Translate

Showing posts with label puisi(cinta). Show all posts
Showing posts with label puisi(cinta). Show all posts

Thursday, October 12, 2017

Puisi: Menyendiri....




Jangan ditanya kenapa aku memilih menjauh diri...
Jangan ditanya kenapa aku berjauh hati...
Jangan ditanya mengapa aku berdiam diri...
Jangan ditanya kenapa dan mengapa lagi...
Kerana apabila aku bersuara nanti tetap akan dipersoal lagi...
Lebih baik aku begini...
Merawat dan menjaga hati sendiri...
Itu lebih baik buat masa ini...
Biar aku dilihat "JAHAT" di mata semua...
Tak mengapa aku dah biasa...
Terbiasa disalahkan atas alasan yang aku juga tak pasti...
Terbiasa dilukai dan terluka berkali-kali...
Aku cuma manusia biasa...
Juga punya hati dan perasaan yang perlu dijaga...
Aku bukannya insan yang suka bermain tarik tali...
Jika tidak katakan tidak...
Jika ya katakan ya...
Usah bermain tarik tali...
Kau pijak hatiku lagi dan lagi...
Kau guris hatiku berkali-kali...
Sakitnya luka itu aku pendamkan sahaja sendiri...
Kau datang dan pergi sesuka hati...
Ibarat aku tak punya nilai di mata kamu...
Siapa aku di hati kamu...???
Aku juga tidak tahu...
Keliru aku sungguh keliru...
Sikap dan layananmu mengelirukan aku...
Pening memikirkan sikapmu...
Kenapa kamu begitu...?
Adakah aku cuma sandaran sementara...?
Sementara kamu kekosongan menantikan cintanya dia...??
Tapi....
Sudahkah kamu lupa...
Kamu datang kepadaku membawa sejuta harapan...
Kamu datang bersama bintang bulan impian masa depan...
Lalu mengapa kamu juga yang memusnahkan harapan dan impian itu...???
Mengapa kamu mungkiri janji-janji kamu kepadaku...???


p/s: Puisi ini adalah ciptaan dan idea sepenuhnya saya selaku pemilik dna penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Sebarang bentuk ntuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Hakcipta terpelihara.

sumber gambar: google image


Tuesday, June 23, 2015

Sketsa Bukan Cinta Pertama







Terluka kerana cinta itu biasa...
Aku dah penat nak "jatuh" cinta...
"Jatuh" cinta buat aku terasa sakit...
Indah yang dikhabarkan hanya sementera...
Tapi sakit, sengsara, derita sepanjang masa...
Jadi untuk apa lagi aku "jatuh" cinta...?
Untuk sakit hati lagi?
Untuk kecewa sekali lagi...
Sungguh aku dah penat hendak lalui semua itu lagi..
Melalui fasa berkenalan hingga terputus cinta...
Aku Penat...
Penat nak bereksperimen kemudian gagal lagi...



Usah kamu berkata begitu...
Kerana dulu aku juga pernah terluka seperti kamu...
Aku tahu apa yang kamu rasa...
Kecewa dan kecewa kerana ditinggal cinta lama...
Aku juga sudah penat nak "jatuh"  cinta kemudian terluka lagi...
Tapi cinta kamu terlalu istimewa untuk dilepaskan pergi...
Kerana dari saat pertama bertemu aku sudah dapat rasa keserasian cinta kita...
Sebab itu aku tidak mahu mengalah untuk mendapatkan cinta kamu...



Disaat hatiku terluka dan kecewa...
Kamu hadir membawa sinar dan harapan baru...
Hadirnya kamu membawa makna baru dalam hidupku..
Hadirnya kamu menceriakan hari-hariku yang dulunya kelam dan suram...
Cinta dari kamu membuat aku merasa erti bahagia bila disayangi...
Dulu aku hanya melihat dan membaca kisah bahagia orang lain...
Tapi saat ini aku dapat merasaai erti bahagia itu bersama kamu...
Hadirnya kamu berjaya membuat aku tersenyum semula...




