Translate

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H / 2013M

sya. merpatputih88
*Click Pada Gambar Untuk Bersarkan Imej*

Di Kesempatan Ini Saya Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf, Zahir Dan Batin, 

Buat Semua Yang Mengenali Diri Saya Secara Dekat Mahupun Pembaca Laman Blog Ini & Rakan -Rakan Blogger Sekalian Yang Saya Kasihi....

Maaf Kan Saya Atas Segala Khilaf Saya.... Andai Ada Tersilap /Terkasar Bahasa, Terkurang Dan Terlebih / Tingkah Laku Sepanjang Tempoh Perkenalan Kita Ini Yang Membuatkan Kamu Semua Tersinggung Perasaan Dekat Mana-Mana, Terguris / Terkecil Hati ..Jika Ada Penulisan Saya Disini Sepanjang Saya Beblogging Ini Ada Mengguris Hati Kamu....Saya Dengan Rendah Hati Memohon Maaf Sekali Lagi...


kanak-kanak berlari-lari,
Sambil berlari terlanggar tin,
Saya ingin mengucapkan Selamt Hari Raya Aidilfitri,
Mohon Maaf Zahir & Batin...

Pergi memancing menangkap ikan,
Menangkap ikan untuk dimakan,
Salah silap harap dimaafkan,
Makan dan minum harap dihalalkan... (^___^)  (^____*)


Dengan Ingatan Tulus Ikhas:
Sya.....

Sunday, July 28, 2013

Beli Baju Raya Dengan Mudah


 Hai awak-awak semua yang comel-comel dan cun-cun sekalian...
Sekarang nie semua benda kita boleh berurusan dengan mudah guna internet jer kan...
Nak shopping pun senang secara online nie...
Sebab tak payah lah kita susah-suah nak berasak-asak pegi shopping mall, tak payah risau nak cari parking..
Lebih-lebih lagi bagi kita-kita nie yang bekerjaya, nak beli baju raya pun tak sempat kan..
Balik kerja jer pun dah penat, nak masak  lauk buka puasa lagi, mana nak pegi terawih lagi..
Jadi untuk jimat masa kita boleh shopping online jer senang...
Sambil duduk-duduk depan laptop tu kita boleh shopping sekali... :)
Kan dah jimat masa... :)
Meh sini kita nak share kat awak tempat untuk shopping baju raya secara online yang jimat masa duit dan tenaga...
Sekarang nie diaorang tengah buat promosi sempena nak raya nie...
Banyak pilihan tau baju-baju dia...Cantik-cantik pulak tu...! (^___*)


UTTA DOT MY (JM0656753-H). Usahawan Terbilang Textiles & Apparels (UTTA). 
Pemborong Kain Pasang, Baju Kurung & Jubah Moden/Manik Berkualiti dengan Perkhidmatan yang Professional. Lokasi Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor. 
Anda berminat untuk mula berniaga kain & baju kurung? Sila hubungi kami melalui talian 011-2720-7606(Puan Farhah) atau 013-6065-101(En. Yasir), kami sedang MEMILIH & MELANTIK agen-agen & pengedar baru yang SERIUS & Professional sempena pelancaran syarikat & musim perayaan 2013 ini.


Facebook Page:      https://www.facebook.com/uttadotmy
Website:                http://www.utta.my/ 


Meh sini cuci mata tengok macam-macam pilihan yang ade... :)

Yang nie baju kurung pahang vietnam silk...


Jubah Lycra..Sesuai buat pencinta jubah....


Thai silk Exclusive..


Peplum...Sesuai untuk kita-kita yang berjiwa muda dan dah bosan dnegan baju kurung....


Siap satu set dengan tudung nie...Memang sangat berpatutan... :) 
berbaloi-baloi... :)




RM300 untuk empat pasang baju... :)


Yang nie pulak koleksi maxi dress... :)



Jadi apa tunggu lagi...?
Takkan tengok ajer kot...?
Cepat-cepatlah rebut peluang sempena diskaun raya nie, sementara stok masih ade.... :) ;)

 Jom shopping!!!!  https://www.facebook.com/uttadotmy



p/s: Baju kurung yang model nie pakai  saya dah beli kat sini, memang berbaloi..Saya suka material kain lycra dia dan siap ade manik-manik lagi...Memang sangat puas hati... Siap dapat free tudung lagi..haa siapa taknak kan...??

Sunday, August 19, 2012

Ucapan Raya

         (klik untuk besarkan imej)


Assalamualaikum wbt...

