Translate

Showing posts with label kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label kasih sayang. Show all posts

Sunday, October 4, 2015

Beza Kawan Dan Sahabat

Apa beza kawan dan sahabat?

Kawan ialah kawan yang  biasa-biasa. Maksudnya dia hanya menjadi kawan awak sebab awak satu kuliah yang sama, satu kelas yang sama atau satu rumah yang sama atau duduk satu kawasan yang sama. Hubungan awak dan dia taklah seakrab mana dan tak lebih dari batas begitu. 

Burung: Jom kita amik gambar kenangan... 1,2,3 senyum... 
Tikus: Kau tak segan ke berkawan ngan aku nie ha... Dah lah hitam, hodoh dan busuk pulak tue...
Burung: Tak baik cakap macam tu, kau lah best friend forever aku..  (sambil peluk tikus guna sayapnya)


                   Tapi sahabat atau sahabat sejati ialah seseorang yang ada dengan awak di saat awak susah atau senang, kaya atau miskin, sihat atau sakit, gembira atau berdukacita , ketawa atau menangis. Pendek kata dia sentiasa ada. Seorang sahabat dia akan sentiasa beri pertolongan sedaya dan semampu yang dia boleh saat awak memerlukan dia, dan pertolongan dia tanpa perlu awak minta atau terpaksa merayu-rayu kat dia. Pertolongan itu tak semestinya dalam bentuk wang ringgit, kebendaan tapi ia juga termasuklah kata-kata nasihat, motivasi dan  dorongan yang membakar semangat awak untuk meneruskan kehidupan.

Kambing: Gatal-gatal lah badan aku nie
Monyet: Meh sini aku check... Kot-kot ada kutu ke..
Kambing: Terima kasih nyet..
Monyet:Sama-sama. Bab cari-cari kutu nie kau serah jer kat aku...hehehehe 


           Seorang sahabat sejati takkan pernah memandang kasta kebendaan, wang ringgit, harta atau kedudukan dalam menjalinkan persahabatan. Apa yang penting ialah kejujuran dan keikhlasan dalam bersahabat. Iaitu bersahabat tanpa ada niat atau matlamat tertentu. Seorang sahabat akan menegur kesilapan dan kekhilafan sahabatnya (menegur tanpa menjatuhkan aibnya, iaitu menegur secara berhikmah). Ini kerana dia amat menyayangi sahabatnya itu dan dia tak mahu sahabatnya terus-terusan melakukan kesilapan dalam hidup yang boleh merosakkan diri mahupun masa depan sahabatnya tadi. Seorang sahabat yang baik akan sentiasa mendoakan yang baik-baik buat sahabatnya. Seorang sahabat yang jujur tidak pernah merasa iri hati melihat kelebihan atau kesenangan yang dimiliki sahabatnya, malah dia akan menjadikan kejayaan sahabatnya sebagai sumber inspirasi untuk dirinya berjaya kelak. Seorang sahabat yang jujur akan senang hati melihat sahabatnya gembira dan senang, dan dia akan merasa sedih apabila melihat sahabatnya mendrita atau merana.

  Seorang sahabat tidak akan pernah mengkhianati sahabatnya. Apatah lagi memburuk-burukkan atau menyebarkan aib sahabatnya. Seseorang sahabat itu tidak akan pernah sama sekali memfitnah sahabatnya. Seseorang sahabat tidak akan pernah sesekali memutar belitkan cerita demi kepentingan diri sendiri dan menjatuhkan sahabatnya itu.  Jika ada yang tak kena pasti di suarakan dan dibincangkan bersama. Seorang bergelar sahabat sejati tidak akan sesekali baling batu sembunyi tangan. Iaitu menjatuhkan sahabatnya sendiri di sebalik senyuman yang di ukirkan dan kebaikannya yang di lakonkan olehnya... Jika perkara-perkara seperti ini terjadi... Si dia tidaklah layak di gelar sahabat sejati.. Tetapi hanyalah layak digelar kawan biasa sahaja...


Ayam: Dah petang dah nie aku kena balik, tapi kaki aku sakit nie...
Kucing: Takpe meh aku hantar kau balik. Cepat panjat, aku dukung kau..

                  Mencari kawan memang mudah tapi mencari sahabat sejati amatlah payah. Sahabat sejati nie susah nak jumpa, tapi saya yakin setiap orang pasti ada seorang sahabat sejatinya yang tersendiri. Jumlah kawan juga biasanya lebih banyak dari sahabat sejati. 


Antara dua gambar di bawah kamu pilih yang mana sebagai ikon sahabat sejati?
1

2



P/s: Saya dapat ilham nak taip entry nie selepas nampak gambar ular dan tikus tue di google. Sebranag kekurangan atau kekhilafan harap dimaafkan. Good night everyone... :)

Sumebr gambar:Google image

Friday, August 21, 2015

Soalan-Soalan Cepu Emas

                     

Biasanya bila kita pergi menghadiri majlis-majlis tertentu seperti majlis jamuan hari raya, kenduri kendara tak kira lah kenduri kahwin atau kenduri kesyukuran atau kenduri arwah sekalipun, mesti akan keluar soalan cepu emas seperti:-

Bila nak kahwin?
Bila nak ada anak?
Bila nak tambah anak lagi?
Ada anak perempuan jer...? Bila nak dapat anak lelaki pulak?
Bila nak dapat menantu?
Bila nak dapat cucu?
Bila nak beli rumah sendiri? 
Bila nak beli kereta?

               Yelah, secara positive  nya mungkin soalan di atas ditanyakan sekadar menjadi modal berborak setelah sekian lama tak berjumpa. Tapi kalau dah tiap-tiap kali jumpa asyik nak tanya soalan sama orang yang ditanya pun bosan jugak nak dengar soalan sama. Apa ke yang bertanya tak penat-penat menyoal dan terus menyoal...? Ada pulak yang menyoal berbaur sindiran sinis seperti:

Bila nak makan nasi minyak? bila nak kahwin nie...? Takkan tak laku-laku lagi kot? Tak takut membujang sampai tua ke?

