Translate

Showing posts with label puisi (isu semasa). Show all posts
Showing posts with label puisi (isu semasa). Show all posts

Thursday, October 12, 2017

Puisi: Menyendiri....




Jangan ditanya kenapa aku memilih menjauh diri...
Jangan ditanya kenapa aku berjauh hati...
Jangan ditanya mengapa aku berdiam diri...
Jangan ditanya kenapa dan mengapa lagi...
Kerana apabila aku bersuara nanti tetap akan dipersoal lagi...
Lebih baik aku begini...
Merawat dan menjaga hati sendiri...
Itu lebih baik buat masa ini...
Biar aku dilihat "JAHAT" di mata semua...
Tak mengapa aku dah biasa...
Terbiasa disalahkan atas alasan yang aku juga tak pasti...
Terbiasa dilukai dan terluka berkali-kali...
Aku cuma manusia biasa...
Juga punya hati dan perasaan yang perlu dijaga...
Aku bukannya insan yang suka bermain tarik tali...
Jika tidak katakan tidak...
Jika ya katakan ya...
Usah bermain tarik tali...
Kau pijak hatiku lagi dan lagi...
Kau guris hatiku berkali-kali...
Sakitnya luka itu aku pendamkan sahaja sendiri...
Kau datang dan pergi sesuka hati...
Ibarat aku tak punya nilai di mata kamu...
Siapa aku di hati kamu...???
Aku juga tidak tahu...
Keliru aku sungguh keliru...
Sikap dan layananmu mengelirukan aku...
Pening memikirkan sikapmu...
Kenapa kamu begitu...?
Adakah aku cuma sandaran sementara...?
Sementara kamu kekosongan menantikan cintanya dia...??
Tapi....
Sudahkah kamu lupa...
Kamu datang kepadaku membawa sejuta harapan...
Kamu datang bersama bintang bulan impian masa depan...
Lalu mengapa kamu juga yang memusnahkan harapan dan impian itu...???
Mengapa kamu mungkiri janji-janji kamu kepadaku...???


p/s: Puisi ini adalah ciptaan dan idea sepenuhnya saya selaku pemilik dna penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Sebarang ebntuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Hakcipta terpelihara.

sumber gambar: google image


Saturday, October 1, 2016

Perempuan Kental


Perempuan...
Jangan terhegeh-hegeh menagih cinta pada yang belum pasti...
Jangan dikejar pada yang tak sudi...
Daripada asyik memikir jodoh yang belum tiba... 
Lebih baik persiapkan diri terlebih dahulu....
Lebih baik tetapkan matlamat dalam hidup ini... 
Dekatkan diri dengan Tuhan...
Berbaktilah pada ibu ayah dengan penuh perhatian...
Tingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran...
Tambahkan pengalaman...
Perkukuhkan kerjaya atau perniagaan...
Sediakan aset untuk masa depan...
Persiapkan simpanan kewangan...
Ya, bina empayar kejayaan kamu sendiri...
Belajar hidup berdikari...
Agar tidaklah mudah diperlekehkan kemudian hari...
Jadi perempuan kena kental...
Usah putus asa...
Tapi harus tetap berusaha...
Jika jatuh, harus bangkit lagi...
Berdiri dan terus berlari...
Tetaplah terus melangkah usah berhenti...
Berjalanlah maju ke depan dan bukan mundur ke belakang...
Jika ada suara langau yang kata kau tak boleh berjaya biarkan saja...
Pekakkan saja telinga...
Buktikan pada mereka kau juga mampu berjaya...
Satu hari kelak, kamu pasti akan bertemu bahagia...
Perempuan, untuk itu sayangilah dan hargailah dirimu...
Kerana dirimu istimewa...
Perempuan, dirimu itu ibarat mutiara berharga..
Yang tersorok jauh di dasar lautan...
Perempuan, dirimu itu ibarat permata berkilauan..
Yang tersimpan jauh di dalam bumi...
Perempuan, usah biarkan dirimu dipijak dan ditendang...
Perempaun, usah biarkan dirimu diperlekeh dan ditindas...
Perempuan, usah biarkan dirimu tidak dihormati dan tidak dipandang...
Perempuan, tetaplah terus tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup...
Perempuan, Tetaplah teus cekal dan kental menharungi hidup..
Pandanglah ke hadapan  wahai perempuan...
Usah tunduk lagi...
Majulah melangkah...
Usahlah berhenti...


p/s: Puisi ini adalah ilham sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini: (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Sebarang bentuk penerbitan semula dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Hak cipta terpelihara.

Sumber gambar : Google image...






Thursday, April 30, 2015

Diam Lebih Baik...




