Translate

Monday, December 16, 2013

Cinta Yang Sederhana...


Cinta... Usah terlalu dikejar, nanti ditinggalkan...
Cinta... Usah teralu dibiar, nanti dilupakan...
Cinta... Usah terlalu memberi, nanti tidak dihargai...
Cinta... Usah terlalu mencari, nanti ia sembunyi...
Cinta... Usah terlalu memuji, nanti kelak takut dikeji...
Cinta... Usah terlau senyap tiada suara, nanti bosan...
Cinta... Usah terlalu banyak disuarakan, nanti takut ada hati yang diulukakan
Cinta... Usah terlalu mengharapkan untuk memiliki, kerana cinta tak semestinya memiliki...
Cinta... Usah terlalu berfantasi mengharapkan dibahagiakan, kerana mungkin kelak kau akan dikecewakan...
Cinta... Usah terlalu mengingati, nanti kelak bila ditinggalkan kau pula yang hidup setengah mati...
Cinta... Tak perlu diheboh satu dunia...
Cukuplah hanya kau dan dia terasa saling mencinta...
Jadi jika cinta biarlah sederhana sahaja..

p/s: Puisi ini adalah ilham sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini (merpatiputih88.blogspot.com)
Hak cipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali.

Sebelum berlalu saya tinggalkan kamu dengan lagu ini :



Monday, December 9, 2013

Sketsa Peperiksaan vs Kejujuran



Di dewan periksa bila kau dah pening kepala,
Sebab tak tahu nak tulis jawapan apa,
Kau jeling-jeling orang sebelah sambil buat muka simpati,
Orang sebelah pun jeling kembali,
Rupanya dia pun sedang blur tak tahu nak tulis jawapan apa,
Kau nekad mahu baling-baling dadu saja...
Kau cuba teka jawapan,
Manalah tahu tembakkan kau tu mengena,
Bila tiba mahu menjawab soalan kena bina ayat sendiri,
Kau goreng-goreng ikut suka hati,
Perisa kena cukup,
Jangan sampai jawapan yang kau goreng hangus!
Bila tiba result periksa mahu keluar kau gelabah sebab takut tak lulus,
Rupanya benar kali ini kau memang sudah terkandas!
Habislah kena marah balik rumah nanti,
Habis lah kena leter dengan mama dan papa nanti..
Apa jawapan nak diberi pada mereka yang menaruh harapan tinggi??
Lalu kau kata pada mereka yang cikgu di sekolah tak bagus mengajar,
Lalu kau kata pada mereka pensyarah kau syok sendiri,
Entah apa dia bercakap di depan  satu kelas tak mengerti,
Mula lah parents kau datang sekolah mahu bersemuka empat mata dengan guru,
Habis dikatanya guru itu tak pandai mendidik anak bangsa, usah jadik guru!
Ada yang lebih kreatif tulis surat di akhbar buat aduan kata pensyarah tak bagus mengajar!



Esok ada periksa lagi,
Kali nie kau dah siap-siap nota kecil untuk dibawa ke dewan periksa,
Kau lipat kecil-kecil biar orang tak nampak,
Akhirnya kau berjaya jawab soalan dengan muka senyum lebar,
Sedang kawan-kawan kau punyalah muka berdebar-debar,
Bila tiba result periksa mahu keluar,
Kali ini kau dah boleh ukir senyum lebar,
Kau dipuji setinggi gunung,
Kau lah pelajar contoh / pelajar harapan...


Ramai rakan-rakan yang mahu ikut gaya kau belajar,
Tapi kau katakan pada mereka senang saja,
"Kita tubuhkan pasukan tolong menolong di dewan periksa",
Bawa masuk "toyol"  dalam dewan periksa,
Meniru orang sebelah menyebelah sudah jadi perkara biasa,
Bila diberi tugasan kau dan rakan-rakan ambil langkah mudah copy paste,
Senang,
Tak payah pening-pening lalat  nak keluarkan idea kreatif,
Tak payah susah nak ke hulu ke hilir usung buku-buku di library,
Lalu kau dan rakan-rakan pun di puji-puji oleh pensyarah,
Pada mereka tidak tahu yang kau dan rakan rakan adaah penipu!
Menipu di dewan periksa dan menipu dalm menyiapkan tugasan sudah jadi lumrah,
Sejak dari itu kau dan rakan-rakan sentiasa dapat dean list setiap semester,
Geng tidur dan malas dalam kelas kini menjadi geng paling berjaya dalam periksa...
Lalu kau dah buat muka bangga,
Kerana rakan-rakan yang rajin membaca pun tak dapat markah sehebat itu!


Semasa menipu dan meniru kau lupa akan sesuatu,
Tentang markah periksa kau itu akan membawa kau lebih jauh,
Kau akan dapat sambung belajar ke peringkat lebih tinggi,
Kau akan dapat kerja dengan jawatan hebat dan bergaji tinggi,
Jangan kau lupa yang duit gaji itulah yang akan kau beri kepada anak, isteri dan keluarga,
Adakah ianya berkat?
Kau mendapat pangkat hasil dari meniru dan menipu di dewan periksa?



p/s: Segala yang tercatat adalah ilham saya selaku pemilik dan penulis blog ini: http://merpatiputih88.blogspot.com/. Maaf andai penggunaan gaya bahasa agak kasar...

 Saya merasakan yang kita menjadi manusia biarlah jujur dengan diri sendiri, sebab itu dari kali pertama hadir ke sekolah hinggalah ke saat ini saya tidak pernah meniru di dewan periksa. Saya beranggapan bahawa, biarlah markah kita rendah (kerana itulah tahap kemampuan / kefahaman kita), biarlah andai kita kena repeat paper dua tiga kali sekalipun asalkan markah kita itu adalah hasil susah payah kita sendiri dan bukan dari hasil kita menipu diri sendiri...Andai kita gagal sekali dalam peperiksaan usah putus asa. Usaha lagi hingga berjaya. Jangan cepat berutus asa, perbaiki kekhilafan dan kecuaian diri kita sendiri. Jangan sesekali menyalahkan sesiapa terutama guru / pensyarah yang memberi kita ilmu dan telah bersusah payah mendidik kita. Ingat satu perkara "Seseorang yang mungkin kurang cemerlang dalam peperiksaan, bukan bererti dia juga tidak akan cemerlang dalam hidupnya"



dan kalau di takdirkan gagal dapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan, jangan pula berputus asa hingga mahu bunuh diri!
teruskan usaha ok .. (^____^)Y


Sunday, November 17, 2013

Kisah Cinta Alam Realiti Tak Seindah Fantasi



Cinta alam realiti ni tak sama macam kisah-kisah dongeng yang selalu kita baca, tak sama macam cerita dalam novel yang semuannya sempurna seratus peratus (langsung takde kelemahan / kekurangan)...
Biasa kita baca atau tengok kat tv atau filem mesti nak gempak dan sweet ajer...Ending cerita pun mestilah bahagia berbunga-bunga....
-Watak hero pulak mestilah nak yang handsome +bergaya+segak+tinggi lampai+ romantic+ loving+caring+kaya raya (tahap harta tak habis makan)
 -Watak heroin mestilah cantik+putih gebu+ bentuk badan sempurna+ayu+comel+tinggi macam model+sopan santun+berbudi bahasa+ pandai seba serbi....

