Translate
Showing posts with label kuih raya. Show all posts
Showing posts with label kuih raya. Show all posts
Sunday, August 4, 2013
Resepi: Kuih Makmur / Biskut Makmur
Bahan-Bahan Doh:
800 Gram Minyak Sapi Pure Ghee QBB (1 Tin Besar)
2 Biji Putih Telur ( Telur Gred A)
Tepung Gandum Cap Sauh
Bahan- Bahan Inti:
3 Cawan Kacang Tanah (Di Goreng Dan Di Kisar)
3 Camca Mentega - ButterCup
1 Cawan Gula Aising (Cap King)
Bahan Hiasan:
Gula Aising (Cap King)
Bahan Sampingan:
Penyepit Untuk Buat Kuih Makmur
Sarung Tangan
Sudip Kayu
Cawan Penyukat (Kita Guna Cawan Arcoroc)
Mangkuk Adunan
Mixer
Loyang Pembakar Kuih
Oven
Balang Kuih Kedap Udara + Kertas Minyak
Cara-Cara:
1. Untuk Membuat Intinya: Masukkan kacang tanah yang telah siap digoreng dan dikisar tadi ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan pula buttercup tadi, kacau rata-rata menggunakan sudip kayu. Setelah itu masukkan pula gula aising, kacau rata-rata. Ketepikan adunan inti ini..
2. Di dalam mangkuk yang lain: Masukkan kesemua minyak sapi tadi kedalam mangkuk adunan. Masukkan pula dua biji putih telur adun hingga sebati. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan adun. Masukkan tepung hingga adunan tadi menjadi doh. Ingat adunan jangan terlalu lembik (nanti tak boleh nak buat bentuk) dan jangan juga telampau keras.. Makanya, semasa masukkan tepung itu, masukkan sedikit demi sedikit...
3. Setelah adunan tadi menjadi doh, ambil sekit adunan dan dibulatkan kecil-kecil (sebarapa comel yang boleh- tapi jangan telampau kecil sangat nanti susah nak masukkan intinya). Buat banyak-banyak dan susung dalam piring. (Kita buat macam nie dulu supaya lebih mudah dan jimat masa sikit...ehehehe..)
4. Setelah itu, ambil satu tepung yang dah awak bulat-bulatkan tadi tu. Tekan pada bahagian tengah dia, dan masukkan intinya yang telah kita buat tadi ( Masukkan inti jangan banyak sangat, nanti susah nak tutup, dan jangan sikit sangat itu kedekut namanya..). Kemudian ambil satu lagi tepung yang dah kita bulat-bulatkan tu letak atas tepung yang dah kita letak inti tadi. Dan tutupkan tepung tu sampai tak nampak inti dia (jangan sampai inti dia terkeluar nanti hangus pulak kuih awak tu). Kemudian bentukkan tepung tu bentuk memanjang macam daun. Kemudian susun dalam dulang pembakar. Awak ulang proses nie sampai kuih tu penuh satu dulang pemabakar tu.(kita buat macam nie supaya jimat masa sikit)
5. Kemudian ambil penyepit kuih makmur dan sepit kan kuih yang telah siap kita susun dalam dulang tadi. Sepit secara menegak pada bahagian tengah dia, kemudian baru sepit secara menyerong pada bahagian tepi. (Awak sepit kuih tu sampai dia terbentuk macam daun- macam urat dekat daun)
6. Setelah selesai, masukkan kuih dalam ketuhar, bakar dalam suhu 160°C...Bakar hingga masak, jangan sampai hangus ye...
7. Apabila telah selesai, keluarkan kuih dari ketuhar. Kemudian biarkan kuih sejuk sebentar. Setelah itu, golek-golekkan kuih dekat gula aising. Kemudian masukkan kuih dalam bekas kuih kedap udara. Semasa susun kuih , pastikan awak lapiskan dengan kertas minyak, supaya kuih tadi tidak melekat. Kemudian tutup bekas kedap udara tadi.