Buat semua pembaca, pengunjung blog http://merpatiputih88.blogspot.com,
saya di sini ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aildilfitri dan Maaf Zahir Batin buat semuasaudara se-Islam ku..
Jika diriku ada tersilap dan salah, ada melukai hati kamu semua sepanjang diri ku ini menulis di blog ini, Jika kamu ada terkecil atau terasa hati, diriku ini ingin memohon ampun dan maaf...
Jua kepada sesiapa yang mengenali diriku secara realiti, jika diriku ada terkasar/terkurang bahasa , tersilap tingkah laku hingga membuatkan kamu semua terasa atau terkecil hati ampun dan maaf jua diriku pinta...

Diriku ingin mengucapkan buat semua sahabat dan saudara se Islam ku agar kamu semua sentiasa bahagia dan ceria hendaknya,
Semoga Aidilfitri ini memberi seribu satu ketenangan dan kebahgaian buat kita semua...

Buat adik-adik sekalian ,nasihaku kepada mu jangan main mercun, takut terputus jari pula, sayangilah tubuh badan kamu itu anugerah dari Illahi...
Jika adik-adik kecil ku, jika kamu hendak beraya mengumpul duit raya dari rumah ke rumah, harap berhati-hati, bawalah sahabat dewasa bersama. Bukannya apa, diriku ini bimbang andai kata adik-adik kena culik oleh orang jahat aka penculik yang memang suka dengan kanak-kanak...


Buat mereka yang telah dewasa, jimat-jimatlah berbelanja dan jangan terlalu boros berbelanja untuk raya,
Takut nanti lepas raya hutang-hutang kamu bertambah pula...
Oh ya, dalam pada kamu berjimat, jangan pulak kamu menjadi si tangaki jering yang kedekut nak beri duit raya pada kanak-kanak yang datang beraya sampai kamu tutup pintu dan tingkap semua,
Bila ada yang ketuk pintu kamu cakap "Takde orang kat dalam rumah"..Alahai peliknya, tiada orang di rumah jadi siapa yang bersuara? rumah boleh bercakap barangkali..?
Juga buat yang akan memandu, hati-hati dijalan raya, jangan pandu terlalu laju, ingatlah orang yang tersayang,sanak saudara yang menunggu rindu untuk bertemu kamu, dan mereka pasti tidak mahu kamu pulang dengan tubuh badan kaku tidak bernyawa kerana kemalanagan dijalan raya...
Pada yang sibuk measak didapur hati-hati semasa memasak ya, bukanya apa takut lah kalau kamu terlalai dan leka sampai rumah hangus dijilat api pula...


Memasak rendang untuk juadah raya,
Kuih raya & duit raya sudah sedia,
Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya,
Kalau sudi datanglah ke rumah saya...=)


Selamat Hari Raya Aidilfirti dan Salam Sayang dariku untukmu....(^___^)


p/s: Dah lama tak update blog, busy dengan kehidupan seharian...InsyaAllah lepas nie akan cuba luangkan masa lebih untuk blog nie...ehehehehe..Sambutan raya tahun nie biasa saja, kuih raya buat sendiri ada dalam 7 jenis, ada kek raya...Ingatkan macam nak kongsi resipi rendang daging  atau serunding udang kering yang saya selalau masak setiap tahun...Tapi tak sempat nak taip lagi...huhuhu..InsyaAllah saya kan cuba upload resipi tue kat sini...Sharing is caring kan..?

P/p.s: Sorry ye kad raya kita tak cantik..huhuhuhu.simple giler, doodle kita tue kita lukis guna excel dan touch up sikit guna paint, picmonkey.com dan photoscape..Kita budak baru belajar lukis doodle jadi doodle kita memang tak comel..uhuhuhu..Sorry sekali lagi kerana ada typo error biasalah kita memang selalu salah eja...=,="


Monday, August 29, 2011

Persiapan Raya...

~Gambar ehsan dari google~


      Hai semua...selamat petang..macam mana persiapan raya...? dah beres semua..? dah berapa percent siap ...? Wah..adik-adk mestilah seronok nak beraya, maklumlah dapat duit raya...=)
        
        Ok, sekarang saya nak cerita secara ringakas persiapan raya saya tahun nie...(^___^) 
Kita mulakan dengan ketupat:-



      Kat rumah saya nie tiap-tiap tahun kalau Hari Raya Aidilfitri mesti nak masak ketupat dan kadang-kadang ada ketupat + lepat..kalau ada balance daun kelapa confirm lah buat lepat...Saya memang tak padai nak anyam ketupat..kat rumah nie yang reti anyam ketupat cuma mak sorang jer...huhuhu..tiap-tiap tahun dah belajar tapi still fail..huhuhu..Saya cuma reti isi ketupat dan masak lauk-lauk untuk makan ketupat jer..huhuhu sedih..Tangan tak kreatif lah katakan..Nie gambar ketupat yang dah siap di anyam malam semalam, dan pagi tadi kami (saya+mak) isi ketupat dan  kemudian sesi merebus ketupat...


