Translate

Showing posts with label puisi untuk emak. Show all posts
Showing posts with label puisi untuk emak. Show all posts

Thursday, May 29, 2014

Puisi Buat Ibu...




Ibu,
Terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan ku....
Ibu,
Terima kasih kerana sentiasa menjaga ku di waktu sihat dan sakit...
Ibu,
Terima kasih kerana sentiasa menjadi sahabat sejati yang sudi mendegar luahan isi hati..
Ibu,
Terima kasih kerana sentiasa memberi kata-kata semangat, nasihat dan motivasi...
Ibu,
Di saat ku terjatuh kamu memberi kekuatan pada ku untuk bangkit semula..
Ibu,
Di saat ku kecewa kamu sentiasa memujuk hatiku supaya menjadi insan yang penyabar dan memaafkan..
Ibu,
Kamu ibarat pelita penyuluh kegelapan,
Kamu ibarat tongkat untuk ku berpaut,
Kamu ibarat payung untuk ku berteduh,
Kamu ibarat kapal untuk ku belayar menempuh arus ombak hidup,
Ibu,
Kamu terlalu istimewa buat diriku,
Tiada galang gantinya dan cuma kamulah satu...
Dan tidak dapat ku bayangkan hari-hari ku tanpa seorang ibu disisi,
Tanpa doa ibu mithali pasti hari itu terasa kosong,
Jika kamu tiada lagi,
Pasti hidupku berlagu sunyi bertemankan sepi,
Maka kuatkanlah semangat kamu wahai ibu ku...
Kerana setiap kesakitan itu pasti ada penawarnya...
Ku berdoa semoga ibu dipanjangkan usia, sembuh dan sihat seperti sediakala...



P/s:- Puisi ini adalah hasil nukilan dan idea sepenuhnya dari saya selaku pemilik dan penulis  blog ini                ( http://merpatiputih88.blogspot.com). Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Puisi ini saya tujukan khas buat ibu saya, semoga beliau cepat sembuh dari penaykit yang dihidapinya dan tabah menghadapi dugaan demi dugaan...

P.P/s: Maaf kerana sudah terlalu lama tidak update blog ini, dan sudah terlalu lama tidak menyinggah           ber- blog walking membaca blog kamu semua... Saya agak sibuk kebelakangan ini, jika ada masa terluang pasti saya akan update macam dulu-dulu... Terima kasih buat kamu-kamu yang sudi berkunjung ke blog saya yang tidak seberapanya ini walaupun sudah bersawang labah-labah blog saya ini... :') :)

Tuesday, May 14, 2013

Sayang Mak....

Emak, banyak mengajar ku erti hidup...
Emak, telah banyak mendidik ku untuk sentiasa tabah dan sabar dalam hadapi dugaan hidup..
Emak, selalu berpesan usah putus asa, usah patah semangat..
Emak, walaupun dia tidak sihat tapi sentiasa terlihat sihat dan ceria..
Emak, walaupun menghidap penyakit berbahaya(kanser) tetap kuat semangat, sabar dan tabah sentiasa..
Emak, walaupun dirinya sendiri tidak sihat tetap sentiasa ambil berat akan diriku...
Emak, selalu sayang diriku ini yang merupakan satu-satunya anak yang dia masih ada...
Emak, kadangkala terlihat terlalu protective terhadap diriku, terlalu risau andai perkara buruk menimpa diriku, kadangkala suka mengawasi diriku, dijaganya diriku dengan elok, sering berhubung dengan ku sentiasa, jika diriku hendak kemana-mana harus diberitahu awal-awal, jika belum sampai ke rumah harus diberitahu kenapa lewat dan kenapa di luar lama sangat..
Mungkin semua itu kerana dia takut kehilangan anaknya ini seperti kehilangan anak lelakinya buat selamanya pada 31.08.1997...
Mungkin peristiwa itu menyebabkan emak seorang protective teradap diriku ini...
Walaupu apapun yag terjadi ku tahu emak sentiasa sayang diriku...
Aku jua sayangkan emak selalu...
Dari dulu, kini danselamanya...
Maafkan anakmu ini emak, kerana kadangkala  diriku ini sering degil , keras kepala , keras hati, nakal sewaktu kecil...
Maafkan ku sekali lagi kerana banyak jua membuat kamu terguris hati...
Daku mohon sejuta ampun dan maaf dari kamu emak yang amat ku sayangi...

~Saya dan Emak_Stulang Laut,Johor Bahru_2011~

12.05.2013 (Ahad)
Hari itu hari ibu...
Kami berangkat pulang ke kampung sekali lagi, atas undangan kenduri kahwin..
Tak sempat nak sambut hari ibu meriah-meriah...
Cuma semasa pulang ke rumah hanya sempat singgah ke Pizza Hut untuk rai hari ibu...
Esoknya barulah sempat beli 2 pasang kain baju kurung sebaga hadiah hari ibu...

