Translate

Showing posts with label perempuan. Show all posts
Showing posts with label perempuan. Show all posts

Saturday, October 1, 2016

Perempuan Kental


Perempuan...
Jangan terhegeh-hegeh menagih cinta pada yang belum pasti...
Jangan dikejar pada yang tak sudi...
Daripada asyik memikir jodoh yang belum tiba... 
Lebih baik persiapkan diri terlebih dahulu....
Lebih baik tetapkan matlamat dalam hidup ini... 
Dekatkan diri dengan Tuhan...
Berbaktilah pada ibu ayah dengan penuh perhatian...
Tingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran...
Tambahkan pengalaman...
Perkukuhkan kerjaya atau perniagaan...
Sediakan aset untuk masa depan...
Persiapkan simpanan kewangan...
Ya, bina empayar kejayaan kamu sendiri...
Belajar hidup berdikari...
Agar tidaklah mudah diperlekehkan kemudian hari...
Jadi perempuan kena kental...
Usah putus asa...
Tapi harus tetap berusaha...
Jika jatuh, harus bangkit lagi...
Berdiri dan terus berlari...
Tetaplah terus melangkah usah berhenti...
Berjalanlah maju ke depan dan bukan mundur ke belakang...
Jika ada suara langau yang kata kau tak boleh berjaya biarkan saja...
Pekakkan saja telinga...
Buktikan pada mereka kau juga mampu berjaya...
Satu hari kelak, kamu pasti akan bertemu bahagia...
Perempuan, untuk itu sayangilah dan hargailah dirimu...
Kerana dirimu istimewa...
Perempuan, dirimu itu ibarat mutiara berharga..
Yang tersorok jauh di dasar lautan...
Perempuan, dirimu itu ibarat permata berkilauan..
Yang tersimpan jauh di dalam bumi...
Perempuan, usah biarkan dirimu dipijak dan ditendang...
Perempaun, usah biarkan dirimu diperlekeh dan ditindas...
Perempuan, usah biarkan dirimu tidak dihormati dan tidak dipandang...
Perempuan, tetaplah terus tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup...
Perempuan, Tetaplah teus cekal dan kental menharungi hidup..
Pandanglah ke hadapan  wahai perempuan...
Usah tunduk lagi...
Majulah melangkah...
Usahlah berhenti...


p/s: Puisi ini adalah ilham sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini: (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Sebarang bentuk penerbitan semula dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Hak cipta terpelihara.

Sumber gambar : Google image...






Wednesday, April 13, 2016

Angan Dalam Mimpi atau Impian Penuh Harapan?


            Al kisah di sebuah perkampungan moden yang terletak di tengah kota metropolitan yang sebra sibuk. Di sana tinggal seorang gadis miskin yang tinggal bersama keluarga kecilnya. Sejak dari kecil hingga dewasa kisah hidupnya penuh warna warni, suka  dan duka. Walaupun punya banyak kisah duka dan pelbagai rintangan yang berlaku dalam hidupnya tetapi dia tak pernah berputus asa. Meski ditolak hingga jatuh, dia bangun kembali dengan semangat yang kental. Dia punya cita-cita dan wawasan yang tinggi. Adakalanya dirasakan cita-citannya itu terlalu tinggi hingga tak mudah digapai. Suara di sekelilingnya pula menganggap impiannya itu tak ubah bak angan-angan mat jenin atau lebih tepat mimpi di siang hari yang tak mungkin akan terjadi. Hanya segelintir saja dari suara itu yang menyokong dan memberi kata semangat. Kata-kata sinis dan sindiran mereka tidak pula dijadikan pematah semangatnya... Tetapi dia jadikan itu sebagai pembakar semangat, ibarat api obor yang menyuluh malam yang kelam begitu bersemangat membara dalam diam. 



                      Kini dia sudah mula mengatur langkah dengan laju dan enggan berhenti. Langkahnya yang penuh semangat juang itu kini semakin berani untuk memburu mercu impian yang telah sekian lama dicita-citakan. Bagi pendapat dirinya jika tidak berani melangkah sekarang, jadi bila lagi mahu bermula? Dia perlu melakukan anjakkan paradigma untuk mengubah nasib dirinya dan membela nasib keluarganya. Dia tidak mahu menjadi gadis yang hanya bergantung harap penuh pada "putera impian sekalian gadis". Tapi dia mahu menjadi gadis berwawasan yang berdikari demi mencapai impian dan cita-cita sendiri sementara menunggu kehadiran "putera impian" itu. Dia sedar akan hakikat kehidupan realiti taklah seindah kisah-kisah dongeng atau novel cinta yang pernah dibacanya.  Jika  di dalam buku cerita watak wanita yang asalnya susah terus berubah 360 darjah menjadi kaya raya dan hidup dilimpahi kebahagiaan "happy ending" bila bertemu putera impian. Hakikat realiti hidup sebenar pasangan berumah tangga taklah terlalu indah seperti itu. Hakikat hidup  juga taklah mudah begitu. Dia sedar akan hakikat dirinya berasal dari keluarga miskin sahaja. Jadi dia harus tetapkan matlamat dan usaha untuk menjadi insan yang berjaya. Dia mahu berbakti kepada keluarganya dan mahu membahagiakan mereka selagi masih punya waktu yang  tersisa. Itu sahaja harapannya.


P/s: Entry ini hanyalah kisah fiksyen  pendek. Tiada ada kena mengena antara yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Ianya hanyalah kisah rekaan supaya menjadi sumber inspirasi buat yang membacanya . Ianya adalah sumber ilham dan pandangan saya selaku pemilik dan penulis blog ini :
http://merpatiputih88.blogspot.my/. Selamat membaca dan selamat malam buat semua...

Sumber gambar: google image

Tuesday, April 12, 2016

Secantik Rama-Rama...


Wanita seharusnya berdikari...
Wanita seharusnya punya kredibiliti,
Wanita seharusnya dilengkapi ilmu,
Wanita seharusnya bercita-cita tinggi,


               Masih ingatkah  lagi tentang kitaran hidup sang rama-rama yang kita pelajari di sekolah dulu? Rama-rama yang terlihat cantik itu asalnya dari ulat! Ia duduk dalam kepompong dan setelah itu muncul sayapnya yang penuh warna-warni cantik. Maka jadilah ia rama-rama yang cantik!


Lalu, apa yang kita boleh pelajari dari kitaran hidup rama-rama?


                Nak berjaya itu bukan mudah. Ia perlu doa, usaha, cita-cita dan ia perlu pengorbanan, ketekunan dan kesabaran. Kita tak boleh mengubah diri kita tanpa adanya usaha. Sedangkan rama-rama yang asalnya dari ulat itu pun betapa di dalam kepompongnya barulah ia menjadi rama-rama yang cantik. Kita perlukan anjakan paradigma dalam hidup. Sampai bila kita mahu berada ditakuk sama? Kita perlukan kemajuan dalam hidup. Untuk itu, cita-cita / impian itu penting. Timbalah ilmu  / kemahiran sebanyak boleh. Tetapkan matlamat kewangan dan kerjaya / business serta kehidupan kamu.  Buat sesuatu yang boleh membahagiakan diri kamu dan manfaatkanlah masa / usia kamu sebaiknya. Berbaktilah dan bahagiakanlah kedua ibu bapa kamu dan keluarga kamu. Tetapkan niat yang betul. Gantungkan cita-cita kamu setinggi boleh. Pedulikan jika ada suara-suara langau yang mengejek cita-cita kamu. Sebaliknya teruskan berdoa, berikhtiar, berusaha dengan gigih dan bertawakkal. Buktikan pada dunia kamu boleh berjaya. 