Saya masa umur sebaya macam awak dah ada anak dua... Awak kahwin pun belum... Kesian..

Saya sekarang nie anak-anak semua dah besar-besar... Awak dah kahwin lama sorang anak pun tak keluar lagi... Mandul ke?

Saya anak ramai... Memang keluarga baka keturunan subur-subur, tak payah nak buat macam-macam rawatan atau makan macam-macam supplement pun senang jer dapat anak...

Saya sekarang nie dah ada tiga buah rumah... Awak bila lagi nak beli rumah? Takkan nak duduk menyewa sampai ke mati..?



           Pendapat saya, setiap orang punya rezeki yang berbeza-beza, punya jalan cerita hidupnya berbeza-beza juga... Walaupun kita nie kembar sekalipun tak semestinya rezeki dan nasib kita akan sama. Buat orang yang terus-terusan disoal bersabarlah... Usah dilayan kritikan manusia yang suka berbangga dengan apa yang dia ada dan persoal orang yang tak ada apa yang dia ada. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Teruslah berdoa, berusaha dan berikhtiar serta abaikan sahaja kritikan dan soalan berbaur sindiran sebegitu. Usah terlalu difikirkan sampai menggangu hati perasaan,serta fikiran dan kesihatan kita. Kita berhak untuk hidup dengan tenang, sihat, gembira dan bahagia walaupun kita juga punya kekurangan itu.

                 Kita kena luaskan pandangan kita terhadap maksud rezeki. Rezeki bukan hanya pada wang ringgit,tahap pendidikan, rumah, tanah, kereta, anak dan pasangan hidup sahaja, tapi rezeki meliputi kesihatan, keselamatan, ketenangan dan sebagainya. Mungkin kamu belum berkahwin  usah bersedih, gunakan waktu ini untuk tingkatkan ilmu agama/ akedemik / kemahiran-kemahiran serta perkukuhkan kerjaya / business. Zaman solo adalah waktu yang sesuai untuk meluangakan lebih waktu bersama ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan. Apa kata kamu pergi bercuti bersama keluraga / rakan rakan, selain boleh mengurangkan stress manalah tahu kamu bertemu jodoh pula nanti. Jika kamu belum lagi dikurniakan anak usah bersedih, sebaiknya gunakan waktu yang ada ini untuk ber honeymoon, bercuti , bersantai berdua bersama pasangan. Lakukan sahaja hobi kamu berdua sebagai aktiviti bersama. Pasti hubungan kamu berdua bertambah erat dan romantis.


          Buat yang menyoal, kamu perlu sedar semua rezeki itu datang dari Allah SWT.  Ya, kita sebagai manusia memang boleh merancang dan boleh berusaha, tapi tak semua apa yang kita rancang dan kita usahakan akan menjadi dan jika ia menjadi pun tak semua boleh dapat dengan mudah. Ujian dan cabaran setiap orang itu berbeza dengan kamu. Kamu mungkin punya kelebihan di satu bahagian tetapi kamu juga punya kekurangan di satu bahagian yang lain, begitulah juga dengan orang yang kamu soal itu. Kamu juga perlu sedar segala apa yang kamu ada hari ini ialah rezeki dan nikmat dari Allah SWT, hargailah ia semua sebagai satu anugerah dan amanah dari Allah SWT... Janganlah pula kamu terlalu riak dan bongkak meninggi langit atas rezeki dan nikmat yang kamu terima itu kerana kamu juga hanya manusia biasa sahaja. Bukankah daripada kamu terus menyoal dan menyindir orang yang soal, lebih baik kamu beri nasihat dan kongsikan pengalaman kamu serta beri kata-kata semnagat dan motivasi kepada mereka ini? Bukankah begitu lebih baik daripada kamu terus-terusan menyindir dan menyakiti hati si pendengar dan menambah dosa kamu pula...?

P/s: - Coretan ini hanyalah sekadar pendapat peribadi saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/) sebarang kekhilafan harap dimaafkan. Sumber gambar: google image.

Monday, May 18, 2015

Cinta Yang Tak Pandang Kecantikan Fizikal...

           

        Zaman sekarang ni boleh dikatakan hampir semua orang nak kelihatan cantik... Lihat saja dipasaran sekarang berlambak-lambak produk kosmetik dan supplement untuk jadi cantik, putih gebu, kulit flawless (ibarat bayi)  tanpa sebarang jerawat atau jeragat, kurangkan berat badan, montok kan bentuk badan, kecikkan pinggang, nak tinggi dan macam-macam lagi... Majoriti porduk kecantikan jenis-jenis begini mudah popular dan sangat laris di pasaran... Itu belum termasuk jenis yang suntik menyuntik atau pembedahan... Itu namanya "beauty with pain", sanggup susah payah berhabis duit , tenaga dan sakit-sakit semata-mata nak cantik dan sempurna... Mungkin tahap obsess terhadap kecantikan akan makin menjadi-jadi bila seseorang tu dah ada teman istimewa... Kalau boleh biarlah orang yang dia sayang nampak dia sorang jer yang cantik dan bergaya... Semua tu mungkin sebab takut cinta hati tadi curang, atau berpaling tadah pada yang lain... Ini semua mungkin ada kaitan dengan anggapan sesetengah dari masyarakat kita bahawa :

"Orang yang cantik mudah dapat jodoh (berjodoh di usia muda)" 
"Orang yang cantik mudah dapat jodoh yang orang tampan "
"Orang yang cantik mudah dapat jodoh lelaki yang baik, kaya, bertanggungjawab"
"Orang yang cantik hidupnya sempurna, bahagia " 
"Orang yang cantik ramai peminat dan kawan" 
"Orang yang cantik disayangi ramai dan popular"

        Kadang-kadang terfikir juga oleh saya, mungkin sebab dikalangan kita nie banyak sanggat disoggokkan dengan cerita fantasi donggeng gadis cantik kemudian dapat berkahwin dengan putera raja contoh macam Cinderella.. Jadi sejak dari kanak-kanak lagi mindset kita dah setting bahawa nak dapat jodoh yang kacak persis putera idaman haruslah cantik... 



