Translate

Saturday, April 6, 2013

Saya Dah Besar, Saya Dah Boleh Mengundi...!!!


Hamboiii tajuk...kemain  excited nak pergi mengundi...hehehehhe..:)
Haiiiiii!!! Apa khabar??
Harap awak semua sihat...:)

Seperti yang awak semua tahu, Parlimen negara kita (Malaysia) telah pun dibubarkan..
Itu bermaksud tak lama ajer lagi kita semua yang dah besar nie (ecewah...) akan menunaikan tanggungjawab kita untuk keluar beramai-ramai ke tempat mengundi masing-masing...Ambil sekeping kertas undi kemudian pangkah (X) calon yang kita rasa memang layak untuk menjadi pemimpin kita dikawasan / daerah / negeri / negara...Setiap dari kita punya hak kebebasan bersuara untuk memilih calon pemimpin kita sendiri apabila usia kita mencapai umur 21 tahun...Tiada siapa pun yang boleh menafikan hak kita untuk mengundi. Apabila tiba musim pilhanraya ini, bersama-sama lah kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk keluar beramai-ramai dan mengundi calon pemimpin kita...

     Pemimpin yang layak mendapat undi adalah pemimpin yang boleh memimpin kita semua ke arah kemakmuran, kesejahteraan negara dari segi pembangunan ekonomi, kewangan dan kemajuan / permodenan negara dan satu lagi aspek yang lebih utama ialah dari segi pembangunan nilai rohani / agama..Iaitu nilai-nilai moral / etika hidup kearah yang lebih positif...Pemimpin itu nanti haruslah pemimpin yang boleh memahami kehendak / keperluan rakyat dan amat memahami akan permasaalahan yang sedang dihadapi oleh rakyatnya...Dia yang bakal di undi itu nanti haruslah boleh  menjadi "wakil suara" kita semua di dewan negeri mahupun dewan negara...Dia juga haruslah menjaga etika sebagai pemimpin, menjalankan tanggungjawabnya dengan adil dan beramanah...Dalam menjaga amanah yang telah diberi oleh rakyat, dia haruslah sentiasa mencerminkan nilai positif yang boleh menjadi contoh tauladan yang baik oleh semua...Haruslah menggunakan kuasa dengan betul, tidak pecah amanah dan tidak pula terjebak dengan rasuah atau mana-mana nilai etika diri yang negatif..


    Dalam musim bahang menjelang hari raya,(puasa pun belum dah sebuk nak raya..???aduhai...) opsss tersilap! Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), saya berharap sangat kita-kita yang dah besar nie ( yup..dah besar sebab dah capai umur dewasa 21 tahun  dan sebab tu dah boleh mengundi..) kenalah beri contoh tauladan yang baik buat adik-adik / anak-anak kita yang masih kecil ( yang belum layak lagi untuk mengundi). Dalam sibuk berkempen sana sini janganlah sampai kita nie anggup nak bermasam muka , bergaduh , bertumbuk, bertikam -tikam lidah, bertikam-tikam parang / pisau...Jangan hanya kerana kita berbeza ideologi politik, berbeza pemikiran / sokongan terhadap parti politik tertentu menyebabkan kita sanggup bergaduh adik beradik, sesama saudara mahupun sesama rakan atau jiran tetangga...


   Awak, berbeza pendapat dikalangan manusia seperti kita itu adalah sesuatu yang normal. Usahlah awak nak pertikaikan kenapa dan  mengapa rakan atau saudara atau jiran atau adik beradik awak tidak sependapat dengan awak.. Setiap dari kita punya cara berfikir yang berbeza, pendapat yang berbeza, kecenderungan minat yang berbeza.. Jadi sebagai manusia yang sudah dewasa haruslah belajar menghormati orang lain dengan cuba untuk menerima pendapat / cara pemikiran orang lain yang tidak sealiran / sependapat dengan kita...Hormatilah pendapat  / minat orang lain. Janganlah kerana seseorang itu tidak sependapat / sealiran dengan cara pemkiran kita terhadap parti politik tertentu hingga menyebabkan kita sanggup pula memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh mengaibkan dirinya dan diri kita sendiri..Usahlah kerana berbeza parti politik kita sanggup mengata seseorang itu bodoh kerana menyokong parti itu..Awak, tidak ada manusia yang lahir di dunia ini sebagai manusia bodoh..! Kita semua punya akal, ya kita dilahirkan dengan akal fikiran..Jadi gunakanlah akal fikiran sebelum berkata-kata..


    Awak, cubalah fahami maksud disebalik kenapa umur layak mengundi adalah 21 tahun...Kerana pada usia ini kita semua dirasakan telah matang dan dewasa dalam bertindak dan berfikir...Jadi sebagai seorang yang dewasa hendaklah kita sentiasa menjaga etika diri kita setiap kali kita berkata-kata , menulis di laman-laman sosial ataupun tingkah laku kita..Hendaklah kita sentiasa menjaga adab dan tatasusila kita..Usahlah kita cerminkan perangai kebudak-budakkan dengan begaduh-gaduh / bertikam lidah / memaki hamun  pasal politik..Itu semua langsung tidak mencerminkan nilai seorang manusia yang telah dewasa dan matang akal fikirannnya..

