Translate

Monday, March 19, 2012

Surat Untuk Pembaca

Assalamualaikum, Hai semua....Apa khabar?


  Rasanya tak pernah sekalipun saya menulis surat untuk kamu yang sudi membaca tulisan dan contengan ku di teratak merpati yang usang ini kan. Jadi di kesempatan ini saya ingin coretkan beberapa perkara melalui warkah saya ini.

   Hurm...rasanya sejak masuk tahun 2012 nie entry dekat blog nie macam dah semakin berkurang. Kalau kamu tanya saya kenapa? Pasti jawapan klise yang saya akan bagi ialah sibuk dengan urusan harian. Tapi hakikatnya memang begitu,agak sibuk dan bila balik rumah pun dah penat apatah lagi nak menaip entry panjang-panjang pun rasanya macam malas walaupun idea tue sentiasa ada. Cumanya masa seolah-olah cemburu. Tapi tak mengapa, Saya janji mugkin  lepas nie saya akan aktif blogging macam tahun lepas. Jika masa suntuk mungkin saya akan buat entry yang auto publish ajer..Berkenaan blogwalking, saya tak boleh nak terlalu beri harapan dan berjanji yang saya nakan pergi ke blog kamu-kamu dan kamu setiap hari. Tapi jika saya "sign-in" blogger.com nie saya akan cuba untuk berkunjung sedaya yang mungkin juga mengikut masa yang saya punya. 

  Untuk pengetahuan kamu, selain dari suka menulis saya juga suka membaca. Jadi sebab itu saya suka baca tulisan-tulisan orang lain juga di blog milik mereka. Bagi diri saya sendiri pula, menulis blog nie hanyalah hobi saya di masa lapang, kerana dengan menulis saya dapat berkongsi pendapat berkenaan pelbagai perkara dengan orang yang sudi membacanya. Mungkin ada yang tertanya "kenapa entry di blog ini biasanya di "update" pada malam hari atau diawal pagi / dinihari?". Ianya adalah kerana dari jam 8.30 pagi-5.30 petang setiap isnin hingga jumaat adalah waktu kerja saya. Maka saya hanya akan update blog di luar waktu kerja , iaitu selepas saya pulang ke rumah atau seblum saya bertolak ke tempat kerja. Ya, saya hanya akan update entry  apabila saya berada di rumah. Itulah sebabnya mengapa blog ini tidak dapat mengeluarkan entry yang banyak-banyak dalam satu hari seperti blog-blog lain. (Jeles tengok orang yang boleh update 10 entry sehari! huhuhu...)

   Pendapat saya tentang penulisan blog, setiap orang ada cara penulisan mereka yang tersendiri untuk diterjemahkan dalam blog milik mereka, mengikut konsep dan citarasa yang mereka kehendaki. Setiap penulis itu juga ada kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri. Mungkin gaya penulisan saya juga kurrang diminati atau mungkin juga mebuatkan kamu berasa bosan untuk mebacanya. Apa  yang saya boleh katakan ialah, saya kan cuba memperbaiki gaya penulisan dari semasa ke semasa. Makanya jika ada terkurang atau tersilap di mana-mana saya harap kamu sudilah menegurnya. Penulisan itu juga mencerminkan identiti si penulisnya dan ketahuailah oleh kamu yang saya tak boleh jadi orang lain + saya hanyalah manusia biasa yang takkan sempurna. Jadi saya mohon ampun dan maaf jika sepanjang saya menulis di sini ada membuat kamu terasa hati atau etrsinggung atau sebagainya.



Akhir kata dari saya, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya, terima kasih kerana sudi mebaca tulisan-tulisan yang saya catitikan di blog usang ini. Terima kasih yang tak terhingga. Terima kasih juga kerana sudi berkongsi pendapat dan terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya disini.

Sekian,
Salam sayang dan selamat malam!
~Senyum-senyum selalu~(^____^)

Yang ikhlas:-
merpatiputih88 

7 comments:

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Terima kasih...zy pun suker sangat singgah kat blog ne, w/pun tak sempat komen kadang2 sebab tenet lem...huhuhu, tapi wajib bukak hari2...ngk ape entry terbaru...huhuhu

senyumSOYA said...

senyum ^^. adei..blog saya tak da byak bg manfaat,..insyaAllah kena perbaiki lgy ni...

macam blog awak ^^

Unknown said...

kepada penulis,

thanks kerana menjadi blogger yang suka sharing dan thanks kerana jadi blogger yang supportive kerana rajin blogwalking ke blog lain :)

zati embong said...

msg2 ada style sndiri..xsemua org pndai menulis O.o

Aina said...

Salam sayang jugak:)

Namee Roslan said...

sama sama !! :) hehe. saya setia membaca smpai bila2.. :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

ZYASH: terima kasih zy sebab selalu singgahn , baca entry2 dan sudi tinggalkan komen...

senyumSOYA: blog sy nie pun tulisan biasa2 jer awk..kadang ade jugak entry yg blur2..huhu..sy uska baca blog awk best..btw, stiap org ade identiti dan cara penulisan sndiri kn..its ok..(^__^)

Muhammad Saiazuan Norhalik:- most welcome...erm..tujuan asal buat blog nie pun mmg nk berkongsi pendapat..sy mmg suka singgah blog2 lain sbb sy mmg suka membaca...ehehhe...thanks jugak dkta zuan sbb slalu singgah blog sy dan suid baca entry serta tinggalkn komen...(^___^)

zati embong :yup, steipa penulsi perlu ada identiti masing2 kn..terima kasih slalu singgah sini..=)


Aina:- salam sayang & terima kasih ye kak aina..

Namee Roslan : thanks ye namee...terharu sy rasanya...sy pun akan sentaisa bce blog awk jugak..btw, sgt suak dgn cara awk menulis..=)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...