Translate

Showing posts with label zaman kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label zaman kanak-kanak. Show all posts

Saturday, June 27, 2015

Zaman Sebelum & Selepas Smartphone


1: 
Dulu: Handpohone yang paling top Nokia 6610 cuma boleh call n message...owh ye boleh jugak main game snake  &  buat nada dering  (kira dah canggih sangat lah tu)...

   Sekarang zaman Smartphone... Macam-macam jenama Smartphone dijual dipasaran...                 Boleh amaik gambar, boleh rakam video , rakam suara macam-macam App boleh kita install: game, aplikasi untuk study @ solat @ doa, edit-edit gambar dan macam-macam lagilah ... 

2:
    Dulu nak online kena pergi cyber cafe... Jarang ade rumah orang yang ade komputer nie... Kalau ade komputer sendiri kat rumah tu kira dah canggih manggih lah...Skrin komputer besar gedabak & kalau nak angkut kemana-mana macam nak pindah ke apa susah lah sebab berat...

        Zaman sekarang dah jarang orang guna computer... Sekarang nie lebih kepada Laptop, Laptop masa mula-mula dulu pun berat jugak & sizenya besar gedabak jugak... Laptop sekarang pulak dah canggih tak macam dulu-dulu, siap boleh cabut skrin Laptop dan dah jadi tablet... Laptop pun size dah makin kecik dah tukar nama jadik notebook, lebih ringan dan lebih mudah nak bawa kemana-mana...!


3:
     Budak-budak zaman dulu sebelum ade Smartphone & Tablet nie, semua masing-masing fokus kepada permainan yang "real" bersama kawan-kawan. Best betul bila dapat kumpul dengan member-member masa kecik-kecik dulu... Contoh permainan : congkak, gasing, guli, layang-layang, ting ting, kereta tamiya, lego, chess, dam ular, galah panjang, main sembunyi-sembunyi, tankap ikan sepat & ikat puyu kat parit dan macam-macam lagi. 

            Budak-budak zaman sekarang lebih kepada main game secara "maya". Main game style zaman sekrang takde kawan pun takpe. Boring...


4:
              Zaman dulu kalau buat ape-ape aktiviti fokus pada aktiviti tu jer & fokus kawan-kawan atau keluarga yang terlibat... 

       Zaman sekarang kalau buat ape-ape aktiviti semua nak post kat social media : bangun pagi update status,  nak makan update status, nak kemana-mana update status siap check in kat mana tempatnya, nak tidur update status... Kalau boleh semua benda nak beritahu satu dunia...


5.

      Dulu-dulu kalau sambut Birthday jer mesti meriah, masa nie lah ramai kawan-kawan , jiran-jiran , keluarga yang datang rumah sebab nak sambut Birthday kita... Dapat pulak banyak hadiah, best nye lah...Masa Birthday tu pulak siap buat macam-macam aktiviti untuk tetamu. Meriah betul dapat berkumpul ramai-ramai , buat aktiviti sama-sama dan borak-borak sama-sama... Kalau zaman study lagi haru siap kena baling tepung! Tapi meriah... :)


   Zaman sekarang bila Birthday tunggu jer lah... Mesti ramai yang bagi ucapan Birthday kat social media... Hurm...

6.

Zaman dulu kalau berkumpul dengan kawan-kawan atau keluarga dekat restoran atau kedai, mesti macam-macam cerita / topik yang boleh dibualkan sebelum tunggu pesanan makanan...Sambil merapatkan ukhwah orang kata... Dulu kalau pergi kenduri kahwin atau apae-ape majlis dengan orang yang kita tak pernah kenal bila duduk satu meja kita boleh jer jadik peramah dan berkenal-kenalan, dah bertambah kenalan kita...

Zaman sekarang...? Kalau duduk sebelah-sebelah pun tak bercakap... Masing-masing mengadap Smartphone @ Tablet jer lah... Hurm...