      Saya pula lebih percaya yang cinta yang sebenar iaitu cinta dengan hati yang jujur, tulus lagi ikhlas tak perlu pandang pada paras rupa fizikal pasangan. Kerana adalah amat mustahil bagi kita untuk kelihatan cantik dan berdandan rapi sepanjang masa.  Takkan bila kita nak tidur kita perlu bermekap macam nak naik pentas? Takkan bila kita sakit, kita tetap nak set rambut dan mekap tebal-tebal ? Takkan bila usia kita semakin  berganjak dan kulit mula berkedut setiap hari kita nak inject botok, makan supplement collagen (sebab terlampau obses sangat takut kedut, tak nak nampak tua)  ?
Takkan setiap tahun nak buat plastic surgery nak repair bentuk badan, bentuk muka, tekstur kulit sebab kita dah beusia...? Sedarlah kita semua akan tua bila sampai masanya nanti (jika kita sempat merasa usia tua dan dipanjangkan usia hingga usia tua) ... Pada masa itu pasti kedutan dan uban tu perkara yang biasa...


         Saya rasa cinta yang hanya pandang pada rupa paras fizikal semata-mata pasti sukar untuk bertahan dalam jangka hayat yang lama. Kerana apabila bentuk badan sudah berubah size, kulit sudah tak flawless macam dulu, wajah dah tak secantik macam masa mula-mula dating, rambut dah tak sempat nak set pergi saloon, mulalah pasangan tadi intai-intai orang luar yang lebih cantik dan anggun. Silap haribulan kalau orang luar lebih cantik, flawless, slim, putih gebu daripada pasangannya yang sedia ada, pasangannya itu akan ditinggalkan... Adakalanya pasangannya masih cantik jelita pun, si lelaki masih boleh curang dan pandang orang lain yang cantik jugak, sebab terlalu banyak pilihan yang cantik-cantik sampai rambang mata nak pilih!



              Cinta yang sejati sepatutnya datang dari hati yang tulus ikhlas tanpa mengira paras rupa atau perubahan bentuk fizikal, perubahan kesihatan (kerana tak sepanjang masa kita akan sihat, pasti satu masa kita kan merasa tidak sihat ) pertambahan usia (sebab itu semua normal) ...  Kerana cinta yang sejati perlukan kasih sayang, cinta, persefahaman, bertolak ansur, bertoleransi, saling percaya,  bertanggungjawab, menjadi pendengar yang baik, menjadi penasihat yang baik, menjadi kekasih hati dan dalam masa sama menjadi sahabat baik... Kemudian barulah kita akan rasa bahagia, sebab kita bebas menjadi diri kita sendiri  (diri kita yang sebenar). Sebab kita tahu yang pasangan kita memang sayangkan kita dan terima diri kita seadanya (sebab kita dapat rasa disayangi, dihargai tanpa perlu terlalu obsess untuk cantik sempurna sepanjang masa), kita juga yakin dengan diri sendiri (rupa fizikal diri sendiri). 
nie Nick Vujivic
Dah jadi pakar motivasi dan dah banyak menghadiri forum
Sekarang dah ade buku kisah hidupnya sendiri
dah kahwin dengan wanita cantik dan dah ade anak yang comel
Sangat memberi inspirasi kepada saya...
Kerana beliau yang tak punya tangan dan kaki pun masih mampu hidup berdikari,
masih ada semangat yang tinggi dan yakin diri sendiri...

            Dalam hidup ni kita kena yakin dengan diri sendiri, sayang diri sendiri, bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita, menghargai diri sendiri dan pedulikkan cakap-cakap belakang atau sesiapa saja yang mengejek-ngejek paras rupa kamu hingga  membuat kamu merasa tertekan dan  terpaksa untuk berhabis-habisan untuk kekal cantik walaupun sudah berusia 100 tahun! Usah begitu... Untuk kelihatan cantik tak salah, tapi biarlah berpada-pada... Sebelum nak ambil apa-apa supplement atau nak amalkan sebarang diet rujuk pakar terlebih dahulu... Kalau boleh janganlah sampai nak suntik botok atau buat bedah plastik... Belajarlah bersyukur dengan apa yang kita ada.. Percayalah pasti akan ada orang yang menyayangi dan menerima kamu apa adanya...

p/s:        Coretan saya nie dikarang oleh saya sendiri selaku pemilik dan penulis blog (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Kredit gambar google image . Sebarang kekhilafan harap dimaafkan.  Saya dapat idea menulis coretan nie lepas tonton video nie:

 

Video nie pasal sepasang pasangan muda yang sanggup mekap muka jadi tua
untuk lihat perubahan wajah mereka apabila meningkat usia  lanjut kelak...
Sweet kan? Kan best bila dapat jumpa pasangan yang tetap sayang kita
dan terima diri kita seadanya walaupun kita dah tua... Itulah bahagia... :)


Wednesday, February 25, 2015

Jatuh Cinta



Biasa orang sebut jatuh cinta atau bahasa inggeris falling in love....
Mungkin sebab itu cinta ini boleh jadi bahagia dan boleh jadi sakit...
Ibarat bunga mawar , cantik dan wangi tapi penuh duri pada tangkainya...
Silap hari bulan tangan kamu yang terluka bila menyentuhnya..
Begitu jugaklah dengan cinta, adakalanya boleh buat kamu bahagia, ketawa, gembira tapi adakalanyn boleh buat kamu berduka lara, sedih dan menangis hiba...
Bila dilihat semula pada perkataan "jatuh" atau "falling" itu pun mempunyai maksud tersirat iaitu: Cinta itu hadir bersama risikonya yang tersendiri, risiko untuk kamu kecewa dan sakit disamping rasa bahagia yang kamu harapkan...Tersilap langkah pasti hati kamu pula yang akan patah dan gundah gulana kerana terluka oleh kerana cinta..