Diam tak bermakna salah....
Berdiam dan mengalah bukan bermakna kalah...
Memekik dengan kata nista bukan bermakna betul semua..
Berkata-kata dengan emosi tegang menunjukkan ego tinggi...
Begini...
Bila kau sudah memutus kata begitu...
Baik aku diam sahaja...
Baik aku menjauhkan diri seperti yang kau pinta dari aku...
Juah dan terus menjauh..
Sepi dan terus menyepi...
Malas aku mahu tambah pening kepala..
Nampak gaya kalau aku bersuara semua salah sahaja..
Bila aku berkata-kata semua serba tak kena...
Pusing-pusing salah aku juga...
Kata-kata kau berbelit-belit buat aku terbelit..
Baik aku diam sahaja...
Seperti yang kau pinta...
Lebih baik begini...
Dingin beku sahaja..
Mahu jaga hati dan perasaan kau sahaja?
Hati dan perasaan aku bagai mana?
Jadi lebih baik begini diam tanpa suara..
Diam tanpa ada khabar berita...




Saturday, August 23, 2014

Puisi: Langit Merah Peristiwa Tujuh Belas...


Langit itu kelam semakin suram,
Tiada cahaya mentari seperti biasa,
Yang tinggal hanyalah awan hitam,
Bersama khabar yang kelam,
Lalu awan  itu pun menitiskan air mata,
Menangisi peristiwa pilu itu,
Langit itu pun menjadi merah,
Menjadi tanda tragedi berdarah,
Lantai Bumi dirobek tragedi itu,
Meninggalkan bekas luka semakin parah,
Lalu mengalirlah darah itu ke tanah,
Tanah itu menjadi pemangku yang memeluk jenazah,
Tanah itu kini tidak berseri lagi,
Kerana ia turut sama menangisi peritiwa itu,
Tujuh Belas Julai Dua Ribu Empat Belas menjadi saksi peristiwa itu,
Sungguh tarikh itu akan diingati untuk selamanya,
Oleh manusia sekalian dunia,
Dua Puluh Dua Ogos Dua Ribu Empat Belas menjadi hari berkabung negara,
Membawa jenazah MH Satu Tujuh pulang bersama tangisan hiba,
Sungguh peritiwa itu menjadikan hati semakin lara,
Seperti ditoreh belati berduri terasa pedihnya,
Meninggalkan luka yang tidak akan dilupa...



p/s: Puisi ini adalah nukilan sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini                                               (http://merpatiputih88.blogspot.com/) . Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali.... Akhir kata salam takziah buat semua keluarga dan sahabat handai mangsa tragedi MH 17. Semoga anda semua tabah selalu. Al-Fatihah...

Sunday, October 27, 2013

Puisi :- Kerana Duit...



Kerana duit manusia sanggup merompak,
Kerana duit manusia sanggup menembak,
Kerana duit manusia sanggup bergaduh,
Kerana duit manusia sanggup mencuri,
Kerana duit soal halal dan haram ditolak ke tepi,
Kerana duit judi dan rasuah makin berleluasa setiap hari,
Kerana duit manusia boleh jadi hilang punca,
Kerana duit manusia lebih rela jadi hamba dunia,
Kerana duit manusia menjadi tamak haloba,
Kerana duit manusia sanggup merampas,
Kerana duit manusia sanggup menyeksa malah membunuh,
Kerana duit kadangkala akal seperti berada di telapak kaki,
Kenapa manusia sibuk benar mengejar duit..?
Katanya tanpa duit hidup seperti tak bererti,
Kerana kita hidup dalam dunia realiti,
Semuanya ada harga dan nilai untuk berjual beli,
Semuanya itu kau harus bayar setiap hari,
Tiada yang percuma...
Sebab kau akan disanjung tinggi bila kau berduit,
Sebab kau akan dipandang rendah bila kau tiada duit,
Itulah harga yang kau harus bayar bila hidup dalam dunia yang mengejar duit..
Jadi aku tidak hairan dengan kes-kes jenayah dewasa ini...
Sebab semuanya KERANA DUIT!


Puisi ini adalah hasil karya sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Hakcipta terpelihara, tidak dibenarkan sebarang bentuk penyiaran semula.

p/s : Esok hari isnin, selamat bekerja, selamat mencari duit..Semoga bertambah murah rezeki...