      Nie lah hasilanya, ketupat yang dah siap di rebus sebentar tadi..Tapi belum boleh makan lagi, esok baru boleh..hehehe..Ketupat yang dah siap di masak tadi adalah  dalam 100 biji...Banyak tak..? Apa beza ketupat dengan lepat..? Bagi yang tak tahu, ketupat nie isi dalam nya ialah beras / nasi dan manakala lepat pulak isi dalamnya ialah beras pulut /pulut..Saya lebih suka ketupat berbanding lepat, sebab alahan dengan pulut-pulut..boleh makan pulut tapi tak boleh banyak,kalau nak makan pulut  pun mesti kena makan nasi / roti dulu ...kalau  tak emmang sakit perut lah jawabnya..huhuhu..

Lauk-pauk Raya:-

        Nie satu-satunya lauk yang dah siap di masak tadi, iaitu serunding udang kering..Serunding nie boleh tahan lama tau..Lauk-lauk lain macam rendang daging (5kg daging) akan di masak malam nanti (lepas pukul 9 malam)..Lepas tue (tengah malam raya) baru masak sambal kacang pulak..Pagi raya baru masak lauk yang seterusnya iaitu kuah lodeh...Lauk-lauk lain tue belum boleh di upload kat blog lagi, sebab belum siap di masak..huhuhu..Tapi bahan-bahan untuk masak lauk-lauk nie semua dah di siapkan beberapa jam tadi..Lepas tue terus kemas-kemas rumah dan pasang langsir raya...

Kuih Raya:-

                  Nielah kuih raya saya tahun nie..tak banyak pun, cuma ada 7 macam jer...hehehehe.. Siap buat semua jenis kuih raya nie pada 25.8.2011..Modal untuk buat semua jenis kuih nie adalah dalam anggaran RM250.00..Setiap satu jenis tue dapat dalam lebih kurang 200++ hingga 500++ keping kuih..Kuih buat sendiri nie lebih jimat dan kita lebih berpuas hati dari segi kualiti, rasa dan takdelah nak curiga tentang tahap kualitinya (macam kes kuih raya ade ulat tue..)...Kalau beli macam nie punya banyak mesti kena keluar bajet lebih dari nie kan..So lebih baik buat sendiri, jimat..nak beri kat nenek dan sedara mara pun takde hal..=)
Dekat balang kuih tue siap mak saya dah letak nama kuih, dan mana-mana kuih yang untuk bagi nenek dan sedara mara balang kuih tue siap dah di slotep..(kes tak nak bagi saya makan kuih curik2 masa waktu berbuka..hehe...). Dulu masa kecik pernah pecah kan balang kuih raya mak, ehehe..masa tue suka sangat makan kuih mazola sampai pecah bederai balang kuih tue...dulu kecik-keci janji nak belikan baru bila dah besar, sekarang dah belikan baru, tapi tak sama dengan yang dah pecah tue..Jenis-jenis kuih tahun nie adalah:-

-Biskut Kacang Mazola
-Biskut Suji Badam
-Biskut Walnut Nescafe
-Bisut Kismis
-Biskut Kelapa Coco
-Biskut Coco Crunch
-Cornflakes Chocolate

 Jenis-jenis kuih yang di beli pulak adalah sepert kerepek-kerepek, dodol dan kuih batang buruk (nie kuih fav mase kecik2...)


Baju Raya:-

      Baju raya untuk saya cuma 4 pasang jer..ehehee..semua beli sendiri tau..! Iaitu sepasang jubah, dua pasang baju kurung pahang, dan sepasang baju kebaya..Tahun nie first time nak try pakai jubah, colour hijau lak tue..hehe..Tahun nie jugak first time saya pakai baju kurung Pahang dan bukan baju kurung Johor seperti sedia kala..Nak bertukar angin mungkin, hari-hari pergi kerja dah pakai baju kurung Johor kan..Tapi saya fikir esok saya nak pakai baju kurung Pahang colour merah..Sebab, malam tadi Machester United dah menang 8-2 masa membelasah Arsenal..hahahaha..GloryGlory Man U..!! (^___^)
     
       Tahun nie jugak saya belikan emak dan ayah baju raya, dah dari kecik mak dengan ayah belikan  baju raya, bila dah kerja kenalah belikan untuk mereka pulak..Iaitu sepasang baju melayu untuk ayah dan 3  pasang baju kurung untuk emak..

Duit Raya:- 

 Sama macam tahun lepas, saya dah tak dapat duit raya lagi..huhuhu..dan sama jugak macam tahun lepas kena lah spend duit untuk bagi bebudak yang datang rumah dan duit raya untuk mak ayah saya ..