Cinta itu boleh jadi bahagia:-
Bahagia bila orang kamu sayang terima diri kamu seadanya dan seikhlas hati...
Bahagia bila orang yang kamu cinta itu memahami kamu dalam apa jua situasi...
Bahagia bila orang yang kamu sayang sentiasa menemani kamu dalam apa jua situasi, tak kira susah, senang, sakit , sihat, ketawa atau tangis...
Bahagia bila orang yang kamu sayang sentiasa menjadi peneman, dan pendengar setia saat kamu berada dalam situasi yang sukar atau getir, dia jugalah yang selalu bagi kamu nasihat membakar semangat...
Bahagia bila orang kamu cinta juga mencintai dan menyayangi kamu sama seperti kamu cinta dan sayang dia..


Cinta itu boleh jadi sakit:-
Sakit bila kamu jatuh "gedebuk", hingga buat hati kamu itu terluka dan terhiris...
Sakit bila kamu ditinggalkan dan dilukai oleh orang yang kamu cintai...
Sakit bila dibohongi oleh orang yang kamu sangka sayangkan kamu tapi sebenarnya penuh pura-pura dan cintanya hanyalah palsu...
Sakit bila orang yang kamu sayang hanya mahu bersama kamu saat kamu bahagia, gembira tapi tinggalkan kamu sendirian saat kamu sakit, sedih atau merana...
Lebih sakit bila kamu terlalu obsess sayang dan cintakan dia, kamu terlalu percaya hinggalah kepercayaan yang kamu berikan itu langsung tak dihargai malah dikhinati pula...
Lebih parah lagi bila walaupun kamu telah banyak kali terluka dan kecewa dengan sikap dan tingkah lakunya kamu tetap berikan dia peluang berulang-ulang sebab cinta dan sayang terlalu sukar untuk dibuang, tapi akhirnya kamu juga kecewa berulang-ulang...







Namun, walaupun pelbagai risiko yang bakal dilalui dan walaupun telah sering kali dilukai dan dikecewakan seseorang itu sanggup saja untuk terima risiko sakitnya cinta demi kerana harapannya untuk mendapatkan cinta yang bahagia... Kata akal dan hati selalu saja berbeza, hati tetap masih mahu menaruh harapan sedangkan akal kita telah terfikir yang kita bakal dikecewakan kelak... Mungkin sebab itulah ramai orang anggap cinta itu buta...


Tapi janganlah sampai kita menjadi buta kerana cinta... Janganlah terlalu obsess mengejar cinta manusia, kerana semuanya hanyalah sementara... Cintalah kepada yang lebih utama iaitu Allah SWT... Berilah cinta kita sepenuh dan seikhlas hati kepada-Nya kerana kita tidak akan pernah merasa dikecewa oleh-Nya seperti mana manusia mengecewakan kita...


p/s: Ini hanyalah nukilan idea dan pendapat saya selaku penulis dan pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/) Sebarang kesilapan atau kekurangan harap dimaafkan.  Kredit gambar google image.

Friday, January 2, 2015

Selamat Tahun Baru 2015!

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pembaca blog saya...


     Pertama sekali, Maaf sebab dah lama sangat tak aktif update blog macam masa awal-awal saya berblogging dulu...Saya tak nak janji lebih-lebih...  Tapi saya rasa saya akan cuba sedaya upaya untuk aktif semula update blog ni macam dulu-dulu...  InsyaAllah jika diberi kesempatan dan kelapangan...  Sebab nilah yang saya minat, menulis memang hobi saya sejak dari zaman kanak-kanak lagi...


    Keduanya, Di kesempatan ini saya ingin merakamkan rasa prihatin dan simpati dari lubuk hati yang terdalam kepada semua mangsa-mangsa, keluarga dan sanak saudara mangsa-mangsa, serta sahabat-sahabat mangsa-mangsa semua tragedi yang berlaku sepanjang tahun 2014 yang lalu iaitu : MH370, MH17, Palestine, Syria, Banjir di Malaysia ,  QZ8601 dan lain-lain... Doa dan harapan saya sentiasa bersama anda semua... Buat yang telah pergi, semoga semua roh mereka di cucuri rahmat...Al-Fatihah... Buat yang masih hidup, kehidupan ini mesti perlu diteruskan walaupun apa jua rintangan yang kamu hadapi... Kuatkan lah semangat, cekalkan hati, tabahkan jiwa kerana esok masih ada... Setiap masaalah pasti ada jalan penyelesaiaannya... Setiap apa yang berlaku pasti ada sesuatu hikmah yang tersembunyi..Mungkin, ini semua adalah isyarat dari-Nya agar kita sentiasa mengingati-Nya dan kembali kepada fitrah hidup sebagai khalifah di muka bumi ini... Percayalah, dunia ini hanyalah sementara, akhirat jua yang kekal abadi... Apabila kita telah tiada kelak semua harta benda, wang ringgit, keluarga, sahabat handai pasti akan kita tinggalkan..  Doa saya semoga kamu semua berada dalam keadaan sihat sejahtera semuanya, dimurahkan rezeki hendaknya, serta tabah dan sabar sentiasa... Jangan berhenti berdoa kepada Allah SWT, kerana hanya kepada Allah SWT lah tempat kita bergantung harap dan meinta pertolongan...

