Translate

Tuesday, January 31, 2012

Manusia Mana Yang Tiada Masaalah..?


  
     Hidup ini memang penuh dengan dugaan  dan pancaroba..Hati dan minda haruslah kuat, agar teguh bertahan walaupun dugaan yang datang itu sangatlah besar dan agak dahsyat...Apa yang perlu ialah ketabahan, kesabaran, kecekalan dan kekebalan dalam menangani segala gelombang-gelombang badai itu..Mana ada manusia yang hidupnya tiada langsung masaalah..? Pasti hidupnya pernah sahaja di timpa dengan pelbagai dugaan dan masaalah..Nak berjaya juga bukanlah sesuatu perkara yang terlampau mudah. Pasti kamu perlu tempuhi segala pahit jerih oank berduri, barulah kejayaan itu rasaya akan jadi lebih manis dari gula batu! Hidup ini memang penuh dengan warna warni. Ada warna gembira, ada warna berduka dan bermacam-macam lagi..Semua itu yang pasti, akan memberi kita satu ilmu baru iatu pengalaman dan pengajaran...Belajarlah dari pengalaman yang kita pernah lalui, dan jangan pernah biarkan ia berlalu dan kesilapan itu di ulangi kembali..


   Dengan adanya segala dugaan itulah yang mebuatkan kita menjadi individu yang kuat, kental dan cekal dalam menghadapi hari-hari depan yang belum pasti.Jangan anggap masaalah itu satu bebanan, tapi anggaplah ia sebagai satu cabran hidup. Iaitu cabaran yang boleh mematangkan kita dan cabaran yang mebuka ruang kejayaan kepada kita. Jangan anggap apabila kita di timpa kesusahan maka hidup kita sudah mati dan tenggelam. Apa yang kita perlu lakukan ialah bangkit kembali dan teruskan perjalanan. Hadapi segala rintangan itu dengan tabah. Serta berusahalah mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan permasaalahan itu. Tiada masaalah yang tidak boleh di selesaikan dan tiada penyakit yang tiada penawarnya kecuali kematian. Oleh itu berusaha lah mncari jalan keluar dari kepompong masaalah itu. Teruskan usaha dan teruslah berdoa tanapa pernah mengenal erti jemu atau putus asa. 



  Jangan kerana secebis masalaah kita sudah bersa goyah dan rapuh. Pasti di luar sana masih ramai lagi individu yang di timpa pelbagai dugaan hidup yang lebih berat dari kita. Belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan pernah berhenti berharap untuk terus berusaha dan berdoa kepada Yang Maha Esa. Jika kamu sedang kecewa luahkanlah ia walaupun harus mengalirkan air mata. Biarlah kamu nampak seolah-olah lemah, tapi sebenarnya jiwa kamu kental dan tabah serta yang paling penting tidak menyimpan dendam di hati. Luahkan sahaja emosi kamu itu, coretkan ia di atas kertas lalu bkarlah ia menjadi debu yang berterbangan. Jangan di pendam sahaja rasa itu beraja sendirian kelak ia merosak jiwa dan badan andai rasa sabar sudah tak dapat bertahan. Mintalah nasihat dan bimbingan dari mereka yang lebih mengerti dan berpengalaman. Agar kelak tidaklak kamu terkapai-kapai keseorangan.



Ps:- Entry ini hanyalah sedikit pandanagn dari penulis blog ini. Kredit gambar google image..

Monday, January 30, 2012

Indahkan Hari Kamu...Senyumlah...!



Kenapa bila hari pertama dalam permulaan minggu seperti hari isnin kamu harus bermuram dan mood pun menurun..? Tak ceria..Kenapa..?  Bukankah harusnya awal permulaan setiap minggu itu kamu ceriakan diri kamu..? Mungkin sedang berduka atau mungkin ketika ini kamu sedang tiada mood..Tapi rasanya tak salah untuk terus berfikiran positif dan pandang ke hadapan dengan hati yang tenang..Bagaimana mahu jadikan minggu ini minggu yang paling ceria dan berjaya jika permulaan hari sahaja sudah berwajah masam mencuka..?

 Apabila sebut sahaja hari isnin pasti akan terdetik di minda "monday blues" atau mood-mood negatif seperti kurang bersemangat, kurang mood, kurang ceria..Semua nya kerana masing-masing perlu lakukan tugasan harian seperti bekerja atau pergi ke kelas untuk belajar..Hey..Bukankah beker atau belajar itu suatau perkara yang menyeronokkan..? Ya seronok, kerana apabila kamu hadir kuliah atau kelas ilmu, maka kamu akan dapat menimba serta menambah ilmu..Ia bukan sahaja penting untuk dapatkan kerja yang bagus di masa depan, tapi ia juga sangat penting untuk kehidupan kamu sehari-harian..Tanpa ilmu, hidup ini pasti gelap gelita tanpa cahaya yang menerangi jalanan kehidupan yang suram..Bekerja juga sesuatu yang seronok, kerana dengan bekerja kamu akan memperoleh wang...Wang itu sangat penting untuk keperluan hari-harian, untuk makan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan lain-lain lagi..Namun perlu di ingat kerja biarlah yang halal dan berkat, jangan kerana wang sanggup pula buat kerja yang melanggar undang-undang agama dan negara..