Sunday, August 18, 2013

Puisi: Rakus Dengan Kuasa



Antara kuasa dan tanggungjawab...
Aku rasa ramai orang yang pilih kuasa...
Apabila kuasa sudah ada, tanggungjawabnya entah kemana...
Adakala apabila sudah diberi kuasa amanah itu terbiar kaku begitu sahaja..
Janji bertabur manis kini sudah tiada manisnya...
Kuasa kadangkala membuat manusia menjadi angkuh dan alpa...
Kuasa yang dimegah kadangkala membutakan mata hati...
Kuasa dan harta kadangkala membuatkan manusia lupa pada Tuhan yang lebih berkuasa...
Adakalanya kuasa yang dia ada bukan dipegang dengan amanah...
Tapi ia longgar dengan ikatan janji yang kian bernanah...
Kuasa yang ada hanyalah untuk bermegah...
Apabila sudah tidak lagi punya kuasa diri sudah mula terasa terhina...
Lalu nywa-nyawa insan yang buang dia dari kuasa mahu dibunuh sahaja...
Dipandangnya insan itu tanpa ada harga...
Dibunuhnya insan-insan itu bagai haiwan yang tiada rasa belas kasihan...
Akal yang dia punya barangkali sudah mati...
Hati yang dia ada barangkali sudah tidak bernafas lagi...
Sebab itulah dia sanggup membunuh demi kuasa...
Demi merebut kembali kuasa dan dia rela lakukan apa sahaja...
Dia seronok memandang ribuan tubuh manusia mati bergelimpangan..
Dia gembira bila semakin ramai "musuh" yang terkorban...
Dia bangga apabila mendapat kuasa itu kembali...
Walaupun kuasa itu dirampas dengan usaha yang paling keji sekali..
Tapi dia sudah tidak peduli lagi..
Pada dia apalah erti hidupnya tanpa kuasa, nama pengaruh dan harta benda...
Tapi aku rasa mungkin dia lupa akan satu perkara...
Satu hari nanti dia juga kan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya..
Satu hari nanti dia juga akan terbaring kaku di dalam keranda..
Satu hari nanti semua tanggungjawabnya yang tidak ditunai dengan amanah akan disoal..
Satu hari nanti ketamakan dirinya akan memakan diri...
Pada hari itu menangislah dia meminta tolong...
Pada hari itu tercampaklah dia sendiri...
Kerana hari itu dia sudah tidak punya kuasa yang dimegah lagi...
Pada hari itu barulah dia mahu menyesali akan perbuatannya yang lalu...
Tiada apa yang lebih berkuasa melainkan Tuhan Yang Maha Esa...


P/s: Puisi ini adalah ilham sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com)  Sebrang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Hak Cipta Terpelihara.

Kredit gambar: google image

Nota: Marilah kita mendoakan yang terbaik buat saudara kita yang berada di Mesir...Semoga konflik yang sedang berlaku di negara itu segera bernoktah. Semoga segala kekejaman itu berakhir dan semoga keadaan di sana akan kembali pulih seperti sedia kala hendaknya..

Friday, May 3, 2013

Muhasabah Diri...


Manusia, 
Adakalanya kita ini cepat menghukum manusia lain,
Tapi dalam masa sama kita tidak gemar apabila diri dihukum oleh manusia lain,
Adakalanya kita ini cepat mengkritik manusia lain,
Tapi kita jua tak gemar dikritik, pabila ditegur atau dinasihat kita marah,
Manusia,
Adakalanya kita gemar menggunakan emosi dan ego melebihi akal dan hati yang dikurnia,
Hingga kita sanggup dengan sengaja membuat luka dihati insan lain dengan kata-kata kita,
Hingga kita sanggup aniaya insan lain dengan gerak geri perilaku kita..
Manusia,
Adakalanya kita lebih gemar mengguna lidah penuh kudis dendam iri hati,
Tapi tidak gemar pula gunakan lidah demi berbakti dan berbudi,
Manusia,
Adakalanya gemar menghukum dan mecari salah keliling,
Tapi sangat sukar mencari salah sendiri,
Seperti salah dirinya itu mahu disorok dalam lubang cacing,
Salah insan lain seperti mahu heboh satu dunia biar berdering ibarat loceng yang bising...




Manusia,
Adakalanya kita apabila senang  dan lapang lupa tanggungjawabya,
Apabila susah dan sempit baru mengingat tanggungjawabnya,
Manusia,
Adakalanya apabila kita gembira dan ceria lupa bersyukur akan nikmat bahagia,
Tapi apabila sedih dan menangis gemar pula menyalah takdir yang tertulis buat dirinya,
Manusia,
Adakalanya apabila "terjatuh" mudah patah semangat dan mudah pula putus asa,
Manusia,
Kadang apabila punya kuasa disalahguna pula,
Lebih suka menindas dari menjalan tanggungjawabnya,
Tapi apabila sudah hilang kuasa barulah terfikir akan amanah yang telah dibiarkan bernanah,
Manusia,
Kadangkala apabila tidak dapat apa yang dicita-cita salahkan takdir salahkan sana-sini,
Tapi apabila cita-cita itu diperoleh tidak bersyukur pula malah gemar bermegah sana sini,
Manusia,
Kadang apabila diberi nikmat kaya dan mewah suka bermegah pula,
Tapi hendak menghulur derma jadi kedekut pula,
Gemar memandang hina pada si miskin,
Adakalanya duit buat dia buta mata gelap hati sampai menjadi manusia penuh tamak dan dengki,


Manusia,
Tiada manusia biasa yang terlepas dari silap dan salah, dosa atau noda dunia,
Tapi jangnlah kamu berdiam diri sahaja hanya duduk di tempat sama,
Berubahlah kearah kebaikan untuk masa depan,
Usah malu untuk berubah menjadi lebih baik,
Usah malu untuk untuk bertaubat,
Usah malu untuk memohon maaf,
Usah malu untuk menjadi manusia yang pemaaf,
Usah malu untuk menjadi baik,
Tapi malu lah jika sudah tahu pendosa tapi tetap mahu terus menjadi insan pendosa,
Tapi malu lah jika tetap tidak punya malu melakukan dosa malah bermegah pula,
Tapi malu lah jika tetap sombong dan ego tak mahu minta ampun dari-Nya Tuhan Yang Esa,
Tapi malulah jika sudah tahu bersalah tapi tidak mahu mengaku salah malah tidak mahu meminta maaf,
Manusia,
Ketahuilah oleh kamu yang hidup ini tidak lah lama,
Hidup ini hanya pinjaman sahaja,
Esok lusa apabila nyawa sudah bercerai dengan badan,
Esok lusa apabila sudah tiada nafas lagi dan kamu sudah mati adakah kamu sudah sedia?
Adakah kita sudah sedia...???
Adakah sudah cukup bekalan kita...???
Apakah sudah cukup amal ibadah dan kebajikan kita..???