              Dalam kehidupan serba mencabar ini buktikan yang kamu boleh "survive".  Jika ada dugaan dan cabaran kehidupan yang datang kepada kamu,  bersabar dan cuba fikirkan jalan keluar. Kerana setiap masaalah ada penyelesaiaannya, setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati, kerana kematian itu pasti dan kita semua akan mati. Usah putus asa. Usah disalahkan takdir yang sudah tercatat, usah disalahkan Tuhan yang mencipta kita. Mungkin disebalik dugaan itu ada kemanisan hidup dan pengalaman baru yang kita perolehi yang boleh mematangkan kita.  


          
Jadi, Adakah kamu masih mahu menjadi seperti  si ulat beluncas yang enggan berubah atau menjadi rama-rama?



p/s: Entry ini adalah ilham dan pandangan peribadi saya selaku pemilik dan penulis blog ini:
 http://merpatiputih88.blogspot.my/ sebarang kekhilafan dan kekurangan haraplah dimaafi. Akhir kata, selamat malam buat semua...

Sumber gambar: Google image

Monday, May 18, 2015

Cinta Yang Tak Pandang Kecantikan Fizikal...

           

        Zaman sekarang ni boleh dikatakan hampir semua orang nak kelihatan cantik... Lihat saja dipasaran sekarang berlambak-lambak produk kosmetik dan supplement untuk jadi cantik, putih gebu, kulit flawless (ibarat bayi)  tanpa sebarang jerawat atau jeragat, kurangkan berat badan, montok kan bentuk badan, kecikkan pinggang, nak tinggi dan macam-macam lagi... Majoriti porduk kecantikan jenis-jenis begini mudah popular dan sangat laris di pasaran... Itu belum termasuk jenis yang suntik menyuntik atau pembedahan... Itu namanya "beauty with pain", sanggup susah payah berhabis duit , tenaga dan sakit-sakit semata-mata nak cantik dan sempurna... Mungkin tahap obsess terhadap kecantikan akan makin menjadi-jadi bila seseorang tu dah ada teman istimewa... Kalau boleh biarlah orang yang dia sayang nampak dia sorang jer yang cantik dan bergaya... Semua tu mungkin sebab takut cinta hati tadi curang, atau berpaling tadah pada yang lain... Ini semua mungkin ada kaitan dengan anggapan sesetengah dari masyarakat kita bahawa :

"Orang yang cantik mudah dapat jodoh (berjodoh di usia muda)" 
"Orang yang cantik mudah dapat jodoh yang orang tampan "
"Orang yang cantik mudah dapat jodoh lelaki yang baik, kaya, bertanggungjawab"
"Orang yang cantik hidupnya sempurna, bahagia " 
"Orang yang cantik ramai peminat dan kawan" 
"Orang yang cantik disayangi ramai dan popular"

        Kadang-kadang terfikir juga oleh saya, mungkin sebab dikalangan kita nie banyak sanggat disoggokkan dengan cerita fantasi donggeng gadis cantik kemudian dapat berkahwin dengan putera raja contoh macam Cinderella.. Jadi sejak dari kanak-kanak lagi mindset kita dah setting bahawa nak dapat jodoh yang kacak persis putera idaman haruslah cantik... 



      Saya pula lebih percaya yang cinta yang sebenar iaitu cinta dengan hati yang jujur, tulus lagi ikhlas tak perlu pandang pada paras rupa fizikal pasangan. Kerana adalah amat mustahil bagi kita untuk kelihatan cantik dan berdandan rapi sepanjang masa.  Takkan bila kita nak tidur kita perlu bermekap macam nak naik pentas? Takkan bila kita sakit, kita tetap nak set rambut dan mekap tebal-tebal ? Takkan bila usia kita semakin  berganjak dan kulit mula berkedut setiap hari kita nak inject botok, makan supplement collagen (sebab terlampau obses sangat takut kedut, tak nak nampak tua)  ?
Takkan setiap tahun nak buat plastic surgery nak repair bentuk badan, bentuk muka, tekstur kulit sebab kita dah beusia...? Sedarlah kita semua akan tua bila sampai masanya nanti (jika kita sempat merasa usia tua dan dipanjangkan usia hingga usia tua) ... Pada masa itu pasti kedutan dan uban tu perkara yang biasa...


         Saya rasa cinta yang hanya pandang pada rupa paras fizikal semata-mata pasti sukar untuk bertahan dalam jangka hayat yang lama. Kerana apabila bentuk badan sudah berubah size, kulit sudah tak flawless macam dulu, wajah dah tak secantik macam masa mula-mula dating, rambut dah tak sempat nak set pergi saloon, mulalah pasangan tadi intai-intai orang luar yang lebih cantik dan anggun. Silap haribulan kalau orang luar lebih cantik, flawless, slim, putih gebu daripada pasangannya yang sedia ada, pasangannya itu akan ditinggalkan... Adakalanya pasangannya masih cantik jelita pun, si lelaki masih boleh curang dan pandang orang lain yang cantik jugak, sebab terlalu banyak pilihan yang cantik-cantik sampai rambang mata nak pilih!



              Cinta yang sejati sepatutnya datang dari hati yang tulus ikhlas tanpa mengira paras rupa atau perubahan bentuk fizikal, perubahan kesihatan (kerana tak sepanjang masa kita akan sihat, pasti satu masa kita kan merasa tidak sihat ) pertambahan usia (sebab itu semua normal) ...  Kerana cinta yang sejati perlukan kasih sayang, cinta, persefahaman, bertolak ansur, bertoleransi, saling percaya,  bertanggungjawab, menjadi pendengar yang baik, menjadi penasihat yang baik, menjadi kekasih hati dan dalam masa sama menjadi sahabat baik... Kemudian barulah kita akan rasa bahagia, sebab kita bebas menjadi diri kita sendiri  (diri kita yang sebenar). Sebab kita tahu yang pasangan kita memang sayangkan kita dan terima diri kita seadanya (sebab kita dapat rasa disayangi, dihargai tanpa perlu terlalu obsess untuk cantik sempurna sepanjang masa), kita juga yakin dengan diri sendiri (rupa fizikal diri sendiri). 
nie Nick Vujivic
Dah jadi pakar motivasi dan dah banyak menghadiri forum
Sekarang dah ade buku kisah hidupnya sendiri
dah kahwin dengan wanita cantik dan dah ade anak yang comel
Sangat memberi inspirasi kepada saya...
Kerana beliau yang tak punya tangan dan kaki pun masih mampu hidup berdikari,
masih ada semangat yang tinggi dan yakin diri sendiri...

            Dalam hidup ni kita kena yakin dengan diri sendiri, sayang diri sendiri, bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita, menghargai diri sendiri dan pedulikkan cakap-cakap belakang atau sesiapa saja yang mengejek-ngejek paras rupa kamu hingga  membuat kamu merasa tertekan dan  terpaksa untuk berhabis-habisan untuk kekal cantik walaupun sudah berusia 100 tahun! Usah begitu... Untuk kelihatan cantik tak salah, tapi biarlah berpada-pada... Sebelum nak ambil apa-apa supplement atau nak amalkan sebarang diet rujuk pakar terlebih dahulu... Kalau boleh janganlah sampai nak suntik botok atau buat bedah plastik... Belajarlah bersyukur dengan apa yang kita ada.. Percayalah pasti akan ada orang yang menyayangi dan menerima kamu apa adanya...

p/s:        Coretan saya nie dikarang oleh saya sendiri selaku pemilik dan penulis blog (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Kredit gambar google image . Sebarang kekhilafan harap dimaafkan.  Saya dapat idea menulis coretan nie lepas tonton video nie:

 

Video nie pasal sepasang pasangan muda yang sanggup mekap muka jadi tua
untuk lihat perubahan wajah mereka apabila meningkat usia  lanjut kelak...
Sweet kan? Kan best bila dapat jumpa pasangan yang tetap sayang kita
dan terima diri kita seadanya walaupun kita dah tua... Itulah bahagia... :)


Wednesday, February 25, 2015

Jatuh Cinta



Biasa orang sebut jatuh cinta atau bahasa inggeris falling in love....
Mungkin sebab itu cinta ini boleh jadi bahagia dan boleh jadi sakit...
Ibarat bunga mawar , cantik dan wangi tapi penuh duri pada tangkainya...
Silap hari bulan tangan kamu yang terluka bila menyentuhnya..
Begitu jugaklah dengan cinta, adakalanya boleh buat kamu bahagia, ketawa, gembira tapi adakalanyn boleh buat kamu berduka lara, sedih dan menangis hiba...
Bila dilihat semula pada perkataan "jatuh" atau "falling" itu pun mempunyai maksud tersirat iaitu: Cinta itu hadir bersama risikonya yang tersendiri, risiko untuk kamu kecewa dan sakit disamping rasa bahagia yang kamu harapkan...Tersilap langkah pasti hati kamu pula yang akan patah dan gundah gulana kerana terluka oleh kerana cinta..