   Itu semua kisah rekaan manusia, fiksyen semata-mata..! Jadi janganlah tertipu sampai tahap terpengaruh dengan kisah-kisah sempurna macam gitu! Jangan pulak sampai takut tak jumpa jodoh sampai sanggup nak buat bedah plastik, suntik sana-sini konon bila dah cantik vogue da vass boleh lah dapat tackle  calon suami yang kacak+ bergaya+ kaya raya tahap jutawan!

   Dalam mencari pasangan sehidup semati ni biarlah kita jujur dengan diri sendiri. Kalau si dia sayangkan kita si dia itu kenalah terima diri kita seadanya. Si dia itu haruslah sanggup terima kekurangan dan kelemahan kita disebalik kebaikan dan kelebihan kita itu. Sayang kita apa adanya dan takkan banding-bandingkan kita dengan bekas makwe-makwe dia sebelum kita atau perempuan-perempuan idaman hati dia...Dalam percintaan kejujuran , keihklasan, kesetiaan, kepercayaan, boleh bertolak ansur, boleh bertoleransi  itu adalah benda yang sangat penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan dalam tempoh yang lama...

   Kalau dalam kisah yang kita pernah baca atau tengok kat tv / filem, kisah cinta mesti nak happy ending..Tapi ketahuilah bukan senang nak kekal bahagia dalam temph yang lama, dan tak semua kisah cinta akan berakhir dengan bahagia macam dalam cerita dekat filem / tv / novel..Mesti ada dugaan dan cabaran, ibarat kata orang tua-tua sedangkan lidah lagi tergigit.. Inikan pula kita dan pasangan mesti pernah berselisih faham, terkecil hati, termerajuk, bergaduh tu semua nornal...Mana ada hubungan yang sempurna ajer, langsung tak pernah ada dugaan langsung tak pernah ada berselisih faham..Itu normal, kita manusia biasa.. Berselisih pendapat itu pun perkara normal...Cuma itu semua bergantung pada kita juga, bagaimana kita nak mengawal rasa marah tu semua..

Mungkin bila kita terlalu obsess untuk meletakkan cinta itu harus sempurna serba serbi maka akan berlakulah perkara seperti ini:



Wanita yang punya paras rupa kurang menarik sanggup pergi buat bedah plastik..
Jumpa calon suami yang terpegun dengan kecantikan dia, sayang dan jatuh cinta kemudian berkahwin..
Bahagia...Kemudia mendapat seorang anak yang kurang comel..
Si suami tak boleh terima anak dia tak comel dan siap buat ujian DNA sebab tuduh si isteri curang...
Sekali keluar laporan ujian DNA sah anak itu anak dia dan si isteri...
Si isteri kemudian mengaku pernah buat pembedahan plasktik sebelum berkahwin, si suami tetap pertahan ego dan tak boleh terima.. Terus saman isteri..
Rupanya cinta suaminya pada si isteri hanyalah bersandar pada paras rupa semata-mata...

untuk artikel penuh boleh rujuk kat sini:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Isteri_plastik_didendaRM381_333/Article/

Geram pulak bila baca statement suami dia tu bila sanggup hina rupa paras anak sendiri yang baru lahir!
"Anak perempuan kami terlalu hodoh hingga menakutkan saya"  

p/s: cuba rujuk balik gambar si bapa yang menghina anak sendiri itu....


Baby tu tak bersalah pun...
Janganlah sebab paras rupa dia yang kurang comel sampai sanggup taknak mengaku itu anak ..
Mungkin satu hari nanti dia yang kurang comel tu lah yang akan jaga kamu bila kamu dah tua terketar-ketar kelak...
Mungkin dia yang kurang comel tu akan lebih berjaya masa depannya, lebih pandai dan lebih kaya raya dari kamu yang menghina..
Tak sangka dalam zaman moden nie masih berlaku kisah macam cerita dongeng, manusia nyata tak pernah untuk berubah suka menilai melalui paras rupa semata-mata..
Patutlah klinik-klinik untuk buat pembedahan plastik dan suntikkan botox tumbuh macam cendawan...


p/s: Artikel ini adalah hanya luahan pendapat saya selaku pemilik dan penulis blog ini, terkurang dan tersilap harap dimaafkan...

Monday, November 4, 2013

Senyumlah




Senyumlah kerana senyum itu penawar hati yang duka..
Senyumlah dengan ikhlas, usah senyum sambil membuat muka benci...
Kerana senyum itu harus ikhlas dari hati...


Stress dengan hidup? Kecewa dalam percintaan? Pening memikirkan masaalah perniagaan atau kerja atau pelajaran? Kamu terus membuat muka masam muncung sedepa..


Apabila kamu sedang dimarah, ditengking, dimaki, dihamun, diherdik atau disindir...Kamu terus membuat muka marah lagi garang ala-ala the hulk atau singa mahu membaham mangsa..

Ketika kamu sedang tersekat dalam traffic jam,Kamu mulalah membuat muka menyampah dan bosan...
Bayangkan kalau setiap hari kamu pergi balik kerja ambil masa lebih kurang 1 jam jarak sekali perjalanan, dalam sebulan ada 25 hari bekerja bermakna kamu habiskan masa 50 jam dalam sebulan untuk membuat muka masam dan muncung...


   Itu belum termasuk lagi jika kamu berdepan konflik yang boleh membuat emosi kamu terganggu sudah tentu kamu akan membaut muka muncung sedepa / muka garang..Bayangkan jika kamu baru lepas di marah oleh pensyarah atau pegawai atasan, beberapa ketika kemudian sahabat kamu menyapa kamu dengan baik, lantas kamu membuat muka garang sambil menengking-nengking sahabat kamu itu..
Kamu rasa apa perasaan kamu jika kamu di tempat sahabat kamu itu? seronok? suka?

