Translate

Monday, January 16, 2012

Perlu Rebut Peluang Dalam Segenap Ruang...



Hidup nie tak lah lama...
Kita muda hanya sekali...
Kita jadi bayi hanya sekali,
Kemudian kita membesar menjadi kanak-kanak
Seterusnya menjadi remaja dan dewasa...
Seterusnya kita kan melalui fasa usia emas...
Setiap yang hidup pasti akan mati..
Cepat atau lambat kita sendiri pun tak pasti...
Adakah kita yakin sangat yang kita akan sempat merasa usia hidup sampai tua..?
Kalau begitu kenapa kita seolah-olah lalai dan leka dalam nikmat hidup yang sementara...?
Nak tuggu tua baru berubah..???
Kamu yakin yang bila tua nanti kamu sentiasa sihat sahaja ya...?
Kalau begitu kenapa tak mahu berubah ke arah kebaikan dari sekarang...?
Waktu muda dan badan masih sihat bertenaga lah patutnya di gunakan kearah kebaikan..
Hidup nie hanya pinjaman..
Hidup nie macam jambatan sahaja..
Ya, jambatan menuju ke satu alam yang pasti semua orang akan tempuhi..
Alam apakah itu...?
Alam akhirat yang pasti!


  Dalam kesibukan kita mencari rezeki, janganlah di lupa pada nikmat yang di beri. Oleh itu jangalah kita tinggalkan suruhan yang hakiki. Janganlah kita tinggal tikar sejadah itu. Kelak nanti apabila kita mati kita juga yang rugi. Buat apa kumpul harta berbukit bergunung tinggi, kalau tiada sekelumit sebesar zarah pun tiada hati kita mahu mencintai Ilahi. Jika begitu harta kita pasti tiada berkat nya nanti. Pasti ada sahaja sengketa di sana sini, pasti ada sahaja yang tak menyenang kan hati. Kaya raya tapi dunia terasa sepi..? Kemudian kamu tanya kenapa lagi..? Lupakah kamu, itu semua kerana kamu telah melupan "Dia" iaitu Allah Tuhan mu. yang satu, tiada dua atau tiada tiga...


   Kita kadang kala terleka yang hidup nie hanya pinjaman yang sementara. Sebab itulah ada sahaja orang yangsanggup buat apa sahaja demi mendapat sesuap nasi tanpa mempedulikan status halal haram duit yang berada di tangan.  Kerana itulah semakin berleluasa pecah amanah, rasuah , kecurian dan romapakan di sana sini. Jual segala yang boleh di jual tanpa kira ia menyalahi undang-undang atau tidak. Hingga ada pula yang sanggup menjual harga diri, konon terpaksa mahu mencari rezeki katanya. Tapi bukankah dunia ini  maha luas? Sudah tidak adakah lagi usaha untuk mencari rezeki hingga kau wahai manusia sanggup pula terima rasuah, pecah amanah, menipu orang untuk dapatkan duit, jual benda haram untuk dapatkan duit,jual harga diri untuk daatkan duit..?


  Kata kamu, kalau nak jadi berjaya haruslah berani merebut segala peluang yang ada..Ya itu memang benar saya setuju.Tapi peluang yang bagaimana..?Yang itu haruslah di kaji dan difikirkan dahulu, seblum kamu merebut peluang itu. Fikirkan adakah ianya menyalahi undang-undang agama dan negara..? fikirkan status hala haramnya. Jangan semuanya kamu belasah, dan kata semuanya ok sahaja.