Aku tidak mahu berjanji aku tidak akan kecewakan kamu...
Kerana aku tak mahu menjadi munafik bila gagal menepati janji..
Namun itu tidak bermakna cinta aku kepada kamu itu palsu dan dusta belaka...
Tapi itu adalah kerana aku hanya manusia biasa...
Aku juga punya banyak kekurangan dalam diri ini yang perlu diperbaiki...
Aku harap kamu boleh menjadi payung pelindung buat diri ini...
Aku harap kamu dapat membantu memperbaiki kekurangan diriku...
Nasihatilah aku, tegurlah aku jika aku ada tersilap dan tersalah langkah...



Jika kau tanya kenapa aku jatuh cinta kepada kamu...
Aku tidak dapat memberi sebarang jawapan...
Kerana cinta itu sukar untuk digambar dengan kata-kata...
Kerana ia terlalu indah dan terlalu istimewa...
Kamu mungkin bukan cinta pertama buat aku...
Begitu juga dengan diriku...
Tapi itu bukan bermakna cinta kita tidak istimewa...
Bahagia itu dapat kita rasa bersama kini dan harap ia kekal selamanya...
Aku harap cinta kita akan berkekalan hingga ke Jannah akhirnya...









Tajuk Lagu: Babak Cinta (O.S.T Drama Bukan Bidadari TV3)
Penyanyi Tengku Adil


Nota: Puisi ini adalah sepenuhnya ciptaan dan idea saya selaku pemilik dan penulis blog ini (https://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang kekhilafan harap dimaagkan. Sebarang bentuk penerbitan semula dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali.Hakcipta terpelihara...

Sumber gambar: google image...

P/s: Sebenarnya saya dah lama nak buat cerpen bersiri tajuk macam nie, tapi tak ade masa...
Daripada terbiar jadi draft ajer lebih baik saya ubah ianya jdi puisi sketsa... Pendapat saya, setiap dari kita pasti akan berjumpa jodoh masing, masing... Cepat atau lambat masanya pasti tiba juga... Jadi jangan putus asa, kerana setiap orang berhak untuk rasa bahagia...  Btw, kalau ada yang tanya terciptanya puisi ini adakah ia petanda saya sedang dalam mood bunga-bunga cinta...                     Tidak sama sekali... Saya masih single dan masih tercari-cari cinta sejati..  huhuhuhu... :p



Tuesday, December 9, 2014

Kosong...


Hati ini kosong...
Jiwa ini sepi..
Aku cakap jujur tidak bohong...
Aku lihat sekeliling semua telah berpunya...
Satu demi satu sahabat-sahabatku terpisah denganku...
Dulu... Kami selalu bergurau ketawa dan bersiar-siar bersama...
Dulu... Kami selalu isi masa lapang sama-sama...
Kini semuanya tak macam dulu...
Dulu itu hanya tinggal kenangan...
Kini aku seorang di sini...
Menunggu apa aku pun tak pasti...
Merindui apa dan siapa aku pun tak mengerti...
Sekarang aku harus terima ini usia dewasa bukan remaja lagi...
Di usia ini kau akan sunyi apabila satu demi satu sahabat memulakan langkah baru...
Ternyata kita semua punya laluan hidup yang berbeza...
Bagaimana rapat pun persahabatan kita, perpisahan itu adalah pasti...
Suka atau tidak harus kita hadapi...
Tapi hati ini masih lagi meratapi kesunyian ini...
Aku mahukan seseorang namanya pendengar setia...
Aku perlukan seseorang namanya pembakar semangat saat aku patah sayap...
Aku inginkan seseorang yang boleh aku kongsi suka, duka, ketawa dan airmata bersama...
Aku perlukan seseorang yang akan menemankan aku sampai tua...
Masih adakah cinta sejati di luar sana untuk aku ini???
Masih adakah ia?


Puisi ini adalah nukilan saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com)
Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Hak cipta terpelihara.

Sunday, July 7, 2013

Cinta Yang Pelik



Kadangkala kau boleh jatuh cinta tanpa pernah kenal dia..
Malah kau tak pernah jumpa dia tapi kau dah jatuh cinta...
Kadangkala kau baru pandang dia beberapa saat saja kau dah jatuh suka..
Tapi adakalanya perlu masa juga untuk jatuh cinta..
Kau dah kenal dia bertahun-tahun tapi kau langsung tak cintakan dia..
Cinta, kadangkala kau beri cinta pada orang yang tak cintai kau...
Tapi apabila orang yang mencintai kau bersungguh luahkan rasa cinta kau tolak mentah-mentah pula..
Bila orang yang kau cinta tolak cinta kau, kau kata dia kejam dan buta untuk menilai..
Tapi bila kau tolak cinta orang lain, kau kata kau tak mahu hipokrit cintai orang yang tak kau cinta..
Cinta adakalanya mudah berubah kerana jarak dan masa...
Bila kau dan dia sudah jauh maka akan ada cinta lain yang mula mahu tumpang berlabuh..
Tapi adakalanya waktu dan jarak bukanlah sesuatu hal yang besar bila kau dan dia saling setia dan percaya..


