Senyumlah kerana senyum itu penawar hati yang duka..
Senyumlah dengan ikhlas, usah senyum sambil membuat muka benci...
Kerana senyum itu harus ikhlas dari hati...
Stress dengan hidup? Kecewa dalam percintaan? Pening memikirkan masaalah perniagaan atau kerja atau pelajaran? Kamu terus membuat muka masam muncung sedepa..
Apabila kamu sedang dimarah, ditengking, dimaki, dihamun, diherdik atau disindir...Kamu terus membuat muka marah lagi garang ala-ala the hulk atau singa mahu membaham mangsa..
Ketika kamu sedang tersekat dalam traffic jam,Kamu mulalah membuat muka menyampah dan bosan...
Bayangkan kalau setiap hari kamu pergi balik kerja ambil masa lebih kurang 1 jam jarak sekali perjalanan, dalam sebulan ada 25 hari bekerja bermakna kamu habiskan masa 50 jam dalam sebulan untuk membuat muka masam dan muncung...
Itu belum termasuk lagi jika kamu berdepan konflik yang boleh membuat emosi kamu terganggu sudah tentu kamu akan membaut muka muncung sedepa / muka garang..Bayangkan jika kamu baru lepas di marah oleh pensyarah atau pegawai atasan, beberapa ketika kemudian sahabat kamu menyapa kamu dengan baik, lantas kamu membuat muka garang sambil menengking-nengking sahabat kamu itu..
Kamu rasa apa perasaan kamu jika kamu di tempat sahabat kamu itu? seronok? suka?
Jika kamu baru lepas putus cinta sebab si dia curang dan banyak menipu kamu, kamu yang tengah dalam mood putus cinta, selesa untuk terperuk dan termenung sahaja di dalam rumah tapi beberapa ketika kemudian kamu pergi ke kedai membeli makanan misalnya. Si pekedai bertanya dengan kamu secara elok maka wajarkah kamu membuat muka masam muncung sedepa...?
Jika kamu ada masaalah di pejabat, wajarkah kamu pulang dari tempat kerja dengan wajah masam mencuka apabila kamu melihat isteri / suami dan anak-anak kamu..? Wajarkah kamu memarahi mereka dan melepaskan emosi marah + kecewa tanpa sebab?
Jika kita sedang berdepan konflik dengan individu lain,
Jangan jadikan individu lain sebagai mangsa untuk mendapat habuan kemarahan dan kekecewaan kita,
Mereka tidak bersalah,
Dan mereka itu berhak untuk mendapat senyuman dan budi bicara sopan dari kita...
Senyumlah,
Kerana dengan membuat muka masam kamu takkan dapat menyelesaikan masaalah,
Malah menambah masaalah, kerana mungkin bilangan kawan-kawan yang ingin bersahabt dengan kamu akan berkurangan.
Dengan membuat muka masam itu tidak bermaksud kamu akan terlepas daripada traffic jam..
Dan diri kamu sendiri berhak untuk mendapatkan senyuman dari kamu...
Senyumlah kerana ia boleh mengawal stress dan emosi negative yang berlebihan..
Senyumlah kerana ia boleh mengawal mood marah, sedih, dan kecewa kamu itu
Senyumlah kerana ia membutat kamu menjadi insan yang lebih sabar dan tenang..
Kamu pasti akan lebih disenangi ramai andai kamu suka tersenyum ebrbanding membuat muka masam..
Senyumlah, kerana jika kamu selalu senyum kamu akan nampak sentiasa muda.. :)
Dah tak perlu lagi botox atau plastic surgery..! ;)
Dan fakta disokong dengan satu kajian sains:
"Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam.Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit) " -rujuk wikipedia
dan senyumlah kerana senyum itu adalah satu sedekah yang tidak memerlukan kamu bersusah-susah mengeluarkan wang atau tenaga yang banyak tapi ia amat digalakkan...
Jadi senyumlah selalu.... (^_______^)
Akhir kata, jangan lupa untuk letakkan senyuman di wajah kamu... :)
P/s: artikel ini adalah sekdar cetusan rasa / luahan idea dari saya selaku pemilik dan penulis blog ini..maaf jika ada sebarang kekurangan..
Nota kecil: Semoga kita semua mendapat aura postif dan elbih ceria serta tenang untuk memulakan hari baru pagi ini... :)
Salam Maal Hijrah 1435H untuk semua umat Islam diseluruh dunia...:)
saya tinggalkan kamu dengan lagu ini:
"Tidakkah kau ingin kembali bersinarSeperti mentari di pagi hariBeri kehangatan kebahagiaan juga kedamaianTersenyumlah… Terlalu pagi untuk bersedihTersenyumlah sayang waktu tak akan pernah menungguTersenyumlah… Jalan kita masih begitu panjangTersenyumlah sayang hidup ini begitu indah " -Tersenyumlah (ost Love Is Cinta) -Andhika Pratama
p/s: saya selalu berangan satu hari nanti ada orang yang akan nyanyikan lagu nie untuk saya bila saya sedang sedih dan buat saya tersenyum semula .... (berangan lebih...huhuhuhu..jiwang!)
4 comments:
Aku adalah manusia yang susah senyum. Haha. Aku akan senyum tanpa aku sedar.. hurm hurm hurm.
But then, terima kasih untuk nasihat ini. :)
teringatpulak lagu senyumlah by datok m daud kilau.. hehehe
nice entry :D btw SM done follow sini, jemput singgah ke blog kalau sudi :)
http://santanmanis.blogspot.com/2013/11/mata-heliza-helmi-memang-betul-betul.html
I jenis kurang senyum, sebab tak hensem bila senyum. Kontrol macho. Har har...
Post a Comment