Translate

Thursday, February 17, 2011

Hentikan Penderaan Terhadap Kanak-Kanak...Sayangilah Mereka..

Wajarkah seseorang yang telah dewasa dan mempunyai akal fikiran yang sempurna mendera kanak-kanak kecil yang belum mengerti..?
Di manakah letak nya belas kasihan dan pertimbangan akal fikiran mereka sehingga sanggup mendera..?
Tidak adakah sekelumit kasih dan sayang di hati mereka...?
Tidak sedarkah mereka akan kesan yang bakal di lalui oleh kanak-kanak yang menjadi mangsa dera..?

Kesannya adalh mereka akan mengalami TRAUMA SEUMUR HIDUP dan akan mempengaruhi gaya  kehidupan dan pemikiran mereka apabila mereka dewasa kelak.


          Pada pendapat saya, Tidak sepatutnya mereka di dera..Kerana mereka masih kecil..
Kalau pun mahu mendidik, lebih baik memberi nasihat secara berhikmah..iaitu menegur kesilapan mereka dengan bersopan dan bukan lah di hadapan orang lain serta janganlah anda mengeluarkan kata-kata kesat / mencarut /kata-kata yang kurang sopan.Kerana jika anda berbuat demikian mereka akan kurang keyakinan diri apabila dewasa. Mereka mungkin akan menjadi individu yang pasif dan sukar untuk bergaul. Selain itu, mereka juga mungkin akan mencontohi gaya berbahasa secara salah ini apabila mereka dewasa. Iaitu merea akan menjadi individu yang suka bercakap dengan kata-kata kesat tanpa memikirkan perasaan orang lain.


-Penderaan Mental-
=Dera dari segi kata-kata=



            Mereka juga tidak wajar di pukul hingga sampai ke tahap dera.  Sekiranya ingin mendidik mereka, adalah lebih wajar di nasihati secara berhikmah terlebih dahulu selepas itu barulah boleh didik secara fizikal (sekiranya mereka masih tidak mendengar nasihat). Tetapi janganlah sampai mendatangkan kecederaan atau kemudaratan. Serta janganlah sampai meninggalkan  kesan-kesan di tubuh badan mereka.
            Kesan daripada penderaan fizikal, ianya akan mendatangkan kemudaratan pada kesihatan  tubuh badan mereka serta mungkin juga boleh menyebabkan kematian. Seharusnya mereka ini dilindungi.
           Walaupun mereka melakukan kesilapan, tidak seharusnya mereka di dera. Kerana mereka masih kecil dan belum mengerti apa-apa.Janganlah sesekali anda menjadikan mereka sebagai mangsa untuk melepaskan rasa marah  dan tekanan yang anda alami di tempat kerja mahupun bersama pasangan anda ataupun beban kewangan anda.
-Penderaan Fizikal-
=Dera dari segi tindakan fizikal iaitu memukul=


      Selain itu, Kanak-kanak juga berdepan dengan penderaan dari segi seksualiti iaitu kes-kes seperti gangguan seksual, rogol dan liwat. Kanak-kanak mudah di pengaruhi kerana mereka tidak mengerti lagi tentang hal ini. Kanak-kanak juga mempunyai tenaga yang sedikit berbanding dengan orang dewasa menjadikan mereka tidka berdaya untuk menyerang atau melawan semula apabila menjadi mangsa. Jadi wujudlah orang-orang dewasa yang mengambil kesempatan dan peluang itu. Selain itu, kanak-kanak juga sangat takut apabila di ugut atau di ancam, itulah menyebabkan mengapa mereka mendiamkan diri. Selain itu, mereka juga mungkin tidak mengetahui hak mereka.
       Kesannya, mereka akan menjadi kurang keyakinan diri, sukar mempercayai individu lain,murung, menyepikan dan meminggirkan diri. Mereka juga mungkin akan menjadi individu pendendam pada lawan jenis mereka sepanjang hayat mereka. Mereka juga berkemungkinan menjadi seseorang yang terlibat dalam gejala-gejala sosial yang negatif.

