2010-Emak di operate dan disahkan menghidap breast cancer stage 4...Bila dapat tahu berita itu luluh hati saya, kerana pada ketika itu kami tahu yang emak ada kanser pun ketika beberapa jam dia bakal menjalani pembedahan kecil..Sedangkan sebelum itu tiada tanda-tanda dia menghidap kanser, malah dalam ahli kelurga juga tiada yang terkena kanser...Kalau nak ikutkan dari segi pemakanan pun dia sentiasa jaga juga, dan kurang amakan makanan yang banyak bahan pengawetnya...Lepas operation emak duduk dekat wad dalam dua minggu kemudian baru pulang ke rumah dan jalani rawatan susulan di hospital...
2010-2011- Ulang alik ke hospital dan klinik berdekatan untuk buat pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan iaitu chemotherapy, radiotherapy, physiotherapy dll...Kesan dari chemotherapy tue rambut dia gugur dan dia kurang / malah seperti tak de selera nak makan..Emak seorang yang kuat semangat dan sangat postif, walaupun penyakit kanser tue bahaya tapi dia masih cekal dan kuat semangat + sabar dan tabah hadapi semua nie...Tapi sekarang nie dah ok, dan kalau lihat seperti emak bukan pesakit kanser, kelihatan ceria dan gembira sentiasa...Walaupun dalam hati sedang risau, tapi dia takpernah tunjuk riak wajah duka...
Penghujung tahun 2011:- Doctor beritahu yang dia suspect emak seperti terkena kanser hati..kerana kelihatan seperti ada dua ketulan ketumbuhan didalam hatinya..tapi tak tahu sama ada itu kanser atau sekadar ketumbuhan biasa...
11.05.2012(jumaat) Saya teman emak pergi hospital untuk dapatkan keputusan pemeriksaan kesihatan. Saya tersangat risau, takut apa yang bakal Doctor akan cakap itu bakal mengundang rasa duka. Alhamdulilah, hasil dari ujian kesihatan dan scan awal bulan kelmarin menunjukkan yang dia tiada kanser hati, malah ketulan tue juga sudah tak kelihatan jelas lagi...Jadi tidak perlulah dia untuk menjalani operation sekali lagi pula..Berkat doa, dan tidak pernah jemu makan ubat-ubatan modern + tradisi maka ketumbuhan itu sudha tiada..Bersyukur pada Allah SWT kerana menerima doa saya...Saya berjanji yang saya akan gunakan kesempatan yang saya ada sekali lagi ini untuk berbakti kepada emak sebaik mungkin. Saya akui kadangkala saya anak yang agak degil dan agak keras kepala, tapi saya berazam untuk berubah menjadi anak yang lebih baik untuk emak...
Saya takkan sia-siakan waktu yang masih ada ini begitu sahaja..Malah saya akan gunakannya sebaik mungkin untuk menyayangi emak setulus hati...Saya tak dapat bayangkan macam mana kalau saya hidup tanpa emak disisi.. Kerana emaklah sumber inspirasi yang tak pernah jemu memberi motivasi, kata-kata semangat, kata-kata nasihat, teguran , didikan, bimbingan malah tak pernah jemu membantu dan merawat saya dari lahir hinga kini...Emak yang sentiasa curahkan kasih sayangnya kepada saya, emak yang sentiasa ceriakan hari-hari saya walaupun dia sendiri sedang berduka.. Malah emak jugaklah yang sentiasa menyokong saya, memberi saya semangat semula ketika saya sudah tak punya semangat dan sudah putus asa..Sebab semangat emaklah saya masih bertahan hingga kini... Setiap jasa dan pengorbanan emak kepada saya takkan dapat terbalas oleh saya walau dengan apa jua cara sekalipun...
Maafkan anakmu ini kerana kerap kali melukai/menguris hati mu wahai ibu..Maafkan anak mu ini kerana kadangkala ku seprti tak punya waktu cukup untuk ibu...Jika ku tidak sihat atau sedang berduka ibu sentiasa menemaniku...Tapi anakmu ini jarang menemani ibu ke hospital atau klinik, kerana keterbatasan waktu dan kesempitan masa serta sibuk dengan urusan kerjaya...Namun ketahuilah wahai ibu walau bagimana pun ankmu ini takpernah lupa pada mu, malah anakmu ini tak pernah lupa untuk mendoakanmu..Ku doakan ibu sentiasa sihat sentiasa hendaknya..