  Jika kamu baru lepas putus cinta sebab si dia curang dan banyak menipu kamu, kamu yang tengah dalam mood putus cinta, selesa untuk terperuk dan termenung sahaja di dalam rumah tapi beberapa ketika kemudian kamu  pergi ke kedai membeli makanan misalnya. Si pekedai bertanya dengan kamu secara elok maka wajarkah kamu membuat muka masam muncung sedepa...?


Jika kamu ada masaalah di pejabat, wajarkah kamu pulang dari tempat kerja dengan wajah masam mencuka apabila kamu melihat isteri / suami dan anak-anak kamu..? Wajarkah kamu memarahi mereka dan melepaskan emosi marah + kecewa tanpa sebab?


Jika kita sedang berdepan konflik dengan individu lain,
Jangan jadikan individu lain sebagai mangsa untuk mendapat habuan kemarahan dan kekecewaan kita,
Mereka tidak bersalah,
Dan mereka itu berhak untuk mendapat senyuman dan budi bicara sopan dari kita...


Senyumlah,
Kerana dengan membuat muka masam kamu takkan dapat menyelesaikan masaalah,
Malah menambah masaalah, kerana mungkin bilangan kawan-kawan yang ingin bersahabt dengan kamu akan berkurangan.
Dengan membuat muka masam itu tidak bermaksud kamu akan terlepas daripada traffic jam..
Dan diri kamu sendiri berhak untuk mendapatkan senyuman dari kamu...
Senyumlah kerana ia boleh mengawal stress dan emosi negative yang berlebihan..
Senyumlah kerana ia boleh mengawal mood marah, sedih, dan kecewa kamu itu
Senyumlah kerana ia membutat kamu menjadi insan yang lebih sabar dan tenang..
Kamu pasti akan lebih disenangi ramai andai kamu suka tersenyum ebrbanding membuat muka masam..
Senyumlah, kerana jika kamu selalu senyum kamu akan nampak sentiasa muda.. :)
Dah tak perlu lagi botox atau plastic surgery..! ;)
Dan fakta disokong dengan satu kajian sains:

"Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam.Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit) " -rujuk wikipedia



dan senyumlah kerana senyum itu adalah  satu sedekah yang tidak memerlukan kamu bersusah-susah mengeluarkan wang atau tenaga yang banyak tapi ia  amat digalakkan...
Jadi senyumlah selalu.... (^_______^)
Akhir kata, jangan lupa untuk letakkan senyuman di wajah kamu... :)

P/s: artikel ini adalah sekdar cetusan rasa / luahan idea dari saya selaku pemilik dan penulis blog ini..maaf jika ada sebarang kekurangan..

Nota kecil: Semoga kita semua mendapat aura postif dan elbih ceria serta tenang untuk memulakan hari baru pagi ini... :)

Salam Maal Hijrah 1435H untuk semua umat Islam diseluruh dunia...:)


saya tinggalkan kamu dengan lagu ini:




"Tidakkah kau ingin kembali bersinarSeperti mentari di pagi hariBeri kehangatan kebahagiaan juga kedamaianTersenyumlah… Terlalu pagi untuk bersedihTersenyumlah sayang waktu tak akan pernah menungguTersenyumlah… Jalan kita masih begitu panjangTersenyumlah sayang hidup ini begitu indah " -Tersenyumlah (ost Love Is Cinta) -Andhika Pratama

p/s: saya selalu berangan satu hari nanti ada orang yang akan nyanyikan lagu nie untuk saya bila saya sedang sedih dan buat saya tersenyum semula .... (berangan lebih...huhuhuhu..jiwang!)

Friday, November 1, 2013

Genap 4 Tahun Sebagai Blogger...


1.11.2013
Hari nie genap sudah empat tahun saya ber blogging...
Dulu-dulu saya tak pernah terfikir untuk punya blog sendiri...
Masa kecil dulu cita-cita memang nak jadi penulis, tapi tak kesampaian...
Walaupun saya menulis blog nie sekadar suka-suka dan isi masa lapang,
 sekurang-kurangnya ianya dapatlah menggembirakan hati syaa sebab buat benda yang saya  minta dan saya cita-citakan sejak kecil..
Dulu saya tak pernah terfikir akan menulis blog selama ini,
Doa dan harapan saya semoga penulisan saya disini tidak akan terhenti, dan semoga idea saya tidak akan berpenghujung..
Buat awak semua, terima kasih sebab sudi baca blog picisan saya ini.
terima kasih juga kerana sudi melontarkan pandangan mahupun kritikan di ruangan komen,
buat blogger-blogger terima kasih sebab sudi menjadi follower / pembaca setia blog saya..
Dengan rendah hati saya ingin memohon ampun dan maaf andai ada penulisan / coretan saya disini mengguris hati anda semua atau sekiranya ada kekurangan pada penulisa saya maaf sekali lagi...
Maaf juga kerana kadangkala saya terlewat untuk  membalas komen kamu semua...







Ini statistik blog saya sepajang empat tahun saya blogging ... :)
Empat tahun untuk:
406 Entry yang telah sempat saya coretkan di sini (setakat hari ini)
182407 pageviews sepanjang empat tahun...
1816 comment dan feedback yang telah diterima dalam entry-entry dalam blog ini..
9654 pembaca untuk entry yang paling ramai viewer 
349 Follower sepanjang empat tahun...
RM64.24 yang telah diterima dari Nuffnang untuk empat tahun! ( tapi belum pernah lagi saya claim / cash out)...huhuhuhu..

ha...banyak betul no 4, suratan atau kebetulan nie...?
apa-apa pun terima kasih sekali lagi sebab sudi baca dan singgah kat sini ye...
(^____^)


Wednesday, October 30, 2013

Hidup Ini Umpama Coklat...