p/s: Entry ini sepenuhnya luahan ikhlas dari hatiku, maaf dariku andai ada gaya penulisanku yang menguris hati kamu... Maaf sekali lagi andai ada silap dan salahku.. Diriku ini  jua hanya manusia biasa yang tak lepas dar silap dan dosa..Marilah sama-sama kita saling memaafi dan saling merenung kembali kekhilafan diri / menilai diri sendiri..Semoga bertemu lagi esok hari..Semoga bertambah lagi idea penulisanku untuk dikongsi bersama kamu...Andai diri ku sudah tiada lagi jadikan  tulisan ku ini sekadar kenang-kenangan sahaja buat tatapan kamu semua..


Kredit gambar:- google image..

Wednesday, May 1, 2013

Puisi: Seorang Pekerja Yang Bekerja...



Seorang pekerja haruslah sentiasa beramanah dalam menjalankan segala tugas yag diamanah,
Haruslah rajin dalam bekerja,
Haruslah jujur dalam setiap kerja,
Sentiasa tekun dalam usahanya,
Terima teguran dan nasihat untuk membina kerjanya,
Apabila dikiritik tabahkan hatinya dan sabar,
Terima kritikan dengan positif dan usaha untuk perbaiki diri agar lebih berjaya,
Tidak membodek orang atasan untuk kepentingan peribadi pula,
Apabila sudah menjadi orang atasan tidak menindas orang bawahannya,
Sentiasa bekerja sama bersama rakan sekerja,
Sentiasa berfikiran positif dan bermanis muka,
Sentiasa bersemangat untuk bekerja,
Sentiasa berusaha untuk majukan kerjanya,
Seorang pekerja yang bekerja itu tulang belakang sesebuah syarikat,
Seorang pekerja yang bekerja itu tunggak penjana ekonomi negara,
Seorang pekerja yang bekerja itu pemangkin kemajuan negara,
Seorang pekerja yang bekerja itu penentu masa depan dirinya, keluarganya dan negaranya,
Seorang pekerja yang bekerja pasti boleh berjaya dengan usaha...
Akhir kata dari saya,
Selamat hari pekerja buat mereka yang bergelar pekerja...



p/s: Puisi ini adalah sepenuhnya nukilan saya selaku pemilik dan penulis blog ini. Hak cipta terpelihara, dilarang menerbitkan semula.
Kredit gambar: google image...

Happy Labor Day Everyone..Good Night..(^__^)

Wednesday, April 17, 2013

Susah Hendak Maju Jika...


Maju..?
Siapa yang tak mahu maju..???
Kaya...
Pasti ramai orang yang mahu kaya...
Berjaya..
Pasti semua orang mahu berjaya...
Ya, berjaya di dunia dan di akhirat sana...
Bahagia...
Semua orang impikan rasa bahagia...
Jadi kenapa masih terjelopok duduk termangu di situ..???
Kata dari awal tadi kamu mahu maju..???
Maju...
Bukan mudah mahu maju...
Jika mahu berubah pun payah...
Jika terdengar kritikan  jua melatah...
Jika mendengar nasihat juga kamu mahu bantah...
Maka bagaimanakah kamu mahu maju...?
Jika malas usaha tapi hanya mengharap dan meminta-minta...
Kamu selalu mengharap diri ditolong oleh orang yang suka menolong..
Sedangkan kamu sendiri kejam dengan diri kamu...
Kerana kamu tidak mahu menolong diri kamu sendiri..
Kamu sering minta belas ikhsan orang lain sedangkan kamu tidak pernah ikhsan pada diri kamu sendiri..
Kamu tidak akan maju jika hari-hari kamu dipenuhi warna hitam kelam berarus negatif...
Tiada satu perkara pun kamu lihat ia baik...
Semuanya buruk di mata kamu..
Jadi bagaimana mahu maju..?
Usaha malas, doa jua malas...
Mencari ilmu malas, membaca pun malas..
Berfikir malas, bergerak dan bertindak pun malas..
Tiba-tiba bermimpi mahu berjaya..???
Saya pasti cita-citamu itu takkan ke mana-mana..