Pesanan buat kalian:-sayangilah ibu ayah selagi kita masih diberi masa bersama mereka..
Dengarkan lagu ini (semoga kita tidaklah menjadi anak-anak yang lupakan jasa ibu ayah)-
Translate
Showing posts with label kanser. Show all posts
Showing posts with label kanser. Show all posts
Saturday, May 12, 2012
Saturday, July 23, 2011
Sedih Dan Pilu...........
Sepanjang minggu ini adalah minggu yang paling menyedihkan bagi saya..
Hajat di hati memang nak update blog, saya pun dah aturkan dua tiga entry untuk di update...
Tapi memandangkan mood yang agak kelam jadi terpaksa lah di tunda sesi update blog dan blogwalking....
InsyaAllah hari ini dan esok saya akan blogwalking dan cuba untuk update entry...
Sebenarnya pada ketika ini saya sedang risau akan keadaan kesihatan emak saya...
Emak saya merupakan penghidap Breast Cancer tahap 4, pada pertengahan tahun lepas dia telah pun selamat di bedah..
Alhamdulilah dia selamat dan masih bernyawa hingga kini...
Kini dia dah pun mengikuti segala proses rawatan iaitu Chemotherapy, Radiotherapy dan Fisioterapy serta macam-macam lagi....
Berulang alik ke hospital untuk buat check-up, ambil ubat dan mengikuti sesi rawatan adalah perkara biasa bagi dia kini...
Mujur emak saya seorang yang tabah, jadi proses rawatan itu cepat sahaja..
Dia kini telah pulih dari Breast Cancer...
Tapi pada hari Isnin (18.7.2011), Dr telah mengesahkan emak saya mengidap kanser hati pula...
Dr berkata yang sel kanser itu telah merebak ke hati...
Semalam (22.7.2011), emak saya buat rawatan lagi...
Dr mengesahkan yang emak saya memang kena buat operation kanser hati dalam kadar segera..
Kata Dr ini penting untuk mengelakkan risiko yang lebih teruk..
Dr memberi nasihat, jika pembedahan lambat dilakukan maka berkemungkinan besar akan membawa maut..
Tetapi risiko itu tetap ada walaupun pembedahan itu di segerakan...
Sekarang nie, dah ada dua ketulan sel kanser dekat hati Emak saya..
Sekarang saya sangat risaukan tentang risiko pembedahan hati...
Sebab berkemungkinan besar risiko nya lebih tinggi berbanding operation yang sebelum ini..
Iaitu memandangkan faktor usia dan tahap kesihatan emak saya dan ini adalah operation keduanya berkenaan penyakit kanser...
Saya risau dan takut jika sesuatu yang buruk berlaku....
Saya risau akan risiko pembedahan itu...
Jika emak saya tiada, pada siapa lagi tempat saya mengadu dan bergantung harap...????
Memandangkan saya merupakan anak tunggal, dan saya juga sangat rapat dan begitu akrab dengan emak (walaupun kadangkala kami berselisih faham) pasti saya sangat terasa sunyi dan kehilangan jika dia pergi tinggalkan saya...
Bagaimana saya nak menyambut Hari Ibu, Bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Raya Aidiladha jika ibu saya sudah tiada....????
Pasti hari-hari ini sudah tak lagi bermakna...
:
:
:
:
~Duit itu pasti tidak bermakna jika hidup tanpa kasih sayang seorang ibu~
~I need a shoulder to cry on.. I need some hopes for me to move on... feels like I'm not strong enough to face all this situation alone....~
(T_____T)
P/s:- Entry ini adalah sepenuhnya luahan hati pemilik blog ini...Gambar yang terpapar adalah ehsan dari Google Image...
Labels:
emak,
kanser,
kasih sayang,
kisah ku,
kisah sedih
Saturday, October 23, 2010
Emak Dan Kanser

Dalam keluarga kami emak saya lah satu-satunya yang menghidap penyakit ini..
Jadi kami sekeluarga sangat sedih dan terkejut..
Pada mulanya Dr menyangkakan ianya hanyalah ketulan ketumbuhan biasa jadi katanya emak hanya perlu melakukan pembedahan kecil sahaja..
Tetapi semasa hari pembedahan di lakukan barulah kami di beritahu yang rupanya ketulan ketumbuhan tersebut adalah sel kanser yang telah membiak..
Saya sangat sedih kerana takut kehilangan emak..
Lebih-lebih lagi saya merupakan anak tunggal..
