Translate

Monday, April 8, 2013

Pengaruh Cerita Dongeng Terhadap Gadis-Gadis...

hai semua yang gadis-gadis comel dan jelita...
Dulu-dulu masa kecik-kecik kamu semua mesti pernah tengok cerita dongeng cinderella, snow white etc kan...???
Lepas dah tengok atau baca kisah yang sweet-sweet gitu terus lah berangan nak jumpe prince charming lah kononya...padahal sekolah pun belum abis lagi...
Bila meningkat remaja suka pulak baca novel yang romantis-romantis,
Kemudian masing-masing sibuk tengok cerita korea takpun latin,  hero mesti nak yang handsome-handsome...Lepastu mula lah berangan kalaulah dapat pakwe romantic, handsome, kaya raya...Mestilah bahagia selamanya gtue...


    Itulah dia pengaruh cerita dongeng-dongeng nie...Bila dah dari kecil asyik disogok dengan cerita yang begitu sweet dan happy ending forever...Jadi bila dah besar (dah dewasa) gadis-gadis begini condong untuk mencari pasangan yang terlalu sempurna (terlalu cerewet dalam memilih pasangan hidup) sama macam dalam movie yang pernah mereka tonton atau buku yang pernah mereka baca...Pada pendapat gadis begini hidup akan sentiasa indah andai ditemani cinta sejati dari jejaka yang kacak, kaya raya, budiman, romantic etc etc...Pada pendapat gadis begini hidupnya akan kosong, kelam dan sunyi sepi tanpa cinta...Jadi itulah yang menyebabkannya menjadi si penagih cinta...Mudah terpedaya dengan cakap-cakap kosong dan janji manis lelaki yang konon romantic padahal buaya darat berhidung belang! Sanggup pula gadis-gadis begini menangung derita mencintai lelaki yang buaya (playboy), kerana dia terlalu percaya akan happy ending macam dalam kisah-kisah dongeng..!


  Ya, mungkin sebab taksub sangat dengan cerita dongeng sampai ada yang pegang perinsip macam gambar diatas nie...Sebab itulah sanggup ikat perut taknak makan. Kononnya ber diet, padahal duit habis sebab sibuk sangat shopping ikut selera sendiri tanpa mengira kemampuan poket sendiri..! Beli pakaian baru adalah normal bagi gadis-gadis, tapi kalau dah sampai tahap beli dan kemudian simpan untuk 10 tahun dan baju / kasut  itu sekadar terbiar di wardrobe kamu...Bukankah itu membazir tahap melampau..? Bila dah obses sangat nak jadik Cinderella, mulalah nak berbelanja barang yang mewah-mewah padahal nak bayar bill-bill, nak makan dan nak tampung kos sara hidup pun belum tentu mampu..Kononnya pakaian mewah-mewah mampu menambat hati jejaka yang romantic, kaya raya, sempurna habis etc etc...Lepas tu, bila dah dapat pakwe kaya raya boleh lah si pakwe belikan pulak barang-barang branded...Jadilah si gadis itu tadi si pisau cukur...Yang tak lain kerjanya hanya tahu nak kikis duit lelaki...Kata dia pada pakwenya : "Kalau benar you sayang kan I, You kena lah tolong  beli apa yang I nak..You kenalah tunaikan impian I...Bagi I kemewahan,bagi I bunga tiap-tiap hari, Bagi I hadiah yang mahal-mahal beli tiba harijadi..."  ( =__=)""

   Apabila mahu melangsungkan perkahwinan, gadis-gadis yang sudah terpengaruh dengan kisah dongeg cenderung untuk membuat majlis besar-besaran...Majlis perkahwinan haruslah meriah katanya, gempak barulah ada kelass gitue...Hantaran haruslah mahal, barang-barang dalam dulang hantaran haruslah yang branded-branded..Semuanya demi mencapai impian dari kecil, kononya mahu jadi Cinderella,si  princess yang jelita.. 



  Gadis-gadis yang comel lagi cantik jelita sekalian, Sedarlah awak yang cinta sejati itu memang wujud...
Tapi ia bukanlah berlandaskan kesempurnaan hidup yang terlalu sempurna semata-mata..! Jika seseorang lelaki itu tidak memberi kamu sekuntum bunga sekalipun, itu bukan bermakna dia tidak cintakan kamu. Sedarlah kamu yang walaupun lelaki itu sentiasa beri kamu bunga, coklat, kad tulis yang sweet-romantic, 24/7 sms atau call kamu  itu bukan bererti yang si lelaki itu tidak boleh ber scandal / curang  dengan perempuan lain..! Sedarlah juga yang tidak ada manusia biasa yang terlampau sempurna macam dalam kisah-kisah dongeng yang pernah kamu dengar atau baca. Ya, tiada manusia biasa yang tidak pernah melakukan kesilapan dalam hidupnya dan tidak ada manusia biasa yang tidak punya kelemahan diri...Jadi belajarlah menerima pasanagn kamu seadanya dan usahlah terlalu berharap akan kehadiran lelaki yan terlalu sempurna itu..!


"Cinta sejati itu adalah cinta yang  tidak  memandang kesempurnaan dalam diri pasangannya, tetapi menerima segala baik buruk diri pasangannnya apa adanya.."