 Sumber gambar : Google Image

P/s: Ini adalah sekadar luahan spontan  dari saya selaku pemilik dan penulis blog ini: (http://merpatiputih88.blogspot.com) sebarang kekhilafan harap dimaafkan... Selamat berbuka puasa...

Waktu  berbuka untuk Johor Bahru,Johor pada hari ini 27.06.2015: 7.16pm

Thursday, June 18, 2015

18.06 : Selamat Berpuasa & Birthday Adik...


             Hari nie 18.06.2015 adalah hari pertama umat Islam diseluruh dunia menyambut bulan Ramadhan yang mulia... Bersyukur saya kehadarat Allah S.W.T kerana masih diberikan kesempatan buat diri ini dan kamu semua agar dapatlah kita meraikan bulan yang mulia ini. Dikesempatan ini saya selaku pemilik dan penulis blog ini ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa buat semua pembaca dan rakan-rakan blogger yang beragama Islam... Semoga segala ibadah kita dalam bulan ini berjalan dengan lancar. Semoga kita semua berada dalam kesihatan yang baik, agar dapatlah kita berpuasa dan beramal ibadah dengan sempurna... 


~nie gambar adik saya masa baby~


   18.06.1990 adalah tarikh lahir adik saya, Amirul Syafiq (nama manjer dia Adam). Kalau lah dia masih hidup, tahun nie genap usia dia 25 tahun... Dia adalah satu-satunya adik-beradik kandung yang saya ada. Dia satu-satunya adik saya, sayangnya dia kepada saya tak terperi... Masa saya demam teruk, dia sangat risau dan tak senang duduk... Makan pun tak lalu... Tapi sayangnya kami jadi adik- beradik di dunia nie tak lama... Cuma tujuh tahun sahaja... Pada tanggal 31.08.1997 jam 9.30 malam dia menghembuskan nafas terakhir... Adik meninggal sebab terjatuh masa tengah duduk-duduk kat tembok rumah jiran sebelah, tinggi tembok tu tu cuma dua kaki jer... Masa dia terjatuh pun dia takde tercedera sampai terluka atau berdarah pun tidak... Masa jam 7 malam barulah dia tiba-tiba sesak nafas, lepas maghrib mak hantar adik pergi hospital naik kereta pakcik (adik mak) dan ditemani sepupu saya... Saya tak pergi sebab kereta tak muat, ayah tak dapat pergi hantar ke hospital sebab ayah baru jer mula kerja kat tempat baru... Sebenarnya adik tak nak pegi hospital , tapi saya pujuk adik supaya pegi hospital... Akhirnya, Adik meninggal dunia dalam perjalan pergi Hospital ... Masa tu jalan banyak tutup sebab ada perarakan sempena sambutan merdeka... Memang tak sangka dia akan pergi secepat itu, sebab dia takde apa-apa penyakit pun... 

                  Mungkin dah memang takdir dia pergi meninggalkan dunia disaat usia masih muda (masih kanak-kanak yang belum baligh). Kematian adik sangat terkesan dalam hati saya, dan berbekas hingga kini... Sebabnya adik meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital dalam kereta pakcik saya, dan saya takde di samping adik... Sedangkan saat-saat kematiannya mak saya kata, adik asyik tercari-cari saya... Keduanya, sebab adik jatuh depan mata saya dan saya tak sempat selamatkan dia dari terjatuh... Sejak 31.08.1997 saya jadi fobia tempat tinggi, fobia tempat ramai orang.. Namun disebalik semua itu... Mungkin dia adalah antara insan yang terpilih, meninggal di usia muda... Perginya dia tanpa noda dan dosa dunia... Sungguh beruntung... Di saat dia diberitakan meninggal dunia, ramai yang hadir... Di saat dia dikebumikan juga, dia dikebumikan di liang lahat orang dewasa, pusaranya lebih besar dari yang sepatutnya (sepatutnya liang lahat kanak-kanak). Mugkin itulah rezeki dia...