Tak dapat di bayangkan bagaimana nak hidup kalau emak tak ada..
Di luar dewan bedah saya sentiasa membaca surah Yassin dan lain-lain surah serta berdoa semoga emak selamat..
Sekarang emak dah pun menjalani pembedahan membuang sel kanser pada 31 Mei 2010..
Alhamdulilah emak selamat..Syukur pada Allah SWT..
Kini emak telah menjalani 4 kali sesi kimoterapi dan ada 2 lagi sesi kimoterapi..
Kesemuanya 6 sesi kimoterapi..
Tapi kalau lah kesihatan tak beransur pulih sesi kimoterapi perlu di tambah lagi..
Sekarang juga emak kena ulang-alik HSA dan HSI untuk wat checkup dan kimo..
Serta Klinik yg berdekatan dengan umah sy nie utk buat dressing luka pembedahan..
Kini luka pembedahan tue dah beransur pulih tapi belum pulih sepenuhnya..
Pada tahun hadapan pula emak perlu menjalani rawatan radioterapi selama 30 hari beturut-turut..
Kesan daripada rawatan kimoterapi tue emak sy selalu pening kepala, hilang selera makan,
berat badan pun dah berkurangan sebanyak 10 kg, rambut pun gugur, kuku tangan dan kaki bertukar wana kebiru-biruan..
Selepas dari rawatan kimoterapi yang ke empat, selera makan langsung tidak ada..
Sehingga hari ini emak sy langsung tak mahu makan nasi..
Dia cuma minum susu Anlene pagi dan petang, jus carrot pada tengah hari serta makan buah-buahan(anggur,epal dan buah-buahan tempatan) sahaja dan banyak minum air putih..
Kalau sebelum nie mak makan juga nasi tapi tak boleh makan yang beminyak dan berlemak..
Lauk mak hanyalah ikan masak asam rebus dan sayur-sayuran berdaun hijau sahaja..
Tapi emak lebih suka makan sayur-sayuran berdaun hijau..
Tapi kini selepas sesi kimoterapi kali keempat emak langsung tidak mahu mejamah sebutir nasi..
Ini yang menyebabkan saya bertambah risau..
Pada 20hb 10. 2010 sy temankan emak buat checkup kat HSA..
Setelah keluar dari bilik Dr emak kelihatan muram..
Sesampainya di rumah emak banyak termenung dan tak banyak bercakap..
Bila saya tanya kenapa dia tidak mahu beritahu saya pula..
Nie yang menyebabkan saya betambah risau dan sedih dengan keadaan emak saya..
Penyakit macam nie memang memerlukan banyak wang..
Untuk sesi rawatan dan ubat-ubatan serta tambang pergi balik ke hospital..
Penyakit seperti ini juga memrlukan tempoh masa yang lama untuk pulih..
Pesakit juga perlukan sokongan dan dorongan serta kata-kata semangat daripada orang sekeliling..
Tapi nasib baiklah emak saya nie jenis orang yang sabar, tabah dan kuat semangat serta tak mudah putus asa..
Dia juga berpesan pada saya:
"sekiranya dia tidak ada jaga diri baik-baik dan carilah pasangan hidup yang boleh membimbing saya dan menyayangi saya..emak juga berpesan supaya saya teruskan kehidupan dengan sabar, tabah dan kuat semangat serta jangan jadi orang yang sombong bila dah berjaya. Emak doakan supaya saya berjaya mencapai cita-cita dan menjadi orang yang berguna"
Emak juga mahu sampai kan pesanan pada semua yang mengenali dirinya:
" Emak ingin meminta maaf sekiranya ada apa-apa kesilapan yang pernah dilakukan sepanjang hayatnya terhadap anda semua dan halalkan lah makan dan minumnya sekiranya ada"
Pesan saya kepada emak:-
" Emak, janganlah cakap macam tue..emak jangalah tiggalkan iera..kalau emak tinggalkan iera siapa lagi tempat iera nak mengadu nak manja-manja..siapa yang nak bagi nasihat dan bimbingan kat iera..siapa yang nak bagi kata-kata semangat kat iera..Iera doakan semoga mak cepat sembuh..emak harus kuat dan tabah dan jangan sesekali megalah..Mak maafkan iera sebab iera banyak sakit kan hati mak dan kadang-kadang buat mak kecewa..Iera janji akan jadi anak yang baik untuk mak dan iera akan jaga diri iera dan nama keluarga kita..Emak, jangan tinggalkan iera..sebab iera belum sempat nak balas semua jasa dan pengorbanan mak..Bagilah iera peluang untuk balas jasa mak..tunaikan hajat mak nak pegi langkawi, nak tengok iera ada kereta dan rumah sendiri..iera pun bercita-cita nak belikan emak dan ayah rumah..Jadi, tolonglah bagi iera peluang untuk bersama emak..sebab iera sayang emak sangat-sangat..."