~Nielah gaya hidup orang yang dah kerja, semua kena keluar budget..jadik kenalah jimat cermat..Sekarang dah besar dah tak dapat duit raya lagi, tapi kalau ada yang nak bagi kecik tapak tangan stadium olimpik saya tadah kan..ehehehe..(^____^)~

~Sebagai anak perempuan sulung dan juga merupakan anak tunggal dalam family kecil saya nie..Saya bertanggungjawab untuk buat persiapan raya dan uruskan pasal hal-hal yang berkaitan..Ha.. sape kata anak tunggal  jenis tak boleh harap + manje terlebih..? Anak tunggal nie lagi lah tanggungjawab besar tau..~

Sunday, August 28, 2011

Ucapan Hari Raya 2011 (^___^)

Sorry, kat raya tak cantik..tak pandai sangat nak design..huhhuhhu.. =p
Erkk..sejak bile pulak ade tanda kat tepi idung tue..(~__~)"


Di Kesempatan ini saya , pemilik dan penulis blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang pernah melawat dan membaca blog saya ini...
Saya juga ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada kamu semua yang pernah membaca entri-entri saya, yang pernah berkunjung ke blog ini , yang menjadi kawan-kawan merpati di sini. Jika ada terkasar bahasa, terguris rasa, terobek hati dan tersinggung perasaan kalian kat mana-mana sepanjang membaca penulisan saya yang banyak kelemahan ini...Saya mohon ampun dan maaf sekali lagi...
Jutaan terima kasih kerana sudi berkunjung blog picisan saya ini dan terima kasih kerana  sudi meninggalkan comment serta menjadi sahabat saya di sini...
Saya doakan agar kamu semua selamat dalam perjalanan ketika pulang beraya ke kampung halaman masing-masing dan sentiasa beroleh kesihatan yang baik serta di murahkan rezeki...
Dan semoga kamu semua sentiasa ceria-ceria dan bahagia di pagi yang mulai nanti...

~Makan ketupat di pagi raya,
Sambil mendengar lagu raya,
Hati-hati di jalan raya,
Jangan sampai kena saman pula ya...~

~Penat sungguh membuat persiapan raya,
Hilangkan lelah sebentar di tepi beranda,
Dalam sibuk kita beraya,
Jangan dilupa pada yang tiada....~


~Budak-budak bermain bunga api,
Bunyi mercun pula memriahkan suasana,
Hati-hati menyambut raya nanti,
Jangan sampai melecur cedera kat mana-mana...~


~Tengah bergossip sambil makan kuih raya,
Tersedak tergolek bila terdengar bunyi meriam tin,
Saya nak ucapkan selamat hari raya,
Mohon maaf zahir dan batin...~



Nota:- Entri adalah cetusan idea sepenuhya penulis blog ini..Maaf pantun tak berapa nak menjadi..ehehehehee...

Saturday, November 21, 2009

Wat Kuih Raya....

Diam tak diam minggu depan dah raya....Hari raya Aidiladha...dalam 3 ari yg lepas cik merpati bersama-sama mak buat kuih raya untuk menyambut hari raya qurban ini....bukan ape...sebenarnya masa hari raya aidilfitri yang lepas ingat nak buat 9 macam biskut raya tapi tak sempat...kami sempat siapkan 6 jenis biskut raya sahaja...jd, ada lah bahan-bahan yang lebih tue... so, untuk tak membazir kami buatlah biskut untuk raya haji ini...penat tue memang lah penat..sebab lepas balik kerja je, rehat-rehat jap (makan&solat) pastue terus buat kuih...cik merpati suka buat kuih malam-malam coz x penat sangat...cuace pun sejuk x lah panas...lgpun siang cik merpati kerja...sape lak nak tolong mak lak nnt kn...lgpun ari ahad dah kne pegi kelas memandu...jd dah tak de mase...nie lah antara kuih yng sempat cik merpati siapkan...

Biskut cornflakes rangup...
(bahan: tepung gandum,mentega,gula,telur,essen vanilla,tepung jagung,kelapa kering, buah-buahan campuran& cornflakes)
Biskut Walnut Nescafe...
(bahan: walnut,nescafe, gula,mentega,telur,tepung gandum,tepung jagung,essen vanilla)
Biskut Tepung Campuran...
(mentega,gula,telur,essen vanilla,tepung gandum,tepung beras + tepung sagu-disangai, kelapa kering)

terlupa lak nak bawa gmbar dalam pendrive nie...huhuhuhu...
nnt ble cik merpati ada masa cik merpati akan update blog nie dan upload gmbar2 terkini k...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...