P/S:-
*Kuih nie bila dah jadi tak berapa nak banyak sangat tau...Jadinya, bila awak nak buat banyak-bayak kenalah buat adunan banyak-banyak juga....Modal dia pun kenalah banyak jugak ye..Sebab harga minyak sapi tu makin lama makin mahai... =___="
*Bila nak buat bentuk daun tu untuk yang baru 1st time nak cuba memang kena try and error. Bila awak dah buat banyak kali, lama-lama awk jadi cekap nak buat bentuk daun tu dan lebih pantas... (^___^)
*Dekat loyang pembakar tadi tu memang tak perlu sapu mentega, sebab minak sapi yangada dalam kuih tu dah cukup untuk buat kuih tu tak melekat pada loyang pembakar..
Akhir kata dari saya, terima kasih kerana sudi membaca resipi yang telah diturunkan seraca turun temurn kepada saya nie..Kalau awak berkenan bolehlah cuba resipi nie ye...Selamat mencuba..(^__^)
Sunday, August 19, 2012
Ucapan Raya
(klik untuk besarkan imej)
Assalamualaikum wbt...
Buat semua pembaca, pengunjung blog http://merpatiputih88.blogspot.com,
saya di sini ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aildilfitri dan Maaf Zahir Batin buat semuasaudara se-Islam ku..
Jika diriku ada tersilap dan salah, ada melukai hati kamu semua sepanjang diri ku ini menulis di blog ini, Jika kamu ada terkecil atau terasa hati, diriku ini ingin memohon ampun dan maaf...
Jua kepada sesiapa yang mengenali diriku secara realiti, jika diriku ada terkasar/terkurang bahasa , tersilap tingkah laku hingga membuatkan kamu semua terasa atau terkecil hati ampun dan maaf jua diriku pinta...
Diriku ingin mengucapkan buat semua sahabat dan saudara se Islam ku agar kamu semua sentiasa bahagia dan ceria hendaknya,
Semoga Aidilfitri ini memberi seribu satu ketenangan dan kebahgaian buat kita semua...
Buat adik-adik sekalian ,nasihaku kepada mu jangan main mercun, takut terputus jari pula, sayangilah tubuh badan kamu itu anugerah dari Illahi...
Jika adik-adik kecil ku, jika kamu hendak beraya mengumpul duit raya dari rumah ke rumah, harap berhati-hati, bawalah sahabat dewasa bersama. Bukannya apa, diriku ini bimbang andai kata adik-adik kena culik oleh orang jahat aka penculik yang memang suka dengan kanak-kanak...
Buat mereka yang telah dewasa, jimat-jimatlah berbelanja dan jangan terlalu boros berbelanja untuk raya,
Takut nanti lepas raya hutang-hutang kamu bertambah pula...
Oh ya, dalam pada kamu berjimat, jangan pulak kamu menjadi si tangaki jering yang kedekut nak beri duit raya pada kanak-kanak yang datang beraya sampai kamu tutup pintu dan tingkap semua,
Bila ada yang ketuk pintu kamu cakap "Takde orang kat dalam rumah"..Alahai peliknya, tiada orang di rumah jadi siapa yang bersuara? rumah boleh bercakap barangkali..?
Juga buat yang akan memandu, hati-hati dijalan raya, jangan pandu terlalu laju, ingatlah orang yang tersayang,sanak saudara yang menunggu rindu untuk bertemu kamu, dan mereka pasti tidak mahu kamu pulang dengan tubuh badan kaku tidak bernyawa kerana kemalanagan dijalan raya...
Pada yang sibuk measak didapur hati-hati semasa memasak ya, bukanya apa takut lah kalau kamu terlalai dan leka sampai rumah hangus dijilat api pula...
Memasak rendang untuk juadah raya,
Kuih raya & duit raya sudah sedia,
Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya,
Kalau sudi datanglah ke rumah saya...=)
Selamat Hari Raya Aidilfirti dan Salam Sayang dariku untukmu....(^___^)
p/s: Dah lama tak update blog, busy dengan kehidupan seharian...InsyaAllah lepas nie akan cuba luangkan masa lebih untuk blog nie...ehehehehe..Sambutan raya tahun nie biasa saja, kuih raya buat sendiri ada dalam 7 jenis, ada kek raya...Ingatkan macam nak kongsi resipi rendang daging atau serunding udang kering yang saya selalau masak setiap tahun...Tapi tak sempat nak taip lagi...huhuhu..InsyaAllah saya kan cuba upload resipi tue kat sini...Sharing is caring kan..?