Bagaimana mahu dicapai bulan dan bintang,
Jika impian hanyalah bersandarkan mimpi siang bersama bayang-bayang..??
 Apabila kamu usaha dan kamu gagal mencapai impian kamu mengeluh, kamu bersungut, kamu cepat pula berputus asa...
Apabila kamu tersilap langkah, kamu gemar menuding jari mencari salah insan lain..
Tiada pula daya usaha mahu muhasabah diri mencari sisi negatif diri kamu itu dan tiada langsung daya usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik..
Yang kamu tahu hanyalah mencari salah, mencari gaduh , menyelar dan menyakiti...
Kamu menjadi manusia penakut tidak mahu berdebat apatah lagi bersaing secara sihat..
Kamu lebih gemar bersaing sambil berbunuh hancur lebur...
Menikam dengan penuh helah, biar si pesaing itu tersungkur..Baru puas hati kamu!
Kamu menjadi manusia yang penuh rasa benci, berlandaskan dendam kesumat, dengki dan iri hati..
Kamu sakit mata melihat orang lain telah maju mencapai kejayaan..
Tapi kamu sendiri langsung tiada usaha mahu berjaya..
Yang kamu tahu hanya mahu menjatuhkan orang yang telah berjaya itu..
Busuk sungguh hati kamu ternyata penuh hasad dengki di situ,
Cucilah hati kamu,
 Audit diri kamu,
Nilai lah diri kamu,
Bersihkan cara fikiran kamu itu,
Sayangilah diri kamu,
Sayangilah masa depan kamu,
Muhasabah diri kamu atas kesilapan / kekhilafan masa lalu kamu..


Usahlah kamu menjadi insan yang suka menghakimi, menilai, menjatuh hukum pada insan lain..
Sedangkan diri kamu tidak pula pernah kamu nilaikan..
Usahlah kamu berdengki dengan kejayaan insan lain..
Percayalah setiap insan pasti boleh berjaya dengan usaha dan doa tanpa mengenal erti jemu dan putus asa...
Jika pesaing kamu boleh berjaya, kamu juga boleh berjaya...
Malah mungkin lebih berjaya jika kamu berusaha tanpa erti putus asa..
Yang baik pada sisi pesaing jadikan contoh tauladan buat diri kamu, sebagai pembakar semangat kamu untuk berusaha,
Yang negatif pada diri pesaing kamu jauhilah, ambil ia sebagai ikhtibar..
Kamu takkan maju jika kamu terus berbohong, berdusta, guna taktik kotor tipu helah, tidak amanah, tidak jujur...
Kamu tidak akan maju jika kamu tidak punya nilai jujur pada diri sendiri, sayang pada diri sendiri...
Kamu tidak akan maju jika kamu masih duduk termangu sambil menongkat dagu sambil berangan-angan ada pari-pari yang mahu datang membantu...
Kamu tidak akan maju jika kamu terus duduk diam membisu, membeku tanpa  mahu bergerak dan berusaha sendiri kerana malas menguasai diri..
Kamu tidak akan maju jika terus menangisi masa lalu yang telah lepas, tanpa mengambil ikhtibar daripadanya dan tanpa ada usaha mengubah masa  depan menjadi lebih indah..
Kamu tidak akan maju jika kamu hanya sibuk memerhati sisi negatif insan lain, sibuk merencana misi melunaskan geram oleh kerana hasad dengki kamu kepadanya, tanpa langsung kamu fikirlkan masa depan kamu, tanpa kamu fikirkan usaha untuk majukan diri kamu..
Kamu tidak akan maju jika kamu masih malu untuk bertanya, malu mahu memberi pendapat atau idea..
Tapi dalam masa sama tidak malu pula memgkritik dan menghakimi..
Kamu tidak akan maju jika cara kamu berfikir masih ditakuk lama...
Masih enggan berfikir masa depan..
Masih enggan berusaha majukan diri ke selangkah kehadapan mencapai kejayaan...
Kejayaan, bukan mudah untuk berjaya...
Kerana pasti ada jalan onak berliku yang perlu kamu lalui sebelum kamu dapat merasai erti sebuah kejayaan itu..
Apa yang lebih perlu kamu tahu,
Untuk berjaya itu perlu samangat azam yang jitu, perlu ada usaha tanpa kenal erti jemu, perlu sentiasa berdoa selalu, perlu adan nilai tidak kenal erti putus asa, tidak patah semangat sebelum berjuang...
Doa aku untuk kamu..
Semoga kamu berjaya dalam hidupmu...
Semoga segala cita-cita dan kamu tdapat kamu miliki satu hari nanti..


p/s: Coretan entry panjang lebar ini adalah sepenuhnya luahan pendapat saya selaku pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Idea untuk menulis coretan panjang ini datangya dari mimpi..Dan kemudian saya taip semula disini..sebrang kekhilafan harap dimaafkan..

Kredit gambar:google image...

Monday, February 25, 2013

Puisi: Menghukum Dan Dihukum



Melihat dengan mata,
Mendengar dengan telinga,
Menghukum dengan mudah...
Semudah satu dua tiga....
Kamu manusia suka menghakimi,
Lagak mahu menjadi hakim tidak bergaji,
Suka berhabis waktu dengan mengumpat dan mengeji,
Hati kamu pula penuh hasad dengki,
Hati kamu itu penuh nanah bersulamkan iri hati,
Itulah dia hati yang telah mati,
Mati tanpa rasa belas ehsan pada manusia yang kamu hakimi,
Sedangkan kamu juga tidak pernah mahu memahami,
Malah tidak pernah mahu menasihati,
Terus saja dikeji dan dihukum begitu kejam sekali,
Mudah kamu berkata itu ini,
Kerana kamu tidak berada di situasi itu dan di ketika itu,
Banyak benar yang salah di mata kamu,
Entah apa yang betul aku jua tidak tahu,
Seperti kamu sahajalah manusia yang sempurna,
Ya, kamu sahaja lah manusia yang tidak punya cacat celanya,
Silap kamu disorok di kaki lima,
Silap orang dibuka dijaja merata-rata!