Pesanan Saya kepada anda semua:
"Doakanlah emak saya cepat sembuh..sebab saya sayang dia sangat-sangat..Kepada sesiapa jua yang telah melawat emak saya dari sebelum dia di masukkan ke hospital hingga ke hari ini dan yang menghulurkan sumbangan saya sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terimakasih yang tak terhingga.Jasa anda semua akan tetap kami kenang, kami doakan agar anda bertamabh rezeki dan panjang umur"
Friday, October 22, 2010
Bulan Kesedaran Kanser Payudara
Kita sedia maklum yg bulan oktober adalah bulan kesedaran kanser payudara..
Sebagai wanita / gadis payudara adalah aset terpenting dlm diri kita semua..
Boleh kita bayangkan jika kehilangannya??
Pasti merasa rendah diri..
PS:- Teruskan pembacaan jika kamu seorang perempuan / wanita
INFO:-
Di Malaysia dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara
Jadi kita sebagai wanita / gadis haruslah melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) secara berkala..
PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid).
Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.
Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.
Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.
Berikut adalah cara-cara melakukan PSP:-
Berdiri di hadapan cermin
- Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
- Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
- Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.
Berbaring
- Untuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.
Jika anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke
klinik kesihatan yang berhampiran.
• Ketulan yang tidak sakit
- Di payudara atau ketiak
• Ruam yang berterusan
- Sekeliling puting
• Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
• Perubahan pada kulit
- Bengkak dan menebal
- Berlubang
- Permukaan kulit yang berkedut
• Puting tertarik ke dalam
Berikut adalah ujian yang dijalankan jika disyaki kanser :
• Ujian darah
• Fine Needle Aspiration Biopsy (FNAB)
• Core needle biopsy
• Ultrasound
• Mammography
P/S:- info nie sy dpt hasil dari pencarian sy di google..sy sangat berminat untuk share kpd anda semua sbb ibu sy juga mengidap penyakit seperti ini...
Monday, July 12, 2010
saya sayang mak saya...
30.Mei .2010....
Mak sy telah di masukkan ke wad 2 katil no 23 di Hospital Kulai Johor Bahru...Saya sekeluarga pergi menghantar mak ke sana...dengan menaiki 2 buah kereta...saya temankan mak dari pagi sampai pukul 6.30 petang...Malam tersebut saya dan ayah telah melakukan solat hajat dan bacaan yassin utk mak saya...
31.Mei.2010...
Hari ini adalah hari yang sepatutnya mak saya di operation...sy dan ayah telah menerima panggilan dari DR yang mengatakan mak saya perlu melakukan pembedahan besar dan bukannya pembedahan kecil seperti yang dijangka..kami amat terkejut apabila mendapat tahu emak menghidapi kanser payudara pada hari tersebut..dan Dr tersebut juga berkata mungkin Dr di HSA terlepas pandang yang ketumbuhan pada breast mak sy dah dijangkiti kanser...
Sy menerimanya dengan redha..Sy x salahkan Dr tue coz terlepas pandang..xpelah..tp yang penting mak sy harus dibedah segera...dan sel kanser perlu dikeluarkan semua..kalau nak buat pembedahan kali kedua atau ketiga mungkin harapan untuk hidup 30%-40%..Jadi kami bersetuju sahaja dengan saranan Dr tersebut...
Sy sedih, takut, bimbang tentang keadaan mak saya..saya bersama-sama ayah dan pak cik saya bergegas ke Hospital Kulai..sesampainya di Hospital, mak saya sudah ditempatkan ke dewan bedah..apakan daya..saya x dapat jumapa mak..
Ayah mengajak sy dan pakcik saya mkn tengahari dahulu..sy mkn sekadar utk alas perut dan tambah tenaga sahaja..sebab dah tak selera langsung nak makan..
Saya tunggu di depan dewan bedah dari pukul 12.30 tengah hari hingga pukul 4.30 ptg...sepanjang berada di luar dewan bedah saya tak henti-henti membacakan surah yassin dan berdoa ke hadrat Illahi agar mak sy diselamatkan...airmata sentiasa berlinangang di pipi dan dunia terasa kelam takut sekiranya saya akan kehilangan mak...
