Translate

Thursday, September 9, 2010

MY HIJAAB MY PRIDE




Assalammualaikum w.b.t,
          Saya ingin bercerita disini mengenai pengalaman saya bertudung. Saya mula memakai tudung pada usia 15 tahun..Agak lewat? Ya memang saya akui agak lewat saya mula menutup aurat sepenuhnya..Sebelum itu saya hanya memakai tudung untuk ke sekolah, belajar mengaji, kenduri-kendara, menziarah orang sakit mahupun kematian sahaja. Pada umur saya 15 tahun, iaitu ketika itu saya telah terpilih untuk masuk kelas pertama di sekolah saya berdasarkan result peperiksaan saya ketika tingkatan satu dan tingkatan dua. Mulanya saya seperti tidak percaya saya telah terpilih untuk masuk kelas tersebut yang bloeh di anggap Islamic iaitu kelas 3KAA(kelas aliran agama).
             Saya pun rasa pelik dan tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan dapat saya masuk ke kelas yang sebegini Islamic sebab saya bukan lah sebegitu perfect. Saya rasa sangat rendah diri pada mulanya. Ya memang saya mengikut suruhan Islam seperti Solat, Puasa , mengaji Al-Quran dan sebagainya tetapi pada masa itu saya memang belum mengenakan tudung. Jadi saya rasa macam seolah-olah Hipokrit pada diri sendiri, kerana dalam sekolah bertudung kemudian masuk pula kelas aliran agama tapi di luar sekolah tudung pun tak pakai dah.
            Pada satu masa tu, saya bermimpi saya meninggal. Dua kali saya bermimpi begitu, saya jadi takut. Saya bertanya pada Ustazah di sekolah berkenaan maksud di sebalik mimpi tersebut. Kemudian saya pun bercerita yang sebenarnya saya free hair di luar sekolah. Lalu Ustazah tersebut berkata pada saya, Allah sayangkan saya, Sebab itulah di berikan Hidayahnya pada saya walaupun saya masih tak memahaminya dan tak dapat melihat. Pertama saya telah dapat masuk kelas aliran agama kedua melalui mimpi tersebut. Itu adalah antara petanda bahawa Allah telah menurunkan HidayahNya pada saya supaya saya berubah menjadi individu yang lebih baik. Mulai hari itu 3 . 3.2003, saya telah mula memakai tudung sepenuhnya hingga kini.                    
                      Saya berdoa agar di berikan kekuatan dan hidayah oleh Nya pada saya agar saya tidak akan lupa untuk terus memakai hijjab dan menutup aurat. Saya juga berazam untuk berubah sedikit demi sedikt (sedaya yang mampu) untuk menutup aurat dengan lebih sempurna pada masa-masa akan datang dan berubah ke arah yang lebih positif dari segi tingkah laku dan percakapan.

          Saya paparkan islamic video yang saya dapat dari laman web youtube.com bukanlah mahu mendabik dada apatah lagi mahu menunjuk-nunjuk saya seorang yang baik,perfect, solehah, atau mahu membangga dir. Saya lakukan ini semua demi mahu menunjukkan  kebenaran bahawa ISLAM ITU BENAR, ALLAH SWT ADALAH SATU-SATUNYA TUHAN YANG LAYAK DI SEMBAH, TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN TUHAN ( ALLAH SWT ) ITU SEMEMANGNYA WUJUD..TETAPI TIADA PAKSAAN SAMA SEKALI UNTUK MEMELUK ISLAM. ISLAM ADALAH KEDAMAIAN DAN BUKANLAH TERORIST.

         Saya sedih kerana dengan adanya kewujudan laman-laman web dan video / gambar / lagu  mahupun kata-kata (pendapat) yang menghina Islam. berikut adalah salah satu page yang menghina Islam di laman sosial Facebook. Sila klik untuk besarkan size gambar tersebut:-

        
           

No comments:

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...