Hidup ini umpama coklat kerana dalam pahit ada manisnya,dalam manis ada pahitnya,
Kenapa mesti ada rasa pahit itu sedangkan kita lebih suka rasa manis?
Ini kerana rasa pahit itu akan membuatkan kita belajar erti bersyukur apabila kita merasai erti kemanisan itu...
Ianya juga akan membuatkan kita sentiasa rajin berusaha, tabah dan sabar serta tenang dalam menghadapi dugaan hidup...
Rasa pahit itu juga lah yang membuatkan kita belajar dari pengalaman hidup kita, belajar dari kesilapan dan berusaha sehabis baik untuk membaiki kelemahan diri kita demi menjadi seorang  insan yang lebih baik di masa akan datang...
Rasa pahit itulah yang membuatkan kita belajar apa itu erti bersusah payah untuk mendapatkan apa yang kita miliki, supaya  kita lebih memahami tentang kesusahan insan lain dan supaya kita ini tidaklah menjadi manusia yang sombong lagi bongkak kerana sentiasa merasai manis tanpa rasa pahit..


Maka dengan itu, dalam hidup ini kita haruslah belajar menghargai apa yang kita ada, mensyukuri apa yang telah kita miliki...
Usah disoalkan takdir bila kita sedang melalalui zaman kesusahan atau kejatuhan dalam hidup,
Jika kita tak pernah persoalkan nikmat kesenangan dan kegembiraan yang pernah kita kecapi..

Jika sekarang kita sedang merasai kepahitan, usahlah berhenti berusaha, usahlah berputus asa untuk hidup, teruskan cita-cita, usaha, doa & tawakal kita itu...Kerana manusia yang tidak berputus asa dan rajin berusaha adalah manusia yang pasti akan menemui jalan bahagia serta mencapai cita-citanya...

Jika awak sedang bersedih hati, ambil waktu sedikit untuk menjamah coklat...
Sambil itu berfikirlah yang hidup ini memang ada pahit dan manis,ada bahagia ada derita, ada ketawa dan ada air mata...
Tapi percayalah selepas semua rasa pahit itu pasti akan ada rasa manis...
Maka dengan  jangan berputus asa!


p/s: entry ini adalah sekadar luahan pendapat saya selaku pemilik dan penulis blog ini http://merpatiputih88.blogspot.com/ . Sebarang kekurangan harap dimaafkan...


Sumber Gambar: google image..

Sunday, October 27, 2013

Puisi :- Kerana Duit...



Kerana duit manusia sanggup merompak,
Kerana duit manusia sanggup menembak,
Kerana duit manusia sanggup bergaduh,
Kerana duit manusia sanggup mencuri,
Kerana duit soal halal dan haram ditolak ke tepi,
Kerana duit judi dan rasuah makin berleluasa setiap hari,
Kerana duit manusia boleh jadi hilang punca,
Kerana duit manusia lebih rela jadi hamba dunia,
Kerana duit manusia menjadi tamak haloba,
Kerana duit manusia sanggup merampas,
Kerana duit manusia sanggup menyeksa malah membunuh,
Kerana duit kadangkala akal seperti berada di telapak kaki,
Kenapa manusia sibuk benar mengejar duit..?
Katanya tanpa duit hidup seperti tak bererti,
Kerana kita hidup dalam dunia realiti,
Semuanya ada harga dan nilai untuk berjual beli,
Semuanya itu kau harus bayar setiap hari,
Tiada yang percuma...
Sebab kau akan disanjung tinggi bila kau berduit,
Sebab kau akan dipandang rendah bila kau tiada duit,
Itulah harga yang kau harus bayar bila hidup dalam dunia yang mengejar duit..
Jadi aku tidak hairan dengan kes-kes jenayah dewasa ini...
Sebab semuanya KERANA DUIT!


Puisi ini adalah hasil karya sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Hakcipta terpelihara, tidak dibenarkan sebarang bentuk penyiaran semula.

p/s : Esok hari isnin, selamat bekerja, selamat mencari duit..Semoga bertambah murah rezeki...

Wednesday, October 16, 2013

WW#19: Harga Rumah







p/s: Cuti-cuti macam nie, survey- survey kejap pasal rumah...sekali tengok harga..pengsan! =__="
Kalau gaji 6k pun dah susah nak beli rumah, inikan pulak kita yang gaji tak sampai 6k..Lagilah haru biru...Kita semua pun memang berimpian nak memiliki rumah, tapi dalam masa sama tak naklah hutang rumah sampai mati pun tak tentu lagi habis bayar ke tak?! Tiap-tiap tahun harga rumah makin lama makin mahal, dan kita sebagai golongan OBB (orang biasa-biasa) hanya mampu berdoa dan berusaha agar dapatlah memiliki sebuah rumah sebelum menjelang tahun 2020!

Sumber gambar: Google image


nota kecil : Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1434 H / 2013 M kepada semua umat islam diseluruh dunia..Hari nie saya bercuti, jadi rehat-rehat sahaja...ehehehee..;)

Saturday, October 5, 2013

Puisi: Nota Untuk Hati...




Aku hanya manusia biasa...
Walaupun selalu dilihat sabar, kuat dan tabah...
Tapi terkadang aku ini lemah juga...
Selalu juga aku terjatuh...
Tapi aku cekalkan saja hati ini untuk bangun kembali...
Walaupun hati ini tidaklah sekuat mana...
Tapi aku tabahkan saja untuk hadapi semua ini...
Apabila diri ini terasa rapuh dan patah semangat,
Lalu aku tepuk hati kemudian aku kata padanya:
"Kau harus sabar, kau harus kuat, kau harus tabah"
Kerana aku percaya yang dalam hidup ini dugaan dan cabaran adalah perkara biasa...
Kau harus percaya yang setiap masalah yang hadir itu membuatkan kau lebih kreatif berfikir..
Kau harus tahu setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya yang kau harus cari sendiri..
Mungkin tanpa dugaan dan cabaran yang berliku itu kau takkan tahu apa itu erti kuat dan sabar...
Mungkin dalam hidup kau itu kau harus tempuh onak duri berliku yang penuh suram dan kelam...
Selepas semangat tidak putus asa dan terus cekal berusaha kau akan nampak lorong cahaya...
Maka di situlah kau akan menjadi  seorang yang lebih menghargai kejayaan yang kau miliki,
Tanpa ada sikap angkuh atau sombong meninggi diri...
Percayalah kejayaan selepas pelbagai cabaran pasti akan terasa lebih manis dan indah..
Maka hadapilah hidup ini dengan tabah dan usah sesekali melatah...


P/s: Puisi ini adalah nukilan saya sendiri selaku pemilik dan penulig blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Hakcipta terpelihara.