Buat Adik kesayanagan ku Amirul Syafiq :

Adik selalu ada dalam doa dan ingatan kakak...
Setiap saat dan detik kakak sentiasa rindukan adik...
Setiap tahun orang lain meriah sambut bulan Ramadhan bersama adik beradik...
Setiap tahun apabila tiba Raya rumah orang lain bising hingar bingar dengan gelak ketawa...
Setiap 31 Ogos ramai orang meriah sambut Merdeka...
Sungguh kakak cemburu tengok orang lain ada adik-beradik...
Mereka jalan-jalan bersama, buat aktiviti bersama...
Tapi kakak sunyi sorang-sorang...
Sungguh kakak rindukan saat kita bersama...
Walaupun ia hanya sementara...
Ia tetap terpahat dalam memori kakak sampai bila-bila...
Walaupun adik jadi adik kakak tak lama...
Tapi dalam hati kakak, perginya adik tiada galang gantinya...
Semoga tenang adik di sana...
Rindu adik selamanya


Luahan ikhlas :-

Kakak



Nota: Pesanan saya untuk awak semua, sayangilah dan hargailah adik beradik dan keluarga selagi mereka masih ada... Awak semua beruntung andai masih punya adik beradik dan keluarga...

Sunday, October 16, 2011

Pantang Larang...Mitos Atau Fakta???

Hai semua...Selamat bercuti...






       Kamu pernah dengar pasal pantang larang...? Pasti pernah bukan. Sebab orang melayu nie memang terkenal dengan pelbagai pantang larang. Tapi persoalannya adakah ianya satu mitos semata-mata atau ianya membawa maksud yang tersirat berbentuk teguran dan nasihat..? Ialah umum mengetahuai bahawa orang melayu memang suka berkias dan berlapik dalam memberikan sesuatu teguran atau pandangan. Ini dilakukan agar tidaklah menyingung perasaan individu lain. Lihat, betapa indahnya peradaban adab-adab melayu dan betapa indahnya lenggok bahasa melayu itu. Baiklah, untuk tidak membuang masa mari kita teliti pantan larang tersebut dan cuba faham maksud yang tersirat di sebaliknya:-




Pantang Larang:- Jangan tunjuk pelangi dengan jari telunjuk nanti jari kudung.
Maksud:- Kita kalau mahu menunjuk ke arah sesuatu haruslah menggunakan ibu jari, supaya kelihatan lebih sopan. Jari telunjuk itu boleh membawa  maksud kita sedang marah.


Pantang Larang:- Jangan duduk depan pintu nanti lambat jodoh.
Maksud:- Kalau kita duduk dekat tengah-tegah pintu masuk, maka anya menggangu orang lain nak keluar masauk. Silap-silap orang itu boleh terjatuh kerana terlanggar kita yang duduk dekat tegah-tegah pintu.


Pantang Larang:- Jangan menyanyi-nyanyi semasa berada di dapur, nanti dapat jodoh orang yang tua.
Maksud:- Adalah kurang sopan sesorang itu memasak atau sedang menyediakan makanan sambil menyanyi. Bukankah lebih baik jika dia membaca doa.






Pantang Larang:- Jangan makan pindah randah(bertukar temapat duduk), nanti perkahwinan tak kekal. Banyak suami.
Maksud:- Adalah tidak sopan apabila seseorang itu makan pindah randah kedudukannya. Semasa makan haruslah menjaga adab sopannya.


Pantang Larang:- Jangan makan bertatang (makan sambil menatang pinggan makan. Sambil makn dalam keadaan berdiri atau duduk dalam keadaan kurang sopan.) Nanti suami mudah cari lain.
Maksud:-Adalah tak sopan makan dalam keadaan begitu lebih-lebih lagi bagi sesorang yang bergelar gadis, seharusnya kita jaga tatasusila adab ketika makan.