Cinta... adakalanya apabila kau jatuh cinta kau boleh jadi buta...
Orang kata cinta itu buta...
Tapi orang yang sedang jatuh cinta itu tak sedar sebenarnya mereka yang telah menjadi buta...
Semuanya berkenaan diri dan tingkah laku orang yang dia cinta nampak cantik dan elok sajhaa...
Bila kau tahu tingkah buruk si dia, kau maafkan saja..
Bila kau ternampak dia curang depan mata kau masih diamkan saja..
Bila orang disekeliling kau tak suka si dia, kritik si dia, kau bermati-matian backup si dia..
Kau kata mereka semua itu dengki dan iri hati...
Padahal kau pun tahu hakikatnya si dia itu memang bukan yang terbaik...
Tapi kau tetap anggap dialah yang terbaik, yang sempurna serba serbi...
Kau tetap pertahankan cinta kau dan si dia..
Malah sanggup cari jalan mudah lari dari rumah pula..
Kau buang semua kawan dan saudara mara malah orang penting dalam hidup kau, iaitu ibu bapa...
Kau bagi di peluang dan ruang...
Sampaikan hati kau sendiri dah menanah dengan dia punya bohong dan temberang...
Cinta adakalanya manusia buta untuk menilai antara cinta bersandar nafsu atau cinta yang ikhlas..
Kerana cinta adakalanya manusia sanggup gadaikan semua, korban kan segalanya..
Ada sesetengah masa cinta boleh membuat manusia jadi gila...
Ada sesetengah masa cinta boleh buat manusia jadi hanyut dan sanggup pula buat semua kerja gila..
Adakalanya manusia mudah juga obses cinta...
Terkejar-kejar dan tercari-cari cinta...
Konon katanya tak boleh hidup tanpa cinta..
Konon katanya sunyi hidup sendiri tanpa rasa cinta...


Cinta, adakalanya kata hati dan kata minda kita tak seiring dan tak selangkah...
Hati kita kata kita masih cintakan dia walaupun dia dah buat kita menderita...
Tapi minda kita kata baik lupkan dia, ada insan lain yang lebih baik dari dia..
Dan kita ini adakanya mudah ikut kata hati yang buta berbanding ikut kata minda yang celik..
Kadangkala cinta itu pelik juga bukan?


p/s: Entry ini adalah sepenuhnya coretan dari hati saya...Tercipta nya entry ini selepas saya menhabiskan amsa cuti dua hari ini dengan membaca novel cinta yang berbunga-bunga lagi jiwang..ehehehehe...  Jika ada silap dan salah harap dimaafkan..  Oh ya, maaf kerana kasar gaya bahasa aku dan kau itu...Maaf sekali lagi..

Kredit gambar: Google image

Tuesday, June 18, 2013

Sketsa Cinta Awak Dan Saya...




Saya mungkin bukan pasangan idaman awak...
Saya mungkin kurang memberi masa untuk awak...
Saya mungkin selalu sibuk dan kadangkala terlampau sibuk sampai tiada masa untuk awak...
Saya sibuk dengan kerja-kerja saya, sibuk dengan business saya...
Saya selalu terpaksa batalkan janji kita untuk keluar sama-sama, Semuanya sebab saya perlu meeting dengan clients, Semuanya atas urusan kerja..
Saya batalkan janji kita bukan kerana saya curang dengan awak, tapi sebab saya terlalu sibuk dengan kerja...
Semua ini demi masa depan kita bersama juga...
Saya kuat kerja untuk kumpul duit demi keluarga kita dan demi untuk buat awak gembira...
Saya mungkin tak pandai nak bagi awak bunga-bunga...
Saya mungkin tak pernah bagi awak ayat jiwang romantik yang boleh buat hati awak berbunga...
Saya mungkin tak pernah bagi awak hadiah-hadiah mahal...
Tapi saya nak awak tahu cinta saya terlalu mahal untuk di nilai..
Saya nak awak tahu yang saya sayang awak untuk selamanya..
Walaupun saya tak tunjuk  sayang saya dekat awak untuk dilihat satu dunia..
Walaupun saya tak gemar update status jiwang berbunga di facebook dan twitter..
Tapi sayang saya pada awak adalah sampai hujung nyawa..
Sayang saya pada awak adalah ikhlas dari lubuk hati dan tak mungkin berganti atau terjual beli..
Walaupun saya kurang gemar beri password pada awak..
Itu bukan bermakna saya curang belakang awak...
Itu juga bukan bermakna saya beri cinta palsu pada awak...
Walaupun ada ramai perempuan yang berminat pada saya...
Tapi saya nak awak tahu yang saya  hanya minat pada awak seorang sahaja...
Hanya awak seorang sahaja gadis yang ada di hati saya..