    Apa jua yang kamu hadapi pada minggu lalu anggaplah ia sebagai pembakar semangat atau penguat semangat untu tersukan kehidupan kamu pada hari ini..Yang baik haruslah di teruskan, yang kurang baik haruslah di perbaiki dan di perbetulkan..Belajar dari kesilapan dan belajar dari pengalaman...Positifakan diri, barulah hari kamu akan ceria..Jadi sebarkanlah element postif ke segenap ruang, cuba hayati segenap inci kehidupan ini sama ada ianya sisi bahagia atau sebaliknya...Terima hakikat hidup dengan hati yang terbuka..Tabahlah dan bersabarlah dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam ke hidupan..Senyumlah selalu walaupun hati kamu sedang berduka..Bertenanglah selalu walaupun diri kamu sedang sengsara...Kuatlah selalu walaupun  di saat kamu di khianati..Sabarlah selalu walaupun hati kamu sedang di sakiti..Tenanglah selalu walaupun diri kamu sedang di caci maki dan di benci..#Senyun# (^__^)


Ps:-Entry hanyalah luahan hati penulis, kredit gambar google image...




Sunday, January 29, 2012

Masih Punya Ibu Bapa..? Bersyukurlah...



   Semua pasti tahu, ibu bapa adalah sangat penting untuk di sayangi dan di hormati. Tapi kadang kala kita sebagai anak adakalanya menguris hati ibu ayah. Tak kiralah sama ada melalui tingkah laku kita atau pun tutur kata. Mungkin kita terlalu sibuk dengan tanggungjawab sebagai pelajar atau pekerja maka adakalanya masa terluang untuk kedua ibu dan ayah semakin kurang.

  Pada masa kini, semuanya terlalu pantas dan dunia hari ini sepertinya lebih ke arah materialistik. Hampir segalanya perlukan duit. Semakin hari semakin sibuk dengan urusan mencari wang. Maka tidak mustahil bagi sesetengah orang untuk meletakkan ibu bapa mereka di pusat jagaan orang tua-tua. Ada yang berkata ianya tidak menjadi satu kesalahan, ini semua kerana kekangan masa untuk menjaga mereka. Katanya lebih baik jika ibu dan ayah di letakkan di pusat jagaan sebegitu, kerana mereka sangat sibuk dengan kerja serta mana mungkin untuk berhenti kerja sema-mata mahu menjaga ibu dan ayah. Namun ada pula yang tidak bersetuju, kerana ibu bapa perlulah dijaga oleh anak-anak mereka, sebagaiman ibu bapa kita dahlu menjaga kita semasa kecil.


      Walaupun siapa ibu bapa kita, apa jua pekerjaan mereka kita sebagi anak sangat perlu untuk menghormati dan menjaga hati mereka. Kerana tanpa mereka kita takkan lahir ke dunia ini. Walau sesibuk mana pun kita dengan tugas-tugasan harian, tak salah jika kita luangkan sedikit masa terluang untuk bersama kedua ibu bapa. Bawalah mereka bersiar-siar atau luangkan masa di rumah bersama-sama. Ibu bapa bukan perlukan duit balasan dari kita tapi mereka perlukan kasih sayang dan perhatian dari kita. Bagi kita yang sudah bekerja, memberi wang dan menyediakan keperlaun haraian ibu bapa adalah tanggungjawab kita sebagai anak. Janganlah hanya kerana kita telah memberi keperluan dari segi material itu, maka kita anggap sudah tidak perlu meluangkan masa bersama mereka. Ibu bapa pasti bersa sedih jika hanya di beri wang bulanan tapi kit a sebagai anak langsung tidak pernah mahu melawat mereka di kampung halamana. Serta lebih sedih lagi jika mereka di biarkan tinggal bersendirian, sakit pening sendiri.


  Lebih menyayat hati lagi jika ibu bapa menghembuskan nafas terakhir tanpa anaknya di sisi. Untuk berasa terkilan pasti sudah tidak berguna lagi. Gunakanalah masa yang kita ada ini untuk meluangkan masa bersama keluarga kita. Bersyukurlah kita kerana kita masih punya ibu dan bapa, malah di pelihara dengan baik dan di besarkan oleh mereka. Pernah tak kita terfikir bagaimana rasanya mereka yang lahir sahaja ke dunia sudah tidak punya ibu dan bapa, serta hidup pula bersendirian tanpa kasih sayang dari mereka...? Oleh itu, kenapa kita mahu memberi alasan itu dan ini untuk meluangkan masa bersam ibu bapa..? Mengapa ada antara kitayang pingggirkan ibu bapa sendirian di rumah orang-orang tua..? Kenapa tidak di syukuri nikmat Tuhan yang memberi kita ruang dan peluang untuk bersama ibu bapa itu di gunakan sebaik-baiknya..? Harusnya dengan kesempatan yang masih ada ini,  hargailah segala jasa dan pengorbanan mereka yang takkan terbalas oleh kita...