Pantang Larang:- Jangan makan tebu pagi-pagi nanti seperti makan darah ibu sendiri, Jangan makan tebu waktu senja nanti seperti makan darah ayah sendiri.
Maksud:- Tak elok makan tebu diwaktu pagi kerana pada masa itu sepatutnya kita bersarapan. Tak elok makan tebu waktu maghrib kerana sepatutnya di waktu itu kita sepatutnya bersolat maghrib dan bukanya sibuk di ladang tebu..






Pantang Larang:- Jangan jahit pakaian ketika pakaian berada di badan nanti pendek umur.
Maksud:-Yalah kalau kita menjahit baju ketika baju tue masih tersarung di badan, takutlah nanti kita tercucuk jarum kat bdan sendiri dan tercedera. Jadi haruslah berhati-hati ketika menjahit.


Pantang Larang:- Jangan Menjahit waktu malam, nanti mata rabun.
Maksud:- Menjahit tanpa henti dari siang smapai ke malam memang boleh menyebabkan mata menjadi rosak. Lebih-lebih pada waktu dahulu tiada bekalan eletrik dan orang dahulu gunakan lampu minyak tanah atau pun lilin, jadi sukar untuk menjahit pada waktu malam. Zaman sekarang rasanya dah takder masaalah nak menjahit bila-bila masa.






Pantang Larang:- Jangan petik atau patahkan pokok pada waktu malam, nanti kena kacau dengan hantu.
Maksud:- Kalau kita petka atau patahkan pokok pada waktu malam, maka tak ustahil untuk kita terkena gigitan haiwan atau serangga berbisa macam ulat bulu dan sebagainya. Sebab pada waktu malam susana gelap, jadi kita tak nampak jika di situ ada ular atau sebaginya.




    Sebenarnya ada macam-macam lagi pantang larang orang melayu dulu-dulu. Tapi setakat ini sahajalah yang dapat saya list kan dalam entry ini. Maksud dari setiap pantang larang tue saya yang buat sendiri berdasarkan apa yang saya faham. Dari dulu lagi saya tertanya-tanya akan maksud setiap pantang larang itu. Apabila dah boleh berfikir baru tahu apa maksud nya yang sebenar.  Rasanya orang dulu-dulu buat pantang larang nie sebab nak bagi teguran kat anak-anak mereka yang rata-rata bersikap degil, jadi dengan cara begini mungkin kanak-kanak kecil akan mengikut kata orang tua.


Credit Gambar kepada Google Image.

Sunday, July 17, 2011

Angry Birds Membuatku Bertambah Marah..!!

               


                   Fenomena game angry birds nie makin popular sekarang nie kan...sana sini angry birds..sy pun nak try lah jugak main game nie..baru jer try ari rabu lepas mase balik keja.... konon man game nie dpaatlah hilangkan tension lah kan...tapi rasenye sebaliknnya yang berlaku...Memang best game nie... main lastic2 binatang hidung pendek tue (Khinzir ).. kalau kita dapat lastic bintang tue (Khinzir) sampai mati so kt menang dan dapat pegi next level...memang best ar asyik memang jer kan..hehehehehe..tapi yang bengang nye bile samapi level 10, asyik kalah jer pulak...sampai hari nie tak lepas-lepas lagi level 10! huhuhu..Adik-adik sekalian tolong jangan gelakkan akak ek...(err terasa tua pulak bila guna "akak"....huahuahuahua...)..Mungkin dah lama tak main game kowt..So, skill tue dah takde..Jadi, mulai dari sekarang kena lah asah skill tue balik...Chewah....=____=

           Main game nie teringat lak hobi masa zaman kecik-kecik dulu..Dulu mase kecik sangat suka main lastic-lastic nie..tiap-tiap hari khamis jer mesti nak lastic cicak...Lastic sampai terputus ekor cicak tue..sape paling banyak putuskan ekor cicak dia memang...dulu selalu main  lastic cicak nie dengan arwah adik, lepas die dah takde terus stop main lastic-lastic nie...Maybe, sebab dah lame tak pegang lastic sebab tue lah asyik kalah jer bila main game angry birds nie...Bebudak kecik lagi teror kowt dari saya..huh..kena berguru balik semula nie... ehehehhe....

