Translate

Tuesday, October 9, 2012

Kerja: Amanah + Tanggungjawab Vs Wang + Gaji

Hai semua apa khabar..?
Di awal minggu iaitu hari isnin ramai juga yang seperti kelihatan kurang bersemangat untuk pergi kerja.
Maka keluarlah istilah Monday Blues..
Maka begitu wahai sahabatku..?
Adakah kerana setelah seronok berhujung minggu bercuti, beristirehat maka kamu sudah terasa lesu mahu pergi kerja..?
Adakah kamu berpegang pada kata-kata dibawah ini:-

"Bila hari Isnin terasa malas mahu datang awal ke pejabat,
Kerana semalam baru lepas berhujung minggu,
Maka mood untuk mula  bekerja juga seakan melayang begitu,
Bila hari Jumaat terasa tak sabar mahu pulang awal dari pejabat ...
Kerana esok adalah hari cuti, hari untuk tidur lena rehat kan minda semua.."

~Hari nie hari isnin eh..? bilalah nak hari jumaat nie..ohh cepatlah masa berlalu~

Oh jangan begitu sahabatku, bukankah setiap pekerjaan yang kamu laksanakan ditempat kerja mu itu adalah sebuah tanggungjawab buat kamu dan ia haruslah kamu pikul dengan beramanah...
Laksanakanlah amanh itu yang telah diamanahkan kepada kamu seikhlas hati,
Kenapa mesti merungut-rungut dengan segala kudrat yang telah kamu beri...?
Mengapa mesti panas hati bila kamu rasa bayaran elaun-elaun mahupun OT (kerja lebih masa) tak setimpal dengan kerja kamu selam ini..?

Tidak pecayakah kamu akan kata-kata ini:-
"Rezeki itu bukan bermaksud duit dan kebendaan semata-mata, tapi kebijaksanaan itu juga rezeki, kesihatan itu juga rezeki, kebahagiaan itu juga rezeki...Dan rezeki yang terbaik adalah rezeki yang diberkati..."

Ya, kita hidup ini taklah lama. Percayalah kamu semua, yang kita semua akan mati..Apakah kita mahu hanya tinggalakan wang dan harta semata-mata kepada waris kita...? Adakah kita mahu waris kita bermewah-mewah atas hasil punca pendapatan kita yang tidak diberkati itu...?

~nie aku dah OT hari-hari kalau tak dapat bonus, lambat dapat OT memang aku ngamuk!!~

Jika kamu adalah pekerja, bermanahlah kamu dalam melaksanakan tugas. Jangan cepat kelabu mata bila terlihat wang banyak. Jangan terlalu sibuk memikirkan ganjaran dunia, pengaharagaan , kata-kata oujian, duit dan sebgainya..Kerana itu semua takkan kekal.. Apalah gunanya jika kita disanjung-sanjung atas usah licik tipu daya kepada semua..? Apalah gunanya poket kita penuh hasil dari imbuhan wang tersorok dibawah meja (rasuah) ?

  Jika kita sebagai pekerja, dan kita terlalu obses mahu mendapatkan segala ganjaran dunia + kebendaan.  Maka tak mustahil jika kita menjadi individu yang cepat gelap mata bila ada tangan-tangan berkudis  yang bertoping manis mahu menawarkan rasuah kepada kita. Tidak mustahil jugalah bagi kita untuk merompak hasil syarikat yang kita kerja, sabotaj perniagaan majikan kita, pecah amanah, belot dan sebagainya...Ini semua mungkin akan berlaku jika kita mahukan ganjaran, dan mahu jadi cepat kaya tanpa kira halal haram, maka perkara ini tak mustahil terjadi. Kenapa saya kata tak mustahil?  Kerana apabila seseorang itu kecewa dengan tak mendapatkan apa yang dihajati, maka dia sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-cita nya itu, tanpa mengira sama ada ianya baik atau buruk.