Cinta itu boleh jadi bahagia:-
Bahagia bila orang kamu sayang terima diri kamu seadanya dan seikhlas hati...
Bahagia bila orang yang kamu cinta itu memahami kamu dalam apa jua situasi...
Bahagia bila orang yang kamu sayang sentiasa menemani kamu dalam apa jua situasi, tak kira susah, senang, sakit , sihat, ketawa atau tangis...
Bahagia bila orang yang kamu sayang sentiasa menjadi peneman, dan pendengar setia saat kamu berada dalam situasi yang sukar atau getir, dia jugalah yang selalu bagi kamu nasihat membakar semangat...
Bahagia bila orang kamu cinta juga mencintai dan menyayangi kamu sama seperti kamu cinta dan sayang dia..


Cinta itu boleh jadi sakit:-
Sakit bila kamu jatuh "gedebuk", hingga buat hati kamu itu terluka dan terhiris...
Sakit bila kamu ditinggalkan dan dilukai oleh orang yang kamu cintai...
Sakit bila dibohongi oleh orang yang kamu sangka sayangkan kamu tapi sebenarnya penuh pura-pura dan cintanya hanyalah palsu...
Sakit bila orang yang kamu sayang hanya mahu bersama kamu saat kamu bahagia, gembira tapi tinggalkan kamu sendirian saat kamu sakit, sedih atau merana...
Lebih sakit bila kamu terlalu obsess sayang dan cintakan dia, kamu terlalu percaya hinggalah kepercayaan yang kamu berikan itu langsung tak dihargai malah dikhinati pula...
Lebih parah lagi bila walaupun kamu telah banyak kali terluka dan kecewa dengan sikap dan tingkah lakunya kamu tetap berikan dia peluang berulang-ulang sebab cinta dan sayang terlalu sukar untuk dibuang, tapi akhirnya kamu juga kecewa berulang-ulang...







Namun, walaupun pelbagai risiko yang bakal dilalui dan walaupun telah sering kali dilukai dan dikecewakan seseorang itu sanggup saja untuk terima risiko sakitnya cinta demi kerana harapannya untuk mendapatkan cinta yang bahagia... Kata akal dan hati selalu saja berbeza, hati tetap masih mahu menaruh harapan sedangkan akal kita telah terfikir yang kita bakal dikecewakan kelak... Mungkin sebab itulah ramai orang anggap cinta itu buta...


Tapi janganlah sampai kita menjadi buta kerana cinta... Janganlah terlalu obsess mengejar cinta manusia, kerana semuanya hanyalah sementara... Cintalah kepada yang lebih utama iaitu Allah SWT... Berilah cinta kita sepenuh dan seikhlas hati kepada-Nya kerana kita tidak akan pernah merasa dikecewa oleh-Nya seperti mana manusia mengecewakan kita...


p/s: Ini hanyalah nukilan idea dan pendapat saya selaku penulis dan pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/) Sebarang kesilapan atau kekurangan harap dimaafkan.  Kredit gambar google image.

Monday, January 26, 2015

Untuk Gadis: Jangan Obsess Kejar Cinta / Kasih Sayang

Hai adik-adik yang comel-comel dan cantik cantik sekalian... :)

                       Biasanya dalam soal cinta-cinta nie orang kata gadis nampak lebih obsess dan lebih cepat cair berbanding lelaki betul ke? Ha.. Soalan tu saya biarkan tergantung tanpa jawapan supaya awak semua boleh cari jawapan sendiri...


                     Di sini  saya cuma nak berpesan untuk semua gadis termasuk diri saya sendiri supaya kita sebagai perempuan nie usahlah terlalu mengejar sangat cinta / kasih sayang dari seorang lelaki. Nak jatuh cinta tu boleh, tapi biarlah berpada-pada. Ingat, jangan melebih-lebihkan dan mengagung-agungkan lelaki yang kita cinta itu melebihi Tuhan Yang Maha Esa iaitu Allah SWT.  Jangan sampai kerana nak ber dating kita sanggup tinggalkan solat atau melewat-lewatkan solat. Jangan kerana sayangkan seorang lelaki yang konon bernama kekasih kita sanggup berhabis-habisan duit, harta benda, masa dan harga diri.  Jangan kerana kasihkan lelaki itu, kita sanggup menjadi anak yang menderhaka dan sanggup berbohong kepada ibu bapa dan keluarga. Jangan kerana cinta kita sanggup tinggalkan keluarga, sahabat, pelajaran  dan cita-ciata.  Ingat, yang namanya kekasih atau tunang belum tentu lagi menjadi suami kamu yang sah.  Jadi selagi si dia belum lagi menjadi suami kamu yang sah, selagi itulah batas-batas hubungan haruslah dijaga dan dipelihara.


                                  Simpan lah separuh rasa kasih sayang dan cinta untuk diri kita sendiri, kerana orang yang pandai menghargai dan menyayangi diri sendiri pasti takkan kecewa apabila ditinggalkan oleh orang yang dia sayang. Kerana apa? Kerana apabila awak sayang diri awak sendiri, awak tidaklah terlalu terghegeh-hegeh dan terkejar-kejar kasih sayang dan perhatian orang terhadap awak. Jangan terlalu memberi kepercayaan dan harapan sepenuhnya kepada pasangan.  Jangan terlalu obsess sangat cinta dan sayangkan si dia sampai macam pepatah melayu "umpama menatang minyak yang penuh".  Sebab khuatir nanti bila hubungan tu terputus di tengah jalan, awak jugak yang jatuh terduduk sampai langsung hilang harapan untuk hidup.  Jangan sampai langsung takde rasa cemburu dan curiga hingga kita mudah ajer kena tipu dan kena pijak bulat-bulat, sebab 200% kita percaya ajer apa yang dia cakap dan apa yang dia buat. Tak salah rasanya kalau kita siasat dan selidik dulu sebelum kita meletak kepercayaan yang terlalu tinggi.  Simpan sikit rasa cemburu, tapi jangan cemburu buta. Cemburu biarlah bertempat dan jangan terlalu curiga atau kongkong pasangan nanti dia rimas.  Tapi jangan sampai langsung takde cemburu, nanti pasangan kita pulak yang confused samaada kita nie ambil berat dan sayang kat dia ke tak.


