Translate

Sunday, January 8, 2012

Jangan Ada Benci Untuk Pergi Sekolah...




Hai semua....
Selamat berhujung minggu...
Semalam saya online Twitter dan apa yang saya dapat lihat yang tengah jadi perbualan ialah  seperti ini:-

Yang jadi juara carta topik yang paling hangat di bicarakan ialah:- #ReasonsWhyIHateSchool ...Fuhh..baru awal tahu kot adik-adikku, kenapa dah benci nak pergi sekolah..? Fed up kena buat homework yang cikgu bagi..? Bosan pergi sekolah...? Tak suka dengan segala macam peraturan dan disiplin yang ade kat sekolah tue dan kamu terpaksa ikut segala peraturan tue...?

~Saya selalu happy untuk pergi sekolah~


  Pergi sekolah nie best  tahu...Sebab setiap hari kita akan dapat tambah ilmu pengetahuan kita..Lagipun menuntut ilmu tue sangat penting untuk masa depan kita sendiri kan. Dah besar nanti nak jadi Doktor, Cikgu, Pensyarah dan lain-lain kan..? So, macam mana adik nak capai cita-cita adik tue kalau adik tak pergi sekolah? Zaman remaja dan kanak-kanak nielah zaman yang paling best sekali tahu! Sebab tanggungjawab kita hanyalah sebagai pelajar, anak dan yang paling penting sekali hamba Allah. Jadi Adik-adik hanya perlu patuh suruhan Allah , ikut cakap ibu bapa dan pergi menuntut ilmu. Kalau dah jadik orang dewasa lagilah banyak tanggungjawab, nak kena kerja untuk dapatkan duit. Ingat senang ke nak dapatkan duit tue..? Kerja dari pagi sampai petang, ada yang samapi buat part time , hujung minggu pun kerja. Semata-mata nak dapatkan duit, duit untuk teruskan kehidupan. Untuk makan ,minum, kos perubatan, kos pelajaran, bayar duit rumah , kereta dan macam-macam lagilah. Adik-adik nie, cuma perlu fokus study jer. Jadi tak suasah kan jadi remaja..? Senang jer, yang penting kena belajar, belajar pun untuk masa depan adik jugak nanti..


 Kenapa mesti kena belajar? Kenapa ia penting untuk masa depan...? Sebab satu hari nanti bila adik-adik dah dewasa adik-adik mesti nak carik kerja. Kalau boleh mestilah nak kerja yang bagus, gaji pun besar, bolehlah beli rumah besar kereta mahal-mahal. Langkah pertama yang perlu adik lakukan untuk capai cita-cita adik itu ialah dengan menuntut ilmu. Ilmu nie gunanya bukan untu tujuan kita dapat kerja dan dapat capai cita-cita kita jer, malah lebih dari itu.



  Dengan adanya ilmu kita akan lebih dihormati dan di segani, dengan adanya ilmu kita tak mudah kena tipu dan tak mudah terpedaya, dengan adanya ilmu kita boleh bezakan mana satu yang baik dan mana satu yang buruk untuk diri kita. Dengan adanya ilmu kita boleh berfikir kehadapan secara matang + rasional dan dengan adanya ilmu kita boleh buat keputusan yang cepat,teapt dan bijak. Jika kita punyai ilmu, bolehlah kita kongsikan bersama insan lain di sekeliling kita, agar kita semua mendapat manfaatnya. Menjadi insan yang berilmu bukan setakat dapat menaikkan martabat diri adik sahja, malah adik dah pun menaikkan martabat agama, bagsa dan negara. Apabila menjadi insan yang berilmu masa depan pun lebih cerah dan terjamin. Perkara yang paling penting sekali ialah adik tidak akan di pandang rendah atau di perkotak-katikkan lagi.


  Disiplin kat sekolah tue bukan saja-saja diadakan. Itu semua tujuannya untuk mendidik diri kita supaya menjadi individu yang berdisiplin, tahu uruskan diri sendiri, tahu uruskan masa. Tak suka kena pergi sekolah pagi-pagi? Lepas tue bila datang lambat kena marah dengan cikgu disiplin? Kena denda dan macam-macam lagi..? Ketahuailah oleh mu, yang cikgu-cikgu pun tak suka nak denda kita sesuka hati, semua itu mereka lakukan demi kebaikan diri kita jugak. Mereka tegur silap kita, mereka denda jika kita lakukankesilapan itu tandanya mereka saynagkan kita dan mereka perihatin dengan masa depaqn kita. Kalau mereka dah langsung tak bagi nasihat dan tak ambil peduli kat kita ,itu tandanya mereka tak sayangkan kita. Kalau sayang kenapa kena denda..? Itu sebabnya mereka nak didik kita supaya jadik individu yang berguna bila dah besar nanti dan jadi manusia yang tahu mana yang betul mana yang silap, serta paling penting menjadi individu yang tahu disiplin.

Jadi buat adik-adikku sekalian, janganlah pernah merasa benci atau bosan untuk pergi sekolah ya.. Sebab ia penting untuk masa depan adik-adik jugak nanti.

~Masa muda remaja nie hanya sekali jer, Hargai ia sebaik mungkin, isikan ia dengan perkara yang berguna dan berfaedah agar apabila dewasa nanti kamu tidak menyesal. ~


~Credit gambar google image~Enntry hanyalah  lauahan dan pandangan biasa penulis blog ini.~

3 comments:

Namee Roslan said...

kenapa benci sekolah ? sebab pemalas agaknya. hehe. sekolah penting untuk masa depan. paling kurang pun kena ada degree zaman sekarang nih. hehe

line said...

ade gak topik ni..
centek pemikiran...

Unknown said...

Awan nak pergi sekolah semula.
Percayalah, bila korang dah tua korang akan rasakan yang berada di sekolah lagi best. Tak percaya? Percayalah.

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...