merpatiputih88.blogspot.com

INGAT PESANAN INI SELALU:-

Thursday, August 12, 2010

Ibu Kau Ilhamku, Ibu Kau Inspirasiku....

Ibu...
Kau menjagaku dari kecil hingga kini tanpa rasa jemu..
Saat aku bayi..
Ibu sentiasa memandikanku...
Ibu sentiasa menukarkan pakaianku..
Ibu sentiasa membasuh najisku, mengantikan lampinku...
Ibu tak pernah merungut menjaga ku...
Ibu sentiasa mengendongku..
Ibu sentiasa membuai ku dan mendodoi ku dengan alunan ayat-ayat suci agar aku lena..
Ibu sanggup bangun di tengah malam saat aku merengek-rengek...
Saat di zaman kanak-kanak..
Ibu sentiasa menceritakan padaku kisah-kisah tauladan..
Ibu sentiasa membelikan apa yang aku mahu..
Ibu selalu membawaku bersiar-siar..
Ibu sabar melayan kerenahku yang nakal..
Ibu sentiasa mendandan rambutku dan merapikan diriku..
Ibu...Kau selalu ada..
Dikala aku susah mahupun senang..
Dikala aku sedih mahu pun gembira..
Ibu sentiasa ada mendengar segala rintihan hatiku..
Ibu sentiasa memberi kata-kata samangat dan menyokongku..
Ibu sentiaa ada di sisi ku dikala aku memerlukanya..
Tidak pernah Ibu tinggal kan aku sendirian...
Tapi kini...
Apabila ibu ku menderita menghidap kanser...
Apa yang aku mampu lakukan?????
Sempatkah aku membalas segala jasanya???
Ya Allah aku bermohon padamu agar kau berikan lah aku waktu bersama ibu ku yg tercinta..
Ya Allah pajangkanlah umur ibuku..
Ya Allah sembuhkanlah segala penyakit yang di hidapinya..
Ya Allah berikanlah dia kesihatan yang sempurna...
Ya Allah berikanlah kekuatan dan ketabahan serta kesabaran kepada ibuku...
Ya Allah bahagiakalah kedua ibu bapa ku sebagaimana mereka membahagiakan ku..
Hanya padaMu Ya Allah aku bermohon...Amin..

Idea/ hasil karya :-merpatiputih88.blogspot.com
                            A.K.A iera
ps:- saya tujukan puisi ini buat emak saya...Pn Zawiyah..doakanlah peyakitnya sembuh...iera sayang emak...



emak...emak jangan tinggalkan iera..jangan biarkan iera sorang-sorang...iera syg emak..mak maafkan iera atas segala salah silap iera...emak jangan pergi....jangan...jangan tinggalkan iera sendiri...

Saya SEDIH :'-(


Assalammualaikum wbt..        
Mungkin ada yang tertanya- tanya kemana saya menghilang...
Bukan menghilang sebenarnya..
Tapi..
Saya memang mengelakkan diri dari mem "blogging"...
Kenapa????
Sebab saya sedang terlampau berduka saat itu..
Apa yang menyebabkan saya berduka rasanya..?
Tentulah mengenai keadaan emak saya..
Pada hari Jumaat yang mulia itu...
Saya sedang menikmati makan tengah hari Di Mc'D Careffour Pandan JB bersama-sama rakan sekerja saya..
Sedang menikmati makanan saya menelifon emak..
Kerana pada hari itu mak saya membuat pemeriksaan Dr di HSA..
Mak pergi bersama ayah...
Saya tak dapat temankan mak ke hospital..
Sebab saya kerja waktu itu...
Pada masa itulah saya mendapat tahu yang.............
Dr cakap.........................................................
Sel kanser emak dah merebak kat hati...
Dr Cakap..................................
Harapan untuk sembuh nipis.................
Bergantung pada takdir dan nasib...........
Sekiranya anda di tempat saya....
Apa persaan anda.......??
Saya buntu memikirkan...
1)Masaalah kesihatan ibu saya..
(kalau emak kena kanser hati..mana nak cari penderma organ..?? saya sanggup derma organ saya sebagai tanda membalas jasa emak yang melahirkan dan membesarkan saya..tapi sesuaikah organ saya nie..??)
2) Masaalah kewangan ($$$$$$)
(Kos sara hidup semakin melambung tinggi terutama di bandar seperti JB..Kos rawatan emak..dan bemacam-macam kos-kos yang harus dipikirkan..sedangkan ongkos saya semakin menipis..)

Walau bagaimana pun, saya tetap tak berputus asa untuk terus berdoa ke hadrat Illahi...
Agar penyakit emak saya disembuhkan..
Tetapi...
Saya tetap berasa sedih, terkilan dan serba salah kerana saya...:-
1. Belum dapat membalas jasa kedua ibu bapa saya...
2.  Belum dapat  belikan emak dan ayah Rumah & Kereta..
3. Belum dapat merialisasikan impian, harapan dan cita-cita mereka..
4. Belum dapat membawa mereka bersiar-siar dengan kerata yang saya pandu sendiri (walaupun sekarang saya dah ada lesen kereta, tapi belum berkesempatan menyewa kereta)
5.Belum dapat membawa mereka melancong / bercuti bersama..
6. Belum dapat memberikan mereka wang yang mencukupi (sekarang saya cuma dapat bagi emak RM200 dan ayah RM 50, memandangkan pendapatan saya yang kurang dari RM8 rat...hanya itu yang saya mampu beri buat masa ini)
7.Belum dapat membahagiakan meraka..

Saya akan terus berdoa agar kesihatan emak akan pulih sepenuhnya dan dipanjangkan umurnya..serta ayah saya juga dipanjangkan umurnya....
saya juga berharap saya akan dapat:-
a) Membalas jasa kedua ibu bapa saya
b)Membelikan emak dan ayah Rumah dan Kereta
c)Dapat merealisasikan impian, harapan dan cita-cita mereka
d)Dapat mebawa mereka bersiar-siar setiap kali saya ada kelapangan dengan kereta yang saya pandu sendiri
e)Dapat membawa mereka melancong dan bercuti
f)Dapat memberikan mereka wang setiap bulan yang lebih banyak serta mencukupi untuk keperluan mereka
g)Dapat membahagiakan mereka

Oleh itu saya akan berusaha sedaya upaya untuk menimba ilmu pengetahuan  sebanyak mungkin, belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan result peperiksaan yang terbaik dan berusaha untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih menjamin masa depan dengan gaji yang lebih lumayan atau peluang untuk memulakan perniagaan dan yang paling penting buat masa terdekat nie saya nak cari pekerjaan sambilan (part time) agar dapat menambah wang poket saya yang sentiasa bolos setiap bulan...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...