Nota kecil: puisi ini diilhamkan pada 30.09.2013, tapi terlewat untuk di publish kan di sini..

semoga kita semua menjadi insan yang  tabah dan sabar menghadapi hidup yang berliku dan ada akhirnya akan mencapai apa jua impian kita dan pada akhirnya akan bertemu jalan bahagia buat selamanya....Sebelum meninggalkan coretan ini, mari tonton video yang menarik ini..Saya baru jumpa di youtube hari ini..Ia sangat menyetuh hati saya, hingga boleh mengalirkan air mata..Ia sangat bagus dan baik serta bermanfaat untuk ditonton...



Don't Be Sad: Allah Knows



Antara yang dikata dalam video ini adalah:


"In times of trials and tribulation,

You have a decision to make,
Either you can get closer to Allah SWT,
And that is your way to paradise,
Or you can decide to live with your pain,
Seek the pity of people,
And let the pain get worse,
And create you own destruction,
He who has Allah has everything..."

"Don't ever be sad, 

Because Allah with you,
This life is not worth being sad,
So you should always smile,
Even sometimes you feel upset..."

ayat-ayat ini mebuatkan saya rasa kuat dan tabah semula... :') 

Semoga anda semua juga tabah sentiasa... :)





Kredit Gambar: Google image

Kredit Video : Youtube:  SoldierofAllah2

Monday, September 30, 2013

Puisi: Kita Hanya Manusia Biasa...


Kita ini manusia biasa...
Tidak terkecuali dari noda dan dosa...
Terkadang seakan tergelincir...
Lalu membawa kita hampir tersasar dari jalan kebenaran...
Jiwa muda kadangkala menjadikan kita alpa dan lupa....
Seakan asyik dan terbuai dengan nikmat dunia yang kononnya indah...
Menyebabkan kita tersungkur dengan kekhilafan diri sendiri...
Mujur jua  cepat tersedar dari kealpaan dalam nikmat dunia yang sementara itu...
Kini kembalilah ke jalan kebenaran itu...
Kembali kepada hakikat Allah SWT itu Tuhan yang satu...
Allah SWT itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang...
Lalu usah malu untuk meminta ampun dan bertaubat serta meminta pertolongan dari-Nya..
Usah dipedulikan kata-kata dan persepsi manusia kepada kita...
Usah malu untuk menjadi lebih baik...
Tapi malulah jika kamu masih enggan berubah menjadi yang lebih baik...
Usah terlalu ditangisi kesilapan lalu...
Tapi cubalah untuk belajar sesuatu dari kesilapan lalu kamu itu...
Usahlah diulangi kesilapan itu kembali...
Berjanjilah dengan diri sendiri untuk berubah ke arah kebaikan...
Hidup ini indah andai kau tahu apa itu erti mensyukuri nikmat yang telah diberi...
Hidup ini indah andai kau tahu menghargai setiap detik saat yang berlalu itu..
Usahlah disia-siakan setiap hembus nafas dan denyut nadi jantungmu itu..
Setiap masa itu haruslah diisi dengan perkara bermanfaat untuk dirimu di dunia dan di akhirat...
Kamu pasti merasai nikmatnya...
Bersyukur atas segala nikmat limpah rahmat kurnia-Nya..
Tidak kah kamu merasa diri kamu terasa kerdil sekali di dunia ini..?
Jika dihitung dan dicongak kembali,
Maka sudah cukupkah bekal amal ibada dan kebajikkan kamu sepanjang hidup didunia ini..?
Lalu bersediakah kamu menghadapi saat kematian nanti...???

P/s: Puisi yang tidak seberapanya ini diilahmakan oleh saya iaitu pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Hak cipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali..

kredit gambar: google image

Friday, September 13, 2013

From Zero To Hero...



We just human...
We do make mistakes..
We just cry for it, we solve nothing...
We learn from it and try to improve our self, we can change everything...
If we make mistakes just admit it...
Not as simple as that, but try to make something different...
Never blame Allah on our own mistakes...
Never blame  anyone on our own mistakes...
Never pointing our own finger to others...
Never blame our self...
But try to learn something from it...
Be patient and just stay strong...
If they want to judge you let it be...
Let they say what ever they want to say...
What you can do is improve yourself and also prove that you can succeed...
So please, never give up ...
Life is a journey, we learn something new everyday...
Never say your day is a bad day, because you can learn something from it..
Never say that you're bad luck, because life is not about luck but its all about what we do and what we want to do on our own journey...
So please never blame our own fate...
We can be success if we try our best to fight for it...
If we can't get what we want, blame nothing but keep trying...
Believe in this word "Strong wall shakes but never collapse"...
"We can't see the beauty of the rainbow without a little rain..."
So just stay strong...


xoxo

Sya...
Johor Bahru

This is my favorite song for this year (love the lyrics so much) :


~ Roar by Katy Perry ~

We went from zero to be our own hero.. :') :) ;)

Thursday, September 5, 2013

Wednesday, September 4, 2013

Basikal Sihatkan Badan Dan Dompet








Faedah menunggang basikal:

- Bagus untuk kesihatan...
- Memandu sambil bersenam...
-Boleh bakal lemak-lemak degil
- "Badan sihat otak cergas"
-Lebih JIMAT sebab tak pelru bayar minyak, cukai, insurance..kos maintenance dia pun tak lah mahal sangat...
-Tak perlu susah-susah nak cari parking..
-Lebih mesra kepada alam sekitar..
-Kurangkan pencemaran udaran
-Kurangkan penipisan lapisan ozon
-Menjadi manusia yang lebih berdikari ( basikal rosak boleh repair sendiri, cuci basikal sendiri tak perlu hantar ke kedai)
-Menjadi manusia yang lebih perihatin tentang kepentingan pemanduan secara berhemah..
-Menjadi nmanusia yang lebih menghargai nilai-nilai kemanusiaan dan keselamatan di jalan raya...
-Lebih romantik... (sebab petang-petang boleh pusing-pusing taman bunga naik basikal bersama atau pergi pantai naik basikal bersama...kedengaran agak menarik kan...? *bagi orang yang dah berkahwin secara sah)

Nota kaki: ini hanyalah sekadar pandangan biasa-biasa dari orang biasa...maaf jika ada kekurangan di mana-mana...
p/s: tapi sayangnya saya nie tak reti menungang basikal kalau setakat jadi pembonceng boleh lah kowt..
huhuhuhu.. :p


oklah selamat malam... (^___^)

Sumber gambar: google image..