.
.
.


Jom layan trailer game nie...hehehehe..macam bebudak sudah...(^_____^)



P/S:- Buat pasukan Malaysia walupun kt tak menang semalam masa menentang Liverpool (kalah 3-6) tapi tak pe, yang penting dah cuba kan..Buat yang terbaik masa menentang Chelsea dan Singapura nanti..Saya sentiasa sokong pasukan Malaysia (walaupun saya peminat Manchester United)....Kalau boleh pakailah jersi kebangsaan dan sokong pasukan sendiri, itu ebih baik dari terlampau mengagungkan pasukan luar...Bagi semangat siit kat pasukan kita..Kalah menang adat pertandingan..Jangan pulak bila menang di puji, bila kalah di keji ya....

P/S:- Malam tadi jugak merupakan malam Nisfu Syaaban bagi kita yang beragama Islam...Besar fadhilat malam Nisfu Syaaban nie..Bola-bola juga, solat jangan di lupa ya...


Nota:- Sumber gambar adah dari google image...




Saturday, June 18, 2011

Selamat Hari Jadi Adik....


Hari nie...18 Jun 2011 adalah hari ulangtahun adik lelaki saya yang ke 21 tahun..
(umur dia muda dua tahun dari saya)
Tapi kali terakhir kami sekeluarga dapat menyambut Birthday adik saya adalah pada 18.Jun.1997..
Pada masa tue kalau tak silap ada perlawanan bola sepak kat stadium yang dekat dengan rumah saya nie..
Itu adalah kali pertama saya tengok bola secara live, dan dari situlah start saya minat dengan bola nie..
Emak dan adik saya memang tak minat bola..
Masa tue, adik nangis sekuat hati nak balik dan katenye die nak jugak makan Mc'D dan tak nak tengok bola..
Sebab ayah dah janji nak celebrate birthday dia kat Mc'D dan tup-tup kena pulak tengok bola..
Jadi, Kami sekeluarga pun keluar dari stadium.. walaupun perlawanan tue tak habis lagi...
Tiket tue ayah bagi jer kat bebudak yang nak tengok bola tapi takde tiket..
Nasib baik masa tue sempat jugak sampai Mc'D walaupun dah nak tutup..
Sebab,itulah kali terakhir kami dapat buat sambutan untuk die sebelum die pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 31.08.1997...
Dulu saya selalu lah jugak marah-marah dia..Selalu lah jugak kami bergaduh berebut mainan..
Bila dia dah takde..Menyesal memang seumur hidup..
Lebih-lebih lagi pemergian dia yang mengejut, dan dia memang takde sebarang penyakit..
Saya rase sayalah kakak paling teruk dalam dunia sebab tak pandai jaga adik dan tak dapat selamatkan dia masa die jatuh..
Lebih-lebih lagi sayalah yang ajar dia panjat sana, panjat sini..
Masa tue memang susah nak terima kenyataan, sebab die cuma jatuh tembok setinggi dua kaki sahaja.. lepas dia jatuh pun dia boleh bangun dan berjalan macam biasa..
Siap boleh buat lawak lagi ade..Tapi masa nak maghrib tue dia mengadu sakit perut..kemudian family saya nak hantar die pegi hospital naik kereta pakcik..
Dia meronta-ronta tak nak, dan lari balik masuk dalam rumah..
Akhirnya dia meninggal dalam perjalanan nak pergi hospital, sebab mase tue jalan jem sebab ada sambutan Hari Merdeka....
Kesannya sampai sekarang saya tak pernah sambut 31 Ogos dan tak suka tempat yang sesak-sesak sangat..
Sekarang nie dah jadi fobia pada tempat tinggi dan takut nak panjat-panjat..