Saya akui sebagai seorang anak, saya juga tidak terlepas dari mengguris hati ibu ayah dan melakukan kesilapan dengan tingkah laku saya yang adakalanya degil..Serta adakalanya saya juga sibuk dengan urusan kerjaya..Tapi saya akan berusaha untuk menjaga  mereka sebaik mungkin sedaya yang saya termampu.. Serta berusaha untuk mebuat mereka gembira serta tersenyum...Saya tak dapat bayangkan bagaimana hidup saya nanti jika mak dan ayah sudah tiada...


Mari tonton video ini:-
~Iklan Petronas- Surat Untuk Ayah~

Ps:- Entry ini adalah luahan saya sendiri, Kredit gambar google image, kredit video youtube.



Sunday, January 22, 2012

Adakah Cinta Itu Buta...?




Seringkali kita dengar dan baca di mana-mana ada yang mengatakan cinta itu buta...Pesoalannya benarkah begitu...?

Katanya apabila kamu sudah terpanah oleh sinar cinta itu, maka kamu menjadi rabun dan buta untuk menilai segala baik dan buruknya, kamu sanggup pekak kan telinga bila ada kata-kata ansir luar yang cuba menghasut. Kamu sanggup tegakkan benang yang basah, dan sokong si dia yang kamu cinta 100%..Walaupun kenyataan dah depan mata, tapi kamu tetap mahu bela dia...


  Ada yang berkata, kerana cinta itu buta  maka ramailah orang yang bercinta tanpa mengira batas umur, status , pangkat atau agama... Walaupun berbeza usia berahun-tahun, itu di katanya tidak mengapa...katanya cinta itu tak perlu mengenal usia...Usia itu haya angka, yang penting hati bahagia...

   Kerana cinta itu buta maka ada saja kes kahwin lari, buang emak buang saudara, janji hidup bahagia bersama si dia yang tercinta..Kerana di katanya cinta itu buta hingga ada yang sanggup menyerah harga diri kemudia lahiralah bayi-bayi comel kemudian di letakkan pula di tepi tong sampah sahaja..Si dia yang di sanjung pergi begitu sahaja dan kemudian dia mencari mangsa seterusnya untuk di tipu daya...


   Kerana katanya cinta itu buta, ada yang sanggup bergaduh, bercakaran, tarik-menarik rambut dan bertumbuk bagai ahli gusti.Itu semua kerana mahu berebut "cinta" atau isnan yang di sayangi..Oh ya, itu zaman dulu kala zaman belum ada IT dan apa itu teknologi..Kini lebih dahysat..Bergaduh di facebook  atau Twitter, memaki hamun sesuka hati, tanpa ada rasa segan dan silu kepada mata-mata yang memerhati..Rasa bangga bila ada yang menyokong segala tindakannya itu..Siapa yang lebih bayak emndapat sokongan maka dialah yang menang..Tapi pada akhirnya, insan yang di rebutkan dan di sayangi itu tidak memilih kedua-duanya, lalu memilih insan lain pula...Ha..kan membazir sahaja bergaduh berebut-rebut...

    Kerana katanya cinta itu buta, maka ada yang sanggup bergolok bergadai segala harta benda dan wang ringgit..Semuanya demi melihat insan yang di cintai bahagia dan tersenyum riang..Sanggup kerja part time semata-mata nak belikan hadiah buat insan yang di gelar cinta hati..Sanggup berhutang bank dan pinajm duit pama (papa & mama- ibu dan ayah..) semata-mata nak tunaikan harapan cinat hati supaya majlis perkahwinan nati meriah dan gah..Kononya kalau cinta sanggup lakukan apa saja, kalau tak cinta pasti tak sanggup melabur wang demi cinta..


  Kerana cinta itu buta, ramailah yang sanggup berkorban itu dan ini..Berkorban masa dan etnaga demi mencari erti cinta sejati dari insan bergelar manusia...Saggup pula ponteng kuliah, ponteng sekolah kerana mahu pergi berdating..Sanggup tipu ibu dan ayah, konon di beritahu mahu pergi aktiviti sukan dan berpersatuan..rupanya asyik berpeleseran dan berpimpin tangan...

~Jangan pernah salah dalam mentafsir apa itu ertinya cinta...Cinta itu adalah perasaan yang bermula dari hati kita, maka kita boleh mengawalnya agar ia tak lah melanggar batas-batas adab dan pergaulan sebagai manusia. Cinta itu tak seharusnya buta, tapi  cinta itu seharusnya celik..Celik dalam menilai baik atau burk, benar atau salah..Celik dalam menilai dna mebuat keputusan agar kelak diri tak merana dan tidak pula mudah tertipu dengan kilauan cahaya palsu semata-mata~

Soalan:-
1.Mengapa ramai antara kita yang sanggup berebut cinta dari manusia sedangkan cinta dari Tuhan Yang Maha Esa tidak pula cuba untuk di miliki atau di rebutkan untuk memilikinya...?