   Awak, dalam usaha untuk berkempen  / berpolitik hormatilah juga pendapat orang lain...Jika ibu dan ayah awak penyokong kuat  "parti a" dan awak pula adalah penyokong kuat "parti b" adakah patut awak sebagai anak bergaduh dengan ibu bapa sendiri kerana berbeza politik..? Undi kita adalah rahsia..Jagalah hati insan-insan yang berada disekelilng kita..Usah kerana politik kita sanggup menyakiti hati insan lain...

   Awak, ketahuilah membazir sahaja jika awak sentiasa berkata-kata pasal politik disana sini tapi pada menjelang hari pilihan raya awak langsung tidak mengundi...Sekeping kertas undi awak nanti sangat berharga buat masa depan negara kita ini...


Akhir kata dari saya, selamat mengundi buat awak -awak semua yang sudah besar dan sudah boleh mengundi..


UPDATE:

05.05.2013 (AHAD) : Tarikh penting PRU13!
                                Jom keluar mengundi... (^__^)
                                Jom balik undi..(^___^)


Kita melihat perkara yang sama..
Tapi cara kita memahami dan menilai apa yang kita lihat berbeza..
Kita sesama manusia perlu akui yang kita sentiasa berbeza pendapat, berbeza minat & berbeza cara bertindak / berfikir..
Jadi apabila tiba musim pilhanraya...
Pilihan kamu dan dia mungkin juga berbeza...
Tapi usahlah kerana perbezaan itu timbul sengketa pula..
Usahlah kerana berbeza pilihan semasa memilih terus kamu mahu bermasam muka,
Usahlah diputuskan silaturahim sekian lama yang terbina hanya kerana perbezaan parti yang kita pilih..
Bertindak secara orang dewasa,
Jaga tutur kata kita & Jaga tindakan kita,
Jangan memaki hamun, 
Jangan menyakiti hanya kerana kamu & dia berbeza.. #PRU13 #5.5.2013





P/s: Entry ini adalah sepenuhnya luahan pendapat dari saya selaku  pemilik blog ini
( http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang kesilapan mahupun terkurang / terkasar bahasa harap dimaafkan..ikhlas dari saya seorang yang bakal pengundi yang kali pertama mahu pergi mengundi..!
Ya, menjelang penghujung bulan julai nanti umur saya genap 25 tahun....tapi ini adalah kali pertama saya kaan mengundi, kerana pada Pilihan Raya Umum ke 12 pada tahu 2008 saya baru berusia 20 tahun dan belum cukup umur . belum layak untuk mengundi...

11 comments:

Aina said...

Kalau awak dah besar, akak pulak dah tua! Hehehe...mengundi kali ke3 tau! :)

Muhammad Naim Abdullah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ZAIDAHTUL AKMAL said...

Zai pun 1st time nak g mengundi tahun ne tau :-)

Unknown said...

untungla, lagi 2 thun baru leh mengundi
KimJongUn Mangsa Photoshop
Di China, Teknik Mengemis Terbaru
Orang yang Mungkin Di Banned Drive-Thru

syiela said...

kamu cukup umo akak ni dah tua :)

jom tunaikan tanggungjawab kita bersama

Selipar Putus said...

saya dah cukup umo untuk mengundi.. tak sabarnye nak mengundi for the 1st time.. hehe.

jangan tersalah pilih.. :')
selamat mengundi akak..

FR said...

selamat mengundi! saya belum cukup umur lagi hewhewhew

Bunda_nora said...

undi tu rahsia..

reenapple said...

Errrr... aku belum daftar mengundi lagi. Makanya aku masih kanak-kanak la gitu? Ekekekekeke

Sya_Merpati Putih 88 said...

Aina &syiela : hehehe..janganlah cakap mcm tu kak, umur hanyalah angaka kak..ehehhe..awet uda gtu..jom sama2 mengundi


muhammad naim Abdullah: undilah apa yg kamu rasakan kamu patut undi, sy hormati pendirian kamu..:)
undi sy..?? rahsia...ehehehe.. ;)

ZYASH : samelah kita..sy pun baru 1st time nie nak gie mengundi..tulah excited terlebih sikit..ekekkeke..:D

Tempat RarePicture & fathiahRAIHANA : owh takpelah tak cukup umur lagi kak...hah nanti bila kamu dah cukup umur, jangan lupa daftar sebagai pengundi pulak tau..rugi tak mengudi, jangan lepaskan peluang yg dah diberi...


Selipar Putus: yup, jgn sampai tersilap pilih, masa depan negara dna masa depan kita jugak..selamat mengundi adik..


BUNDA a.k.a KN : yup rahsiakan undi kita...:)

reenapple : woot2..kalau dah cukup umur kenalah daftar ye..kalau belum cukup takpelah..bukan kanak2 tapi remaja,muda belia gtue...ehehhehe..:)

Maria Menado~ said...

saya 1st time ngundi ni.. hehe~~

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...