P/p.s: Sorry ye kad raya kita tak cantik..huhuhuhu.simple giler, doodle kita tue kita lukis guna excel dan touch up sikit guna paint, picmonkey.com dan photoscape..Kita budak baru belajar lukis doodle jadi doodle kita memang tak comel..uhuhuhu..Sorry sekali lagi kerana ada typo error biasalah kita memang selalu salah eja...=,="
Monday, August 29, 2011
Persiapan Raya...
~Gambar ehsan dari google~
Hai semua...selamat petang..macam mana persiapan raya...? dah beres semua..? dah berapa percent siap ...? Wah..adik-adk mestilah seronok nak beraya, maklumlah dapat duit raya...=)
Ok, sekarang saya nak cerita secara ringakas persiapan raya saya tahun nie...(^___^)
Kita mulakan dengan ketupat:-
Kat rumah saya nie tiap-tiap tahun kalau Hari Raya Aidilfitri mesti nak masak ketupat dan kadang-kadang ada ketupat + lepat..kalau ada balance daun kelapa confirm lah buat lepat...Saya memang tak padai nak anyam ketupat..kat rumah nie yang reti anyam ketupat cuma mak sorang jer...huhuhu..tiap-tiap tahun dah belajar tapi still fail..huhuhu..Saya cuma reti isi ketupat dan masak lauk-lauk untuk makan ketupat jer..huhuhu sedih..Tangan tak kreatif lah katakan..Nie gambar ketupat yang dah siap di anyam malam semalam, dan pagi tadi kami (saya+mak) isi ketupat dan kemudian sesi merebus ketupat...
Nie lah hasilanya, ketupat yang dah siap di rebus sebentar tadi..Tapi belum boleh makan lagi, esok baru boleh..hehehe..Ketupat yang dah siap di masak tadi adalah dalam 100 biji...Banyak tak..? Apa beza ketupat dengan lepat..? Bagi yang tak tahu, ketupat nie isi dalam nya ialah beras / nasi dan manakala lepat pulak isi dalamnya ialah beras pulut /pulut..Saya lebih suka ketupat berbanding lepat, sebab alahan dengan pulut-pulut..boleh makan pulut tapi tak boleh banyak,kalau nak makan pulut pun mesti kena makan nasi / roti dulu ...kalau tak emmang sakit perut lah jawabnya..huhuhu..
Lauk-pauk Raya:-
Nie satu-satunya lauk yang dah siap di masak tadi, iaitu serunding udang kering..Serunding nie boleh tahan lama tau..Lauk-lauk lain macam rendang daging (5kg daging) akan di masak malam nanti (lepas pukul 9 malam)..Lepas tue (tengah malam raya) baru masak sambal kacang pulak..Pagi raya baru masak lauk yang seterusnya iaitu kuah lodeh...Lauk-lauk lain tue belum boleh di upload kat blog lagi, sebab belum siap di masak..huhuhu..Tapi bahan-bahan untuk masak lauk-lauk nie semua dah di siapkan beberapa jam tadi..Lepas tue terus kemas-kemas rumah dan pasang langsir raya...