"If Allah bring you to it, He will bring you through it...
Allah is always there for you."

"In Happy moments, praise Allah...
In Difficult moments, seek Allah...
In Quiet moments, worship Allah...
In Painful, moments trust Allah...
In Every moment, thank Allah..."

"If what's ahead scares you, and what's behind hurts you,
Then, always remember that Allah will never fails to help you... "

"Allah didn't bring you this far to leave you... He is trying to increase your faith, to bless you more in your life.."


   Ketiganya, Selamat Tahun Baru 2015 Masihi... Semoga segala impian dan cita-cita awak semua tercapai dan terlaksana... Semoga awak semua dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, bahagia dan ceria sentiasa, serta semoga tabah dan sabar dalam menempuh segala macam perkara yang berlaku dalam tempoh 365 hari sepanjang tahun 2015 ini... 

Akhir sekali, Salam sayang dari saya buat kamu semua pembaca dan rakan-rakan blog saya ...
Jumpa Lagi..! :) ;)

Saturday, October 11, 2014

Kerana Sabar Itu Indah...

Disaat kamu sedang melalui ujian hidup, bersabarlah...
Disaat kamu ditimpa pelbagai bencana dan musibah, bersabarlah...
Disaat kamu gagal dalam pelajaran atau perniagaan , bersabarlah...
Disaat kamu gagal memburu impian dan cita-cita, bersabarlah...
Disaat kamu stress, bersabarlah...
Kerana apa???
Kerana sabar itu indah...
Mengapa???



      Tidak lah diturunkan hujan itu melainkan untuk kesejahteraan makhluk di muka bumi ini jua...
Begitulah juga dengan dugaan hidup...Tidaklah terjadi sesuatu melainkan akan ada hikmah disebaliknya. Ianya mungkin tidak dapat dilihat oleh kita  pada hari ini tetapi pasti ada sesuatu yang indah menanti kemudian hari...


          Contohnya jika kamu gagal dalam peperiksaan, mungkin ia akan menjadikan kamu lebih gigih berusaha dan belajar untuk lebih fokus di dalam kelas serta lebih bijak membahagikan masa.  Ianya juga mungkin akan memberikan kamu kesadaran tentang bertapa pentingnya untuk belajar bersungguh-sungguh. Contoh lain, jika kamu gagal dalam perniagaan makanan, mungkin kerana kamu kurang memasarkan produk kamu, mungkin kerana lokasi kurang strategi  atau harga dan kualiti makanan yang kurang memuaskan hati pelanggan.  Lantas jika kamu berusaha mengubah kelemahan dalam perniagaan tersebut mungkin kamu akan lebih berjaya pada masa depan. Jika perniagaan makanan bukanlah minat dan bidang yang kamu kuasai, maka kamu boleh mencuba bidang perniagaan lain yang lebih kamu minati dan kamu sendiri lebih berkemahiran serta berpengalaman.  


           Contoh lain, jika kamu minat dalam bidang kedoktoran tetapi apabila kamu memohon untuk sambung belajar ternyata nasib tidak menyebelahi kamu. Kamu gagal mendapatkan kursus yang kamu idam-idamkan.  Kemudian kamu telah terpilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Pada mulanya kamu tidak minat, lama-kelamaan minat itu mula bercambah.  Kamu belajar bersungguh-sungguh kemudian berjaya menaamatkan pengajian dan bergelar pelajar terbaik.  Setelah itu kamu bekerja dan akhirnya kamu membuka perniagaan sendiri serta menjadi kontrator yang berjaya dan ternama. Kamu bergelar jutawan. Pasti selepas itu, kamu dapat merasa kemanisan selpas impian pertama kamu itu gagal. 



          Contoh lain, jika kamu  memohon untuk melanjutkan pelajaran tetapi kamu gagal menempatkan diri kerana result SPM kamu yang tidak seberapa.  Mungkin juga kamu dapat melajutkan pelajaran tetapi kamu mempunyai komitment lain seperti perlu mejaga ibu ayah yang sakit, adik-adik yang masih kecila serta masa kewangan yang begitu meruncing.  Jangan menangis.  Kerana selain dari menyambung pelajaran di IPT kamu boleh mencuba pelbagai lagi alternatif lain.  Kamu boleh mencuba mengambil kursus-kursus kemahiran, kursus jangka pendek untuk meningkatkan kemahiran kamu.  Setelah itu mungkin kamu boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan secara part-time seperti membuat kek misalnya.   Setelah business kamu berjaya kamu boleh membuka kedai sendiri dan mula mengembangkan business kamu itu.   Selain itu, kamu juga boleh bekerja untuk menambah pengalaman sedia ada dan setelah itu menyambung pelajaran secara separuh masa.  Mungkin ianya menuntut komitment yang tinggi.  Tapi jika kamu fokus dengan matlamat, bersunggu-sungguh berusaha, pasti kamu akan berjaya kelak.  Cuba kamu bayangkan kamu punya pengalaman dan punya ijazah dalam genggaman, pasti disitu kamu sudah ada kelebihan apabila melalui sesi temuduga kelak berbanding dengan mereka yang fresh graduate tetapi tiada pengalaman bekerja.  Kerana kamu memilih untuk menolak untuk menyambung pelajaran di IPT pada awalnya tadi pasti ada kemanisan tersembunyi.  Kamu dapat berbakti pada ibu ayah yang sedang sakit, dapat membantu kewangan keluarga, dapat menolong meringankan beban ibu bapa untuk menaggung adik-adik yang masih kecil, selain dapat menimba pengalamn bekerja dalam usia yang masih muda setelah itu berjaya pula menggengam segulung ijazah dalam pengajian separuh masa.  Tentu kejayaan kamu itu lebih berharga serta lebih manis bukan?