P/s: Puisi ini adalah coretan ilham sepenuhnya saya selaku penulis dan pemilik log ini(http://merpatiputih88.blogspot.com). Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan puisi ini di siarkan semula dalam apa jua medium.

Kredit gambar : google image...

Friday, January 4, 2013

Puisi: Si Kacak Yang Cantik....



Dia Lelaki kacak,
Punya rupa dan punya segalanya,
Kerana goyah dengan hasutan dunia,
Dia terleka dan terpedaya,
Terbuai dalam mimpi yang sementara,
Terlena dalam mimpi dan mahu lari dari realiti yang pasti,
Terlahirnya dia sebagai lelaki sejati,
Itulah hakikat yang pasti,
Namun sukar dicerna dan diterima olehnya,
Kerana hasutan kata hati yang sudah mati,
Dia sukar menerima dan sukar mensyukuri akan nikmat Ilahi,
Dia tidak menerima hakikat kejadiannya adalah sebagai lelaki,
Dia seperti mahu lari dari realiti,
Lalu pergilah dia mencari-cari indentiti yang tak pasti,
Berubah menjadi wanita dan tak mahu menjadi lelaki!
Jadilah dia lelaki kacak disebalik wajah gadis cantik,
Cantiknya itu hanyalah plastik,
Yang perlu disuntik di situ di sini,
Yang perlu telan pil setiap waktu, setiap hari,
Dia bangga dengan kecantikan palsu yang dia punya,
Namun lupakah dia akan nikmat Ilahi kepadanya..?
Lupakah dia akan hakikat kejadian dia di muka bumi..?
Lupakah dia yang hidup ini tidaklah lama,
Kerana setiap yang bernyawa pasti akan pergi jua,
Lalu mengapa diikutkan kata hati yang terbuai dengan nafsu duniawi..?
Semoga satu hari nanti akan terbitlah rasa insaf di hatinya,
Semoga dimasa depan dia bertemulah jua jalan kebenaran dalam realiti hidupnya,
Semoga itu semua berlaku sebelum dia menghembuskan nafas akhir pergi tinggalkan dunia...



Nota: Puisi ini adalah sepenuhnya hasil nukilan saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com) Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Terhasilnya puisi ini selepas terlihat di kaca tv dan terbaca di akhbar kisah lelaki yang taksub untuk menjadi perempuan hingga sanggup pakai baju perempuan, lebih sadis sanggup pula tukar jantina. Namun.. siapalah kita untuk terus menghukum, menuding jari dan menghina..Daripada kita sibuk menghina, lebih baiklah kita berdoa agar terbukalah pintu hati mereka semua ini untuk kembali kejalan yang diredhai-Nya... Doa saya, semoga mereka akan menerima hidayah dari-Nya dan kembali ke jalan yang benar sebelum terlambat..:')

  Lukisan  diatas adalah hasil contengan saya...Maaf kerana tidak punya bakat seni lukis..:p

p/s: puisi ini adalah kesinambungan dari entry saya yang berikut:

Tomboy vs Pengkid vs Lesbian

dalam entry tersebut saya kupas isu wanita mahu menjadi lelaki manakala dalam puisi ini pula saya kupas isu lelaki menjadi wanita...Mahu menulis entry penuh tapi kekurang masa...

Sunday, December 23, 2012

Puisi: Hati Rabak



Rabak yang koyak,
Rabak yang retak,
Rabak yang pecah,
Rabak yang terbelah,
Rabak kerana terpisah,
Rabak yang patah,
Rabak yang musnah,
Rabak yang luka,
Rabak yang kecewa,
Rabak yang berendam air mata,
Rabak yang sayu,
Rabak yang kaku,
Rabak yang sepi,
Rabak yang menyendiri,
Rabak yang bernanah,
Rabak yang terpanah,
Luka hancur musnah,
Tiada masa untuk bepatah kembali...
Tidak mahu menjadi rabak yang rabak lagi...!
Hati yang rabak takkan mudah kau mahu tambak,
Kerana hati ini sudah penat di tembak,
Hati yang rabak tak mudah terpulih dari retak,
Kerana hati ini sudah kaku dan mati,
Hanya sepi yang menemani,
Langsung tiada simpati,
Yang tinggal hanya kasih yang berdaki,
Yang tinggal hanya caci maki,
Yang tinggal hanya kata keji,
Bertepuk tanganlah mereka yang membenci,
Bersuka rialah mereka yang mengeji,
Bersedih lah mereka yang punya rasa impati dan simpati,
Dan aku masih rabak lagi,
Entah bila mahu mengakhiri,
Kisah pedih luka  ini...
Moga esok hati aku tidak rabak lagi...