                  Untuk gadis-gadis yang belum lagi berkahwin, simpan diri sendiri untuk lelaki yang benar-benar berhak ke atas kamu, iaitu suami kamu. Ya, simpan harga diri kamu atau dengan kata lain tubuh badan kamu untuk suami kamu.  Jangan kerana cinta atau sayang sangat, habis semua nak diserahkan pada jantan berhidung belang yang kamu cinta.  Ingatlah, bila semua rasa cinta dan kasih sayang tu dah dicurahkan sebelum berkahwin, nanti bila dah berkahwin kamu dan dia pasti akan rasa bosan.  Kalau semua benda dah rasa dan dah cuba sebelum berkahwin, maka perkahwinan yang terbina nanti pasti hilang serinya dan manisnya.  Mungkin lebih parah lagi, kalau semua benda si jantan tu dah cuba dan dah rasa takut-takut nanti kamu akan ditinggalkan seperti mana peribahasa melayu "habis madu sepah dibuang".  Jadi nanti siapa yang rugi? Pastinya kamu juga yang akan menyesal... Sudahlah ditinggalkan , hati kamu pula remuk... Hah..Kan dah rugi... Sebaiknya jangan kerana obsess cinta dan sayang sangat kita sanggup bagi dikaun hingga harga diri kita pun secara tak sedar telah dipijak-pijak...




                             Jika hubungan kamu dan si dia baru sahaja terputus ditengah jalan oleh sebab-sebab tertentu. Usah terlalu ditangisi perpisahan itu.  Sekiranya perisahan itu adalah disebabkan sikapnya yang curang, usah pula kamu serang perempuan yang kononnya merampas buah hati pengarang jantung kamu.  Kerana apa? Kerana lelaki yang tahu menghargai pasti takkan curang, bertepuk sebelah tangan pasti takkan berbunyi.  Ini jelas menunjukkan yang kekasih kamu itu suka berfoya-foya dan mata keranjang serta punya sikap buaya, sampai sanggup main kayu tiga.  Percayalah disebalik perpisahan itu pasti akan ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin lebih baik kamu kecewa sekarang dari kecewa dikemudian hari.  Mungkin juga selepas ini kamu akan berjumpa dengan seorang lelaki yang benar-benar ikhlas sayang dan cintakan kamu serta tahu menghargai diri kamu. Jadi usah terlalu kecewa!                        

                            



          Akhir kata, jadilah gadis yang berhati lembut tetapi bersemangat waja, berwawasan tinggi dan  bercita-cita besar. Jadilah gadis yang berjiwa kental serta sentiasa sabar dan tabah dalam mengharungi apa jua rintangan dan dugaan.  Jadilah gadis yang tidak mudah ditindas atau dibuli oleh lelaki.  Jadilah gadis yang berprinsip serta jadilah gadis yang  tahu melindungi dan menyayangi diri  sendiri dan tidak mudah diceroboh oleh anasir kotor yang mengacau. Hanya setelah itu, barulah kamu akan menjadi gadis yang disegani dan dihormati. 

Pesanan akhir: "Lelaki yang sayangkan kamu akan membimbing kamu ke jalan yang benar, Lelaki itu akan melindungi kamu dari sebarang perkara yang bahaya mahupun kejahatan dunia dan dia takkan sesekali akan merosakkan diri kamu. Lelaki itu akan sentiasa menyokong cita-cita kamu (selagi cita-cita kamu tak bertentangan dengan syariat dan undang-undang).

sila baca madah ini:
"Do not love the one who doesn't love Allah, if they can leave Allah, they can leave you..."
"The best love is when you love someone who makes your Imaan rise, who makes you more Pious and who helps you here in the Dunya because that person wants to meet you again in Jannah..."

p/s: Entry ini adalah luahan idea saya selaku penulis blog ini(http://merpatiputih88.blogspot.com/) segala kesilapan atau kekurangan harap dimaafkan..

Tuesday, June 18, 2013

Sketsa Cinta Awak Dan Saya...




Saya mungkin bukan pasangan idaman awak...
Saya mungkin kurang memberi masa untuk awak...
Saya mungkin selalu sibuk dan kadangkala terlampau sibuk sampai tiada masa untuk awak...
Saya sibuk dengan kerja-kerja saya, sibuk dengan business saya...
Saya selalu terpaksa batalkan janji kita untuk keluar sama-sama, Semuanya sebab saya perlu meeting dengan clients, Semuanya atas urusan kerja..
Saya batalkan janji kita bukan kerana saya curang dengan awak, tapi sebab saya terlalu sibuk dengan kerja...
Semua ini demi masa depan kita bersama juga...
Saya kuat kerja untuk kumpul duit demi keluarga kita dan demi untuk buat awak gembira...
Saya mungkin tak pandai nak bagi awak bunga-bunga...
Saya mungkin tak pernah bagi awak ayat jiwang romantik yang boleh buat hati awak berbunga...
Saya mungkin tak pernah bagi awak hadiah-hadiah mahal...
Tapi saya nak awak tahu cinta saya terlalu mahal untuk di nilai..
Saya nak awak tahu yang saya sayang awak untuk selamanya..
Walaupun saya tak tunjuk  sayang saya dekat awak untuk dilihat satu dunia..
Walaupun saya tak gemar update status jiwang berbunga di facebook dan twitter..
Tapi sayang saya pada awak adalah sampai hujung nyawa..
Sayang saya pada awak adalah ikhlas dari lubuk hati dan tak mungkin berganti atau terjual beli..
Walaupun saya kurang gemar beri password pada awak..
Itu bukan bermakna saya curang belakang awak...
Itu juga bukan bermakna saya beri cinta palsu pada awak...
Walaupun ada ramai perempuan yang berminat pada saya...
Tapi saya nak awak tahu yang saya  hanya minat pada awak seorang sahaja...
Hanya awak seorang sahaja gadis yang ada di hati saya..






Mungkin awak tiada masa untuk saya...
Tapi saya faham awak selalu sibuk banyak kerja...
Mungkin mereka selalu kata awak curang dengan saya...
Tapi saya tetap percayakan awak sampai bila-bila...
Mungkin awak tak pernah beri saya bunga,
tak mengapa kerana saya memang tidak gemar pada bunga..
Mungkin awak tak pernah beri saya hadiah mahal-mahal,
Tapi saya tahu yang cinta awak pada saya sangat mahal..
Saya tahu yang awak sayang saya walaupun tanpa hadiah itu semua...
Sebab awak sentiasa ada dengan saya, susah senang kita bersama...
Awak yang terima diri saya seadanya..
Awak yang terlalu ambil berat tentang saya...
Awak yang sentiasa ada ketika saya sakit..
Awak yang selalu beri saya nasihat, teguran, kata-kata semangat dan motivasi..
Itu semua sudah cukup untuk saya tahu yang awak ikhlas sayangkan saya...
Mungkin awak tidak terlalu terbuka berbicara tentang cinta kita di facebook dan twitter...
Itu tidak mengapa buat saya, asalkan kita berdua tahu yang kita saling mencinta...
Maka untuk apa perlu dijerit pada satu dunia..?
Asalkan hati kita ikhlas untuk bersama selamanya, maka tak perlu dihebah kita sedang terlampau bahagia...
Biarlah kita jaga batas privacy kisah cinta kita...
Biar ia menjadi warisan cerita buat anak cucu kita sahaja...
Awak mungkin bukan Takeshi Kaneshiro,
Tapi saya nak awak tahu yang awak adalah hero yang bertakhta di hati saya selama-lamanya..




P/s: Entry ini adalah hasil nukilan sepenuhnya saya selaku penulis blog & pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Terlahirnya tulisan ini sebenarnya adalah untuk dikarang sebagai novel yang saya mahu hasilkan, tapi syangnya asyik bertangguh sahaja...Makanya dari tahun 2005 (mase tu umur saya 17 tahun)hingga kini masih tiada masa,buku tulis contengan tangan itu pun telah dimamah anai-anai... Jadinya serpihan tulisan itu tinggal lah menjadi coretan  ringkas yang penuh  jiwang berbunga begini, cuma ia diubah sedikit dengan seiring peredaran masa...Eh, perlu diingatkan semula tulisan saya ini tiada kena mengena dengan diri saya atau sesiapa jua, ia hanyalah nukilan fiksyen coretan saya...(^___^)

kredit gambar: Google image..

