Translate

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Saturday, January 24, 2015

Chocolate Oreo Ice Blended



Bahan-Bahan:-
1  1/3 Sudu kecil serbuk koko Van Hounten
2 Sudu kecil Hershey Chocolate Syrup
1/4 Sudu kecil serbuk Nescafe atau coffee segera
2 Sudu besar susu manis F&N
2 Sudu besar gula (kalau suka manis boleh letak gula, kalau tak suka tak payah pun  takpe)
1 Cawan air suam
6 Keping biskut Oreo---> patah-patah kan menjadi dua (saya guna biskut oreo yg cream vanilla tu)

Hiasan:
Gelas Berkaki
Whipping Cream ( guna whipping cream yg dalam botol , yang untuk hiasan dessert/ air)
1/2 keping biskut Oreo
Sedikit serbuk koko Van Hounten
Straw


Cara-Caranya:

1. Bancuhkan serbuk koko, chocolate syrup, serbuk nescafe, susu manis dan gula tadi bersama air suam. Kacau rata samapai sebati menggunakan sudu.

2. Kemudian tuangkan bancuhan tadi ke dalam blender. Masukkan kiub ais secukupnya (saya letak 12 kiub). Kemudian kisar adunan hingga sebati. Kemudian masukkan biskut oreo. Kisar lagi adunan hingga benar-benar sebati.

3. Tuangkan adunan ice blended yang dah siap ke dalam gelas berkaki. Kemudian hiaskan dengan Whipping cream, kemudian taburkan sedikit serbuk koko di atas whipping cream tu, kemudian hiaskan dengan setengah keping biskut oreo  di tepinya. Sedia untuk dinikmati... :) ;)


p/s: Ini adalah air kegemaran saya... :) Selamat mencuba...

Sunday, August 4, 2013

Resepi: Kuih Makmur / Biskut Makmur



Bahan-Bahan Doh:
800 Gram Minyak Sapi Pure Ghee QBB (1 Tin Besar)
2 Biji Putih Telur ( Telur Gred A)
Tepung Gandum Cap Sauh


Bahan- Bahan Inti:
3 Cawan Kacang Tanah (Di Goreng Dan Di Kisar)
3 Camca Mentega - ButterCup
1 Cawan Gula Aising (Cap King)

Bahan Hiasan:
Gula Aising (Cap King)


Bahan Sampingan:
Penyepit Untuk Buat Kuih Makmur
Sarung Tangan
Sudip Kayu
Cawan Penyukat (Kita Guna Cawan Arcoroc)
Mangkuk Adunan
Mixer
Loyang Pembakar Kuih
Oven
Balang Kuih Kedap Udara + Kertas Minyak


Cara-Cara:
1. Untuk  Membuat Intinya: Masukkan kacang tanah yang telah siap digoreng dan dikisar tadi ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan pula buttercup tadi, kacau rata-rata menggunakan sudip kayu. Setelah itu masukkan pula gula aising, kacau rata-rata. Ketepikan adunan inti ini..

2. Di dalam mangkuk yang lain: Masukkan kesemua minyak sapi tadi kedalam mangkuk adunan. Masukkan pula dua biji putih telur adun hingga sebati. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan adun. Masukkan tepung hingga adunan tadi menjadi doh. Ingat adunan jangan terlalu lembik (nanti tak boleh nak buat bentuk) dan jangan juga telampau keras.. Makanya, semasa masukkan tepung itu, masukkan sedikit demi sedikit...

3. Setelah adunan tadi menjadi doh, ambil sekit adunan dan dibulatkan kecil-kecil (sebarapa comel yang boleh- tapi jangan telampau kecil sangat nanti susah nak masukkan intinya). Buat banyak-banyak dan susung dalam piring. (Kita buat macam nie dulu supaya lebih mudah dan jimat masa sikit...ehehehe..)

4. Setelah itu, ambil satu tepung yang dah awak bulat-bulatkan tadi tu. Tekan pada bahagian tengah dia, dan masukkan intinya yang telah kita buat tadi ( Masukkan inti jangan banyak sangat, nanti susah nak tutup, dan jangan sikit sangat itu kedekut namanya..). Kemudian ambil satu lagi tepung yang dah kita bulat-bulatkan tu letak atas tepung yang dah kita letak inti tadi. Dan tutupkan tepung tu sampai tak nampak inti dia (jangan sampai inti dia terkeluar nanti hangus pulak kuih awak tu). Kemudian bentukkan tepung tu bentuk memanjang macam daun. Kemudian susun dalam dulang pembakar. Awak ulang proses nie sampai kuih tu  penuh satu dulang pemabakar tu.(kita buat macam nie supaya jimat masa sikit)

5. Kemudian ambil penyepit kuih makmur dan sepit kan kuih yang telah siap kita susun dalam dulang tadi. Sepit secara menegak pada bahagian tengah dia, kemudian baru sepit secara menyerong pada bahagian tepi. (Awak sepit kuih tu sampai dia terbentuk macam daun- macam urat dekat daun)