Mungkin awak tiada masa untuk saya...
Tapi saya faham awak selalu sibuk banyak kerja...
Mungkin mereka selalu kata awak curang dengan saya...
Tapi saya tetap percayakan awak sampai bila-bila...
Mungkin awak tak pernah beri saya bunga,
tak mengapa kerana saya memang tidak gemar pada bunga..
Mungkin awak tak pernah beri saya hadiah mahal-mahal,
Tapi saya tahu yang cinta awak pada saya sangat mahal..
Saya tahu yang awak sayang saya walaupun tanpa hadiah itu semua...
Sebab awak sentiasa ada dengan saya, susah senang kita bersama...
Awak yang terima diri saya seadanya..
Awak yang terlalu ambil berat tentang saya...
Awak yang sentiasa ada ketika saya sakit..
Awak yang selalu beri saya nasihat, teguran, kata-kata semangat dan motivasi..
Itu semua sudah cukup untuk saya tahu yang awak ikhlas sayangkan saya...
Mungkin awak tidak terlalu terbuka berbicara tentang cinta kita di facebook dan twitter...
Itu tidak mengapa buat saya, asalkan kita berdua tahu yang kita saling mencinta...
Maka untuk apa perlu dijerit pada satu dunia..?
Asalkan hati kita ikhlas untuk bersama selamanya, maka tak perlu dihebah kita sedang terlampau bahagia...
Biarlah kita jaga batas privacy kisah cinta kita...
Biar ia menjadi warisan cerita buat anak cucu kita sahaja...
Awak mungkin bukan Takeshi Kaneshiro,
Tapi saya nak awak tahu yang awak adalah hero yang bertakhta di hati saya selama-lamanya..




P/s: Entry ini adalah hasil nukilan sepenuhnya saya selaku penulis blog & pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Terlahirnya tulisan ini sebenarnya adalah untuk dikarang sebagai novel yang saya mahu hasilkan, tapi syangnya asyik bertangguh sahaja...Makanya dari tahun 2005 (mase tu umur saya 17 tahun)hingga kini masih tiada masa,buku tulis contengan tangan itu pun telah dimamah anai-anai... Jadinya serpihan tulisan itu tinggal lah menjadi coretan  ringkas yang penuh  jiwang berbunga begini, cuma ia diubah sedikit dengan seiring peredaran masa...Eh, perlu diingatkan semula tulisan saya ini tiada kena mengena dengan diri saya atau sesiapa jua, ia hanyalah nukilan fiksyen coretan saya...(^___^)

kredit gambar: Google image..