~lagu dari filem Sepet, ini lagu favorite saya pada  tahun itu ...~ 

Monday, April 22, 2013

Manusia Zaman Tekologi Caggih = Manusia Pelik..???

Hai Semua...

 Masa zaman sekolah dulu kita ada belajar dalam subjek sejarah pasal manusia yang hidup di Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal ), Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan), Zaman Logam, Zaman Kesultanan Melayu Melaka...Kita berada di zaman mana??? Saya rasa kita semua boleh dikelaskan sebagai manusia yang hidup sebagai "Manusia Zaman Teknologi Canggih"...Kenapa saya takrifkan sebagai begitu..? Cuba lihat di sekeliling kamu, pasti ramai yang sedang sibuk menggunakan gadget gadget canggih..


  Sekarang nie dah ade macam-macam website social media yang boleh kita guna untuk berkomunikasi antaranya ialah Twitter , Facebook , Google +, Foursquare, Linked in,  Whatsapp, Line,  Wechat, Instagram, Keek, Youtube, Photobucket, Picasa, Flickr, Tumblr, DeviantArt, Blogspot, Wordpress, Myspace, Hi5, Tagged , Friendster, MiRC, Yahoo Messenger, Msn Messenger, Google Talk,Skype dan macam-macam lagi...

    
 Cuba bezakan zaman dulu-dulu sebelum ada benda-benda nie semua dengan zaman sekarang:-


1. Masa zaman tu kamu selalu jer hang out dengan kengkawan sama-sama, sekarang sudah jarang-jarang..Mungkin masing-masing sibuk dengan kerjaya..Tapi bezanya dulu kamu lebih kepada komunikasi dua hala secara berdepan, sekarang tidak lagi..Ramai yang lebih senang berkomunikasi dengan media sosial, lebih mudah katanaya..


2. Jika dulu-dulu public phone diguna oleh ramai orang, mereka gunakan public phone  untuk menelifon makwe / pakwe (Boyfriends / Girlfriends) , mak ayah , kawan-kawan..Sekarang tidak lagi, situasi di mana ramai orang beratur dengan sabar semata-mata nak gunakan public phone untuk berhubung mungkin sudah tiada lagi..


3. Jika kanak-kanak zaman dulu gemar bermain permainan tradisi seperti layang-layang  / wau, gasing , batu seremban, ceper, congkak, galah panjang, teng teng etc..Kanak-kanak zaman sekarang lebih gemar bermain game sorang-sorang dengan gadjet-gadjet canggih mereka, tidak ada lagi semangat setiakawan, tidak ada lagi komunikasi dua hala.


4. Orang zaman sekarang bila sedang berkomunikasi dua hala pun masih sibuk menekan-nekan gadjet canggih, ketika sedang bercakap dengan kawan-kawan, ketika sedang bercakap dengan pasangan, ketika sedang bercakap dengan clients masih lagi sibuk tekan-tekan gadjet mereka..Kadang-kadang ia menyebabkan kamu merasa jengkel dan geram, bila dia sedang bercakap dengan kamu tapi sibuk tekan-tekan gajet update status / main game..Ia membuatkan kamu terfikir "Dia nie nak cakap denganaku ke dengan handphone dia tu..????"


5. Manusia zaman teknologi canggih nie bila nak kemana-mana, nak buat apa-apa, semua nak di update status dekat laman sosial..Nak tidur update, bangun tidur update, nak makan update, nak solat update, nak berdoa update, nak keluar jalan-jalan update, nak berdating update, kalau boleh nak berak pun nak update..=,="


6. Manusia zaman ini semua perasan yang tersirat di dalam hati lebih gemar meluahkan rasa di media-media sosial (biar semua orang tahu) berbanding manusia zaman dulu-dulu suka tulis di diari. Kalau geram terus tulis ayat caci maki, habis semua rasa geram terhambur..Kalau sedang sedih terus buat video nyanyi-nyanyi sambil keluar air mata, tak pun tulis-tulis ayat sedih tahap rabak..Kalau tak puas hati kat orang terus hack sana hack sini, takpun sebarkan jerlah aib orang tu, kalau orang tu baik tapi tetap tak puas hati sebab ada iri hati terus sebar-sebar gosip / fitnah guna teknologi canggih, edit-edit gambar / tulis cerita fitnah kemudian sebar..Orang dulu-dulu kalau bercinta tulis-tulis surat cinta takpun kad cinta, sangat segan kalau ada orang lain yang baca ayat-ayat cinta mereka. Orang-orang sekarang selamba ajer tulis ayat-ayat cinta untuk pasangan di media social secara terbuka,  lebih bangga pula bila ramai yang memuji-muji...


7. Manusia zaman ini suka ambil gambar dan suka ambil video, kemudian upload di internet...Kalau boleh semua jenis gambar / semua jenis video nak di upload nya ...=,=" Kebelakangan ini terlalu ramai remaja yang gemar upload gambar / video mereka dengan aksi mesra-mesra / manja-manja / gediks bersama pasangan kemudian rasa bangga pula bila ramai orang yang like, share dan comment..Ada pula yang lebih daring sanggup upload gambar / video aksi lucah mereka untuk tatapan umum..Langsung tiada perasaan malu di situ..Ada pula yang suka pula rakam aksi orang bergaduh / kena buli / kena pukul..Tapi langsung tiada niat mahu membantu manusia yang sednag dipukul  / didera / dibuli itu, hanya memmerhati sambil merakam kemudian sebar saja..Di manakah nilai kemanusian ? Di manakah rasa malu kalian...???


8. Apabila berlaku kemalangan jalan raya, banyak kenderaan yang memperlahankan pemanduan mereka dan ada pula yang sanggup berhenti, bukan menolong pun tapi sibuk tangkap gambar / video, kemudian update status...Langsung tak nak menolong selamatkan orang yang sedang kemalangan, hendak telifon ambulans pun tak mahu (tak cukup kredit katanya). Macam nie ke yang kita mahu..??


   Kesimpulannya kita tidak boleh menyalahkan social media, technology dan internet sebagi punca manusia zaman ini sebagi selfish, gila glamour, suka mencari publicity murahan, anti social, kurang bergaul, kurang gemar bermasyarakat, kurang gemar berkomunikasi secara bersemuka, dan pelbagai lagi jenayah siber..Kerana apa..? Teknologi itu dicipta tujuannya untuk memudahkan urusan harian kita, tapi sekiranya berlaku perkara negatif oleh kerana media sosial itu. Itu semua adalah disebabkan oleh kesalahan pengguna media sosial itu sendiri yang telah menyalahgunakan kemudahan teknologi yang di cipta itu. Kita manusia punya akal untuk berfikir, punya hati untuk menilai tapi media sosial dna internet tidak punya itu semua. Jadi jika berlaku masaalah sosial dikalangan remaja dan kanak-kank hari ini disebabkan oleh teknologi, usah salahkan teknologi tapi salahkan diri sendiri.


p/s: Entry ini hanyalah luahan pendapat sepenuhnya saya selaku pemilik blog ini (hhtp://merpatiputih88.blogspot.com). Oh ya, entry ini adalah sambungan dari entry lama saya: Manusia mangsa teknologi atau teknologi mangsa manusia?
kredit gambar: google image..

Good night everyone, have a nice dreams..(^__^)

Monday, April 8, 2013

Pengaruh Cerita Dongeng Terhadap Gadis-Gadis...

hai semua yang gadis-gadis comel dan jelita...
Dulu-dulu masa kecik-kecik kamu semua mesti pernah tengok cerita dongeng cinderella, snow white etc kan...???
Lepas dah tengok atau baca kisah yang sweet-sweet gitu terus lah berangan nak jumpe prince charming lah kononya...padahal sekolah pun belum abis lagi...
Bila meningkat remaja suka pulak baca novel yang romantis-romantis,
Kemudian masing-masing sibuk tengok cerita korea takpun latin,  hero mesti nak yang handsome-handsome...Lepastu mula lah berangan kalaulah dapat pakwe romantic, handsome, kaya raya...Mestilah bahagia selamanya gtue...