Saturday, May 12, 2012

Ibu Yang Ku Sayang....

2010-Emak di operate dan disahkan menghidap breast cancer stage 4...Bila dapat tahu berita itu luluh hati saya, kerana pada ketika itu kami tahu yang emak ada kanser pun ketika beberapa jam dia bakal menjalani pembedahan kecil..Sedangkan sebelum itu tiada tanda-tanda dia menghidap kanser, malah dalam ahli kelurga juga tiada yang terkena kanser...Kalau nak ikutkan dari segi pemakanan pun dia sentiasa jaga juga, dan kurang amakan makanan yang banyak bahan pengawetnya...Lepas operation emak duduk dekat wad dalam dua minggu kemudian baru pulang ke rumah dan jalani rawatan susulan di hospital...

2010-2011- Ulang alik ke hospital dan klinik berdekatan untuk buat pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan iaitu chemotherapy, radiotherapy, physiotherapy dll...Kesan dari chemotherapy tue rambut dia gugur dan dia kurang / malah seperti tak de selera nak makan..Emak seorang yang kuat semangat dan sangat postif, walaupun penyakit kanser tue bahaya tapi dia masih cekal dan kuat semangat + sabar dan tabah hadapi semua nie...Tapi sekarang nie dah ok, dan kalau lihat seperti emak bukan pesakit kanser, kelihatan ceria dan gembira sentiasa...Walaupun dalam hati sedang risau, tapi dia takpernah tunjuk riak wajah duka...

Penghujung tahun 2011:- Doctor beritahu yang dia suspect emak seperti terkena kanser hati..kerana kelihatan seperti ada dua ketulan ketumbuhan didalam hatinya..tapi tak tahu sama ada itu kanser atau sekadar ketumbuhan biasa...


11.05.2012(jumaat) Saya teman emak pergi hospital untuk dapatkan keputusan  pemeriksaan kesihatan. Saya tersangat risau, takut apa yang bakal Doctor akan cakap itu bakal mengundang rasa duka. Alhamdulilah, hasil dari ujian kesihatan dan scan awal bulan kelmarin menunjukkan yang dia tiada kanser hati, malah ketulan tue juga sudah tak kelihatan jelas lagi...Jadi tidak perlulah dia untuk menjalani operation sekali lagi pula..Berkat doa, dan tidak pernah jemu makan ubat-ubatan modern + tradisi maka ketumbuhan itu sudha tiada..Bersyukur pada Allah SWT kerana menerima doa saya...Saya berjanji yang saya akan gunakan kesempatan yang saya ada sekali lagi ini untuk berbakti kepada emak sebaik mungkin. Saya akui kadangkala saya anak yang agak degil dan agak keras kepala, tapi saya berazam untuk berubah menjadi  anak yang lebih baik untuk emak...


     Saya takkan sia-siakan waktu yang masih ada ini begitu sahaja..Malah saya akan gunakannya sebaik mungkin untuk menyayangi emak setulus hati...Saya tak dapat bayangkan macam mana kalau saya hidup tanpa emak disisi.. Kerana emaklah sumber inspirasi yang tak pernah jemu memberi motivasi, kata-kata semangat, kata-kata nasihat, teguran , didikan, bimbingan malah tak pernah jemu membantu dan merawat saya dari lahir hinga kini...Emak yang sentiasa curahkan kasih sayangnya kepada saya, emak yang sentiasa ceriakan hari-hari saya walaupun dia sendiri sedang berduka.. Malah emak jugaklah yang sentiasa menyokong saya, memberi saya semangat semula ketika saya sudah tak punya semangat dan sudah putus asa..Sebab semangat emaklah saya masih bertahan hingga kini... Setiap jasa dan pengorbanan emak kepada saya takkan dapat terbalas oleh saya walau dengan apa jua cara sekalipun...


Maafkan anakmu ini kerana kerap kali melukai/menguris hati mu wahai ibu..Maafkan anak mu ini kerana kadangkala ku seprti tak punya waktu cukup untuk ibu...Jika ku tidak sihat atau sedang berduka ibu sentiasa menemaniku...Tapi anakmu ini jarang menemani ibu ke hospital atau klinik, kerana keterbatasan waktu dan kesempitan masa serta sibuk dengan urusan kerjaya...Namun ketahuilah wahai ibu walau bagimana pun ankmu ini takpernah lupa pada mu, malah anakmu ini tak pernah lupa untuk mendoakanmu..Ku doakan ibu sentiasa sihat sentiasa hendaknya..

Pesanan buat kalian:-sayangilah ibu ayah selagi kita masih diberi masa bersama mereka..