2.Mengapa ramai anatar kita mahu berkorban itu dan ini demi mengejar cinta manusia, tapi mengapa tidak sanggup berkorban masa untuk bersolat di tikar sejadah 5 kali sehari..? Sanggup berkorban masa untuk berdating sedangkan suruhan yang hakiki(solat) sanggup pula di ambil ringan dan kadangkala di ketepikan..?


Ps:-Entry hanya luahan idea biasa  dan pandangan peribadi penulis blog berkaitan isu ini...Credit gambar google image..

Monday, January 16, 2012

Perlu Rebut Peluang Dalam Segenap Ruang...



Hidup nie tak lah lama...
Kita muda hanya sekali...
Kita jadi bayi hanya sekali,
Kemudian kita membesar menjadi kanak-kanak
Seterusnya menjadi remaja dan dewasa...
Seterusnya kita kan melalui fasa usia emas...
Setiap yang hidup pasti akan mati..
Cepat atau lambat kita sendiri pun tak pasti...
Adakah kita yakin sangat yang kita akan sempat merasa usia hidup sampai tua..?
Kalau begitu kenapa kita seolah-olah lalai dan leka dalam nikmat hidup yang sementara...?
Nak tuggu tua baru berubah..???
Kamu yakin yang bila tua nanti kamu sentiasa sihat sahaja ya...?
Kalau begitu kenapa tak mahu berubah ke arah kebaikan dari sekarang...?
Waktu muda dan badan masih sihat bertenaga lah patutnya di gunakan kearah kebaikan..
Hidup nie hanya pinjaman..
Hidup nie macam jambatan sahaja..
Ya, jambatan menuju ke satu alam yang pasti semua orang akan tempuhi..
Alam apakah itu...?
Alam akhirat yang pasti!


  Dalam kesibukan kita mencari rezeki, janganlah di lupa pada nikmat yang di beri. Oleh itu jangalah kita tinggalkan suruhan yang hakiki. Janganlah kita tinggal tikar sejadah itu. Kelak nanti apabila kita mati kita juga yang rugi. Buat apa kumpul harta berbukit bergunung tinggi, kalau tiada sekelumit sebesar zarah pun tiada hati kita mahu mencintai Ilahi. Jika begitu harta kita pasti tiada berkat nya nanti. Pasti ada sahaja sengketa di sana sini, pasti ada sahaja yang tak menyenang kan hati. Kaya raya tapi dunia terasa sepi..? Kemudian kamu tanya kenapa lagi..? Lupakah kamu, itu semua kerana kamu telah melupan "Dia" iaitu Allah Tuhan mu. yang satu, tiada dua atau tiada tiga...


   Kita kadang kala terleka yang hidup nie hanya pinjaman yang sementara. Sebab itulah ada sahaja orang yangsanggup buat apa sahaja demi mendapat sesuap nasi tanpa mempedulikan status halal haram duit yang berada di tangan.  Kerana itulah semakin berleluasa pecah amanah, rasuah , kecurian dan romapakan di sana sini. Jual segala yang boleh di jual tanpa kira ia menyalahi undang-undang atau tidak. Hingga ada pula yang sanggup menjual harga diri, konon terpaksa mahu mencari rezeki katanya. Tapi bukankah dunia ini  maha luas? Sudah tidak adakah lagi usaha untuk mencari rezeki hingga kau wahai manusia sanggup pula terima rasuah, pecah amanah, menipu orang untuk dapatkan duit, jual benda haram untuk dapatkan duit,jual harga diri untuk daatkan duit..?


  Kata kamu, kalau nak jadi berjaya haruslah berani merebut segala peluang yang ada..Ya itu memang benar saya setuju.Tapi peluang yang bagaimana..?Yang itu haruslah di kaji dan difikirkan dahulu, seblum kamu merebut peluang itu. Fikirkan adakah ianya menyalahi undang-undang agama dan negara..? fikirkan status hala haramnya. Jangan semuanya kamu belasah, dan kata semuanya ok sahaja.

  Seharusnya dalam usia inilah kamu rebut peluang keemasan yang ada dengan kesihatan baik yang kamu punya itu untuk melakukan perkara yang baik dan bermanfaat untuk diri kamu dan juga bermanfaat untuk mereka yang berada di sekitar kamu. Bukannya kamu biarkan peluang itu berlalu bagai angin bayu yang bertiup sayu. Di muda usia ini, gunakan peluang yang ada untuk menambah segenap ilmu, mencari pengalaman seberapa nbanyak yang perlu. Berusaha dan bekerja seberapa banyak yang kamu termampu. Kukuhkan kewangan agar masa tua kamu tidaklah beku. Uruskan kewangan masa muda ini dengan sebaiknya, carilah harta yang halal dengan jalan yang baik-baik. Agar walaupun ia tak lah banyak mana, tapi ianya cukup berkat untuk bekalan dan tinggaln generasi kamu nanti. Jangan masa muda ini kamu enjoy dan berjoli sahaja, beringat-ingatlah selalu.Muda tu memang sekali sahaja, entah tak tahu esok lusa kamu akan mati bagaimana..? Kamu sudah bersedia ke...?