Sekarang nie saya dah tinggal sorang jer...
Sejak dari kematian adik saya, saya dah jadi anak tunggal..
Ramai yang kata untung jadi anak tunggal..
Tapi sebenarnya saya tak suka..
Sebab saya sunyi takde adik beradik macam orang lain..
Sekarang nie saya harap dan berdoa agar emak saya sembuh sepenuhnya dan sihat seperti sedia kala..
Dan saya tak mahu  kehilangan emak saya pula....

Moral:-Sayanglah Insan yang berada disekeliling anda....Hargailah dan sayangilah die selagi die masih ade....

Sunday, May 8, 2011

~Sepetang Bersama Bonda Tersayang~(^_^)♥

Hari nie  hari Ibu kan..?
Awak semua dah bagi ucapan atau hadiah atau sambutan pada Ibu belum?
Kalau belum, cepat-cepatlah buat ucapan ye..
Bukannye susah pun..
Ini adalah salah satu cara kita menghargai Ibu kita...
Sejak saya berusia 7 tahun lagi saya dah pun  bagi ucapan dan buat sambutan untuk mak saya..
Zaman sekolah rendah dulu-dulu saya cuma bagi mak saya at least sekuntum bunga ros dan kad ucapan yang saya buat sendiri (pakai manila card jer, tulis pun pkai pensil dan wat touch up sikit gne pensil colour luna dan crayon..huhuhuhu...).
Masa tue kalau ada rezeki lebih baru beli kan hadiah..(hadiah biasa-biase jer..maklumlah dak sekolah rendah..gne duit tabung jer ar...huhuhu...)
Bila dah sekolah menengah baru pandai beli card kat kedai,(card siap bunyi-bunyi lagi)..
Masa nie dah pandai masak. So, saya akan masak untuk mak (walaupun lauk simple-simple jer...sebab kalau nak makan kedai memang tak mampu...belum kerja lagi kan...hehehehe...)
Bila zaman saya dah sambung study pulak..saya cuma bagi ucapan jer kat mak (kalau masa hari ibu tue saya tak dapat balik)
Tapi kalau saya dapat balik rumah (free dari segala assigment dan macam-macam perkara). Saya akan belikan mak hadiah, card dan kek...
                 Tapi sekarang saya dah kerja...So, adalah wajar saya sambut Mothers Days nie dengan sesuatu yang special sikit..
Mula-mula ingat nak masakkan untuk mak saya jer..
Tapi memandangkan cuaca kat Jaybee searang nie panas..
Jadi saya amik keputusan untuk tidak menyebabkan bertambahnya "Global Warming" dan untuk jimatkan masa jadi saya pun ajak mak saya makan kat luar jer...(Eceh ayat tak tahan...ehehehehe..)
So apa lagi start enjin, terus bergerak ke  Pizza Hut yang paling dekat dengan rumah saya nie...
Meh sini tengok gambar-gambar mak saya...(^___^)
.

.


.


.


.

Ok sekarang kita tengok pulak menu dia....



Pan Pizza "Mommy Dearest"


Triple Platter (BBQ)


Mushrom Sup And Garlic Bread Stick


Double Delight (Ice Cream)


~As for me, makan kat sini memang berbaloi-baloi..sebab jimat masa, tenaga (tak yah nak masak dan bukak buku resepi nak ceri menu-menu western cam gnie..), makanan dia pun sedap. Layanan die pun special ckit berbanding kedai biasa.So, ianya sangat sesuai untuk celebrate special day macam mothers day nie.. ~

~Untuk Mak Saya:- Nie jer lah yang saya mampu buat untuk arnie..Harap mak happy~

~Saya Doakan Mak sembuh sepenuhnya dari penyakit kanser nya dan dapat menjalani rawatan dengan jayanya~


Friday, March 18, 2011

Selamat Malam..♥



Malam yang sepi lagi sunyi...
Malam yang dah pun gelap..
Tapi mata aku masih tak mahu nak lelap..
Kenapa...?
Entah Saya pun tak tahu...
Tapi yang pasti....Saya cuma nak bagi ucapan selamat malam dan selamat tidur buat seluruh penduduk bumi.....