6. Setelah selesai, masukkan kuih dalam ketuhar, bakar dalam suhu 160°C...Bakar hingga masak, jangan sampai hangus ye...

7. Apabila telah selesai, keluarkan kuih dari ketuhar. Kemudian biarkan kuih sejuk sebentar. Setelah itu, golek-golekkan kuih dekat gula aising. Kemudian masukkan kuih dalam bekas kuih kedap udara. Semasa susun kuih , pastikan awak lapiskan dengan kertas minyak, supaya kuih tadi tidak melekat. Kemudian tutup bekas kedap udara tadi.


P/S:-
*Kuih nie bila dah jadi tak berapa nak banyak sangat tau...Jadinya, bila awak nak buat banyak-bayak kenalah buat adunan banyak-banyak juga....Modal dia pun kenalah banyak jugak ye..Sebab harga minyak sapi tu makin lama makin mahai... =___="
*Bila nak buat bentuk daun tu untuk yang baru 1st time nak cuba memang kena try and error. Bila awak dah buat banyak kali, lama-lama awk jadi cekap nak buat bentuk daun tu dan lebih pantas... (^___^)
*Dekat loyang pembakar tadi tu memang tak perlu sapu mentega, sebab minak sapi yangada dalam kuih tu dah cukup untuk buat kuih tu tak melekat pada loyang pembakar..


Akhir kata dari saya, terima kasih kerana sudi membaca resipi yang telah diturunkan seraca turun temurn kepada saya nie..Kalau awak berkenan bolehlah cuba resipi nie ye...Selamat mencuba..(^__^)

Sunday, March 4, 2012

Resepi Lengkap:- Nasi Ayam...(^__^)



Set Lengkap Nasi Ayam  (Nasi+Ayam goreng+Sup+Sos+Salad)

Ayam goreng dan sosnya..(Contoh Hiasan untuk ayam)



Bahan-bahan nasi
 beras-#6 pot susu
 air rebusan ayam-#6 pot susu
250 gram Majerin
1 senduk Minyak masak
3 helai daun pandan disimpul
3 biji bawang besar(merah)-di kisar
5 biji bawang putih -  di kisar
2 cm halia-di kisar

#pot susu / tin susu yang kosong dan bersih di gunakan bagi tujuan menyukat beras dan air rebusan ayam

Bahan-bahan sup
1/2 ekor ayam dipotong kecil
½ bunga kobis
2 batang carrot dipotong bentuk bunga
4 biji bawang besar(merah)-di kisar
7 ulas bawang putih - di kisar
3 cm halia-di kisar
Rempah tumis:- 3 kuntum bunga lawang
                          2 batang kayu manis
                          2 camca serbuk lada sulah
Hiasan utk sup:- bawang goreng
                           Daun sup dipotong kecil
                           Daun bawang dipotong kecil
Bahan untuk ayam goreng
 1 ekor ayam dipotong lapan (dicuci bersih). Ayam direbus ditikkan 2cm halia.
Apabila sudah mendidih kelurakan ayam.sejukkan sebentar. Ayam digaul dengan kicap cair kemudian digoreng. Apabila ayam sudah agak kekuningan angkat, jangan goreng terlalu garing.
***air rebusan ayam tadi digunakan kembali untuk memasak nasi.

Bahan salad                   
2 pokok daun salad
2 biji timun(dibuang kulit, kemudian digaris dengan garpu. Selepas itu dicuci &dipotong bulat)
5 biji buah tomato (saiz sederhana) dicuci & dipotong bulat2
Aturkan bahan-bahan salad kedalam pinggan hidang yang bersesuaian

Bahan untuk sambal sos nasi ayam
10 biji lada merah (dibuang biji & dicuci)-di kisar
½ cm halia- di kisar
4 ulas bawang putih-di kisar

Masukkan  bahan-bahan yang dikisar ke dalam kuali. Kemudian masukkan 1 senduk tomato sos, 2 senduk cili sos, masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa. Kecilkan api dan kacau bahan-bahan hingga mendidih dan kemudian matikan api.

Cara-cara memasak nasi
Cairkan majerin kedalam periuk dan masukkan minyak masak.
Apabila minyak & majerin sudah panas masukkan daun pandan. Kemudain masukkan bahan-bahan nasi yang di blender. Kacau sampai bau harum. Masukkan air rebusan ayam. Dan masukkan beras tutup periuk. Tunggu hingga agak masak,kemudian kacau. Selepas 15 belas minit kacau lagi.tunggu sebentar. Selepas lebih kurang 45 minit beras dimasukkan tutup api.
***cara diatas adalah memasak nasi menggunakan periuk eletrik.