~lagu dari filem Sepet, ini lagu favorite saya pada  tahun itu ...~ 

Saturday, March 16, 2013

Puisi: Luka


Terluka dan dilukai oleh manusia  yang melukai...
Kata-kata dia umpama pedang yang menikam jauh di lubuk hati..
Hanya pandai berjanji tapi sering juga dimungkiri,
Hanya pandai bertutur manis apabila perlu,
Tapi janji hanyalah tinggal janji yang terbang menjadi debu...
Debu-debu kaca yang semakin memberi luka di hati yang kian mati...
Remuk hingga tidak tinggal serpihan saki baki...
Terbakar menjadi debu-debu asap yang berterbangan...
Panas umpama bara api,
Jika kau sentuh pasti terluka,
Tajam seperti duri,
Jika kau sentuh pasti tercalar,
Semakin banyak calar dan luka yang menyakiti,
Berdarah melimpah-limpah..
Tidak boleh sembuh lagi...
Jika ia dijahit maka bertambahlah bekas jahitan,
Terjahit terbelah-belah,
Menambahkan luka yang semakin parah...
Jadi haruskah luka itu dibiarkan berdarah...?
Haruskah dilayan remuk redam jiwa yang sedang marah?
Atau dibiarkan saja rasa marah terbiar pupus hingga ia lupus..?
Hati, usahlah kau benci dia...
Lepaskan saja dia, pasti kau sudah tidak akan merasa sakit lagi...
Hati, usahlah kau tangisi dia...
Kerana manusia seperti dia pasti tak pernah menghargai...
Pandanglah ke depan pasti bahagia lain menanti...

Nota:- Puisi ini adalah ilham sepenuhnya saya selaku penulis blog ini
(http://merpatiputih88.blogspot.com). 
Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Hak Cipta Terpelihara.
kredit gambar google image.

Thursday, February 14, 2013

Alahai Si Romeo Sambut Valentine Day....


Hari nie hari valentine day kan..?
Kita di momokkan hari ini adalah hari kasih sayang sedunia...
Makanya katanya, kau sebagai jejaka sejati  haruslah  beri bunga pada gadis-gadis yang kau sayang dan  cintai..
Sebagai lambang tanda cinta kasih kau pada gadis itu..
Jangan hanya hadiahkan sekuntum bunga, tapi kau haruslah jua beri hadiah besar-besar yang mewah lagi mahal atau sekurang-kurnagnya coklat sebagai pemanis muka...
Kau sayang dekat makwe , aweks (girlfriends)..?
Maka hari ini kau sanggup keluarkan duit lebih untuk belanja makwe(girlfriend) makan dekat restoran mewah atau hotel mewah..Nak nampak gempak dan romantik katanya..
Bagi kau yang bekerja, sanggup berjimat cermat berhari-hari, hidup hanya makan maggie kari semata-mata nak belanja awek (girlfriend) makan dekat tempat berbintang-bintang, hadiahkan barang yang mewah-mewah, teman si awek berbelanja sana sini konon shopping untuk hilangkan stress diri..
Padahal kau jua yang stress bila lihat bill macam nak pitam...
Semput sesak nafas macam nak sakit jantung, lalu kau tekan dada yang kian sakit picit kepala yang semakin pitam..
Kau bebel dalam hati : "Susah-susah aku kerja OT siang malam, kerja part time nak kumpul duit beli kereta sport, sekarang senang-senang aweks dan scandals aku habiskan duit aku..."
Tapi itu hanyalah monolog dalam hati kau, tidak terkeluar pula di kerongkong...
Enggan kau di gelar tak macho, kedekut dan tak sayang awek maka kau diamkan saja...
Kau lah mat romeo sejati punya awek(girlfriend) cantik , seksi yang  ramai boleh  bikin engkau senang hati...
Padahal engkau jua kadangkala tidak mengerti, awek itu hanya mahu duit mu saja buat penghibur hati..
Jika kau sudah papa kedana habislah semua awek kau itu cabut lari...
Tinggal lah engkau bersama poket kosong...
Masa itu barulah engkau hendak termenung...
Masa itu barulah engkau hendak meraung..
Lalu engkau kata "Awek aku tak guna, kikis duit aku saja!"
Ha...! 
Sekarang padan muka engkau, siapa suruh pasang awek(girlfriend) ramai-ramai...
Daripada kau sibuk mengorat gadis cantik disana-sini,
Bukan ke lebih elok engkau benikah sahaja, duit pun sudah cukup jadi apa tunggu lagi..?
Pasti kisah cinta kau jua lebih diberkati, bila ia tersimpul terpatri rapi dalam ikatan suci...
Alahai jejaka romeo...
Adakah hari valentine ini kau mahu menjadi romeo lagi...?
Masih tak serik-serik diri dikecewai...?
Alahai valentine day,  itu hanya leburkan masa dan duit poket kau sahaja..!
Daripada kau sibuk bazirkan duit berbelanja aweks(girlfriend) dan scandals lebih baik kau gunakan duit itu untuk menderma kepada insan-insan yang memerlukan bantuan sewajarnya iaitu mereka yang berada nunu jauh di Palestine sana...!