"Cinta sejati itu tidak bermaksud kamu dan dia harus sentiasa memberi hadiah mewah atau bunga-bunga mawar segar atau kad-kad cinta semata-mata, tapi cinta sejati itu adalah apabila kamu dan dia saling memahami diri masing-masing, saling bertolak ansur, saling memaafkan apabila berselisih faham, jujur dan ikhlas dalam perhubungan.."

"Cinta sejati itu tidak bermaksud kamu dan dia harus sentiasa berdua kesana kemari, tapi cinta sejati itu adalah apabila kamu jauh kamu tetap saling merindui, dan perasaan sayang dan cinta itu tidak pernah berkurang walaupun kamu dan dia terpisah oleh jarak  yang jauh. Kamu dan dia juga saling mempercayai dan bukan saling meragui.."


Mungkin akan ada yang berkata pada saya : "Kamu hanya pandai berkata-kata...bukankah wang ringgit itu sangat bernilai di zaman sekarang...? Jadi cinta memang memerlukan wang...!"

Ya, memang tak dapat dinafikan wang sangat bernilai dalam kehidupan...Tapi wang tidak boleh membeli cinta sejati...Kemewahan tanpa cinta yang ikhlas, dan cinta itu adalah berlandaskan kepura-puraan adakah cinta namanya itu..?? Wang boleh dicari dan boleh diusahakan jika kita rajin bekerja dan berusaha (dengan cara yang betul dan halal) untuk mendapatkannya...

Akhir kata: Jadilah gadis yang boleh berdikari dalam urusan kehidupan  / kewangan ataupun membuat keputusan dan usahlah terlalu bergantung harap pada lelaki....Jadilah kamu Cinderella modern yang bijak dan matang dalam membuat keputusan tanpa terlalu bergantung harap akan kehadiran seorang lelaki penyelamat masa depan hidup kamu...!


P/s: Entry yang tidak seberapa nya ini adalah sekadar luahan penda-at dari saya selaku penulis dan pemilik blog ini...Mendapat ilham menulis entry ini sesudah saya menonton movie korea yang sweet ...kredit gambat google image

12 comments:

Unknown said...

jadilah gadis yang kuat.. tapi jgan menjadikan movie2 sahaja sebagai inspirasi, jadikan juga kisah2 isteri nabi sebagai inspirasi kepada kita

Hana Soffelia said...

Tengok then sekadar berkhayal blh la. Nak jumpa betul2 mr.right mcm dalam cerita dogeng tu,, alahaiii bila lah nak kahwin. ekekeke

Unknown said...

bukan semua mcm tu
Wanita Tinggi/Rasaksa Di Seluruh Dunia
WOW Awek Dari Gemuk Ke Kurus
KimJongUn Mangsa Photoshop

reenapple said...

Setuju! Aku dulu, masa zaman tak matang pun, fikir cenggitu . ekekeke. Tapi sekarang ni aku rasa cinta sejati yang harus aku cari adalah cinta dariNYA. =) Dan aku pun dah tak berminat dengan hal-hal nak cari pasangan hidup. Aku biarkan masa sahaja yang tentukan. =)

Honey said...

betol pulak ape yang awak cakap ni

Aina said...

Berangan tak salah tapi harus sedar mana satu fantasi dan realiti. Anganan yang mencetuskan fantasi dan obsesi keterlaluan akan mjebakkan kita ke dunia kehancuran tanpa disedari... paling penting jangan kita salah memilih 'idol' dalam hidup ini

sobri yaacob said...

setuju sngt.. klau boleh bzkan hiburan dgn realiti...mcm crita cnderala... contoh yg bleh nampak..kes buli bdak skolah..klu prsan ayat dorg masa nak gduh tiru crita juvana..like aku lan tolak...somthing like tht..kdng2 hbran kat mlysia ni pun kna kwal gak.. sbab sng sngat nak trikut :)
kna ada pgangan diri kuat :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

Muhammad Saiazuan Norhalik : sy setuju dan sependapat dengan kamu zuan.. btw, thanks kerana sudi mengingatkan..:)

Hana Soffelia : ehehhe..sy pun mmg suka berangan2 jugak..ehehe...sebab itulah jadik atikel nie..yup, mana ada org yg terlampau sempurna sangat bdlm dunia nie..kenalah terima pasangan kita seadanya...:)

Tempat RarePicture : yup, stuju..


reenapple : hehehehe..nampaknya situasi kita serupa lah reen..boleh geng..:)

Honeylizious Rohani Syawaliah : ini berdasarkan pengalaman sendiri, btw thanks sebab sudi baca blog sy yg picisan ini..

saifudin abu izzudin : wah..sy stuju dgn pendapat kamu..thanks atas nasihatnya..terima kasih sudi comment kat blog sy..:)

Aina : yup, betul tu..biasanya fantasy dengan realiti nie bebrbeza...harus belajar terima hakikat hidup tak selalunya indah seperti mana yg kita impikan...

sobri yaacob: yup..cerita2 yg dibaca dna movie nie kadang2 boleh buat budak2 kecik dna remaja terpengaruh...patutnya perlukan pemantauan dari org dewasa...


Mr. Doctor said...

Kalau asyik nak cari prince charming yang perfect tu alamat membujang la kami ni.. Try laki plak cari yang seperfect cinderella.. Amacam? Haha

Namee Roslan said...

namee selalu berangan gak kecik2 dulu. hihi. siap berangan boleh terbang tinggal kat kayangan. haha.

Maria Menado~ said...

fairy tale... suke tgk cite mcm tu.. haha.... verangan~

sobri yaacob said...

setuju snagt :)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...