            

       Contoh lain, jika kamu sedang jatuh cinta dan kamu terlalu menyayangi kekasih kamu yang kamu cintai bertahun-tahun lamanya.  Pada suatu hari kamu mengetahui yang dia itu curang di belakang kamu.  Sudahnya si dia itu beralih arah mencintai orang lain dan meninggalkan kamu yang terlalu sayang padanya.  Jangan kecewa. Biarkan saja si dia itu dengan pasangan barunya.  Jangan digangu , jangan membalas dendam serta jangan pula kamu cuba merampas si dia kembali.  Semuanya ada hikmah, bukankah lebih baik mengetahui tembelang si dia yang curang dan suka berfoya-foya itu sebelum kamu mengahwininya. Bukankah lebih baik putus kasih atau putus tunang berbanding bercerai apabila tlah berkahwin dan punya ramai anak kelak?  Mungkin juga ianya memberikan kamu kesedaran bahawa usaha keterlaluan dan mendewa-dewa cinta manusia konon digelar cinta agung, sedangkan kamu sendiri lupa pada cinta yang lebih utama iaitu cinta kepada Tuhan yang mencipatkan kita semua iaitu Allah  SWT...



       Akhir kata dari saya, Jika kita sedang dilanda masaalah atau dugaan bersabarlah, jangan jadikan masaalah dan dugaan kita itu sebagai pematah semangat yang meyebabkan kita jatuh tersungkur, tetapi bangunlah dan terus berlari memburu impian.  Hidup ini adalah perjalanan... Maka berjalanlah dengan tenang, usah terburu-buru, usah tergopoh gapah, usah berjalan dengan lemah longlai tiada semangant dan usah juga berjalan dengan sombong dan bongkak.  Tetapi berjalanlah menggunakan akal fikiran dan hati serta budi pekerti.  Percayalah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah, pengajaran dan kemanisan yang tersembunyi yang kita sendiri tidak ketahui. Kita merancang, Allah SWT juga merancang, tetapi ketahuilah dan sedarilah oleh kita bahawa Allah SWT itu adalah sebaik-baik perancang... 


       

P/s: Entry ini adalah luahan dan lontaran idea picisan saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Kredit gambar google gambar, google image...
          

Saturday, September 13, 2014

Soalan Periksa Bocor? Jangan Tipu Diri Sendiri...



         Sekarang nie tengah kecoh sana sini berita pasal soalan peperiksaan UPSR yang telah dibocorkan... Kenapa mesti jadi begitu?  Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, kerana ini peperiksaan tahun enam cuma penentu sama ada adik-adik ini dapat di tempatkan di sekolah berasrama penuh atau tidak sahaja. Ianya bukanlah soalan peperiksaan penentu masa depan macam SPM...


     Mungkinkah budaya orang kita yang gemar bertanya kepada rakan sekerja, jiran-jiran, saudara mara dengan soalan cepu emas seperti : "Anak awak dapat berapa A?" "Anak awak dapat belajar di sekolah berasrama penuh ke tidak?" dan mungkin ini juga secara tidak langsung memberikan sedikit tekanan kepada ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berjaya dapat straight A's.  Lalu tekanan ini dicurahkan pula kepada anak-anak mereka, agar mereka sentiasa cemerlang dalam akedemik dan sukan.  Lebih memberi tekanan andai anak pertama mendapat straight A's, maka adik-adik yang lain juga harus mengekalkan rating itu untuk keluarga mereka.



         Menjadi satu budaya juga zaman sekarang ini dimana setiap sekolah berlumba-lumba untuk mengejar rating sekolah yang paling terbaik dalam bidang akademik mahupun kokorikulum.  Jadi setiap guru-guru juga terbeban untuk memastikan sekolah mereka sentiasa mendapat rating yang paling terbaik setiap tahun.  Rating sekolah perlu dijaga, biarlah ia sentiasa meningkat dan bukan menunjukkan sebarang penurunan. Rating ini bagus juga, sebab ia memberi saingan antara sekolah-sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan berprestasi tinggi.  Sekaligus ia menjadi pemangkin motivasi kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi sekolah mereka.

      
      Buat adik-adik calon UPSR yang terpaksa menduduki semula kertas soalan peperiksaan itu, kakak ucapkan semoga berjaya.  Kamu anggap sajalah yang peperiksaan yang telah kamu duduki itu sebagai soalan percubaan UPSR sahaja. Cuba think positive ye.  Jaga emosi kamu dan jangan terlalu stress dan terbeban, kerana peperiksaan sebenar bakal kamu duduki (buat kali kedua) iaitu pada 30 September.  Ketahuailah akan adik-adik yang menduduki peperiksaan buat kali kedua dan bukan atas kesilapan yang dibuat oleh adik-adik bukanlah sesuatu yang perlu adik-adik berasa malu hingga menyebabkan adik-adik mahu mengurung diri, tidak mahu makan dan bercakap.  


   Sekiranya adik-adik gagal dalam sebarang peperiksaan, sedangkan adik-adik telah belajar dengan baik dan telah mencuba bermacam-macam usaha serta telah berdoa. Sabar.  Mungkin  ada sesuatu yang perlu adik-adik belajar. Gagal dalam peperiksaan bukan bermaksud kita ini individu yang gagal dalam hidup kita secara keseluruhannya. Adik-adik boleh cuba lagi. Malu? Untuk apa mahu malu. Jujur dengan diri sendiri adalah kunci keberkatan hidup.  Jangan menipu diri sendiri.  Untuk apa andainya adik-adik berjaya memperoleh straight A's tapi dengan cara yang salah iaitu hasil menipu, berbohong, meniru dan sebagainya?  Sekiranya adik-adik menipu dalam peperiksaan kemudian berjaya ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, kemudian  adik menipu lagi dalam peperiksaan kemudian berjaya ke universiti, kemudian menipu lagi dalam peperiksaan dan akhirnya berjaya mendapat jawatan tinggi. Adakah pekerjaan dan gaji yang diperolehi hasil dari usaha pembohongan sebelum ini sesuatu yang berkat???