    Itulah dia pengaruh cerita dongeng-dongeng nie...Bila dah dari kecil asyik disogok dengan cerita yang begitu sweet dan happy ending forever...Jadi bila dah besar (dah dewasa) gadis-gadis begini condong untuk mencari pasangan yang terlalu sempurna (terlalu cerewet dalam memilih pasangan hidup) sama macam dalam movie yang pernah mereka tonton atau buku yang pernah mereka baca...Pada pendapat gadis begini hidup akan sentiasa indah andai ditemani cinta sejati dari jejaka yang kacak, kaya raya, budiman, romantic etc etc...Pada pendapat gadis begini hidupnya akan kosong, kelam dan sunyi sepi tanpa cinta...Jadi itulah yang menyebabkannya menjadi si penagih cinta...Mudah terpedaya dengan cakap-cakap kosong dan janji manis lelaki yang konon romantic padahal buaya darat berhidung belang! Sanggup pula gadis-gadis begini menangung derita mencintai lelaki yang buaya (playboy), kerana dia terlalu percaya akan happy ending macam dalam kisah-kisah dongeng..!


  Ya, mungkin sebab taksub sangat dengan cerita dongeng sampai ada yang pegang perinsip macam gambar diatas nie...Sebab itulah sanggup ikat perut taknak makan. Kononnya ber diet, padahal duit habis sebab sibuk sangat shopping ikut selera sendiri tanpa mengira kemampuan poket sendiri..! Beli pakaian baru adalah normal bagi gadis-gadis, tapi kalau dah sampai tahap beli dan kemudian simpan untuk 10 tahun dan baju / kasut  itu sekadar terbiar di wardrobe kamu...Bukankah itu membazir tahap melampau..? Bila dah obses sangat nak jadik Cinderella, mulalah nak berbelanja barang yang mewah-mewah padahal nak bayar bill-bill, nak makan dan nak tampung kos sara hidup pun belum tentu mampu..Kononnya pakaian mewah-mewah mampu menambat hati jejaka yang romantic, kaya raya, sempurna habis etc etc...Lepas tu, bila dah dapat pakwe kaya raya boleh lah si pakwe belikan pulak barang-barang branded...Jadilah si gadis itu tadi si pisau cukur...Yang tak lain kerjanya hanya tahu nak kikis duit lelaki...Kata dia pada pakwenya : "Kalau benar you sayang kan I, You kena lah tolong  beli apa yang I nak..You kenalah tunaikan impian I...Bagi I kemewahan,bagi I bunga tiap-tiap hari, Bagi I hadiah yang mahal-mahal beli tiba harijadi..."  ( =__=)""

   Apabila mahu melangsungkan perkahwinan, gadis-gadis yang sudah terpengaruh dengan kisah dongeg cenderung untuk membuat majlis besar-besaran...Majlis perkahwinan haruslah meriah katanya, gempak barulah ada kelass gitue...Hantaran haruslah mahal, barang-barang dalam dulang hantaran haruslah yang branded-branded..Semuanya demi mencapai impian dari kecil, kononya mahu jadi Cinderella,si  princess yang jelita.. 



  Gadis-gadis yang comel lagi cantik jelita sekalian, Sedarlah awak yang cinta sejati itu memang wujud...
Tapi ia bukanlah berlandaskan kesempurnaan hidup yang terlalu sempurna semata-mata..! Jika seseorang lelaki itu tidak memberi kamu sekuntum bunga sekalipun, itu bukan bermakna dia tidak cintakan kamu. Sedarlah kamu yang walaupun lelaki itu sentiasa beri kamu bunga, coklat, kad tulis yang sweet-romantic, 24/7 sms atau call kamu  itu bukan bererti yang si lelaki itu tidak boleh ber scandal / curang  dengan perempuan lain..! Sedarlah juga yang tidak ada manusia biasa yang terlampau sempurna macam dalam kisah-kisah dongeng yang pernah kamu dengar atau baca. Ya, tiada manusia biasa yang tidak pernah melakukan kesilapan dalam hidupnya dan tidak ada manusia biasa yang tidak punya kelemahan diri...Jadi belajarlah menerima pasanagn kamu seadanya dan usahlah terlalu berharap akan kehadiran lelaki yan terlalu sempurna itu..!


"Cinta sejati itu adalah cinta yang  tidak  memandang kesempurnaan dalam diri pasangannya, tetapi menerima segala baik buruk diri pasangannnya apa adanya.."

"Cinta sejati itu tidak bermaksud kamu dan dia harus sentiasa memberi hadiah mewah atau bunga-bunga mawar segar atau kad-kad cinta semata-mata, tapi cinta sejati itu adalah apabila kamu dan dia saling memahami diri masing-masing, saling bertolak ansur, saling memaafkan apabila berselisih faham, jujur dan ikhlas dalam perhubungan.."

"Cinta sejati itu tidak bermaksud kamu dan dia harus sentiasa berdua kesana kemari, tapi cinta sejati itu adalah apabila kamu jauh kamu tetap saling merindui, dan perasaan sayang dan cinta itu tidak pernah berkurang walaupun kamu dan dia terpisah oleh jarak  yang jauh. Kamu dan dia juga saling mempercayai dan bukan saling meragui.."


Mungkin akan ada yang berkata pada saya : "Kamu hanya pandai berkata-kata...bukankah wang ringgit itu sangat bernilai di zaman sekarang...? Jadi cinta memang memerlukan wang...!"

Ya, memang tak dapat dinafikan wang sangat bernilai dalam kehidupan...Tapi wang tidak boleh membeli cinta sejati...Kemewahan tanpa cinta yang ikhlas, dan cinta itu adalah berlandaskan kepura-puraan adakah cinta namanya itu..?? Wang boleh dicari dan boleh diusahakan jika kita rajin bekerja dan berusaha (dengan cara yang betul dan halal) untuk mendapatkannya...

Akhir kata: Jadilah gadis yang boleh berdikari dalam urusan kehidupan  / kewangan ataupun membuat keputusan dan usahlah terlalu bergantung harap pada lelaki....Jadilah kamu Cinderella modern yang bijak dan matang dalam membuat keputusan tanpa terlalu bergantung harap akan kehadiran seorang lelaki penyelamat masa depan hidup kamu...!


P/s: Entry yang tidak seberapa nya ini adalah sekadar luahan penda-at dari saya selaku penulis dan pemilik blog ini...Mendapat ilham menulis entry ini sesudah saya menonton movie korea yang sweet ...kredit gambat google image

Monday, March 25, 2013

Jangan Pernah Salahkan Takdir...


Apabila kita dilanda kesedihan ramai diantara kita yang seperti mahu menyalahkan takdir...
Apabila kita tak dapat apa yang kita impikan ramai juga dikalangan kita yang menyalahkan takdir...
Tapi bila kita mencapai kejayaan, kita seperti lupa pula untuk bersyukur atas kurniaan Allah SWT kepada kita...
Ini kerana kita percaya kejayaan itu datang atas dari hasil usaha kita sendiri dan bukannnya dari takdir yang tertulis untuk kita sejak azali...
Lalu kita menjadi manusia yang leka akan nikmat dunia...
Terlalu mengagung-agungkan kesempurnaan hidup di dunia..
Hingga menyebabkan kita terlupa akan ada kehidupan yang lebih abadi selepas kematian...