Jadi marilah bersama kita rebut segala peluang yang ada ini untuk kebahagiaan hidup kita di dunia dan juga di akhirat. Gunakalan segala seganap ruang dan masa yang kita punya ini untuk kehidupan yang akan kita lalui di masa-masa depan nati.

Ps:- Saya tergerak hati dan mendapat idea untuk menulis entry ini selepas bemimpi sesuatu pada minggu  lalu. Iaitu tentang kematian. Saya bukanlah manusia yang sempurna dan saya masih belajar untuk memperbaiki segala kekhilafan diri kerdil ini. Saya cuma berharap agar saya dan anda semua yang sedang membaca masih di beri peluang memperbaiki diri kita seblum terlambat, ya sebelum ajal menjemput kita.
Sekian, salam sayang dari saya. Semoga bertemu di lain masa.

~Credit Gambar google image.




Friday, January 13, 2012

Puisi:- ilham...



Ilham....
Kamu sangat bernilai.....
Tanpa mu pasti tiada lembaran kertas-kertas coretan ilmu...
Ilham...
Tanpa ada nya kamu, pasti tiada hasil nukilan ciptaan baru...
Pasti juga tiada alatan gadjet terkini...
Pasti tiada juga pelbagai penghasilan kecantikan seni  fesyen terkini..
Pasti tiada juga ciptaan bangunan yang begitu berseni...
Pasti tiada juga hasila karya sastera yang cukup puitis lagi punya nilai seni....
Ilham itu datangnya dari kurniaan Illahi..
Maka gunakanlah ia untuk tujuan bermanfaat untuk generasi kamu nanti...
Agar boleh lah ilham kamu itu di kongsi sekalian alam...
Bukankah elok berkongsi jika kamu ilmu yang ada itu...
Kamu tidak akan pernah rugi...
Malah mendapat manfaatnya lagi...
Tapi janganlah ilham yang ada itu di salah gunakan nanti...
Jangan gunakan ilham itu untuk tujuan saling memusuhi...
Jangan gunakan ilham itu untuk saling membenci...
Jangan gunakan ilahm itu untuk saling berdengki dan saling mengkhianati..
Gunakanlah ilham itu untuk kesejahteraan penduduk di bumi...
Gunakan ia untuk  keamanan, kemajuan, ketenteraman dan kesejahteraan hidup...
Gunakan ia untuk tujuan ke rohanian dan tujuan menambah ilmu...

Ps:-Mari dengar lagu kegemaran saya  ini:-
~Manbai-Kau Ilham ku

~Ku lihat ke langit, terlihat bulan terang di langit tinggi sedang lena di buai mimpi...
Di temani bintang yang menerangi, memberi cahaya di dalam hati...Tidurnya sang bulan lena di litupi awan yang melindungi..Selamat malam wahai sahabt-sahabtku yang sudi membaca puisi tak seberapa ku ini...Semoga mimpi kamu indah nanti...~

Nota:- Puisi ini adalah nukilan coretan hati milik penulis blog ini.Sebarang bentuk penerbitan semula adalah di larang. Hak cipta Terpelihara. 
Credit video youtube,Credit gambar google image~

Sunday, January 8, 2012

Jangan Ada Benci Untuk Pergi Sekolah...




Hai semua....
Selamat berhujung minggu...
Semalam saya online Twitter dan apa yang saya dapat lihat yang tengah jadi perbualan ialah  seperti ini:-

Yang jadi juara carta topik yang paling hangat di bicarakan ialah:- #ReasonsWhyIHateSchool ...Fuhh..baru awal tahu kot adik-adikku, kenapa dah benci nak pergi sekolah..? Fed up kena buat homework yang cikgu bagi..? Bosan pergi sekolah...? Tak suka dengan segala macam peraturan dan disiplin yang ade kat sekolah tue dan kamu terpaksa ikut segala peraturan tue...?

~Saya selalu happy untuk pergi sekolah~


  Pergi sekolah nie best  tahu...Sebab setiap hari kita akan dapat tambah ilmu pengetahuan kita..Lagipun menuntut ilmu tue sangat penting untuk masa depan kita sendiri kan. Dah besar nanti nak jadi Doktor, Cikgu, Pensyarah dan lain-lain kan..? So, macam mana adik nak capai cita-cita adik tue kalau adik tak pergi sekolah? Zaman remaja dan kanak-kanak nielah zaman yang paling best sekali tahu! Sebab tanggungjawab kita hanyalah sebagai pelajar, anak dan yang paling penting sekali hamba Allah. Jadi Adik-adik hanya perlu patuh suruhan Allah , ikut cakap ibu bapa dan pergi menuntut ilmu. Kalau dah jadik orang dewasa lagilah banyak tanggungjawab, nak kena kerja untuk dapatkan duit. Ingat senang ke nak dapatkan duit tue..? Kerja dari pagi sampai petang, ada yang samapi buat part time , hujung minggu pun kerja. Semata-mata nak dapatkan duit, duit untuk teruskan kehidupan. Untuk makan ,minum, kos perubatan, kos pelajaran, bayar duit rumah , kereta dan macam-macam lagilah. Adik-adik nie, cuma perlu fokus study jer. Jadi tak suasah kan jadi remaja..? Senang jer, yang penting kena belajar, belajar pun untuk masa depan adik jugak nanti..