            Mungkin dalam peperiksaan adik-adik boleh menipu, tapi sedarlah yang penipuan itu takkan selamanya akan menyelamatkan adik-adik.  Kerana dalam bidang pekerjaan / perniagaan tidaklah semudah menjawab soalan peperiksaan. Hidup kita juga taklah semudah itu.  Jadi, adakah selamanya adik-adik harus menipu dan meniru idea orang lain tanpa pernah mahu mengeluarkan idea sendiri yang lebih kreatif lagi bernas?  Jadilah insan yang tidak takut dengan kegagalan dan kritikan nescaya adik akan berjaya.  Kerana apa? Kerana dalam hidup kita ini adalah normal untuk kita merasa kegagalan, kehilangan atau kesedihan.  Biarlah kita berjaya atas usaha kita yang sebenar dan menggunakan idea serta tenaga kita sendiri pasti kejayaan itu lebih indah dan lebih manis.  Janganlah menggunakan cara yang salah untuk berjaya.  Untuk apa kita dipuji dan disanjung andai kejayaan kita itu hasil dari usaha kita yang banyak berbohong?

             Untuk kamu yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam berbohong semasa peperiksaan (tak kiralah peperiksaan apa pun). Satu saja saya nak pesan, "sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua" ,  penipuan kamu itu lambat laun akan terbongkar juga.  Untuk apa kita berjaya dengan usaha yang salah? Lebih baik kamu soal diri sendiri, adakah kamu mahu berjaya untuk masa depan yang lebih cemerlang atau semata-mata kerana takut dengan kritikan dan semata-mata mahu mendapat nama serta menjaga Rating semata-mata. Buat kamu yang terlibat dalam pembocoran soalan peperiksaan ini, satu saja saya nak pesan :  Janganlah jadikan masa depan anak-anak kecil sebagai mangsa kamu yang tamak itu, kasihanilah mereka-mereka yang jujur dan tidak bersalah dalam hal ini. "Kerana nila setitik itu rosak susu sebelanga". Kerana perbuatan kamu yang tidak berntanggungjawab itu ternyata ianya telah menyusahkan banyak pihak dan telah menghampakan banyak hati yang menaruh harapan tinggi.


   Namun soalanya adakah kita hari ini hanya mementingkan berapa banyak A yang tertulis dalam setiap slip peperiksaan yang mereka duduki? Adakah hanya itu sahaja penentu masa depan mereka?


Entry ini adalah nukilan sepenuhnya saya selaku penulis dan pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Maaf andai ada kekurangan dimana-mana.  Idea untuk menulis entry ini tercetus secara spontan, dan  sekadar bekongsi pendapat berdasar dari pengalaman hidup saya. Saya sendiri pernah sekali mengulang semester ketika di politeknik dulu.  Seumur hidup saya memang tidak pernah sekalipun meniru dalam mana-mana peperiksaan. Kerana saya percaya yang rezeki itu Allah yang tentukan, dan saya percaya yang biarlah kita berjaya atas usaha kita sendiri.  Biarlah  kita berjaya untuk masa depan kita dan bukan berjaya semata-mata kerana takut apa yang orang akan kata pada kita.  Dalam hidup ini jatuh bangun itu semua perkara biasa. Cumanya kita harus bangkit dari kejatuhan dan kegagalan masa lalu kita..

Saturday, August 23, 2014

Puisi: Langit Merah Peristiwa Tujuh Belas...


Langit itu kelam semakin suram,
Tiada cahaya mentari seperti biasa,
Yang tinggal hanyalah awan hitam,
Bersama khabar yang kelam,
Lalu awan  itu pun menitiskan air mata,
Menangisi peristiwa pilu itu,
Langit itu pun menjadi merah,
Menjadi tanda tragedi berdarah,
Lantai Bumi dirobek tragedi itu,
Meninggalkan bekas luka semakin parah,
Lalu mengalirlah darah itu ke tanah,
Tanah itu menjadi pemangku yang memeluk jenazah,
Tanah itu kini tidak berseri lagi,
Kerana ia turut sama menangisi peritiwa itu,
Tujuh Belas Julai Dua Ribu Empat Belas menjadi saksi peristiwa itu,
Sungguh tarikh itu akan diingati untuk selamanya,
Oleh manusia sekalian dunia,
Dua Puluh Dua Ogos Dua Ribu Empat Belas menjadi hari berkabung negara,
Membawa jenazah MH Satu Tujuh pulang bersama tangisan hiba,
Sungguh peritiwa itu menjadikan hati semakin lara,
Seperti ditoreh belati berduri terasa pedihnya,
Meninggalkan luka yang tidak akan dilupa...



p/s: Puisi ini adalah nukilan sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini                                               (http://merpatiputih88.blogspot.com/) . Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali.... Akhir kata salam takziah buat semua keluarga dan sahabat handai mangsa tragedi MH 17. Semoga anda semua tabah selalu. Al-Fatihah...

Wednesday, July 30, 2014

MH 17 Dalam Kenangan...





                  

            Pada 17.07.2014  pesawat Boeing 777-200 iaitu MH 17 milik Malaysia Airlines (MAS) telah ditembak jatuh dan telah terhempas di wilayah Donetsk iaitu di timur Ukraine dan bersempadan dengan Russia ...Pesawat ini telah berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 pm (waktu Amsterdam) dan dijangka tiba ke Kuala Lumpur pada jam 6.10 am (waktu Malaysia)...Pesawat ini telah berusia 17 belas tahun iaitu kali pertama berlepas pada 17.04.1997...

