Translate

Saturday, January 7, 2012

Kucing Yang Dah Hilang...(T__T)


Entry nie khas untuk review balik kenangan bersama kucing kesayangan saya yang dah hilang...
Nama dia Mickey Sasuke, Lahir pada 9.April.2008-jam 1.00 pagi.
Sekarang dia dah hilang, iaitu pada 3.11.2011. Kiranya sekarang nie dah dua bulan dia hilang...

kat bawah nie ade 1 video terakhir yang sempat saya rakam guna handphone:-

Kat manalah dia sekarang entah hidup lagi ke tak...(T_____________T)

walaupun dia nie kucing yang sangat nakal dan suka gigit kaki atau tangan bila tak dapat makan ayam, tapi dia nie tak pernah mencuri apa-apa makanan kat rumah nie..Perangai dia nie boleh tahan nakal + manje terlebih sudah...Bila kami sekeluarga keluar jalan-jalan maka haruslahlah kena belikan dia jajan kalau tak dia merajuk dan start lah nak gigit tuan dia! Tapi bila dia dah takde, sunyi pulak! Dah takde kucing yang buat bising dan buat ragam kat rumah nie..

Makanan kegemaran dia:- Ayam goreng, lauk yang pedas-pedas macam sambal tumis udang, sambal sotong dan sambal  kerang.Suka makan jajan berperisa udang macam keropok rota.Dua bulan sebelum tarikh dia hilang baru dia di ajar makan whiskes.Start dari tue baru dia kurang makan nasi tapi tetap juagk suma makan ayam & sotong! 

Perangai dia:- Kuat sensitif.Kalau kita kutuk-kutuk dia, terus jer dia gigit.Dia nie spesis kucing yang faham apa orang cakap! Paling suka kena puji! Bila orang puji dia comel, mulalah nak memanjer...(=,=)"
Kuat emosi dan panas baran.Pernah jatuhkan laptop lama saya sampai broadband saya bengkok, sebab mengamuk tak dapat makan ayam goreng! Sangat suka bergambar, pantang nampak kamera..Suka berposing, kalau orang tak nak ambil gambar dia, dia akan mengamuk dan mulalh nak gigit! Sangat takut dengan air, tak suka mandi. Suka merayap keluar dari malam sampai ke pagi, suka usha kucing-kucing jiran untuk di jadikan aweks..Kalau dia tengah kat luar rumah, bila kita panggil nama dia dia buat sombong jer, konon  tak kenal kita dah..Haih!


Ps:-Sangat rindu nak dengar suara dia...
Walau apa pun perangai dia,
Kami sekeluarga tetap sayangkan dia...
Harap-harap dapatlah jumpa dia...


~Entry ini hanyalah luahan hati biasa...Gambar dan video adalah dari simpanan peribadi. 

12 comments:

ctk said...

sedihnyerrrrrr...hope dia pulang...huhuhu

ctk said...

hope dia pulang..xmo sedih2 eh :D

Kamal Halim said...

kucing biasanya memang pandai mengingati tuan yg baik dgnnya..harap2 dia pulang jg nanti..

bobiedanbad said...

sedihnya :(

kindergartenlibrary said...

-,-

sayu nelly ..
:(

Nong Andy said...

Salam tuan rumah, sy terbang ke mari :)

saya pun cat lover..

kucing sy pernah hilang.. dan kembali selepas 2 tahun. tapi sekarang dah mati di baham anjing.. sad!!

takmo bela kucing lagi.. takut hati ini di lukai lagi..

بالات said...

ingatkan ular tadi :)

Nizam Ijam said...

hahaha.. comel kucing tu..

sobri yaacob said...

hilang p mana plak??

Namee Roslan said...

fav food dia makanan pedas2 ??? aaa, uniknya kucing nih !! sayangnya dia hilang. mungkin dia keluar kejap kot,,nnti mesti dia balik.sedih bila kita syg kucing tp kucing hilang tibe2. :(

Unknown said...

Kucing jantan biasanya kalau dah jumpa rumah baru, kat situlah dia menginap. Mr. Kucing, baliklah. Kesian kat Sis Merpati ni. (-_-)

Unknown said...

macam pernah nampak je kucing ni. kat sekolah saya. saya pernah belai dia sekALI. ada hari itu saya tengah main badminton kt sekolah(kokurikulum). dia datang kat saya,pastu saya belai dia. tapi dia nak gigit saya. saya lari,dia kejar. last sekali,saya dtg dkt dia,saya belai. dia peergiii

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...