Translate

Sunday, August 18, 2013

Puisi: Rakus Dengan Kuasa



Antara kuasa dan tanggungjawab...
Aku rasa ramai orang yang pilih kuasa...
Apabila kuasa sudah ada, tanggungjawabnya entah kemana...
Adakala apabila sudah diberi kuasa amanah itu terbiar kaku begitu sahaja..
Janji bertabur manis kini sudah tiada manisnya...
Kuasa kadangkala membuat manusia menjadi angkuh dan alpa...
Kuasa yang dimegah kadangkala membutakan mata hati...
Kuasa dan harta kadangkala membuatkan manusia lupa pada Tuhan yang lebih berkuasa...
Adakalanya kuasa yang dia ada bukan dipegang dengan amanah...
Tapi ia longgar dengan ikatan janji yang kian bernanah...
Kuasa yang ada hanyalah untuk bermegah...
Apabila sudah tidak lagi punya kuasa diri sudah mula terasa terhina...
Lalu nywa-nyawa insan yang buang dia dari kuasa mahu dibunuh sahaja...
Dipandangnya insan itu tanpa ada harga...
Dibunuhnya insan-insan itu bagai haiwan yang tiada rasa belas kasihan...
Akal yang dia punya barangkali sudah mati...
Hati yang dia ada barangkali sudah tidak bernafas lagi...
Sebab itulah dia sanggup membunuh demi kuasa...
Demi merebut kembali kuasa dan dia rela lakukan apa sahaja...
Dia seronok memandang ribuan tubuh manusia mati bergelimpangan..
Dia gembira bila semakin ramai "musuh" yang terkorban...
Dia bangga apabila mendapat kuasa itu kembali...
Walaupun kuasa itu dirampas dengan usaha yang paling keji sekali..
Tapi dia sudah tidak peduli lagi..
Pada dia apalah erti hidupnya tanpa kuasa, nama pengaruh dan harta benda...
Tapi aku rasa mungkin dia lupa akan satu perkara...
Satu hari nanti dia juga kan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya..
Satu hari nanti dia juga akan terbaring kaku di dalam keranda..
Satu hari nanti semua tanggungjawabnya yang tidak ditunai dengan amanah akan disoal..
Satu hari nanti ketamakan dirinya akan memakan diri...
Pada hari itu menangislah dia meminta tolong...
Pada hari itu tercampaklah dia sendiri...
Kerana hari itu dia sudah tidak punya kuasa yang dimegah lagi...
Pada hari itu barulah dia mahu menyesali akan perbuatannya yang lalu...
Tiada apa yang lebih berkuasa melainkan Tuhan Yang Maha Esa...


P/s: Puisi ini adalah ilham sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com)  Sebrang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Hak Cipta Terpelihara.

Kredit gambar: google image

Nota: Marilah kita mendoakan yang terbaik buat saudara kita yang berada di Mesir...Semoga konflik yang sedang berlaku di negara itu segera bernoktah. Semoga segala kekejaman itu berakhir dan semoga keadaan di sana akan kembali pulih seperti sedia kala hendaknya..

2 comments:

reenapple said...

Manusia selalu tamak dan angkuh. Dah dinyatakan dalam Kitab DIA.

Sya_Merpati Putih 88 said...

reenapple :yup, sebba tak pernah puas dengan apa yang dia ada...dia fikir boleh dimiliki semuanya sampai bila-bila...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...