  Kejam bukan..? Mereka yang tidak berdosa di ragut kesuciannya ketika kecil dan terpaksa pula menanggung penderitaan sepanjang hayat...Seharusnya mereka dilindungi....

-Penderaan seksual-
=Dera dari segi gangguan seksual, rogol dan liwat=

Akhir kata dari saya, Sayangilah dan kasihi lah kanak-kanak dan lindungilah mereka. Jangan sesekali anda melakukan apa jua bentuk penderaan ke atas mereka.

P.S:- Ini hanyalah 100% pendapat saya (penulis blog merpatiputih88.blogspot.com) terhadap isu penderaan kana-kanak.Credit gambar google image

Note: gambar-gambar ini saya perolehi dari google image.

Wednesday, February 16, 2011

Puisi:-Kamu Curang (Versi Gadis)



Mengapa kau sanggup menduakan aku..?
Mengapa kamu sanggup tinggalkan aku demi dia..?
Apakah salah ku pada diri mu...?
Ya..Aku sedar aku siapa...
Aku punya banyak kekurangan di mata mu...
Terkadang aku sibuk hingga tidak punya waktu untuk bersama mu..
Ya..mungin kau bosan dan jemu menunggu ku..
Tapi aku lakukan ini semua demi kebaikan kita bersama di masa akan datang..
Aku lakukannya demi kau..
Ya..Demi memenuhi segala keinginan dan kemahuan kau..
Tidakkah kau mengerti tentang itu..?
Kini aku sedar, Aku telah buta..
Ya..Buta untuk menilai cintamu yang ternyata palsu...
Kau yang ku sangka intan rupanya hanyalah kaca...
Kau adalah kaca itu yang merobek hati ku..
Hati ku kini calar..
Pabila aku melihat kau pergi bersama si dia yang ku kenali..
Hatiku Luka..Pedih sekali...
Tidak dapat ku gambarkan apa yang sedang bersarang di lubuk hati ku ini..
Oh..kejamnya engkau mengahancurkan impian ku...
Pasti selepas ini sukar untukku mempercayai kaum mu..
Akan aku pastikan bahawa aku tidak akan embali pada mu lagi..


Nota:- Puisi ini adalah ciptaan sepenuhnya penulis blog ini, sebarang penerbitan semula tanpa kebenaran daripada penulis blog ini adalah di larang sama sekali. Hak Cipta Terpelihara.


Ps:- Puisi ini adalah kesinambungan dari Puisi:-Kamu Curang (Versi Jejaka) dan ianya juga merupakan puisi yang terdapat dalam cerpen ciptaan saya...







Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Marilah bersama-sama kita hayati dan mengharagi segala jasa dan pengorbanan Junjungan Mulia Nabi Muhammmad S.A.W. 


Oleh itu perbanyakkan lah selawat keatas Baginda S.A.W dan amalkan lah segala apa yang telah ditinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan As Sunnah dalam kehidupan seharian kita.


Sesungguhnya segala jasa dan pengorbanan Baginda S.A.W tidak akan dapat dibalas oleh kita semua..


Nabi Muhammad S.A.W sangat menyayangi kita umatnya, hinggalah pada saat Baginda S.A.W menghembuskan nafas terakhir pun Baginda S.A.W masih mengigati umatnya. 


Satu pertanyaan buat kita semua, adakah kita selama ini menghayati dan sentiasa mengigati segala jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W serta mengamalkan segala yang telah ditinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan As Sunnah dalam kehidupan kita sehari-hari? 


Marilah bersama-sama kita bermuhasabah diri dan menghayati segala jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W..Segala akhlak Baginda S.A.W adalah sanagat wajar di contohi dan di teladani oleh kita..Malah bagi saya, Baginda S.A.W  lah yang seharusnya menjadi idola bagi kita semua umatnya..




  Saya tinggalkan Nasyid ini dan marilah kita dengarkan dan hayati bersama-sama ya..


Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...