   Jika sudah kita rasa terlalu meyampah, benci atau kecewa dengan majikan, rakan sekerja atau suasana di tempat kerja, adalah lebih baik kita tukar sahaja tempat kerja yang lain. Jika kita rasa di situ kita kurang dihargai, pasti ada majikan lain yang lebih menghargai. Bumi Allah ini luas, rezeki Allah itu adPermalinka di mana-mana. Cuma ia bergantung kepada cara kita untuk memperolehi rezeki itu, rajin atau malas kita. Bertukar tempat kerja adalah tindakan yang lebih tepat berbanding jika kita mahu mejadi duri dalam daging yang menjadi racun tersembunyi disebalik wajah suci. Bukankah lebih baik begitu dari pada kita bermulut manis di depan majikan sedangkan kita lah orangnya yang sabotaj syarikat, pecah amanah seleweng duit dan sebagainya..?


Biar sedikit gaji kita, Asalkan kita punya gaji itu adalah berkat dan halal.
Biar susah untuk dapat duit, Asalkan cara kita peroleh duit itu adlah dari cara yang halal.

Ikhlaskan hati kita dalam melaksanakan tugas,
Pasti kita akan merasakan ketenangan pada setiap detik kita menjalankan tugas,
Beramanahlah sentiasa,
Jangan malas  dan jangan culas,
Ceriakan diri kamu sentiasa,
Jangan berwajah murung di tempat kerja,
Kembalikan mood dan energi kita,
Bersemangatlah sentiasa untuk memajukan diri..
Bersemangatlah sentiasa untuk melaksanakkan tugas itu,
Walaupun kadangkala tugas yang banyak itu membuat kamu rasa jemu dan fikiranmu buntu,
Jangan begitu sahabatku,
Ikhlaskan hati kamu,
Pasti ada rezeki yang sedang menanti kamu..=)

P/s: Entry ini adalah sekadar pandangan dan luahan pendapat penulis blog ini. Kerdit gambar google
      image...

9 comments:

Namee Roslan said...

setuju dengan kamu :) em kita selalu merungut kan dari isnin sampailah jumaat. tapi bila time dapat gaji punya la seronok. hehe

Anonymous said...

sokong..bak kate ustaz azhar idris..kalau kite gaji sikit tp keje mcm gaji byk tuhan akan balas ikut lain..dan kalu gaji kite byk tp keje sikit tuhan akan tarik kut lain..=)

kursus tu kalau nak join awk boleh pergi website die..dia selalu buat kursus tu.. =)

Unknown said...

malasnya hari Isnin

Lokman said...

hati yang ikhlas itu penting..

Anonymous said...

I just couldn't depart your web site before suggesting that I really enjoyed the standard information a person provide for your visitors? Is gonna be back often to check up on new posts

reenapple said...

aku harap bila aku kerja nanti, aku buat kerja sebab aku minat juga bukan hanya semata-mata gaji sahaja.. =)

syiela said...

setuju.... ikhlas tu amat penting kan...

bila buat kerja selalu merungut tapi bila time gaji menyengih sampai telinga

Anonymous said...

Appreciation pro this article. Present are categorically tips participating in at this juncture to I choice benefit.

Sya_Merpati Putih 88 said...

Namee Roslan : ehehhee..kadang2 sy pun begitu juga bila berdepan dgn saat2 sterss kerja banyak...huhuhu..entry nie sebagai muhasab diri sy juga,..=)

~AmyLiana86~ : sy setuju...thanks sbb share ilmu disini..=)

owh pasal kurusus tue sy rasa sye mmg berminat nk pegi..thanks ye..:)

khairul : ehhehee..mcm dah jadik habit kan hampir semua org yg bekerja...:p

reenapple: sy doakan awk dpt kejer yg awk minat...:) dari minat maka timbul lah rasa syg dgn kerja, lalu wujudlah rasa semnagat utk bekerja tak gitu cik reen..? ehehhee..;)

syiela: yup,sy setuju....keikhlasan dlm bekerja itu penting, barulah berkat rezeki kita...:)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...