Translate

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Sunday, May 5, 2013

Selamat Mengundi - PRU13...




05.05.2013 (24 Jamadilakhir 1434 Hijrah)
SELAMAT MENGUNDI...
Pilihan ditangan kita..
Undilah yang terbaik untuk kebaikan negara dan kesejahteraan kita semua...
Berfikirlah sebelum mengundi jangan ikut emosi..
Jangan kerana berbeza fahaman politik kita jadi manusia hilang budi bahasa..
Jangan kerana politik kita sampai nak bergaduh, caci maki sana sini...
Sebelum berbuat / berkata sesuatu fikirkan lah dahulu..
Di saat2 akhir begini sebagai muslim rasanya adalah wajar untuk buat Solat Sunat Istikharah dan Solat Sunat Hajat..
Berdoalah demi kesejahteraan negara yang tercinta itu lebih baik dari kita asyik berbalah sahaja semata-mata..
Bukalah minda dan hati kita...
Fikirlah demi kebaikan negara..
Doa yang baik-baik buat negara...
Bertindak dengan bijak & yang terbaik buat negara kita...
Kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, pasti mahukan yang terbaik baut negara..
Kita pasti mahukan Negara yang aman makmur, sejahtera sentosa sentiasa, berkembang maju ekonominya, kukuh kewangannya, membangun maju dari segi ekonomi dan nilai-nilai rohani / moral (keagamaan) seiring langkah kehadapan...
Jadi untuk itu pilihlah yang terbaik..
Jika ada antara kita yang berbeza, usah dicipta sengketa,usah bermusuh, usah bermasam muka...
Kerana setiap orang itu penilaian, pendapat  dan kefahamannya berbeza..
Belajarlah menghormati pendapat insan lain juga..
Akhir kata dari saya, selamat mengundi buat anda semua...


P/s: Ini adalah coretan terakhir saya selaku pemilik & penulis blog ini berkenaan undi menjelang PRU pagi ini..Selamat mengundi buat anda semua yang saya hormati...(^__^)
ini adalah sambungan dari entry ini: Saya dah besar, Saya dah boleh mengundi..
Kredit Gambar: google..

Saturday, April 6, 2013

Saya Dah Besar, Saya Dah Boleh Mengundi...!!!


Hamboiii tajuk...kemain  excited nak pergi mengundi...hehehehhe..:)
Haiiiiii!!! Apa khabar??
Harap awak semua sihat...:)

Seperti yang awak semua tahu, Parlimen negara kita (Malaysia) telah pun dibubarkan..
Itu bermaksud tak lama ajer lagi kita semua yang dah besar nie (ecewah...) akan menunaikan tanggungjawab kita untuk keluar beramai-ramai ke tempat mengundi masing-masing...Ambil sekeping kertas undi kemudian pangkah (X) calon yang kita rasa memang layak untuk menjadi pemimpin kita dikawasan / daerah / negeri / negara...Setiap dari kita punya hak kebebasan bersuara untuk memilih calon pemimpin kita sendiri apabila usia kita mencapai umur 21 tahun...Tiada siapa pun yang boleh menafikan hak kita untuk mengundi. Apabila tiba musim pilhanraya ini, bersama-sama lah kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk keluar beramai-ramai dan mengundi calon pemimpin kita...

     Pemimpin yang layak mendapat undi adalah pemimpin yang boleh memimpin kita semua ke arah kemakmuran, kesejahteraan negara dari segi pembangunan ekonomi, kewangan dan kemajuan / permodenan negara dan satu lagi aspek yang lebih utama ialah dari segi pembangunan nilai rohani / agama..Iaitu nilai-nilai moral / etika hidup kearah yang lebih positif...Pemimpin itu nanti haruslah pemimpin yang boleh memahami kehendak / keperluan rakyat dan amat memahami akan permasaalahan yang sedang dihadapi oleh rakyatnya...Dia yang bakal di undi itu nanti haruslah boleh  menjadi "wakil suara" kita semua di dewan negeri mahupun dewan negara...Dia juga haruslah menjaga etika sebagai pemimpin, menjalankan tanggungjawabnya dengan adil dan beramanah...Dalam menjaga amanah yang telah diberi oleh rakyat, dia haruslah sentiasa mencerminkan nilai positif yang boleh menjadi contoh tauladan yang baik oleh semua...Haruslah menggunakan kuasa dengan betul, tidak pecah amanah dan tidak pula terjebak dengan rasuah atau mana-mana nilai etika diri yang negatif..


    Dalam musim bahang menjelang hari raya,(puasa pun belum dah sebuk nak raya..???aduhai...) opsss tersilap! Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), saya berharap sangat kita-kita yang dah besar nie ( yup..dah besar sebab dah capai umur dewasa 21 tahun  dan sebab tu dah boleh mengundi..) kenalah beri contoh tauladan yang baik buat adik-adik / anak-anak kita yang masih kecil ( yang belum layak lagi untuk mengundi). Dalam sibuk berkempen sana sini janganlah sampai kita nie anggup nak bermasam muka , bergaduh , bertumbuk, bertikam -tikam lidah, bertikam-tikam parang / pisau...Jangan hanya kerana kita berbeza ideologi politik, berbeza pemikiran / sokongan terhadap parti politik tertentu menyebabkan kita sanggup bergaduh adik beradik, sesama saudara mahupun sesama rakan atau jiran tetangga...