P/s: puisi ini adalah sepenuhnya  hasil karya saya selaku penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Hakcipta terpelihara.

Maaf lukisan itu sangat buruk, maklum saja lah di conteng oelh orang yang noob dalam bab melukis..huhuhu..:p

 ok mari layan lagu nie...:-




Saturday, December 22, 2012

Puisi:- Boros Yang Bolos


Boros sampai bolos kocek kau,
Boros sampai rabak dompet kau,
Boros sampai tiada wang yang tertinggal di saku,
Boros sampai tiada saki baki tertinggal di situ,
Aneh begitu sukar duit dimiliki,
Tapi begitu senang pula duit itu kau biar kan ia pergi,
Bila boros jangan menyalahkan takdir diri,
Bila boros salahkan diri sendiri,
Kerana kau jua yang tak pandai mengurus wang sendiri,
Kerana kau jua yang tak tahu cara mengurus nafsu berbelanja itu...
Di mana ada jualan murah,
Di situ pasti ada kamu,
Di mana ada barang-barang mewah,
Di situ pasti ada kamu,
Berbelanja hingga tiada masa dan ruang,
Berbelanja hingga tiada lagi wang...!

P/s:- Puisi ini adalah sepenuhnya hasil ciptaan saya selaku penulis dan pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com) .Sebarang bentuk penerbitan semla adalah dilarang sama sekali. Hakcipta terpelihara.

  Maaf hasil contengan pada gambar di atas tidak cantik, saya hanya lukis guna paint ajer...tak reti nak guna adobe...macam lukisan budak sekolah rendah kan..? huhuhu..:p

Sunday, August 5, 2012

Puisi: Jika Esok Tiada Lagi Buatku...



Hari-hari yang berlalu terasa begitu pantas...
Seiring pertambahan usia...
Kadangkala membuatku bertanya sendiri...
Sudah cukupkah bekal ku untuk alam akhirat nanti...?
Sudah cukupkah amal ibadah ku selama aku di muka bumi ini...?
Pabila dihitung tambah tolak darab dan bahagi...
Rupanya banyak juga masa usia muda ini ku bazirkan begitu sahaja...
Mengejar dunia semata-mata membuatkan hati kosong entah tercampak kemana...
Wang di tangan tidak terasa apa...
Cuma memberi rasa pedih bukan bahagia...
Aku terfikir lagi...
Jika saat nafasku sudah terhenti,
Adakah aku sudah bersedia menghadapi sebuah kenyataan yang pasti lagi hakiki...?
Dunia yang indah kadangkala membuai aku ke fantasi...
Adakalanya aku terleka dengan kecantikan dunia yang sementara ini...
Sehingga membuatku cuai dan culas akan perintah-Nya,
Ya Allah ampuni aku...
Aku hambamu yang banyak khilaf selama aku di dunia,
Ya Allah ampuni aku,
Kerana terkadang aku seakan-akan sayangkan 'dunia' melebihi cinta ku kepada-Mu,
Ya Allah Ampuni aku,
Kerana terkadang aku seakan tidak menghargai nikmat usia yang aku punya,
Ya Allah ampuni aku,
Kerana adakalanya aku tidak menghargai nikmat kesihatan yang di beri oleh-Mu,
Ya Allah aku bersyukur kerana aku masih diberikan peluang untuk bernafas lagi,
Terima kasih Ya Allah kerana telah menyedarkan aku dari mimpi indah ini...
Peluang kedua ini akan aku gunakan sebaik mungkin,
Akan aku cuba dan terus mencuba memperbaiki kelemahan dan kekhilafan diri,
Aku risau, masih adakah esok untuk aku...?
Jika esok tiada lagi buatku, maka sempatkah aku melakukan itu semua...?
Jika esok tiada lagi untukku, adakah aku sudah bersedia...?


P/s: Puisi ini adalah ilham penulis blog ini, sebarang betuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali, hak cipta terpelihara...Kredit gambar google image...

~Sekadar renungan bersama...Kita berada di golongan yang mana? 
Sudah bersediakah kita menahadapinya?~

Nota kecil: 
       Ilham menulis puisi ini terbit tatkala diri ini melalui sendiri pengalaman bertapa sukarnya untuk bernafas sehingga diri tidak sedarkan diri (pengsan) dan terpaksa pula di kejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans pada 22.jun.2012. Pengalaman itu sukar untuk dilupakan kerana itulah pengalaman pertama pengsan begitu, pengalaman pertama meniaki ambulans dan itulah kali pertama rasa susah untuk bernafas sehingga terasa semacam sudah nazak. Ketika itu diriku terfikir adakah hari ini aku akan meninggal dunia..? Diri ini bersyukru kerana masih diberi kan kesempatan untuk bernafas dan terus bernyawa..
      Punca yang menyebabkan berlaku sebgitu adalah kerana terlebih oksigen di dalam badan sehingga menyebabkan sistem pernafasan gagal berfunsi secara normal, ditamba pula denagn diriku yang sukar untuk minum air masak / air mineral, itulah punca kurangnya air dalam badan hingga menyebabkan dehydration dan terpaksa pula dimasukkan air kedalam badan sebanyak 3 bekas melalui tiub yang terpasang di tangan kanan (tak tahu ape nama saintifik dia =,=" ). Tapi Alhamdulilah, diri ini bolehpulang kerumah selepas beberapa jam terlantar di katil wad kecemasan itu..Lega kerana tidak perlu terlantar di wad pesakit..
   Buat teman semua, bersyukurlah dengan nikmat kesihatan dan nikmat nyawa serta pernafasan kamu itu..Hargai ia dan manfaatkan ia sebaik-baiknya..Sekian dari ku...Moga bertemu lagi..
Oh ya, selamat berpuasa dan maaf zahir batin....(^___^) Maafkan diriku andai kata cara penulisan ku pernah mengguris hati kamu..Terima kasih kerana sudi singgah membaca ke sini di saat ku tidak update sebarang entry disebabkan terlampau busy dengan kerja...