P/s: Entry ini adalah keseluruhannya adalah cetusan idea dari saya sendiri. Ia hanyalah luahan pendapat saya iaitu seorang gadis biasa yang tidak bersetuju untuk menyambut hari valentine dan tidak pernah menyambut hari valentine seumur hidup..! Maaflah jika ada yang terguris hati kat mana-mana...kredit gambar google image..

Pendapat saya, cinta tak boleh diukur dengan emas,hadiah mewah, bunga ros dan sebagainya..Cinta itu lebih nilainya daripada nilai harga hadiah-hadiah itu...Dalam cinta haruslah ada jujur, setia, toleransi, persefahaman, bertolak ansur dan amanah..Itulah nilai yang lebih berharga berbanding dengan hadiah-hadiah atau bunga...:)


Entry ini adalah sambungan daripada entry:

Katakan Tidak Pada Valentine Day

Saturday, May 14, 2011

Puisi:- Adakah Aku Ego? (Versi Jejaka)


Walaupun aku telah buang kau jauh...
Walaupun aku telah pergi meninggalkan kau....
Jauh dan semakin mejauh...
Walaupun aku rela melapaskan engkau pergi...
Hilang dan terus menghilang dari pandangan mata...
Walaupun kini aku sudah bersama dia..
Ya dia yang engkau fikir dialah insan yang aku sayang..
Walaupun berkali-kali aku kata aku benci kau..
Walupun berkali-kali aku kata aku dah melupkan kau..
Tapi..
Aku hanya ingin engkau tahu..
Pada saat engkau pergi aku ingin engkau kembali..!
Ya kembali kepada ku..
Dan memberikan aku peluang kedua atas kesilapan yang aku lakukan kepada mu...
Tapi aku tak mahu berkata bergitu...
Kerana aku tak mahu kau pandang aku sebagai lelaki lemah..
Aku tak mahu kelihatan kalah dan mengalah di hadapan kau wahai wanita..
Aku mahu kelihatan lebih segala-galanya berbanding kau...
Sebenarnya hingga saat ini aku masih merindui diri kau...
Tetapi aku tak pernah mahu memohon maaf kepada kau...
Ego kah aku???


Nota:- Puisi ini adaah ilham spontan sepenuhnya dari penulis blog ini(http://merpatiputih88.blogspot.com). Hak Cipta Terpelihara.Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali...
Gambar adalah diperolehi daripada google image.. 
Kamu bolehlah membaca kesinambungan dar puisi ini:-

Puisi:- Sebuah Kisah Yang Terpisah



.

Thursday, March 17, 2011

Puisi:- Biarkan Aku Sendiri


Sendiri dan menyendiri mereka kata ianya pasti sunyi..
Bila sendiri mereka kata pasti pasti hari-hari mu terasa kosong..
Bila keseorangan mereka kata pasti kamu akan berasa bosan..
Hidupmu pasti akan berasa kesunyian apabila tiada teman di hati..
Tapi bagi diri ku...
Biarlah aku begini ..
Kerana hati ini sudah terlalu terluka...
Kerana cinta ini sudah mati...
Kerana rindu ini sudah pergi..
Semuanya kerana pengkhianatan yang kamu lakukan..
Semuanya kerana hati ini tudah terlalu sakit untuk di sakiti..
Jadi biarlah aku sendiri..
Biarkan aku begini..
Aku rasa bahagia bila sendiri..
Mungkin situasi ini tidak akan bertahan lama..
Kerana pasti suatu hari nanti pintu hatiku akan terbuka jua kembali...
Ya, ia pasti terbuka untuk insan yang ikhlas dan jujur mencintai...
Yang pasti insan itu sudah pasti bukanlah dirimu..



Nota: Puisi ini adalah hasil nukilan dan ciptaan oleh pemilik blog ini (hhtp://merpatipuih88.blogspot.com). Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali...Hak Cipta Terpelihara. Ianya adalah hasil dari ilham spontan penulis semata-mata..
Gambar hanya lah hiasan smeata-mata..Gambar ini di peroleh daripada google image..