Nahas pesawat  ini mengorbankan 283 penumpang dan  15 kru  iaitu:-

Belanda : 192 orang
Malaysia: 44 orang
Australia: 27 orang
Indonesia: 12 orang
Jerman : 4 orang
Belgium: 4 orang
Filipina: 3 orang
Kanada: Seorang
New Zealand: Seorang

Berikut adalah foto-foto di lokasi nahas MH 17:-






        Sekali lagi Malaysia bersedih... Selepas 4 bulan lebih kita mengalami tragedi pesawat milik MAS iaitu  MH 370 yang hilang dan hingga kini masih belum berjumpa, kini kita sekali lagi berdepan dengan tragedi kapal terbang.

      Selang beberapa hari selepas itu, iaitu 23.07.2014 pesawat TransAsia milik syarikat penerbangan taiwan pula terhempas dan mengorbankan 48 orang... Beberapa hari selepas itu, iaitu pada 25.07.2014 pesawat milik Algeria iaitu AH5017 - AirAlgerie pula terhempas dan mengorbankan 188 orang...

     Salam takziah buat semua keluarga dan rakan taulan kepada mangsa yang terkorban dalam nahas MH17 TransAsia dan AirAlgerie dan  tidak di lupa buat keluarga dan sahabat handai mangsa pesawat yang hilang tapi sehingga kini masih belum ada khabar berita iaitu MH 17..Semoga anda semua sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan yang sebegini besar.



Al- Fatihah...



Sumber rujukan:


http://www.malaysiaairlines.com/mh17

http://www.nst.com.my/node/19186

http://www.astroawani.com/news/category/mh17

http://www.astroawani.com/news/show/apa-yang-terjadi-kepada-mh17-40243

http://www.cbc.ca/news/world/transasia-flight-ge222-crash-likely-due-to-bad-weather-officials-1.2716437

http://www.ibtimes.com/transasia-crash-survivors-crawled-wreckage-borrowed-cell-phones-1640056

http://www.independent.ie/world-news/africa/air-algerie-ah5017-crash-jet-fell-30000-feet-in-three-minutes-due-to-violent-storm-30475606.html

Tuesday, July 29, 2014

Doa Untuk Gaza...



                                    

Jika kita di sini seronok melihat dan bermain mercun dan bunga api...
Mereka di sana dalam keadaan ketakutan menantikan serangan  bom dan roket setiap saat...
Setiap waktu pasti ada sahaja tempat yang menjadi sasaran letupan bom pemusnah tanpa peri kemanusiaan...
Jika di sini langitnya meriah dengan pancaran warna bunga api disambut senyuman dan hilai tawa mata yang melihatnya tanda gembira...
Mereka di sana sentiasa mengalirkan air mata deras yang adakalanya seperti sudah kering hingga menyebabkan tubuh mereka semakin gering dan negaranya semakin kontang akibat bedilan peluru dan bom di merata tempat...






Jika di negara lain banayk terbina bagunan pencakar langit, masjid  yang indah, rumah yang mewah...
Mereka di sana setiap waktu pasti ada saja bangunan yang di musnahkan....
Kamu sebut saja, rumah, sekolah, bangunan, masjid semuanya di bom...
Jika menjelang Ramadan dan Aidilfitri orang lain sibuk menghias bangunan-bangunan itu, mereka di sana kehilangan bagunan itu setiap waktu...



Jika di sini kelahiran anak kecil di sambut penuh meriah dan gambar bayi itu dikongsikan pula di Istagram dan Facebook tanda gembira menyambut kelahiran baru...
Di sana, bayi-bayi disana sedari usia mereka masih bayi sudah didik supaya berdikari..
Kerana apa?
Kerana sejak bayi mereka kehilangan semuannya... Kehilangan ibu, ayah, abang, kakak, saudara, malah tempat tinggal juga musnah...





Jika kanak-kanak kita di sini, seronok pergi ke sekolah menimba ilmu, ceria bermain bersama rakan-rakan, gembira bersiar-siar pergi beraya bersama teman-teman...
Kanak-kanak di sana sayang sekali tidak dapat merasai nikmat begitu...
Sekolah mereka menjadi mangsa sasaran bedilan peluru...
Saban waktu mereka ke sekolah dalam keadaan ketakutan dan berjaga-jaga...
Taman permain juga musnah...
Rumah mereka hancur..
Mereka kehilangan teman sepermainan..
Mereka kehilangan sahabat karib....
Mereka kehilangan adik...
Kanak-kanak dan bayi yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam di sana...
Wanita dan warga tua yang lemah juga di bunuh...
Negara mereka musnah...
Kini yang tinggal hanyalah serpihan batu dan debu yang menikam kalbu...
Lalu pada siapa kanak-kanak ini mahu mengadu...?
Adakah pada dunia yang semakin kaku diam tanpa bergerak seperti batu...?



P/s:            Saya selaku pemilik blog (hhtp://merpatiputih88.blogspot.com) menulis ini atas dasar tanggungjawab saya untuk memberikan kesedaran kepada kita semua yang Negara Palestine itu perlu di bantu dan usah kita biarkan mereka sendiri dalam melalui dugaan begini...

                Harusnya kita ini bersyukur, kerana kita di sini masih boleh pergi ke sekolah, tempat kerja, masih boleh bersiar-siar tanpa diganggu bedilan peluru..Jadinya janganlah kita sia-siakan nikmat yang telah dikurnia ini, hargaikah ia...Dalam pada kita berseronok menyambut Raya, jangan dilupa pada mereka yang sedang menderita di sana...Doakan untuk mereka dan jika mampu hulurkanlah sumbangan buat mereka...

Anda boleh menderma melalui tabung Aman Palestine Malaysia:

http://www.amanpalestin.net/
https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial

Akhir kata dari saya, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...