Sunday, August 18, 2013

Puisi: Rakus Dengan Kuasa



Antara kuasa dan tanggungjawab...
Aku rasa ramai orang yang pilih kuasa...
Apabila kuasa sudah ada, tanggungjawabnya entah kemana...
Adakala apabila sudah diberi kuasa amanah itu terbiar kaku begitu sahaja..
Janji bertabur manis kini sudah tiada manisnya...
Kuasa kadangkala membuat manusia menjadi angkuh dan alpa...
Kuasa yang dimegah kadangkala membutakan mata hati...
Kuasa dan harta kadangkala membuatkan manusia lupa pada Tuhan yang lebih berkuasa...
Adakalanya kuasa yang dia ada bukan dipegang dengan amanah...
Tapi ia longgar dengan ikatan janji yang kian bernanah...
Kuasa yang ada hanyalah untuk bermegah...
Apabila sudah tidak lagi punya kuasa diri sudah mula terasa terhina...
Lalu nywa-nyawa insan yang buang dia dari kuasa mahu dibunuh sahaja...
Dipandangnya insan itu tanpa ada harga...
Dibunuhnya insan-insan itu bagai haiwan yang tiada rasa belas kasihan...
Akal yang dia punya barangkali sudah mati...
Hati yang dia ada barangkali sudah tidak bernafas lagi...
Sebab itulah dia sanggup membunuh demi kuasa...
Demi merebut kembali kuasa dan dia rela lakukan apa sahaja...
Dia seronok memandang ribuan tubuh manusia mati bergelimpangan..
Dia gembira bila semakin ramai "musuh" yang terkorban...
Dia bangga apabila mendapat kuasa itu kembali...
Walaupun kuasa itu dirampas dengan usaha yang paling keji sekali..
Tapi dia sudah tidak peduli lagi..
Pada dia apalah erti hidupnya tanpa kuasa, nama pengaruh dan harta benda...
Tapi aku rasa mungkin dia lupa akan satu perkara...
Satu hari nanti dia juga kan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya..
Satu hari nanti dia juga akan terbaring kaku di dalam keranda..
Satu hari nanti semua tanggungjawabnya yang tidak ditunai dengan amanah akan disoal..
Satu hari nanti ketamakan dirinya akan memakan diri...
Pada hari itu menangislah dia meminta tolong...
Pada hari itu tercampaklah dia sendiri...
Kerana hari itu dia sudah tidak punya kuasa yang dimegah lagi...
Pada hari itu barulah dia mahu menyesali akan perbuatannya yang lalu...
Tiada apa yang lebih berkuasa melainkan Tuhan Yang Maha Esa...


P/s: Puisi ini adalah ilham sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com)  Sebrang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Hak Cipta Terpelihara.

Kredit gambar: google image

Nota: Marilah kita mendoakan yang terbaik buat saudara kita yang berada di Mesir...Semoga konflik yang sedang berlaku di negara itu segera bernoktah. Semoga segala kekejaman itu berakhir dan semoga keadaan di sana akan kembali pulih seperti sedia kala hendaknya..

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H / 2013M

sya. merpatputih88
*Click Pada Gambar Untuk Bersarkan Imej*

Di Kesempatan Ini Saya Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf, Zahir Dan Batin, 

Buat Semua Yang Mengenali Diri Saya Secara Dekat Mahupun Pembaca Laman Blog Ini & Rakan -Rakan Blogger Sekalian Yang Saya Kasihi....

Maaf Kan Saya Atas Segala Khilaf Saya.... Andai Ada Tersilap /Terkasar Bahasa, Terkurang Dan Terlebih / Tingkah Laku Sepanjang Tempoh Perkenalan Kita Ini Yang Membuatkan Kamu Semua Tersinggung Perasaan Dekat Mana-Mana, Terguris / Terkecil Hati ..Jika Ada Penulisan Saya Disini Sepanjang Saya Beblogging Ini Ada Mengguris Hati Kamu....Saya Dengan Rendah Hati Memohon Maaf Sekali Lagi...


kanak-kanak berlari-lari,
Sambil berlari terlanggar tin,
Saya ingin mengucapkan Selamt Hari Raya Aidilfitri,
Mohon Maaf Zahir & Batin...

Pergi memancing menangkap ikan,
Menangkap ikan untuk dimakan,
Salah silap harap dimaafkan,
Makan dan minum harap dihalalkan... (^___^)  (^____*)


Dengan Ingatan Tulus Ikhas:
Sya.....

Sunday, August 4, 2013

Resepi: Kuih Makmur / Biskut Makmur



Bahan-Bahan Doh:
800 Gram Minyak Sapi Pure Ghee QBB (1 Tin Besar)
2 Biji Putih Telur ( Telur Gred A)
Tepung Gandum Cap Sauh


Bahan- Bahan Inti:
3 Cawan Kacang Tanah (Di Goreng Dan Di Kisar)
3 Camca Mentega - ButterCup
1 Cawan Gula Aising (Cap King)

Bahan Hiasan:
Gula Aising (Cap King)


Bahan Sampingan:
Penyepit Untuk Buat Kuih Makmur
Sarung Tangan
Sudip Kayu
Cawan Penyukat (Kita Guna Cawan Arcoroc)
Mangkuk Adunan
Mixer
Loyang Pembakar Kuih
Oven
Balang Kuih Kedap Udara + Kertas Minyak


Cara-Cara:
1. Untuk  Membuat Intinya: Masukkan kacang tanah yang telah siap digoreng dan dikisar tadi ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan pula buttercup tadi, kacau rata-rata menggunakan sudip kayu. Setelah itu masukkan pula gula aising, kacau rata-rata. Ketepikan adunan inti ini..

2. Di dalam mangkuk yang lain: Masukkan kesemua minyak sapi tadi kedalam mangkuk adunan. Masukkan pula dua biji putih telur adun hingga sebati. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan adun. Masukkan tepung hingga adunan tadi menjadi doh. Ingat adunan jangan terlalu lembik (nanti tak boleh nak buat bentuk) dan jangan juga telampau keras.. Makanya, semasa masukkan tepung itu, masukkan sedikit demi sedikit...

3. Setelah adunan tadi menjadi doh, ambil sekit adunan dan dibulatkan kecil-kecil (sebarapa comel yang boleh- tapi jangan telampau kecil sangat nanti susah nak masukkan intinya). Buat banyak-banyak dan susung dalam piring. (Kita buat macam nie dulu supaya lebih mudah dan jimat masa sikit...ehehehe..)

