Setiap daripada kita pasti mahukan rasa bahagia dan berbahagia buat selama-lamanya..Pasti ramai juga yang meletakkan ciri-ciri pasangan idaman yang mereka mahukan..Kalau boleh cinta biarlah sempurna, bahgia sahaja dan tiada perselisihan pendapat / bertikam lidah aka bertengkar...Katanay cinta yang sempurna ialah apabila hubungan itu berjalan dengan lancar tanpa ada halangan atau rintangan, semuanya manis-manis belaka..Kalau ada pun halangan pasti dapat di tempuhi..Hubungan cinta katanya haruslah romantik dan semuanya nampak sepadan..Kalau boleh kisah cinta mahu di jadikan sama macam dalam novel-novel atau cerita di TV / Filem yang romantik..dan semuanya haruslah berakhir dengan kebahagiaan...
Adakah kisah yang sebegitu sempurna benar-benar wujud...??? Kenapakah kita hanya mahukan kesempurnaan 100% walhal kita tahu yang tiada manusia biasa yang sempurna, begitulah juga dalam sesuatu perhubungan..Kenapa mesti meletakkan ciri-ciri pasangan idaman begitu dan begini, bukankah lebih baik terima seadanya nilai-nilai yang ada pada pasangan kita itu..? Kenapa perlu berasa gelabah apabila berdepan dengan halangan atau rintangan dalam perhubungan dan kenapa perlu beremosi dan tidak tahu menguruskan situasi bila timbulnya perkelahian atau perselisihan pendapat..?
Bukankah berselisih pendapat itu adalah perkara yang normal bagi sesuatu perhubungan sesama insan? Kerana kita semua memang berbeza, dan kita harus terima kenyataan itu. Walaupun kita adalah adik beradik sekalipun tak mungkin pendapat kita sentiasa sama. Apatah lagi jika kita berlainan keluarga. Dalam persahabatan sekalipun pasti ada perbezaan. Berbeza pendapat sebenarnya adalah normal dan itu sangat bagus jika kita nilai ia dari sudut yang positif. Kerana dengan adanya pendapat yang berbeza maka bercambahlah idea-idea kita, serta menjadikan kita individu yang lebih kreatif berfikir serta matang. Malah ianya juga mendidik kita supaya menerima pendapat orang lain dan serta mendidik kita supaya tahu berkomunikasi +bertolak ansur..
Ibaratnya kapal di tengah lautan itu pun pasti pernah sahaja di pukul ombak yang besar,pernah merempuhi ribut dan taufan tapi mengapa ia masih boleh mendarat apabila tiba di pelabuhan? Untuk membawa nakhoda di tengah lautan pasti perlukan semangat yang kuat, sabar, tabah, bijak mengawal situasi, bijak membuat keputusan. Macam itu jugaklah dalam perhubungan berkaitan hati dan persaan (CINTA). Kalau tak ada tolak ansur, tak ada persefahaman, masaalah berkomunikasi, tiada kejujuran + keihklasan, tiada nilai sabar dan tabah maka berkemungkinan untuk hubungan itu terputus di tengah jalan adalah sangat tinggi. Jika perhubungan itu terlerai, tak perlu menuding jari kepada pihak ketiga, keempat mahupun kelima tapi semua itu pokok pangkal pada hati pasangan itu sendiri. Iaitu bagaimana mereka lalui dan bagimana cara mereka nak kawal situasi dan bagaimana caranya mereka berdepan dengan pelbagai situasi yang mencabar hati dan minda, itu adalah perkara yang paling mustahak sekali. Jika ada berapa ramai pun orang-ornag yang datang untung menghasut, memfitnah atau menggoda , tapi jika pasangan itu tahu cara bagimana nak hadapi sitausi ini pasti tiada masaalah. Jika seribu masaalah datang melanda sekalipun, tapi pasanagan itu berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masaalah itu tanpa perlu mempersoalkan "salah siapa" maka hubungan itu pasti berjalan dengan lancar.
Sedarlah bahwa tiada manusia biasa yang sempurna dan tiada kisah cinta yang sangat sempurna. Pasti dalam sesuatu hubungan itu akan ada halangan dan cabaran nya serta akan ada masaalah-masaalah yang perlu di hadapi bersama. Jadi apa yang penting ialah sifat tolak ansur, persefahaman, saling mempercayai, jujur + ikhlas terhadap pasangan serta kesabaran dan ketabahan itu adalh nilai yang perlu ada dalam setiap perhubungan jika mahu ia berkekalan...Terimalah pasanagn kita seadanya dan jangan pula membanding-bandingkannya dengan bekas pasangan kita yang lalu atau jangan membandingkannya dengan ciri-ciri pasangan idaman kita. Belajarlah untuk menghargai apa yang ada di depan mata dan apa yang sekarang kita masih miliki, jangan apabila ia sudah jauh pergi meninggalkan kita barulah kita mhau tangisi. Pasti waktu itu sudah terlewat.
Jangan pernah sama sekali membuat perbezaan kisah cinta kamu dengan kisah-kisah cinta sempurna dalam buku cerita dongeng , novel cinta atau drama romantis di kaca TV. Fakta yang perlu kita terima adalah dunia realiti tak sama dengan kisah-kisah fiksyen yang sememangnya indah-indah berlaka!
Ps:- Entry ini adalah pendapat penulis blog ini semata-mata, ianya adalah kesinambungan dari enntry ciri-ciri lelaki yang perempaun suka dan ciri-ciri perempuan yang lelaki suka..Credit gambar google image..
5 comments:
cinta itu berbeza ikut orang juga. yela, manusia sendiri berbeza mana boleh nak samakan cinta dan harapkan yang sempurna. manusia pun tak sempurna,,apalagi cinta yang dicorakkan oleh manusia sendiri :)
sedangkan lidah lagi tergigit kan :)
mencari cinta itu mudah,tp nk mndapatkan cinta sejati itu teramat la sukar..brdoa la moga dpt cinta sejati,di mana cinta kita kpd si dia menyebabkan kita lbih dekatkan pula kpd Pencipta... ;) bru osem!
ala..nak menangis nad baca entri ni..T_T
sorry sebab tgh down...kalau org lain mungkin dh pelik tengok perangai nad..baca pon boleh menangis?
mcm tak percaya kan..*lari tajuk*
p/s :: jom lah g langkawi..:D
Namee Roslan: saya sangat setuju dgn pendapat namee.. apa yg penting kt terima pasangan kt seadanya..
Muhammad Saiazuan Norhalik : betul tue..yg penting kena lah ada tolak ansurnya..
Ameer Faris : setuju..! nak cari cinta sejati itu mmg sukar..tp 1 hari nnati kt smua pasti akan menemuinya..
Miss Nadya : sabar ye Nad..sy doakan semoga awk akan berjumpa cinta sejati yg akan membuat awk etrsenyum selalu..
~sy memang teringin nk pegi langkawai, tp tak tahu bila boleh pegi..
Post a Comment