Translate

Sunday, December 25, 2011

Sayangi Bumi Kita!


   Kamu semua tahu bukan yang bumi kita ini sudah semakin tua usianya? Setiap segala apa jua yang berada dalam bumi nie bakal kita wariskan pada generasi kita semua yang akan datang. Jadi kita yang bernafas dan hidup di bumi pada hari ini perlu lah beringat tentang masa depan bumi kita. Sebab pada masa akan datang, anak cucu kita akan menetap di bumi. Jadi adakah kita mahu mewariskan bumi yang sudah semakin musnah kepada mereka...? Jika begitu bagaimana mereka mahu terus hidup dengan aman dan sentosa. Jika bumi yang menjadi tempat berteduhnya penuh kacau bilau dan sengsara..?

   Maka dengan itu, kita semua haruslah menjaga bumi ini. Agar ia sentiasa terlindung dari segala kekejaman manusia yang merosakkan segala khazanah di dalamnya. Pelihara bumi kita dari segala bentuk ancaman yang boleh merosakkan alam semula jadi. Pantai yang bersih dan debu-debu pasir pantai yang suci itu perlu di kekalkan. Laut yang jernih dengan segala terumbu karang yang hidup didasarnya, biarlah segala isi didalam laut itu bebas berenang kesana kemari tanpa ada sisa- sisa yang mencemari. Biarlah sungai itu mengalir  dengan tenang tanpa ada apa jua yang menghalang pengalirannya. Isi perut bumi  janganlah kamu terlalu lahap menggalinya, tinggalkan sedikit untuk generasi mu yang akan datang. Kelak jika kamu yang ada pada hari ini tamak, nanti pasti generasi mu sudah tiada lagi bekalan bahan apiu seperti minyak untuk menghidupkan segala macam kenderaan yang mereka punya. Jika kamu tamak menebang segala macam pokok yang besar dan tinggi itu, konon untuk membuat segala macam perabut dan membina segala jenis bagunan, daku pasti generasi mu nnati pasti sudah tak punya pohon untuk berteduh, sudah tiada lagi bekalan kayu kayan untuk mereka membuat perabut atau rumah.


   Jika kamu sibuk menarah segala jenis bukit dan gunung ganang menjadi rata, katanya mahu membina segala jenis project di atas tanah itu. Kelak jika tanah itu runtuh janganlah kamu salahkan bencana alam pula, kerana bencana itu datang dari tangan kamu yang merosakkan alam ini. Jika kamu rasa membuang segala macam sisa toksik ke dasar laut dan sungai itu sangat mudah dan pantas, esok-esok nanti janganlah kamu merungut terkena segala macam penyakit berkaitan nafas atau segala jenis penyakit yang membuat kau pening dan kebas-kebas. Itu kerana kamu sendiri yang membuang sisa toksik itu yang nyata mengancam nyawa manusia dan segala benda hidup yang ada di dasar sungai dan laut itu. Jika kamu suka benar mebuang sampah sarap di dalam sungai, kelak jika berlaku banjir janganlah kamu melatah menyalahkan hujan lebat. Kerana kamu sudah tahu jawapnnya yang kamu sendiri yang menyekat aliran air di sungai itu.


   Kita hidup ini taklah lama, tapi bumi ini akan di gunakan dari genrasi ke genarasi sejak berkurun lamanya. Kejamnya kamu jika kamu wariskan bumi yang teruk dengan segala macam pencemaran yang mengancam nyawa kepada genarsi mu. Kamu kejam jika kamu tak sayangkan bumi dan alam sekitarnya!


Ps:-Kepada mangsa-mangsa banjir, diharap kamu semua bersabar dengan dugaan ini. Jangan main air ye, bahaya. Take care..(^__^)

Nota:- Entry ini ditulis sebagi rasa tanggungjawab saya ke atas alam sekitar di bumi ini. Bersama kita Sayangi Alam Sekitar.

4 comments:

FR said...

skrg bljaq geografi, bru la minda btul2 trbuka dan prihatin dgn keadaan bumi ni. sedih tgok bukit2 gondol tepi jalan -,-

Namee Roslan said...

bumi dah makin rosak pun. bangunan banyak sgt. hutan makin kurang, makin panas. :( emmm, taktau nak rayu macam mana so that please jgn buat pembangunan pesat sgt.

Unknown said...

menjaga alam sekitar tanggungjawab bersama.. :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

fathiahRAIHANA:- geografi tue subjek yg paling akak suka mase skolah dulu2..=)


Namee Roslan:-tahu takpe...pembangunan tue mmg penting tapi usaha untuk selamatkn bumi lagilah penting...

Muhammad Saiazuan Norhalik:- yup, itu mmg tanggunjawab kt sbagai penduduk bumi...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...