Kemudian sy tekan loceng dewan bedah utk bertanyakan tentang keaadaan mak saya..mujur Dr yg melakukan pembedahan tersebut kata " mak awak selamat,dah siap menjalani pembedahan dengan jayanya, sel kanser pun dah di keluarkan. Tapi mak awk belum sedar lagi dan dia perlu di rujuk ke HSA(Hospital Sultanah Aminah)" DR Amirul.
Jawapan tersebut benar-benar melegakan minda dan perasaan saya..Pada pukul 5.00 petang mak sy telah dibawa keluar dari dewan bedah..seterusnya nurse & Dr yg berkaitan telah menguruskan segala dokumen utk dibawa ke hospital kulai...
Mk telah dibawa ke HSA menggunkan ambulance..hanya sy yg dpt temankan mak, sebab ambulance penuh kerana ada 2 pesakit tumpang ambulance berkenaan..Ayh dan pakcik sy pergi ke HSA dengan menaiki bus sahaja..
Semasa didalam ambulance mak banyak bertanya mengenai keadaan sy,ayah, kak ros (anak angkat mak),adik beradik mak, tak lupa juga kucing saya mickey..mak juga banyak bercakap megenai makanan..yg kelakarnye mak siap bagi resipi walaupun dah dalam ambulance..tapi masa tue mak mamai-mamai(x berapa sedar) lagi...sehinggakan nurse tue ckp "mak awk nie mmg suka memasak ea, macam2 resipi dia bagi..?"..
dan yang paling lucu mak siap tanye "dah belikan makanan utk mickey? kesian dia nnt dia lapar tak makan."
dah sakit-sakit pun masih ingat kucing..mak juga tanya sy " iera dah mkn? ayh dah mkn? pak busu dah mkn? iera, ayh & pak busu dtg naik ape? dtg dengan siapa? iera sihat tak? rumah macammana?"
mak juga ade tanye.."adik beradik mak mana? diorg sihat tak?" "mana kak ros? xdtg lagi ke..?" dan macam-macam lagilah mak tanye...
Lihat kan..bertapa sygnye emak sy terhadap sy dan org2 disekelilingnye termasuk kucing sy walaupun dia tengah sakit masa tue..dia tetap pikirkan tentang kami semua..
Sesampainya di HSA jam sudah menunjukkan pukul 6.40 ptg...sampai agak lambat kerana jalan jam dan seeren ambulance rosak..xpelah yang penting mak selamat..mak sy telah pun di masukkan ke wad pebedahhan perempuan timur dua tingakt dua di HSA petang itu juga..3 hari 3 malam sy jaga emak..sy amik cuti hingga 2hb.Jun.2010..
3hb. Jun . 2010-14hb Jun 2010 sy jaga mak di hospital..pergi kerja dari hospital..balik kerja, bersiap terus ke hospital...tiap-tiap malam tido kat hospital..Jadi HSA dah macam rumah kedua sy..memandangkan sy merupakan anak tunggal jadi hanya saya lah waris yg sepatutnya jaga mak..lagipun sy memang nak jaga mak..sebab nak balas jasa mak yang tak terbalas oleh sy..
Sebelum pergi kerja sy akan uruskan mak..mandikan mak,urut badan,pakaikan baju dan pampers dewasa (sebab tandas jauh sangat,tapi sebenarnya mk tak guna pun pampers tue sebab katanya tak selesa, pakai cuma utk standby jer..huhuhu..) serta solekkan mak supaya kelihatan kemas dan bersih walaupun sakit...bila pikir2 balik dulu masa iera baby mak jaga iera..sekarang turn iera pulak jaga mak...
Dikesempatan ini sy nak ucapkan ribuan terima kasih kepada saudara mara sebelah mak dan ayh yang jauh dan dekad, kawan2 & adik2 angkat mak masa kat BP, ex jiran kami masa kat BP,kawan2 sekerja mak tempat kerja baru beyonic & tempat kerja lama chan furniture, rakan sekerja ayah, jiran di JB..tak lupa juga keluarga angkat sy..Kak rose sekeluarga...yang dtg melawat mak sy sebelum dimasukkan ke wad semasa di hospital dan selepas keluar dari hospital..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Special Notes For My Dear Darling
"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,
Your voice is sweet like music that calms my lonely world,
Your hands is my protection from hurt deep down inside,




