Translate

Wednesday, October 30, 2013

Hidup Ini Umpama Coklat...



Hidup ini umpama coklat kerana dalam pahit ada manisnya,dalam manis ada pahitnya,
Kenapa mesti ada rasa pahit itu sedangkan kita lebih suka rasa manis?
Ini kerana rasa pahit itu akan membuatkan kita belajar erti bersyukur apabila kita merasai erti kemanisan itu...
Ianya juga akan membuatkan kita sentiasa rajin berusaha, tabah dan sabar serta tenang dalam menghadapi dugaan hidup...
Rasa pahit itu juga lah yang membuatkan kita belajar dari pengalaman hidup kita, belajar dari kesilapan dan berusaha sehabis baik untuk membaiki kelemahan diri kita demi menjadi seorang  insan yang lebih baik di masa akan datang...
Rasa pahit itulah yang membuatkan kita belajar apa itu erti bersusah payah untuk mendapatkan apa yang kita miliki, supaya  kita lebih memahami tentang kesusahan insan lain dan supaya kita ini tidaklah menjadi manusia yang sombong lagi bongkak kerana sentiasa merasai manis tanpa rasa pahit..


Maka dengan itu, dalam hidup ini kita haruslah belajar menghargai apa yang kita ada, mensyukuri apa yang telah kita miliki...
Usah disoalkan takdir bila kita sedang melalalui zaman kesusahan atau kejatuhan dalam hidup,
Jika kita tak pernah persoalkan nikmat kesenangan dan kegembiraan yang pernah kita kecapi..

Jika sekarang kita sedang merasai kepahitan, usahlah berhenti berusaha, usahlah berputus asa untuk hidup, teruskan cita-cita, usaha, doa & tawakal kita itu...Kerana manusia yang tidak berputus asa dan rajin berusaha adalah manusia yang pasti akan menemui jalan bahagia serta mencapai cita-citanya...

Jika awak sedang bersedih hati, ambil waktu sedikit untuk menjamah coklat...
Sambil itu berfikirlah yang hidup ini memang ada pahit dan manis,ada bahagia ada derita, ada ketawa dan ada air mata...
Tapi percayalah selepas semua rasa pahit itu pasti akan ada rasa manis...
Maka dengan  jangan berputus asa!


p/s: entry ini adalah sekadar luahan pendapat saya selaku pemilik dan penulis blog ini http://merpatiputih88.blogspot.com/ . Sebarang kekurangan harap dimaafkan...


Sumber Gambar: google image..

Sunday, October 27, 2013

Puisi :- Kerana Duit...



Kerana duit manusia sanggup merompak,
Kerana duit manusia sanggup menembak,
Kerana duit manusia sanggup bergaduh,
Kerana duit manusia sanggup mencuri,
Kerana duit soal halal dan haram ditolak ke tepi,
Kerana duit judi dan rasuah makin berleluasa setiap hari,
Kerana duit manusia boleh jadi hilang punca,
Kerana duit manusia lebih rela jadi hamba dunia,
Kerana duit manusia menjadi tamak haloba,
Kerana duit manusia sanggup merampas,
Kerana duit manusia sanggup menyeksa malah membunuh,
Kerana duit kadangkala akal seperti berada di telapak kaki,
Kenapa manusia sibuk benar mengejar duit..?
Katanya tanpa duit hidup seperti tak bererti,
Kerana kita hidup dalam dunia realiti,
Semuanya ada harga dan nilai untuk berjual beli,
Semuanya itu kau harus bayar setiap hari,
Tiada yang percuma...
Sebab kau akan disanjung tinggi bila kau berduit,
Sebab kau akan dipandang rendah bila kau tiada duit,
Itulah harga yang kau harus bayar bila hidup dalam dunia yang mengejar duit..
Jadi aku tidak hairan dengan kes-kes jenayah dewasa ini...
Sebab semuanya KERANA DUIT!


Puisi ini adalah hasil karya sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Hakcipta terpelihara, tidak dibenarkan sebarang bentuk penyiaran semula.

p/s : Esok hari isnin, selamat bekerja, selamat mencari duit..Semoga bertambah murah rezeki...