     Buat adik-adik yang baru mengambil result peperiksaan SPM mahupun STPM, sekiranya adik gagal peroleh keputusan cemerlang pada peperiksaan kali ini bukan bermakna kehidupan adik akan musnah sama sekali! Gagal dalam peperiksaan bukan bermakna adik akan menjadi manusia yang gagal dalam kehidupan..!!! Jangan lah adik menyalahkan takdir... Tapi perbaikilah kesilapan adik itu, demi  untuk mencapai kejayaan pada hari esok....Mungkin kurang berjaya pada peringkat sekolah bukan bermaksud adik akan menjadi manusia yang gagal pada peringkat IPT (universiti / kolej) mahupun kerjaya...Ramai dikalangan orang yang bergelar jutawan bukanlah dari kalangan pelajar pintar di sekolah...


      Tapi itu bukan bermaksud ilmu dan menuntut ilmu itu tidak penting...Ilmu itu cabangnya luas..
Jangan sempitkan fikiran kita dengan fahaman ilmu hanya boleh diperoleh di sekolah semata-mata...
Ilmu boleh diperoleh dari bacaan bahan ilmiah, dari pengalaman hidup dan dari guru yang mengajar kita ( tak semestinya di sekolah). Misalnya kita belajar memasak dari ibu di dapur, setiap hari memasak tanpa rasa jemu sejak dari umur belasan tahun hingga dewasa. Apakah apabila bertahun-tahun belajar memasak tidak boleh menjadikan kamu pakar dalam bab masak-memasak walaupun kamu tidak punya Ijazah dalam bidang masakan..?? Jadi dengan kemahiran yang kamu ada dalam bidang masakan itu bolehlah kamu mula berniaga misalnya.



     Setiap dari kita ini punya bakat dan kelebihan masing-masing. Mungkin adik tidak boleh menjadi orang yang terlalu pintar dalam ilmu akademik. Tapi adik punya kelebihan lain iaitu dibidang teknikal misalnya. Adik, ketahuilah oleh kamu yang cara kita belajar berbeza-beza. Ada manusia yang memang dilahirkan boleh belajar secara teori dan ada pula jenis yang lebih ke arah teknikal dan ada juga yang ke arah seni. Jadi kenali cabang ilmu / kerjaya  yang adik minati. Usaha sehabis baik untuk mencapai kejayaan adik itu. Jangan putus asa. Usah malu dan takut untuk gagal. Orang yang takut gagal dan malas untuk bangun dari kegagalan akan menjadi manusia yang gagal untuk selamanya. Manakala orang yang tabah berjiwa kental yang tak gentar dengan cabaran mahupun kegagalan akan menjadi manusia yang berjaya satu hari kelak.


   Buat adik-adik lepasan IPT yang masih mencari-cari peluang kerjaya yang diimpikan tapi masih gagal. Telah beratus kali menghadiri temuduga tapi masih gagal mendapat kerja untuk menbantu ibu bapa. Masih buntu memikir masa depan yang kelihatan  seperti kian suram. Usahlah berhenti berusaha adikku. Sebaliknya asahlah skill adik-adik ketika menghadiri temuduga. Perbaiki resume dan imej serta cara ketika di interview. Asah bakat berkata-kata yang boleh memikat hati si penemuduga untuk mengambil adik bekerja, usah malu tak bertempat ketika menghadiri temuduga. Tapi jangan pula adik-adik menipu ketika ditemuduga. Jika masih gagal mendapat kerjaya diidamkan, tak mengapa. Mulakan dari kerjaya rendah dahulu. Tidak mengapa andai adik terpaksa bekerja berjawatan rendah dan menerima gaji lebih rendah daripada kelulusan dan kelayakan, asalkan kerja itu halal dan boleh menampung kos kehidupan buat sementara waktu (sementara menunggu kerjaya yang diimpikan).


   Jika masih gagal juga bolehlah mula berniaga. Percayalah 9/10 punca pendapatan adalah daripada perniagaan. Senarai manusia yang bergelar jutawan juga adalah dari kalangan ahli perniagaan. Tapi apabila mula berniaga usahalah berdengki dan beriri hati dengan pesaing. Harusnya amalkanlah persaingan yang sihat. Usahalah sehabis baik untuk mempromosikan dan memasarkan produk/perkhidmatan yang ditawarkan itu tanpa rasa jemu dan penat . Adat orang berniaga ada naik turunnya. Ramai dikalangan usahawan yang berjaya pada hari ini adalah terdiri dari mereka yang berniaga kecil-kecilan, ada juga yang menerima bermacam dugaan dalam perniagaan hingga menyebabkan perniagaan hampir muflis. Tapi berkat usaha dan doa tanpa jemu mereka berjaya pada hari ini. Usahlah kamu berfikir berniaga satu hari dan terus jadi jutawan. Untuk mencapai tahap berjaya itu perlukan masa, cepat atau lambat kamu kenalah berusaha.



Percayalah adik-adikku, kejayaan itu tidak boleh dicapai hanya dengan sekelip mata sahaja. Kejayaan itu takkan datang bergolek dengan mudah tanpa kamu menempuh cabaran yang payah itu dengan tabah. Apa yang penting untuk mencapai sebuah kejayaan itu adalah "CUDT". Iaitu CITA-CITA, USAHA , DOA & TAWAKAL...



Tiada manusia biasa yang tidak pernah buat silap,
Tiada manusia biasa yang tidak pernah berbuat dosa,
Usah kerana silap kita itu hingga menyebabkan kita mahu menuding jari mencari salah insan lain pula,
Apa yang lebih  penting ialah belajar dari kesilapan yang pernah kita buat di masa lampau,
Ambil ikhtibar dan pengajaran dari masa lalu,
Agar kita tidaklah berbuat kembali silap yang sama pada hari ini..
Usah salahkan takdir yang tertulis,
Kita ini kan manusia selaku khalifah muka bumi...
Kita ini kan manusia yang punya akal fikiran untuk berfikir dengan matang...
Jadi teruslah maju melangkah kedepan,
Sebelum memulakan langkah mencapai impian haruslah berfikir dengan tenang,
Usah ikut emosi kerana kelak memakan diri,
Apabila ditimpa kesusahan dan dilanda dugaan yang banyak,
Usah berhenti melangkah memajukan diri,
Usah duduk diam termenung hanya mematungkan diri,
Tapi berfikirlah mencari solusi,
Pasti ada jawapan disebalik persoalan,
Pasti ada jalan penyelesaian disebalik masaalah yang melanda diri kamu...
Percayalah yang setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi,
Mungkin kita menangis hari ini, tapi kita akan menjadi manusia yang bahagia esok hari...
Jadi jangan pernah menyerah kalah dalam hidup...



p/s: Entry ini adalah sepenuhnya coretan dan nukilan saya selaku pemilik dan penulis blog ini(http://merpatiputih88.blogpsot.com) ia hanyalah berbentuk pendapat dan pandangan peribadi saya. Salah dan silap harap dimaafi. Harap boleh memberi inspirasi kamu yang sedang sedih meratapi nasib hidup.. jangan salahkan takdir..!

Credit gambar google image..

Saturday, March 16, 2013

Puisi: Luka


Terluka dan dilukai oleh manusia  yang melukai...
Kata-kata dia umpama pedang yang menikam jauh di lubuk hati..
Hanya pandai berjanji tapi sering juga dimungkiri,
Hanya pandai bertutur manis apabila perlu,
Tapi janji hanyalah tinggal janji yang terbang menjadi debu...
Debu-debu kaca yang semakin memberi luka di hati yang kian mati...
Remuk hingga tidak tinggal serpihan saki baki...
Terbakar menjadi debu-debu asap yang berterbangan...
Panas umpama bara api,
Jika kau sentuh pasti terluka,
Tajam seperti duri,
Jika kau sentuh pasti tercalar,
Semakin banyak calar dan luka yang menyakiti,
Berdarah melimpah-limpah..
Tidak boleh sembuh lagi...
Jika ia dijahit maka bertambahlah bekas jahitan,
Terjahit terbelah-belah,
Menambahkan luka yang semakin parah...
Jadi haruskah luka itu dibiarkan berdarah...?
Haruskah dilayan remuk redam jiwa yang sedang marah?
Atau dibiarkan saja rasa marah terbiar pupus hingga ia lupus..?
Hati, usahlah kau benci dia...
Lepaskan saja dia, pasti kau sudah tidak akan merasa sakit lagi...
Hati, usahlah kau tangisi dia...
Kerana manusia seperti dia pasti tak pernah menghargai...
Pandanglah ke depan pasti bahagia lain menanti...