Cara-cara memasak sup
Masukkan minyak masak dalam periuk. Apabila sudah panas tumis rempah tumis dan masukkan bawang yang di blender. Tunggu hingga bau harum. Masukkan air secukupnya dan ayam. Masukkan garam, ajinomoto, serbuk lada putih. Tunggu sehingga benar-benar mendidih dan separuh masak kemudian masukkan carrot dan bunga kobis. Tunggu hingga carrot dan ayam masak. Tutup api. Hidangkan dalam mangkuk kecil,masukkan daun sup,daun bawang dan bawang goreng.

**Setelah selesai semuanya sedia untuk dihidang dan dihias mengikut kreativiti... Selamat mencuba.. (^____^)

Sumber Resipi:- Bonda tercinta..
Sumber Gambar:- Koleksi peribadi..
P/s:- Ini adalah makanan kegemaran saya...Saya sanagt suka makan dan masak masakaan ini..(^____^)

Thursday, August 11, 2011

Resepi: Mee Hun Sup...

Bahan-bahannya:
1 bungkus mee hun cap gajah-rendam
1 ekor ayam di potong kecil (di potong macam masak tomyam)*
1 kg udang
1 kg sotong
2 batang carrot
kubis panjang-sebelah)**
4 biji bawang besar merah -dikisar
6 ulas bawang putih -dikisar
3 cm halia -dikisar
2 batang kayu manis - rempah tumis
3 kuntum bunga lawang - rempah tumis
3 kuntum cengkih - rempah tumis
Air secukupnya
2 sudu serbuk lada putih
Garam dan ajinomoto- secukup rasa
Daun sup, daun bawang dan bawang goreng secukupnya
Lada jeruk / sambal kicap


Cara-cara membuat kuahnya:
1. Udang di basuh bersih dan ditoskan . Sotong di buang hitamnya dibasuh bersih dan ditoskan, dipotong tiga. Ayam diabsuh bersih dan ditoskan
2. Carrot dipotong bulat-bulat kemudian bentukkan bunga kemudian dibasuh dan toskan.
3. Kubis dipotong seperti biasa dan di basuh dan toskan.
4. Panaskan minyak  ke dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan yang telah di kisar bersama rempah tumis.
5. Kemudian masukkan udang, apabila udang telah bertukar warna barulah masukkan sotong. Apabila sotong telah ½ masak masukkan pula ayam.
6. Lalu masukkan pula air secukupnya. Masukkan garam dan ajinomoto serta serbuk lada putih .
7. Apabila kuah telah mendidih agak lama, masukkan pula carrot dan batang kubis.
8. Apabila telah hampir siap masukkan pula daun kubis. Rasa apa yang kurang.
9. Matikan api. Anggaran masa memasak lebih kurang 35 minit.


Cara penyediaan mee hun:
1. Didihkan air panas 1 cerik penuh tutup api dan angkat.
2. Mee hun yang telah direndam ditoskan, lalu dimasukkan kedalam periuk . kemudian jiruskan dengan air panas yang telah didihkan tadi. Lalu toskan ke dalam tapis dan dijiruskan dengan air paip sejuk bersama-sama.


Penyediaan untuk menghidang:
Masukkan mee hun kedalam mangkuk kecil masukkan kuahnya. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Mee ini juga boleh dimakan bersama lada jeruk atau sambal kicap.


* ayam boleh diggantikan dengan 1 kilo daging yang telah dicuci bersih,direbus, dipotong nipis dan ambil air rebusannya untuk membuat kuah.
**kubis panjang boleh digantikan dengan sawi

~Ini makanan Fav. saya...simple jer kan resipi dia..? Resipi dari emak yang tersayang (^___^)..kalau bulan puasa macam nie sekurang-kurangnye sekali mesti masak mee hun sup nie...

Sunday, August 7, 2011

Resepi:- Udang Berempah





Bahan-bahannya
1-2 kg udang harimau
100 gram bawang merah-di tumbuk
2 biji bawang putih-di tumbuk
2 cm Halia -di tumbuk
20 helai daun kari
 garam-secukupnya
 gula-secukupnya
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
3 sudu cili kering yang telah dikisar
1 sudu serbuk kari ikan
Cara-cara memasaknya
  1. Panaskan minyak dan gorengkan udang sehingga setengah masak. Angkat dan toskan. Ketepikan dahulu.
  2. Panaskan semula minyak.masukkan bawang merah , bawang putih dan halia lalu dikacau hingga kuning.
  3. setelah itu masukkan sos cili,cili kering dan serbuk kari yang telah dikisar dahulu. Kemudian masukkan sos tomato,daun kari,garam dan gula. Kacaukan semula sehingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng tadi dan digaul semula.biar reneh seketika dan angkat. Sedia dihidang.

Sumber Resipi:- Emak saya....


P/s: Sesaja nak share resipi nie....Maaf, entry tidak bergambar...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...