  Seharusnya dalam usia inilah kamu rebut peluang keemasan yang ada dengan kesihatan baik yang kamu punya itu untuk melakukan perkara yang baik dan bermanfaat untuk diri kamu dan juga bermanfaat untuk mereka yang berada di sekitar kamu. Bukannya kamu biarkan peluang itu berlalu bagai angin bayu yang bertiup sayu. Di muda usia ini, gunakan peluang yang ada untuk menambah segenap ilmu, mencari pengalaman seberapa nbanyak yang perlu. Berusaha dan bekerja seberapa banyak yang kamu termampu. Kukuhkan kewangan agar masa tua kamu tidaklah beku. Uruskan kewangan masa muda ini dengan sebaiknya, carilah harta yang halal dengan jalan yang baik-baik. Agar walaupun ia tak lah banyak mana, tapi ianya cukup berkat untuk bekalan dan tinggaln generasi kamu nanti. Jangan masa muda ini kamu enjoy dan berjoli sahaja, beringat-ingatlah selalu.Muda tu memang sekali sahaja, entah tak tahu esok lusa kamu akan mati bagaimana..? Kamu sudah bersedia ke...?

Jadi marilah bersama kita rebut segala peluang yang ada ini untuk kebahagiaan hidup kita di dunia dan juga di akhirat. Gunakalan segala seganap ruang dan masa yang kita punya ini untuk kehidupan yang akan kita lalui di masa-masa depan nati.

Ps:- Saya tergerak hati dan mendapat idea untuk menulis entry ini selepas bemimpi sesuatu pada minggu  lalu. Iaitu tentang kematian. Saya bukanlah manusia yang sempurna dan saya masih belajar untuk memperbaiki segala kekhilafan diri kerdil ini. Saya cuma berharap agar saya dan anda semua yang sedang membaca masih di beri peluang memperbaiki diri kita seblum terlambat, ya sebelum ajal menjemput kita.
Sekian, salam sayang dari saya. Semoga bertemu di lain masa.

~Credit Gambar google image.




12 comments:

Cik Ecah said...

terima kasih sudi berkongsi dan mengingati...huhuhuhu~~~~~~~~~~

Solihin Zubir said...

tdk ada gunanya jika kaya di dunia tp miskin di akhirat..

sebaiknya biarlah kaya di dunia, kaya juga di akhirat.. itu yg terbaik..

Unknown said...

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..^^,

WuMing said...

Kita sentiasa kena nasihat diri sendiri agar tidak leka...

Namee Roslan said...

jangan malas. dan rajin cari peluang:)

محمد رازيق said...

perkongsian yang menarik. imngat mati, ingat dosa kelmarin.. inshaallah.. salam kenal. free2 jmput singgah blog sy jmput bc BURUNG BIRU SI PEMALU :)

Aina said...

akak doakan kita sama-sama istiqamah dalam segala aspek. manusia selalu terngadah bila 'terhantuk' pada sesuatu dan bila dah 'pulih'mereka kembali kepada jalan melalaikan.

Run Away said...

bagus ingat mengingati kan...;d

line said...

<--bace dengan tekun..

Unknown said...

Mati itu pasti. InsyaAllah, dipergunakan masa muda ini dengan baik.

Unknown said...

entri nie memang bagus...mengingatkan buat yg leka dan terlalai...:)

Cetusan Terkini | 6 Sikap Blogger Super !!

Sya_Merpati Putih 88 said...

Cik Ecah :- sama-sama..sy pun sedang dlm proses memperbaiki diri...

Solihin Zubir:- yup, betul tue..sangat setuju dgn encik solihin..=)

tOyO : dlm hidup nie kena sentisa beringat..

WuMing : nasihat menasihati itu sangat perlu..

Namee Roslan : yup, kalau nak berjaya haruslah rajin kan..

محمد رازيق :- terima kasih, ianya peringatan utk diri saya juga...terima kasih sudi berkunjung ke blog sy, sy dah pergi zaiarah blog awk juga...slm persahabatan..=)

Aina :-itulah yg sebaiknya, perlu sentiaa istiqamah dan muhasabah diri..sy ppun masih proses memperbaiki diri..

Run Away:- yup, itu sangat perlu...

line :- terima kasih sudi membaca...

Awan Biru : yup, masa muda nie harus di gunakan sebaiknya..


Kazen :- terima kasih sudi singgah dan baca...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...