 Kenapa mesti kena belajar? Kenapa ia penting untuk masa depan...? Sebab satu hari nanti bila adik-adik dah dewasa adik-adik mesti nak carik kerja. Kalau boleh mestilah nak kerja yang bagus, gaji pun besar, bolehlah beli rumah besar kereta mahal-mahal. Langkah pertama yang perlu adik lakukan untuk capai cita-cita adik itu ialah dengan menuntut ilmu. Ilmu nie gunanya bukan untu tujuan kita dapat kerja dan dapat capai cita-cita kita jer, malah lebih dari itu.



  Dengan adanya ilmu kita akan lebih dihormati dan di segani, dengan adanya ilmu kita tak mudah kena tipu dan tak mudah terpedaya, dengan adanya ilmu kita boleh bezakan mana satu yang baik dan mana satu yang buruk untuk diri kita. Dengan adanya ilmu kita boleh berfikir kehadapan secara matang + rasional dan dengan adanya ilmu kita boleh buat keputusan yang cepat,teapt dan bijak. Jika kita punyai ilmu, bolehlah kita kongsikan bersama insan lain di sekeliling kita, agar kita semua mendapat manfaatnya. Menjadi insan yang berilmu bukan setakat dapat menaikkan martabat diri adik sahja, malah adik dah pun menaikkan martabat agama, bagsa dan negara. Apabila menjadi insan yang berilmu masa depan pun lebih cerah dan terjamin. Perkara yang paling penting sekali ialah adik tidak akan di pandang rendah atau di perkotak-katikkan lagi.


  Disiplin kat sekolah tue bukan saja-saja diadakan. Itu semua tujuannya untuk mendidik diri kita supaya menjadi individu yang berdisiplin, tahu uruskan diri sendiri, tahu uruskan masa. Tak suka kena pergi sekolah pagi-pagi? Lepas tue bila datang lambat kena marah dengan cikgu disiplin? Kena denda dan macam-macam lagi..? Ketahuailah oleh mu, yang cikgu-cikgu pun tak suka nak denda kita sesuka hati, semua itu mereka lakukan demi kebaikan diri kita jugak. Mereka tegur silap kita, mereka denda jika kita lakukankesilapan itu tandanya mereka saynagkan kita dan mereka perihatin dengan masa depaqn kita. Kalau mereka dah langsung tak bagi nasihat dan tak ambil peduli kat kita ,itu tandanya mereka tak sayangkan kita. Kalau sayang kenapa kena denda..? Itu sebabnya mereka nak didik kita supaya jadik individu yang berguna bila dah besar nanti dan jadi manusia yang tahu mana yang betul mana yang silap, serta paling penting menjadi individu yang tahu disiplin.

Jadi buat adik-adikku sekalian, janganlah pernah merasa benci atau bosan untuk pergi sekolah ya.. Sebab ia penting untuk masa depan adik-adik jugak nanti.

~Masa muda remaja nie hanya sekali jer, Hargai ia sebaik mungkin, isikan ia dengan perkara yang berguna dan berfaedah agar apabila dewasa nanti kamu tidak menyesal. ~


~Credit gambar google image~Enntry hanyalah  lauahan dan pandangan biasa penulis blog ini.~

Saturday, January 7, 2012

Kucing Yang Dah Hilang...(T__T)


Entry nie khas untuk review balik kenangan bersama kucing kesayangan saya yang dah hilang...
Nama dia Mickey Sasuke, Lahir pada 9.April.2008-jam 1.00 pagi.
Sekarang dia dah hilang, iaitu pada 3.11.2011. Kiranya sekarang nie dah dua bulan dia hilang...

kat bawah nie ade 1 video terakhir yang sempat saya rakam guna handphone:-

video
Kat manalah dia sekarang entah hidup lagi ke tak...(T_____________T)

walaupun dia nie kucing yang sangat nakal dan suka gigit kaki atau tangan bila tak dapat makan ayam, tapi dia nie tak pernah mencuri apa-apa makanan kat rumah nie..Perangai dia nie boleh tahan nakal + manje terlebih sudah...Bila kami sekeluarga keluar jalan-jalan maka haruslahlah kena belikan dia jajan kalau tak dia merajuk dan start lah nak gigit tuan dia! Tapi bila dia dah takde, sunyi pulak! Dah takde kucing yang buat bising dan buat ragam kat rumah nie..

Makanan kegemaran dia:- Ayam goreng, lauk yang pedas-pedas macam sambal tumis udang, sambal sotong dan sambal  kerang.Suka makan jajan berperisa udang macam keropok rota.Dua bulan sebelum tarikh dia hilang baru dia di ajar makan whiskes.Start dari tue baru dia kurang makan nasi tapi tetap juagk suma makan ayam & sotong! 