4. Setelah itu, ambil satu tepung yang dah awak bulat-bulatkan tadi tu. Tekan pada bahagian tengah dia, dan masukkan intinya yang telah kita buat tadi ( Masukkan inti jangan banyak sangat, nanti susah nak tutup, dan jangan sikit sangat itu kedekut namanya..). Kemudian ambil satu lagi tepung yang dah kita bulat-bulatkan tu letak atas tepung yang dah kita letak inti tadi. Dan tutupkan tepung tu sampai tak nampak inti dia (jangan sampai inti dia terkeluar nanti hangus pulak kuih awak tu). Kemudian bentukkan tepung tu bentuk memanjang macam daun. Kemudian susun dalam dulang pembakar. Awak ulang proses nie sampai kuih tu  penuh satu dulang pemabakar tu.(kita buat macam nie supaya jimat masa sikit)

5. Kemudian ambil penyepit kuih makmur dan sepit kan kuih yang telah siap kita susun dalam dulang tadi. Sepit secara menegak pada bahagian tengah dia, kemudian baru sepit secara menyerong pada bahagian tepi. (Awak sepit kuih tu sampai dia terbentuk macam daun- macam urat dekat daun)

6. Setelah selesai, masukkan kuih dalam ketuhar, bakar dalam suhu 160°C...Bakar hingga masak, jangan sampai hangus ye...

7. Apabila telah selesai, keluarkan kuih dari ketuhar. Kemudian biarkan kuih sejuk sebentar. Setelah itu, golek-golekkan kuih dekat gula aising. Kemudian masukkan kuih dalam bekas kuih kedap udara. Semasa susun kuih , pastikan awak lapiskan dengan kertas minyak, supaya kuih tadi tidak melekat. Kemudian tutup bekas kedap udara tadi.


P/S:-
*Kuih nie bila dah jadi tak berapa nak banyak sangat tau...Jadinya, bila awak nak buat banyak-bayak kenalah buat adunan banyak-banyak juga....Modal dia pun kenalah banyak jugak ye..Sebab harga minyak sapi tu makin lama makin mahai... =___="
*Bila nak buat bentuk daun tu untuk yang baru 1st time nak cuba memang kena try and error. Bila awak dah buat banyak kali, lama-lama awk jadi cekap nak buat bentuk daun tu dan lebih pantas... (^___^)
*Dekat loyang pembakar tadi tu memang tak perlu sapu mentega, sebab minak sapi yangada dalam kuih tu dah cukup untuk buat kuih tu tak melekat pada loyang pembakar..


Akhir kata dari saya, terima kasih kerana sudi membaca resipi yang telah diturunkan seraca turun temurn kepada saya nie..Kalau awak berkenan bolehlah cuba resipi nie ye...Selamat mencuba..(^__^)

Sunday, July 28, 2013

Dua Puluh Lima



Hari ini 28.7.2013 genap usia saya dua puluh lima tahun...
Kita lahir pada 28.07.1988 ...Tahun Naga! Aummmmm....
Dua puluh lima....Eh macam dah tua pulak eh...???? =____="
Macam tak percaya pun ade, macam baru jer semalam ambik result SPM...
Macam baru jer habis study kat poli dan sibuk-sibuk cari kerja...
Rase macam masih remaja lagi...
Tapi dah separuh usia DEWASA...
Oklah tahun nie kali pertama kita  pergi mengundi pada 5.5.2013, pusat mengundi dekat sekolah kita yang pertama, kelas kita yang pertama pulak tu...!
Tahun nie jugak kali pertama kita dapat pergi negeri-negeri utara..
Alhamdulillah..Tercapai jugak impian kita nak pergi Langkawi, Kedah dan Perlis...
Walaupun dapat pergi kejap jer dan bukan atas tujuan bercuti, tapi Alhamdulillah tercapai jugak hajat nak pergi tempat-tempat tue sebelum usia 25...
Tahun nie kita dah sah jawatan...! Yeay... Alhamdulillah sekali lagi... :)
Dalam bulan tujuh yang bertuah nie dapat pulak kenaikan gaji...dan duit raya... Alhamdulillah lagi... :)
Impian yang dah tercapai ialah :
Nak sambung study lepas habis SPM..dah tercapai...Walaupun kita setakat sampai kat poli ajer...Tapi Alhamdulillah...
Dulu-dulu kita pernah menangis berhari-hari sebab tak dapat masuk U, dan cuma dapat amik sijil Pengajian Perniagaan dekat poli ... dan  lebih mebuatkan  kita menangis sebab kita terpaksa tolak tawaran yang kita dapat untuk sambung dalam bidang yang kita minat  iaitu Diploma Teknologi Mekanikal ( Pembuatan-CAD/ CAM) dekat IKBN...
Sebab masa tu kita dah ter daftar dan bayar yuran poli, barulah tawaran IKBN tu sampai...
Mak ayah pulak lebih galakkan kita untuk dafar bidang perniagaan itu, sebab katanya lebih sesuai untuk budak perempuan macam kita...
Jadi oleh kerana faktor yang tak mengizinkan itu, maka kita teruskan lah pengajian di politeknik...
Tapi dekat politeknik dulu kita lebih rapat dengan budak-budak kejuruteraan...
Masa duduk rumah sewa dulu pun semua housemate kita budak civil engineering  dan kita seorang ajer budak business...
Jadi dalam laptop kita masa tue memang ada software autocad ! eheheehee.. :p
Sekarang nie kita dah nampak hikmah disebalik itu...
Sebab dengan Sijil Politeknik tu lah kita boleh dapat jawatan sekarang dengan gaji yang kita dapat sekarang...Alhamdulillah... :)
Sebab study dekat politeknik tue lah kita dapat kenal dengan ramai kawan, dan dapat banyak pengalaman dan dapat banyak ilmu...
Sebab study dekat politeknik tu lah kita menjadi lebih feminin...
Yelah setiap hari baju kurung...Sekarang pun kerja wajib kena pakai baju kurung..
Dulu-dulu masa kecik -kecik kita lebih senang berkawan dengan lelaki, dress up cara lelaki, bercakap cara lelaki, permainan pulak memang stail budak-budak lelaki macam gasing, guli etc...
Tapi takdelah sampai terpengaruh lebih sangat...
Bila dah masuk usia 15 tahun ajer barulah sedar diri tu perempuan!Sebab masa tu kita dapat mimpi yang membuatkan kita insaf dan masa tu kita mula bertudung sepenuh masa sampai sekarang...( sebelum tue cuma pakai tudung bila dekat sekolah ajer lah..)
Dulu masa kita dapat tawaran jawatan sekarang, kita dapat jugak tawaran masuk Uitm untuk sambung ambik Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat, tapi kita terpaksa tolak (dengan berat hati.... )
Sebab niat ikhlas untuk bekerja dan membantu orang tua lebih menebal, maka terpaksa lah dilupakan buat sementara niat untuk sambung belajar itu...
Sebab dengan kerja kita ini kita boleh bantu mak ayah, dan masa tu pulak mak kita sakit...
Jadi perlukan perhatian dan kewangan yang cukup...
Kalau kita jauh macam mana kita nak bantu semuanya...?
Sebab kita ini adalah satu-satunya anak yang mereka ada...
(Dulu sebenarnya kita ada adik lelaki tapi dia dah meninggal dunia pada usia dia tujuh tahun iaitu pada  31.8.1997 ....)
Maka sebagai anak tunggal, tanggungjawab lebih utama...
Itulah hikmahnya disebalik segalanya..
Disebalik itu, tercapai sudah impian kita untuk  memiliki sebuah kereta kecil lagi sederhana..Alhamdulillah... :)
Kita percaya disebalik yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi...
Sekarang kita dah boleh belajar yang tak semua impian kita itu, kita akan peroleh dengan mudah-mudah sahaja...
Ada duka dan tangisan yang perlu ditempuh sebelum kemanisan itu boleh kita rasa..
Ada kepayahan dan kesusahan yang perlu kita lalui, jika kita tabah dan sabar barulah kita dapat hargai betapa hidup ini indah sebenarnya..
Dalam hidup kita nie selama dua puluh lima tahun hidup, banyak juga suka duka yang telah kita tempuhi dan semuanya mengajar kita erti dewasa serta matang dalam hidup...
Diejek, dibuli , dihina sedikit pun tak menjadi kudis yang berbekas dihati kita...
Kita tak berdendam, dan kita dah maafkan...
Fikir-fikir semula lucu juga, ada jugak kenangan kena buli zaman kanak-kanak riang  / awal remaja dulu...Ialah sebab kita nie jenis nerd lagi noob...Makanya senanglah kena buli..
Dulu masa kecil pernah kita digelar alien, budak kaca mata, budak mata besar, papan lapis...
Sebab mungkin kerana fizikal kita masa tue, badan kurus (underweight ) , mata bulat tapi rabun pulak tu..dan minat sangat sains dan angkasa lepas..Sebab tulah dapat gelaran alien..  =___="
Tapi semuanya membuat kan kita lebih kuat semangat , tabah dan sabar hadapi hidup...
Tak pernah sekalipun terlintas dihati kita nak putus asa, sebaliknya kita tetap mahu terus usaha dan perbaiki segala kesilapan diri yang ada..
Supaya kelak bila dah dewasa kita boleh lalui hidup dengan bahagia...
Walaupun kisah hidup kita tak lah seindah kisah hidup awak yang sedang membaca...
Tapi kita tetap bersyukur, mungkin hidup kita ini tak lah seindah mana, tapi ia cukup buat kita menghargai sekelumit erti bahagia..
Terlalu banyak kenangan indah dan berselang seli dengan kenangan sedih dan pahit kalau nak cerita semua  memang tak habis sampai esok lusa..Jadi kita stop sampai sini saja...
Terima kasih sudi baca blog kita...
Maaf dari kita andai ada tersilap dan salah kat mana-mana...