Nota:- Puisi ini adalah ilham sepenuhnya saya selaku penulis blog ini
(http://merpatiputih88.blogspot.com). 
Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Hak Cipta Terpelihara.
kredit gambar google image.

Tuesday, February 12, 2013

Cinta Tidak Sempurna


Cinta...Cinta yang sering kita membaca kisah cinta semuanya sempurna...
Paling tidak pun hampir sempurna...
Dalam kita mencari-cari pasangan hidup, ada diantara kita yang inginkan kesempurnaan pada pasangan...Walhal dia sendiri tahu yang tiada manusia yang sempurna 100%, tiada manusia biasa yang tidak punya kekurangan langsung, dan tidak ada manusia biasa yang tak pernah melakukan kesilapan atau dosa..
Ada juga yang diantara kita tidak kisah soal kesempurnaan ini, malah sudi  menerima pasangannya seadanya tanpa pernah membandingkan pasangannya dengan orang lain, atau mahu pasangannya "menjadi orang lain", dia yakin cintanya kukuh dan apalah kiranya kekurangan pasangan nya itu sedangkan cinta mereka terbina utuh dan tidak pula goyah...
Tapi malangnya ada pula insan-insan lain di sekeliling yang terlebih sudu dari kuah dalam menilai pasangan itu...

Antara kata-kata sinis yang sering di dengar ialah apabila berlaku 11 situasi berikut:


1.Lelaki kaya dan kacak + perempuan miskin dan cantik 
= Si Perempuan kaki kikis, Si perempuan mata duitan...Si perempuan gunakan kecantikan untuk pikat lelaki..

2. Lelaki kaya dan kacak + perempuan miskin dan tak berapa cantik:
=Si perempuan kaki mak esah (bomoh), sebab itulah muka tak cantik pun boleh dapat lelaki kacak yang kaya! Nie mesti si lelaki dah terkena ilmu guna-guna mandrem nie...


3.Perempuan kaya, cantik tapi berusia  +  Lelaki miskin, kacak dan muda...
=Si lelaki nak kikis duit perempuan tu ajer...! tak pun jadi anak ikan ker...Macam mak dengan anak..


4. Lelaki kaya dan berusia + perempuan muda, cantik
=Sugar daddy nie...si perempuan berkawan sebab harta +duit ajer..! Macam atuk dengan cucu..


5. Perempuan cantik + lelaki kacak = Sesuai! Sepadan..Pinang di belah dua..! 


6. Perempuan cantik lelaki tak kacak  atau Lelaki kacak + perempuan tak cantik = Tak sesuai! Macam beauty and the beast!

7. Perempuan bijak, bekerjaya, kaya dan cantik + Lelaki bijak, bekerjaya, kaya dan kacak 
=Sangat sepadan! Confirm bahagia hingga akhir hayat..Kalau dapat anak mesti pandai-pandai dan cantik +kacak...

8. Perempuan bijak ada PHD, bekerjaya, kaya dan cantik + Lelaki berpendidikan SPM,tak kaya dan tak kacak atau  Lelaki bijak, bekerjaya, kaya dan kacak + Perempuan berpendiidikan SPM, tak kaya dan tak cantik
= Tak sepadan langsung macam langit dengan bumi! ish...Tak sesuai...!

9 . Perempuan tinggi + Lelaki rendah atau Lelaki tinggi dan perempuan rendah
=Macam kakak dengan adik, macam abang dengan adik perempuan  tak abis SPM..!

10. Lelaki kulit putih + perempuan kulit gelap atau Perempuan kulit putih + lelaki kulit gelap..
=Tak sesuai...macam kuda belang, hitam putih...!

11. Perempuan berketurunan bergelar dan berdarjat  + lelaki keturunan biasa atau Lelaki berketurunan bergelar dan berdarjat + Perempuan biasa
=Tak setaraf langsung..! etc etc..(mula start dialogdalam filem  ibu mertuaku atau fielm antara dua darjat)



  Inilah dia stigma negatif yang sering sangat kita dengar..Tapi boleh ke kebahagiaan pasanagn tersebut kita ukur berlandaskan kemewahan dna kesempurnaan duniawi semata-mata..?
Persoalannya siapa kita untuk menghukum sesuai atau tidak mereka itu ....? 
Adakah kita ini sudah cukup sempurna sehingga terlalu mengejar cinta yang sempurna...?
Adakah kita ini sudah cukup sempurna untuk menilai diri orang lain / pasangan lain tidak sempurna  / tidak sesuai itu ini..?
Layakkah kita untuk mengeluarkan kata-kata sinis yang nyata menikam hati mereka yang mendengar..?

Mari kita fikirkan dan renungkan sejenak bersama...


1. Jika benar cinta itu tulus dan jujur dari hati yang murni ia tak pandang segala kesempurnaan itu, ia hanya padang hati...

2. Jika benar kamu mencintai seseorang itu, jangan hanya kamu  cintai dia ketika dia muda, cantik , berkedudukan, kaya raya, berharta saja..Tapi cintailah dia pabila waktu dia sudah tua, berkedut, miskin , kehilangan kerjaya , kehilangan kedudukan (pangkat) dan hartanya...

3. Jika benar cinta jangan hanya cintai orang itu disaat dia senang sahaja, tapi cintailah dia di saat dia dilanda masalah, kesusahan atau musibah juga..Jadilah peneman yang sentiasa setia disisi memberi dorongan dan kata-kata motivasi untuk dia kembali berjaya lagi...

4. Jika benar cinta, janganlah cintai dia dikala dia sihat sahaja, tapi cintailah dia apabila dia sakit juga..Jadilah peneman yang setia membantu dia merawat dan melawan penyakitnya itu..

5. Jika benar cinta, cintailah dia, dirinya dan segala apa yang ada pada dirinya..Jangan hanya cinta pada kelebihan yang dia punya tapi cintailah juga kekurangan yang dia ada...Kerana tiada manusia biasa yang sempurna...Janganlah membandingkan dirinya dengan insan lain dan janganlah menyuruh dia berubah menjadi insan lain (mengikut kehendak kita)..Terima lah jua masa lampaunya dia, usah di ungkit-ungkit untuk  menambah luka di hatinya dia..

6. Jika benar cinta, terimalah seluruh ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya dan juga segala apa yang digemarinya dan di minatinya (selagi tak melanggar undang-undang negara dan hukum agama). Janganlah kamu meyuruh dia mengutamAkan kamu hingga dia perlu meyisihkan keluarganya dan sahabatnya...Janganlah kamu menghina keluarganya atau sahabatnya atau apa yang diminatinya itu....


P/s: Keseluruhan entry ini hanyalah pendapat saya selaku penulis blog ini...Mohon maaf andai ada tersilap atau terkurang...Terlintasnya idea untuk menulis entry ini selepas saya mendengar lagu lama yang saya minati : As Long As You Love Me , Nyanyian Backstreet Boys.. Kredit gambar google image. kredit video: youtube..

~lagu fav. saya~(^___^)


sebenarnya entry ini adalah sambungan daripada entry:
Ciri-ciri perempuan  yang lelaki tertarik
11 ciri-ciri lelaki yang perempuan suka

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...