   Awak, berbeza pendapat dikalangan manusia seperti kita itu adalah sesuatu yang normal. Usahlah awak nak pertikaikan kenapa dan  mengapa rakan atau saudara atau jiran atau adik beradik awak tidak sependapat dengan awak.. Setiap dari kita punya cara berfikir yang berbeza, pendapat yang berbeza, kecenderungan minat yang berbeza.. Jadi sebagai manusia yang sudah dewasa haruslah belajar menghormati orang lain dengan cuba untuk menerima pendapat / cara pemikiran orang lain yang tidak sealiran / sependapat dengan kita...Hormatilah pendapat  / minat orang lain. Janganlah kerana seseorang itu tidak sependapat / sealiran dengan cara pemkiran kita terhadap parti politik tertentu hingga menyebabkan kita sanggup pula memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh mengaibkan dirinya dan diri kita sendiri..Usahlah kerana berbeza parti politik kita sanggup mengata seseorang itu bodoh kerana menyokong parti itu..Awak, tidak ada manusia yang lahir di dunia ini sebagai manusia bodoh..! Kita semua punya akal, ya kita dilahirkan dengan akal fikiran..Jadi gunakanlah akal fikiran sebelum berkata-kata..


    Awak, cubalah fahami maksud disebalik kenapa umur layak mengundi adalah 21 tahun...Kerana pada usia ini kita semua dirasakan telah matang dan dewasa dalam bertindak dan berfikir...Jadi sebagai seorang yang dewasa hendaklah kita sentiasa menjaga etika diri kita setiap kali kita berkata-kata , menulis di laman-laman sosial ataupun tingkah laku kita..Hendaklah kita sentiasa menjaga adab dan tatasusila kita..Usahlah kita cerminkan perangai kebudak-budakkan dengan begaduh-gaduh / bertikam lidah / memaki hamun  pasal politik..Itu semua langsung tidak mencerminkan nilai seorang manusia yang telah dewasa dan matang akal fikirannnya..

   Awak, dalam usaha untuk berkempen  / berpolitik hormatilah juga pendapat orang lain...Jika ibu dan ayah awak penyokong kuat  "parti a" dan awak pula adalah penyokong kuat "parti b" adakah patut awak sebagai anak bergaduh dengan ibu bapa sendiri kerana berbeza politik..? Undi kita adalah rahsia..Jagalah hati insan-insan yang berada disekelilng kita..Usah kerana politik kita sanggup menyakiti hati insan lain...

   Awak, ketahuilah membazir sahaja jika awak sentiasa berkata-kata pasal politik disana sini tapi pada menjelang hari pilihan raya awak langsung tidak mengundi...Sekeping kertas undi awak nanti sangat berharga buat masa depan negara kita ini...


Akhir kata dari saya, selamat mengundi buat awak -awak semua yang sudah besar dan sudah boleh mengundi..


UPDATE:

05.05.2013 (AHAD) : Tarikh penting PRU13!
                                Jom keluar mengundi... (^__^)
                                Jom balik undi..(^___^)


Kita melihat perkara yang sama..
Tapi cara kita memahami dan menilai apa yang kita lihat berbeza..
Kita sesama manusia perlu akui yang kita sentiasa berbeza pendapat, berbeza minat & berbeza cara bertindak / berfikir..
Jadi apabila tiba musim pilhanraya...
Pilihan kamu dan dia mungkin juga berbeza...
Tapi usahlah kerana perbezaan itu timbul sengketa pula..
Usahlah kerana berbeza pilihan semasa memilih terus kamu mahu bermasam muka,
Usahlah diputuskan silaturahim sekian lama yang terbina hanya kerana perbezaan parti yang kita pilih..
Bertindak secara orang dewasa,
Jaga tutur kata kita & Jaga tindakan kita,
Jangan memaki hamun, 
Jangan menyakiti hanya kerana kamu & dia berbeza.. #PRU13 #5.5.2013





P/s: Entry ini adalah sepenuhnya luahan pendapat dari saya selaku  pemilik blog ini
( http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang kesilapan mahupun terkurang / terkasar bahasa harap dimaafkan..ikhlas dari saya seorang yang bakal pengundi yang kali pertama mahu pergi mengundi..!
Ya, menjelang penghujung bulan julai nanti umur saya genap 25 tahun....tapi ini adalah kali pertama saya kaan mengundi, kerana pada Pilihan Raya Umum ke 12 pada tahu 2008 saya baru berusia 20 tahun dan belum cukup umur . belum layak untuk mengundi...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...