Sekian sahaja, dari budak yang suka sorokkan airmata disebalik senyuman.... :)

Beli Baju Raya Dengan Mudah


 Hai awak-awak semua yang comel-comel dan cun-cun sekalian...
Sekarang nie semua benda kita boleh berurusan dengan mudah guna internet jer kan...
Nak shopping pun senang secara online nie...
Sebab tak payah lah kita susah-suah nak berasak-asak pegi shopping mall, tak payah risau nak cari parking..
Lebih-lebih lagi bagi kita-kita nie yang bekerjaya, nak beli baju raya pun tak sempat kan..
Balik kerja jer pun dah penat, nak masak  lauk buka puasa lagi, mana nak pegi terawih lagi..
Jadi untuk jimat masa kita boleh shopping online jer senang...
Sambil duduk-duduk depan laptop tu kita boleh shopping sekali... :)
Kan dah jimat masa... :)
Meh sini kita nak share kat awak tempat untuk shopping baju raya secara online yang jimat masa duit dan tenaga...
Sekarang nie diaorang tengah buat promosi sempena nak raya nie...
Banyak pilihan tau baju-baju dia...Cantik-cantik pulak tu...! (^___*)


UTTA DOT MY (JM0656753-H). Usahawan Terbilang Textiles & Apparels (UTTA). 
Pemborong Kain Pasang, Baju Kurung & Jubah Moden/Manik Berkualiti dengan Perkhidmatan yang Professional. Lokasi Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor. 
Anda berminat untuk mula berniaga kain & baju kurung? Sila hubungi kami melalui talian 011-2720-7606(Puan Farhah) atau 013-6065-101(En. Yasir), kami sedang MEMILIH & MELANTIK agen-agen & pengedar baru yang SERIUS & Professional sempena pelancaran syarikat & musim perayaan 2013 ini.


Facebook Page:      https://www.facebook.com/uttadotmy
Website:                http://www.utta.my/ 


Meh sini cuci mata tengok macam-macam pilihan yang ade... :)

Yang nie baju kurung pahang vietnam silk...


Jubah Lycra..Sesuai buat pencinta jubah....


Thai silk Exclusive..


Peplum...Sesuai untuk kita-kita yang berjiwa muda dan dah bosan dnegan baju kurung....


Siap satu set dengan tudung nie...Memang sangat berpatutan... :) 
berbaloi-baloi... :)




RM300 untuk empat pasang baju... :)


Yang nie pulak koleksi maxi dress... :)



Jadi apa tunggu lagi...?
Takkan tengok ajer kot...?
Cepat-cepatlah rebut peluang sempena diskaun raya nie, sementara stok masih ade.... :) ;)

 Jom shopping!!!!  https://www.facebook.com/uttadotmy



p/s: Baju kurung yang model nie pakai  saya dah beli kat sini, memang berbaloi..Saya suka material kain lycra dia dan siap ade manik-manik lagi...Memang sangat puas hati... Siap dapat free tudung lagi..haa siapa taknak kan...??

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...