Wednesday, October 16, 2013

WW#19: Harga Rumah







p/s: Cuti-cuti macam nie, survey- survey kejap pasal rumah...sekali tengok harga..pengsan! =__="
Kalau gaji 6k pun dah susah nak beli rumah, inikan pulak kita yang gaji tak sampai 6k..Lagilah haru biru...Kita semua pun memang berimpian nak memiliki rumah, tapi dalam masa sama tak naklah hutang rumah sampai mati pun tak tentu lagi habis bayar ke tak?! Tiap-tiap tahun harga rumah makin lama makin mahal, dan kita sebagai golongan OBB (orang biasa-biasa) hanya mampu berdoa dan berusaha agar dapatlah memiliki sebuah rumah sebelum menjelang tahun 2020!

Sumber gambar: Google image


nota kecil : Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1434 H / 2013 M kepada semua umat islam diseluruh dunia..Hari nie saya bercuti, jadi rehat-rehat sahaja...ehehehee..;)

Saturday, October 5, 2013

Puisi: Nota Untuk Hati...




Aku hanya manusia biasa...
Walaupun selalu dilihat sabar, kuat dan tabah...
Tapi terkadang aku ini lemah juga...
Selalu juga aku terjatuh...
Tapi aku cekalkan saja hati ini untuk bangun kembali...
Walaupun hati ini tidaklah sekuat mana...
Tapi aku tabahkan saja untuk hadapi semua ini...
Apabila diri ini terasa rapuh dan patah semangat,
Lalu aku tepuk hati kemudian aku kata padanya:
"Kau harus sabar, kau harus kuat, kau harus tabah"
Kerana aku percaya yang dalam hidup ini dugaan dan cabaran adalah perkara biasa...
Kau harus percaya yang setiap masalah yang hadir itu membuatkan kau lebih kreatif berfikir..
Kau harus tahu setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya yang kau harus cari sendiri..
Mungkin tanpa dugaan dan cabaran yang berliku itu kau takkan tahu apa itu erti kuat dan sabar...
Mungkin dalam hidup kau itu kau harus tempuh onak duri berliku yang penuh suram dan kelam...
Selepas semangat tidak putus asa dan terus cekal berusaha kau akan nampak lorong cahaya...
Maka di situlah kau akan menjadi  seorang yang lebih menghargai kejayaan yang kau miliki,
Tanpa ada sikap angkuh atau sombong meninggi diri...
Percayalah kejayaan selepas pelbagai cabaran pasti akan terasa lebih manis dan indah..
Maka hadapilah hidup ini dengan tabah dan usah sesekali melatah...


P/s: Puisi ini adalah nukilan saya sendiri selaku pemilik dan penulig blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Hakcipta terpelihara.



Nota kecil: puisi ini diilhamkan pada 30.09.2013, tapi terlewat untuk di publish kan di sini..

semoga kita semua menjadi insan yang  tabah dan sabar menghadapi hidup yang berliku dan ada akhirnya akan mencapai apa jua impian kita dan pada akhirnya akan bertemu jalan bahagia buat selamanya....Sebelum meninggalkan coretan ini, mari tonton video yang menarik ini..Saya baru jumpa di youtube hari ini..Ia sangat menyetuh hati saya, hingga boleh mengalirkan air mata..Ia sangat bagus dan baik serta bermanfaat untuk ditonton...



Don't Be Sad: Allah Knows



Antara yang dikata dalam video ini adalah:


"In times of trials and tribulation,

You have a decision to make,
Either you can get closer to Allah SWT,
And that is your way to paradise,
Or you can decide to live with your pain,
Seek the pity of people,
And let the pain get worse,
And create you own destruction,
He who has Allah has everything..."

"Don't ever be sad, 

Because Allah with you,
This life is not worth being sad,
So you should always smile,
Even sometimes you feel upset..."

ayat-ayat ini mebuatkan saya rasa kuat dan tabah semula... :') 

Semoga anda semua juga tabah sentiasa... :)





Kredit Gambar: Google image

Kredit Video : Youtube:  SoldierofAllah2

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...