Perangai dia:- Kuat sensitif.Kalau kita kutuk-kutuk dia, terus jer dia gigit.Dia nie spesis kucing yang faham apa orang cakap! Paling suka kena puji! Bila orang puji dia comel, mulalah nak memanjer...(=,=)"
Kuat emosi dan panas baran.Pernah jatuhkan laptop lama saya sampai broadband saya bengkok, sebab mengamuk tak dapat makan ayam goreng! Sangat suka bergambar, pantang nampak kamera..Suka berposing, kalau orang tak nak ambil gambar dia, dia akan mengamuk dan mulalh nak gigit! Sangat takut dengan air, tak suka mandi. Suka merayap keluar dari malam sampai ke pagi, suka usha kucing-kucing jiran untuk di jadikan aweks..Kalau dia tengah kat luar rumah, bila kita panggil nama dia dia buat sombong jer, konon  tak kenal kita dah..Haih!


Ps:-Sangat rindu nak dengar suara dia...
Walau apa pun perangai dia,
Kami sekeluarga tetap sayangkan dia...
Harap-harap dapatlah jumpa dia...


~Entry ini hanyalah luahan hati biasa...Gambar dan video adalah dari simpanan peribadi. 

Thursday, January 5, 2012

Sesuatu Di Masa Lalu...



Tak mudah untuk melupakan sesuatu kenangan...
Tak kiralah kenagan pahit atau manis...
Kenangan suka atau duka...
Semalam yang telah kita tinggalkan tapi masih berbekas di dalam memori..
Sesuatu memori untuk di ingati...

    Kadang-kadang sampai satu tahap, kamu akan rasa "kenapalah susah sangat nak lupakan memori itu? Bukankah lebih baik memori itu padam macam tue ajer..."  Kamu harus faham, sesuatu memori  memang tak mudah untuk kamu lupakan macam tue ajer. Nak padam kenangan masa lalu bukan semudah kamu padam tulisan di kertas menggunakan pemadam. Cuma yang paling penting kamu yang harus mengawal diri kamu bila berdepan kenangan masa lalu. Janganlah di jadikan kenangan masa lalu sebagai penjatuh semangat kamu untuk terus hidup.

 Yang lalu biarkan berlalu, terima kenyataan dengan tabah. Yang baik di jadikan tauladan yang kurang baik di jadikan pengajaran. Jangan sesekali di ulangi kesilapan yang sama berkali-kali. Jadikan kesilapan masa lalu sebagai pemangkin untuk kamu berubah menjadi insan yang lebih baik, lebih berguna malah lebih berjaya pada hari ini dan masa depan. Belajarlah dari pengalaman yang pernah kamu lalui dan apa jua yang berada di sekeliling kamu.  Tiada sesiapa yang boleh mengubah diri kamu melainkan diri kamu sendiri. Jadi untuk menjadi orang yang berjaya di masa hadapan kamu haruslah usahakan sesuatu. Usaha kamu itu biarlah ke arah positif, usahakan apa sahaja asalkan ianya tidaklah menyalahi undang-undang agama dan negara serta tak menyalahi tatasusila norma hidup sebagai manusia.

~Makan Basikal???~
~Kadang-kadang kita sangat perlu untuk berfikir di luar kotak biasa-biasa. Creative lah ckit!~ 

   Jangan kerana nak jadi kaya, kamu sanggup tipu orang sana sini, makan rasuah, jual maruh harga diri dan sebagainya. Ya, kamu mungkin akan kaya, tapi rezeki kamu dan hidup kamu langsung tak berkat!  Adakah itu yang kamu mahukan...? Jangan kerana cinta kamu sanggup lakukan perkara-perkara bodoh seperti berzina dan sebagainya. Itu kamu katakan cinta..? Kemudian bila dia dah jemu dia pergi tinggalkan kamu. Cinta kamu memang takkan  di berkati kerana ianya tercemar dengan dosa dan noda! Jangan kerana kamu tak medapatkan sesuatu kamu sanggup menyimpan dendam kesumat di dalam hati, kamu sanggup melihat orang yang kamu musihi itu mati.Ya, baru puas hati kan..??? Tapi pernah tak kamu terfikir yang hati kamu takkan pernah tenang selepas itu...? Buat apa buang masa pikir cara nak balas dendam, dan buat apa buang masa buat benda yang jelas-jelas terlarang semata-mata nak puas kan hati sendiri? Sudahnya badan sendiri jugak yang merana kerana meringkuk dalam penjara, Itu ke yang kamu mahu..? Sanggup musnahkan masa depan sendiri demi kerana mahu memusnahkan masa depan orang lain..? Bukankah lebih elok jika kamu buktikan pada orang yang membuat kamu marah dan geram itu yang kamu juga boleh jadi lebih berjaya berbanding dirinya. Iaitu dengan cara ubah sikap kamu dan berusaha ke hadapan memajukan diri sendiri. Pasti satu hari dai akan kagum dengan diri kamu yang tabah dan tenang itu.