Saya tinggalkan video yang comel nie untuk anda tonton sebelum kejam mata...
Ianya sangat cute..(^_^)*





Masa zaman kecik-kecik saya sangat suke tengok crite sesame street..dan sangat suke pada Elmo...
 Ps: Mesti Besh kan kalau ade yang nyanyi kan kita bila nak tido cam si Elmo nie...Manjenye...(^_*)

Sunday, January 23, 2011

Ade Cerita Tentang Hantu Paku....


Cerita bermula begini:-


Masih segar lagi di ingatan saya...ketika itu umur saya baru mencecah 6 tahun...
Masa tue saya belum duduk kat jay bee lagi....
Saya sedang main-main basikal dan layang layang masa tue dengan kawan-kawan..
Punye lah haus bebenor, dah lah cuaca..punyelah terik tak terkata....
Saya pun balik rumah kejap..
Buka peti sejuk dan ambil ice cream malaysia yang mak buat..
Amik punyelah banyak, masuk dalam plastic..
Kemudian...
Saya pun pergilah kat kawan-kawan saya tadi tue..
Bagi ice cream tue kat diaorang...
Salah seorang kawan cakap...
"Terima kasih tau, sebab belanja kitaorang ice cream nie...esok aku belanja kau pulak .."
kemudian saya jawab...
"Sama-sama, er..tak payahlah..aku ikhlas...lagipun mak aku buat ice cream banyak tau..makan lah jangan segan-segan...aku bagi free jer..."
Salah seorang dari geng saya tue tetibe jer mencelah, dan becakap sesuatu yang mengubah gaya saya berbahasa hingga kini...
"Eh, tak baik lah cakap aku-kau nie..."
Semua bebudak yang lain tanya serentak...
"Kenapa pulak??" (muka memasing blur jer)
"Mak saya cakap kalau cakap aku-kau nie nanti kene kejar dengan hantu paku tau...!"
"Ha...Betul ke nie...????"
"Betul lah...Nanti malam-malam hantu tue masuk dalam mimpi..lepastu dia menjelma betul-betul..lepastue dia kejar awak semua dan paku-paku mulut awak dan badan awak tau...!"
"Ha...????" (semua yang dengar melopong.....muka memasing dah cuak jer...)
.
.
.
Sampailah ke hari ini..
Saya dah tak suke nak cakap aku-kau lagi dah..
Masa hari kejadian tue pun, adalah kali pertama saya bercakap aku-kau..
Tup-tup, ada pulak geng yang cakap kene kejar dengan hantu paku..
Saya nie memang penakut bab-bab hantu dan cerita-cerita seram nie..
Bila dah besar, saya dah boleh berfikir..
Maybe orang tua-tua berpesan begitu sebab tak mahu anak dia orang becakap kasar kot..
Tapi sampai sekarang...
Saya masih mencari-cari kisah hantu paku nie..
Betul ke hantu paku nie  wujud...
Tapi hari nie saya dah tau dah...
Kisah hantu paku tue hanyalah DONGENG semata-mata...
.
.
.
Tadi..saya ada juga search gamabar-gambar paku...
Then nielah yang saya jumpe...
Jom tengok...(^_^)
.
.

Macam mane ek kalau hantu paku tue paku mata kita...??
Isssh.....seram nye...
Kalau mata dah kene paku macam mana nak melihat kan...?
Boleh bayangkan tak kalau tak ade mata...
.
.
.

Kalau hantu paku tue paku kaki kita...
Mesti pasnie lebih selesa stay kat rumah jer..
Sebabnya kaki sakit kene paku...!
huahuahuahua...
.
.
.

Mungkin hantu paku tue macam nie kowt rupanye..
Eh..
Tapi kan...
Tak nampak seram pun...
NAmpak seksi dan nakal ade lah kot hantu paku nie...
Mungkin sebab tue lah dak-dak lelaki suke cakap aku- kau kot...
.
.
.
.........Sekian.......

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...