Monday, May 17, 2010

haiiii rindunyer dengan blog saya nie....

 sudah sangat lama rasanya saya x update blog saya nie...maaflah saya agak sibuk kebelakangan ini...dengan pelajaran, kerjaya...masa 24 jam , 7 hari seminggu rasanya terlalu singkat untuk saya...tapi apa boleh buat..semua org ada jumlah masa yg sama ....iaitu 24 jam sehari...jadi kita haruslah pandai membahagikan masa..cakap pasal bahagikan masa nie..suka saya nak menekankan bahawa pengurusan masa sangat penting bagi setiap org...tak kira tua atau muda..tak kira pekerjaan kita tahap akedemik kita...dan setiap semua yang kita lakukan, kita haruslah bijak mengendalikan masa....agar semua yg kita rancangkan menjadi...Jadi saya sarankan kita harus ada jadual yg tepat...
            oh ya...begitu pantas masa berlalu,kini sy sudah 21 thn 9 bln...dah tua ea...? x lar kowt...sy masih muda lg...kalau umur dah macam nie..mesti akan ade yg tanye:-
-Da ade steady bf?
-Bila nak kahwin?
hurmmmmmmmm....pada saya umur macam ni sepatutnye kita pikir pasal kerjaya,pelajaran, capai segala impian & cita-cita dulu barulah cinta sejati datang menyusul...
kahwin....................????
-jodoh belum sampai lagi...
-belum jumpa cinta sejati sy lagi..(P.S:- masih ade ke cinta sejati dlm zaman modern nie..?)
-masih banyak lagi impian dan cita-cita saya dan harapan ibu bapa saya yang saya belum tunaikan..
-saya mahu berjaya dlm kerjaya dan pelajaran dulu...
-saya mahu membahagiakan ibu bapa saya, balas segala jasa mereka...
-sebagai anak sulung dan juga anak tunggal saya bertanggungjawab menjaga,merawat dan menyara hidup mereka...(P.s: kalau saya nak kahwin, sy mahu suami yg memahami segala tanggungjawab sy t'hadap keluarga sy..dia juga perlu syg & hormat keluarga sy..)
-saya mahu kumpul seberapa banyak ilmu(pendidikan akedemik,agama,sivik,moral,pengetahuan am),pengalaman, kemahiran (seberapa banayak) dulu sebelum berkahwin...
-mahu mengembara,melancong ke sebarapa banyak tempat yang boleh...

Tapi...tak di nafikan setiap insan perlukan cinta...pasangan sejati...semua org mesti mahu berkahwin dan ada keluarga yg bahagia, ada anak-anak yang comel,bijak pandai...saya juga bergitu....tapi biarlah masa yang menetukan segalanya...Jodoh di tangan Tuhan...Buat masa nie saya mahu tumpukan sertus peratus perhatian pada pelajaran saya, kerja saya, emak & ayah saya sahaja dulu..sebab saya malas ak serbutkan kepala pikir pasal cinta ynag tak kemana nie..(ceh ayat x leh tahan kan...) So, saya harap lepas nie xde sesiapa akan tanya pasal dua soalan nie lg ye...Pada sy buat ape  bercinta kalau akhirnya kecewa@ merana...Saya xnak kecewa lagi...Tapi saya juga x serik utk jatuh cinta lagi...

Sunday, March 14, 2010

Poetry:- A little story of my love

You just like a moon at the sky,

And I just like a grass on the ground,

Look at u and look at me,

We were totally different,

We have ours different life,

We have ours different carrier,

We have ours different academic background,

We have ours different families background and status,

We live in ours different lifestyle,

We live in ours own “world”,

But don’t worry ,

I’ll still pray for your happiness until the end of my life,

Maybe the moon will never look at the grass,

But the grass still can see the moon until the end of time,

The grass still can fell the moonbeam even they were far away

And even they live in the different world,

Maybe I will never find my true love and soul mates or my true best friend,

Maybe true loved is not made for someone like me in this world,

Maybe no one will ever love me for who I am…

Is there still having another chance for me to find my true love and happiness?

Is there anyone will take me away and save me from this sorrow and loneliness life?

Is there anyone will love me just like love story in fairy tales?

Now, I just hope that I will find my Romeo and I will be his Juliet…

I’m just waiting here,

I just hope that someone will come to me,

And save my from the hell city of broken heart,

I just hope that he will bring me to heaven city of love in my reality life...

I just hope that I’m not dreaming right now…

ps:-this poetry was originally made by myself  www.merpatiputih88.blogspot.com~

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...