Dengarkan lagu  ini (semoga kita tidaklah menjadi anak-anak yang lupakan jasa ibu ayah)-

Sunday, May 8, 2011

Puisi:Warkah Buat Ibu~♥

Ibu..
Segala jasa dan pengorbananmu takkan terbayar olehku..
Ibu..
Aku lemah tanpamu...
Ibu..
Engkaulah tempat aku mengadu dan berkongsi segala cerita..
Ibu..
Engkaulah sahabat karibku..
Ibu..
Engkaulah sumber inspirasiku..
Ibu..
Engkau selalu ada menemaniku di kala aku sihat atau pun sakit...
Ibu..
Engkau selalu menasihati ku , membimbing ku dan memberi kata-kata motivasi kepada ku.
Ibu..
Tanpa mu aku lemah..
Ibu...
Tanpa mu aku tak mungkin menjadi insan setabah ini...
Ibu..
Tanpa mu aku takkan menjadi insan berjaya...
Dikala aku lemah dan putus harapan, Ibulah yang memberikan aku semangat untuk aku bangkit kembali..
Ibu maafkan lah anakmu ini...
Kerana...
Terkadang aku sibuk dengan urusan harian hingga lupa memberi perhatian kepadamu..
Ibu maafkan lah anakmu ini...
Kerana...
Aku gagal menemanimu kerana tuntutan kerjaya ku..
Ibu maafkan lah anakmu ini...
Kerana...
Bersikap degil, keras kepala dan terkadang tak ikut kata..
Ibu maafkan lah anakmu ini...
Kerana...
Terkadang aku buat hati ibu terluka..
Ibu..
Aku cuma mahu kamu tahu...
Aku sayang Ibu..
Aku tak mahu Ibu pergi tinggalkan aku..
Kerana..
Tanpa kasih dan doa seorang Ibu siapalah aku..






Nota:-Puisi ini adalah Ilham sepenuhnya pemilik blog ini. (http://merpatiputih88.blogspot.com).Hak Cipta Terpelihara.Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali..Gambar adalah dari google image...

Ps:- Mari sama-sama kita berdoa untuk Ibu kita:-
(Gambar ini diperolehi dari website ILuvIslam.Com)

Thursday, August 12, 2010

Ibu Kau Ilhamku, Ibu Kau Inspirasiku....

Ibu...
Kau menjagaku dari kecil hingga kini tanpa rasa jemu..
Saat aku bayi..
Ibu sentiasa memandikanku...
Ibu sentiasa menukarkan pakaianku..
Ibu sentiasa membasuh najisku, mengantikan lampinku...
Ibu tak pernah merungut menjaga ku...
Ibu sentiasa mengendongku..
Ibu sentiasa membuai ku dan mendodoi ku dengan alunan ayat-ayat suci agar aku lena..
Ibu sanggup bangun di tengah malam saat aku merengek-rengek...
Saat di zaman kanak-kanak..
Ibu sentiasa menceritakan padaku kisah-kisah tauladan..
Ibu sentiasa membelikan apa yang aku mahu..
Ibu selalu membawaku bersiar-siar..
Ibu sabar melayan kerenahku yang nakal..
Ibu sentiasa mendandan rambutku dan merapikan diriku..
Ibu...Kau selalu ada..
Dikala aku susah mahupun senang..
Dikala aku sedih mahu pun gembira..
Ibu sentiasa ada mendengar segala rintihan hatiku..
Ibu sentiasa memberi kata-kata samangat dan menyokongku..
Ibu sentiaa ada di sisi ku dikala aku memerlukanya..
Tidak pernah Ibu tinggal kan aku sendirian...
Tapi kini...
Apabila ibu ku menderita menghidap kanser...
Apa yang aku mampu lakukan?????
Sempatkah aku membalas segala jasanya???
Ya Allah aku bermohon padamu agar kau berikan lah aku waktu bersama ibu ku yg tercinta..
Ya Allah pajangkanlah umur ibuku..
Ya Allah sembuhkanlah segala penyakit yang di hidapinya..
Ya Allah berikanlah dia kesihatan yang sempurna...
Ya Allah berikanlah kekuatan dan ketabahan serta kesabaran kepada ibuku...
Ya Allah bahagiakalah kedua ibu bapa ku sebagaimana mereka membahagiakan ku..
Hanya padaMu Ya Allah aku bermohon...Amin..

Idea/ hasil karya :-merpatiputih88.blogspot.com
                            A.K.A iera
ps:- saya tujukan puisi ini buat emak saya...Pn Zawiyah..doakanlah peyakitnya sembuh...iera sayang emak...



emak...emak jangan tinggalkan iera..jangan biarkan iera sorang-sorang...iera syg emak..mak maafkan iera atas segala salah silap iera...emak jangan pergi....jangan...jangan tinggalkan iera sendiri...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...