Kuih Raya:-
Nielah kuih raya saya tahun nie..tak banyak pun, cuma ada 7 macam jer...hehehehe.. Siap buat semua jenis kuih raya nie pada 25.8.2011..Modal untuk buat semua jenis kuih nie adalah dalam anggaran RM250.00..Setiap satu jenis tue dapat dalam lebih kurang 200++ hingga 500++ keping kuih..Kuih buat sendiri nie lebih jimat dan kita lebih berpuas hati dari segi kualiti, rasa dan takdelah nak curiga tentang tahap kualitinya (macam kes kuih raya ade ulat tue..)...Kalau beli macam nie punya banyak mesti kena keluar bajet lebih dari nie kan..So lebih baik buat sendiri, jimat..nak beri kat nenek dan sedara mara pun takde hal..=)
Dekat balang kuih tue siap mak saya dah letak nama kuih, dan mana-mana kuih yang untuk bagi nenek dan sedara mara balang kuih tue siap dah di slotep..(kes tak nak bagi saya makan kuih curik2 masa waktu berbuka..hehe...). Dulu masa kecik pernah pecah kan balang kuih raya mak, ehehe..masa tue suka sangat makan kuih mazola sampai pecah bederai balang kuih tue...dulu kecik-keci janji nak belikan baru bila dah besar, sekarang dah belikan baru, tapi tak sama dengan yang dah pecah tue..Jenis-jenis kuih tahun nie adalah:-
-Biskut Kacang Mazola
-Biskut Suji Badam
-Biskut Walnut Nescafe
-Bisut Kismis
-Biskut Kelapa Coco
-Biskut Coco Crunch
-Cornflakes Chocolate
Jenis-jenis kuih yang di beli pulak adalah sepert kerepek-kerepek, dodol dan kuih batang buruk (nie kuih fav mase kecik2...)
Baju Raya:-
Baju raya untuk saya cuma 4 pasang jer..ehehee..semua beli sendiri tau..! Iaitu sepasang jubah, dua pasang baju kurung pahang, dan sepasang baju kebaya..Tahun nie first time nak try pakai jubah, colour hijau lak tue..hehe..Tahun nie jugak first time saya pakai baju kurung Pahang dan bukan baju kurung Johor seperti sedia kala..Nak bertukar angin mungkin, hari-hari pergi kerja dah pakai baju kurung Johor kan..Tapi saya fikir esok saya nak pakai baju kurung Pahang colour merah..Sebab, malam tadi Machester United dah menang 8-2 masa membelasah Arsenal..hahahaha..GloryGlory Man U..!! (^___^)
Tahun nie jugak saya belikan emak dan ayah baju raya, dah dari kecik mak dengan ayah belikan baju raya, bila dah kerja kenalah belikan untuk mereka pulak..Iaitu sepasang baju melayu untuk ayah dan 3 pasang baju kurung untuk emak..
Duit Raya:-
Sama macam tahun lepas, saya dah tak dapat duit raya lagi..huhuhu..dan sama jugak macam tahun lepas kena lah spend duit untuk bagi bebudak yang datang rumah dan duit raya untuk mak ayah saya ..
~Nielah gaya hidup orang yang dah kerja, semua kena keluar budget..jadik kenalah jimat cermat..Sekarang dah besar dah tak dapat duit raya lagi, tapi kalau ada yang nak bagi kecik tapak tangan stadium olimpik saya tadah kan..ehehehe..(^____^)~
~Sebagai anak perempuan sulung dan juga merupakan anak tunggal dalam family kecil saya nie..Saya bertanggungjawab untuk buat persiapan raya dan uruskan pasal hal-hal yang berkaitan..Ha.. sape kata anak tunggal jenis tak boleh harap + manje terlebih..? Anak tunggal nie lagi lah tanggungjawab besar tau..~
Monday, October 4, 2010
cERiTa TeNtANg DuIt RaYA DaN KUiH rAYa
Haii semua..
Macam mana sambutan raya tahun nie?
Meriah Tak?
Untuk adik-adik- Banyak dapat duit raya?
Untuk mak cik- mak cik dan kakak-kakak- Banyak tak buat kuih Raya?
Walaupun sekrang nie mood raya dah ujong-ujong..
Tapi rasanya masih belum terlewat untuk saya catat kan pengalaman saya menyambut raya tahun nie..
Dua perkara yang saya nak ceritakan kat sini ialah:-
1) Duit raya- yang saya kena keluarkan tahun nie..
2) Kuih raya- yang saya buat sendiri tahun nie..
DUIT RAYA
Kalau tahun-tahun yang lalu saya yang menerima duit raya..