~Hey cube tengok belakang laptop ade meow comel!~(^___^)

   Kadang kala menoleh kebelakang itu perlu, agar kamu tidak tersasar dan mengulangi kesilapan sama yang di lakukan  di masa lalu pada masa kini. Setiap hari-hari yang kita lalui pasti akan meninggalkn seribu satu kenangan bagi diri kita pada masa depan, tak kiralah kenangan manis atau pahit. Jadi untuk mencipta kenangan yang manis dan kenangan baik untuk di kenangab, Kamu haruslah menjadi seorang insan yang menghargai setiap detik waktu yang kamu punya, jangan sia-sia kan waktu yang berlalu berjalan dengan sia-sia. Isikan ia dengan perkara berfaedah dan bermanfaat buat diri kamu, orang di sekeliling kamu  dan generasi kamu yang akan datang. Jangan pula kamu lakukan perkara negatif , yang nyata bakal merosakkan masa depan kamu. Oh ya, bila sudah berjaya hargailah setiap usaha yang telah kamu usahakan, paling terutama sekali ialah bersyukurlah dengan segala limpah rahmat kurnia dari Allah SWT. Jangan pula bila sudah berjaya sombong dan lupakan Allah SWT. Harusnya, bila sudah berjaya bantulah orang yang perlukan bantuan. Jikan kamu punya kepandaian, kongsi lah ilmu yang kamu punya untuk manfaat bersama. Jika kamu punya rezeki lebih kongsilah bersama si miskin yang memerlukan bantuan, agar dia taklah terkapai sendiri mencari bantuan sesuap makanan!

Ps:-Entry hanyalah cetusan idea biasa dari penulis blog ini. Credit gambar google image


Monday, January 2, 2012

2011 Yang Dah Lepas...

Hai Semua...
Happy New Year!!!

Sekejap jer kan masa berlalu..tup tup dah 2012...macam tak percaya jer kan...

2011 banyak jugaklah kenangan dalam diri ini, ade suka ada juga yang duka...ada yang riang hingga tertawa ade juga yang mengalirkan air mata...Dugaan tue tetap ada, tapi masih kuat untuk di tempuhi lagi..Alhamdulilah..Ok sekarang saya nak list kan sedikit tentang 2011 yang dah lepas...


Movie paling di minati:-

-Real Steel 
-The Smurf (3D)
-Mission Impossible:Ghost Protocol


Lagu paling di minati:- 

-Kekanda Adinda-Atilia & Monoloque
-Wish u were here- Avril Lavinge
-I love u - Avril Lavinge
-The story of us-Taylor Swift
-Tear Drop On My Guitar-Taylor Swift
-Who says-Selena Gomez
-Lighters-B.M.E ft  Bruno Mars
-Grenade-Bruno Mars
-That Should be Me-Justine Bieber Ft Rascal Flatts
-Firework-Katy Perry
-If I Die Young-The Band Perry
-Someone like u-Adele
-Jar of Hearts-Christina Perri
-Unfriend You-Greyson Chance
-Kisah hati-Alyah
-Gadis Semasa-Yuna
-Ombak Rindu-Hafiz & adira
-Sedetik Lebih- Anuar Zain
-Penghujung Cintaku-Pasha ft Adelia
-Seribu Sesalan-tiga suara
-Di Saat Aku Mencintaimu-Dadali


Impian Yang Dah Tercapai-2011:-

~Kali pertama memiliki sebuah kereta kecil+ comel di beri nama Viviana Ezara..(^___^)
~Dah berani memandu kereta pegi balik kerja sorang-sorang..

Yang Sedih 2011:-

~Penyakit kanser yang dihidipi oleh emak sudah merebak....
2010 dia adalah pengidap breast cancer stage 4, 2011 Dr suspect ade ketumbuhan kat dalam hati dan berkemungkinan besar ianya adalah kanser!~
~Love Hurt!
~Laptop rosak teruk, screen rosak...
~Handphone kesayangan hilang kena curik!
~Rumah di masuki pencuri
~Kucing kesayangan (Mickey Sasuke) hilang dah dua bulan dan hingga kini belum di jumpai...(T__T)
~$$$ yang agak kurang terurus...macam gelombang di lautan...
~Tahap kesihatan tak menentu...
~Dan macam-macam lagi (banyak lagi) dugaan yang boleh saja membuatkan mata ini berkaca-kaca dan mengalirkan air mata! 

Yang Bertukar 2011:-
~Dari laptop kepada net book
~Dari Nokia kepada Sony..
~Bertukar no telipon(Sebab simcard lama dah hilang bersama hp...)

Keseluruhan  2011:- 
~Tahun Kehilangan~
~Ada air mata di sebalik senyuman~
~Tampak kuat tapi sebenarnya rapuh juga~
~Busy~


Ok itulah serba sedikit coretan kisah tahun lalu oleh Seorang insan bernama NZS (maaf tak leh letak nama sebenar dekat cnie, so letak huruf jelah ek..teka ok...ehehehe..)

Ok sebelum melabuh kan tirai mari kita baca Quote yg ade dalam gambar cantik nie...:-




Credit gambar google image..Entry hanyalah coretan biasa...





Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...