Tahun nie TERBALIK..saya pula kena keluarkan duit untuk duit raya..
Jadi, raya dah kurang menarik sebab tak dapat duit raya..hikhikhikhik..;)
Tahun-tahun yang lalu setiap pagi raya saya dapat duit raya dari mak ayah..
Tapi Tahun nie..Pagi-pagi raya saya pulak bagi duit raya kat mak ayah..
Untuk emak RM100 dan untuk ayah RM50 (tak termasuk duit belanja bulanan untuk mak dan ayah)...
Untuk duit raya saya keluarkan lebih kurang hampir RM300
-nie untuk beri pada budak-budak kecik yang datag kat rumah saya atau yang saya pergi rumah dia..
-budak yang dah besar sikit pon saya bagi juga..tapi tak semua lah..(yang terdekat dan rapat sahaja)
-Sebab tak cukup bajet..sorry..huhuhu...
maybe, next year kalau ada rezeki lebih saya akan bagi..(jangan risau ok)
Nasib baik lah dapat duit bonus raya dari bos..
Kalau tak..takde peruntukkan duit raya lah nampaknye (coz duit gaji cukup2 untuk belanja dan saving)..
Apa-apahal pun thanks Bos!
KUIH RAYA
Tahun nie saya buat kuih raya sendiri sama seprti tahun lepas..
Bajet peruntukkan untuk buat kuih raya tahun nie = RM250
Jumlah kuih yang boleh di buat dengan nilai modal ini = 8 Jenis kuih Raya
Dengan setiap satu jenis boleh dapat paling minima = 250 biji ++
So, amacam? Jimat modal tak? kalau beli dah berapa kan..?
Nie nilai modal kalau kat bandar JB tau..
Kalau kat pekan-pekan kecil tue lagi ar jimat gila-gila punya..
Barang barang kuih semua di beli dekat kedai C Siang- berhampiran dengan Plaza Angsana..
Kat Kedai nie semua jenis peralatan & bahan untuk buat kuih,kek,pastri,coklat ada..
Senang cerita semuanya lengkap..
Harga dia pun berpatutan dan barang-barang dia pun dijamin berkualiti..
Memang kedai dia nie ramai orang pergilah..
Nak-nak kalau orang yang bukak bisnes tue..
Nie website kedai C Siang yang saya pergi tue:
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh click kat ctue ok...
Sekarang saya nak cerita tentang Kuih raya saya pulak..
Anatara kuih yang saya buat tahun nie ialah:-
1)Biskut Almond London
2)Biskut Badam
3) Biskut Kacang Mazola
4) Biskut Kismis Comel
5)Biskut Milo Chocolate Rice
6)Biskut Quaker Oats
7)Cornflake Chocolate
8) Kuih Tart Nenas
(Eh, Terlupa nak amik gambo...sorry ok..)
Sekarang saya nak tunjukkan pulak oven yang telah banyak berjasa-
Jenama Oven nie- Singer. Jenis-Turbo Cook. Model-E051T.
Memang sanagt bagus dan berkualiti...
Pantas dan efisyen..
Kalau bakar kuih tue sekali bakar jer boleh dapat 200 biji..
Kt boleh masukkan 2 dulang pemabakar (atas dan bawah) sekali masuk dalam oven..
Amacam? pantas tak?
Nie oven electric..So, tak payah lah susah-susah nak hidup kan api guna mancis ke ape..
Kalau nak tahu lebih lanjut pergi kat website nie:-
http://www.singer.com.my/home/index.php
Eh! dah bagi iklan free plak kat cnie ye..
Wahh lepas nie boleh dapat diskau lah klu bli product singer nie..
Ermm nak minta royalti lah..coz dah buatkan iklan free kat cnie..hihihihihi...
Ps:- seperti biasa, kalau nak lihat gambar-gambar nie dengan lebih jelas sila clik pada ganbar tersebut ye..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Special Notes For My Dear Darling
"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,
Your voice is sweet like music that calms my lonely world,
Your hands is my protection from hurt deep down inside,