Monday, May 21, 2012

Aku Cinta Malaysia...



Ini negara aku...
Tempat lahirku...
Di sini aku dibesarkan dan didik dengan bermacam ilmu...
Di sini juga aku belajar erti hidup....
Di sini juga aku belajar erti kasih sayang dan hormat menghormati...
Aku sayang negara ku ini...
Jadi akan aku curahkan segala kudrat bakti yang aku ada...
Segalanya untuk tanah airku ini yang aku cinta...
Semuanya untuk memastikan negara aku ini aman sentosa sentiasa,
Semuanya supaya negara ku ini semakin maju dan berkembang pesat hendaknya...
Oh bukan maju dari ekonomi sahaja,
Tapi maju juga dari segi pembangunan nilai rohani dan insaniahnya juga...
Majulah kau terus maju,
Wahai negaraku yang ku cinta selalu...
Bersatulah kau wahai semua isi di tanah airku,
Janganlah kau bermusuh berpecah belah dan bermasa muka begitu,
Bersatu padulah kau  dan semoga aman harmoni selalu,
Eratkan ukhwah kita bersama,
Bersama kita berjalan seiring melangkah ke depan tanpa rasa ragu,
Semoga kejayaan, kemajuan dan keamanan milik kita selalu...


p/s:- Puisi ini adalah hasil nukilan sepenuhnya milik penulis blog ini. Hak cipta terpelihara, sebarang bentuk penerbitan semula adalah dialrang..kredit gambar google image....


mari tonton video klip ini...Ape-ape pun sebagai rakyat Malaysia kitya tetap sayang Malaysia dan Malaysia tetap di hati kita..

Thursday, April 12, 2012

Kelas Yang Berbeza...



Dari dulu lagi aku tertanya-tanya tentang satu perkara
Kenapa manusia-manusia di bezakan dengan kelas yang berbeza..??
Ada kelas atasan, ada kelas petengahan dan ada kelas bawahan...
Adakah hanya kelompok teratas sahaja yang berstatus mulia..?
Adakah yang berada diatas harus terus disanjung?
Bagaimanakah dengan nasib yang berada di bawah..?
Adakah harus di pandang sepi sebelah mata..?
Adakah nasib-nasib mereka tidak terbela..?
Adakah mereka tiada hak untuk bersuara hanya kerana kelas yang berbeza..?
Kenapa harus ada perbanding dan perbezaan antara kelas atas dan kelas bawahan..
Walhal kita semua saling memerlukan..
Ya, hidup saling memerlukan..
Wajarkah jika si miskin terus dipandang hina oleh si kaya..?
Wajarkah kau letakkan jurang status yang membeza..?
Sedangkan dalam hidup kau sehari-hari kau juga memerlukan si kelas bawahan itu,
Kau kata status kau dan dia berbeza,
Mata kau di kaburi dengan harta dan kuasa yang kau ada,
Satu perkara yang kau lupa,
Kau dan dia juga manusia,
Kau dan dia juga hanya manusia manusia biasa!
Kau dan dia juga hidup di bumi yang sama,
Kau dan dia juga punya warna darah yang sama..
Jadi oleh itu janganlah engkau riak dengan status pangkat dan harta yang kau miliki,


   Hidup kita nie hanyalah sementara, harta dan  pangkat itu semua hanyalah pinjaman semata-mata. Bila badan dan nyawa sudah tidak lagi bersama. Harta dan pangkat kita tidak lagi bermakna. Apa yang dapat membantu kita hanyalah amal ibadah kita selama hidup kita di dunia. Jadi beringatlah, jangan kelabu mata dengan kemewahan yang sementara hingga lupa mengejar kebahagiaan yang kekal abadi (akhirat). Kita semua hanya manusia biasa tak kira seberapa kaya kita di dunia, tak kira  sebrapa tinggi pangkat yang kita ada, kita semua pasti akan melalui proses alam kematian di mana kita akan meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Di alam sana nanti (akhirat) adakah rumah banglo, kereta mewah, duit boleh menolong kita..? Di alam sana nanti, kita akan di hitung sama rata, tidak ada jurang yang membeza, tidak ada pilih kasih..Apa yang membezakan kita disana bukan harta kemewahan dan pangkat selama di dunia tapi apa amal ibadah kita.  Jadi wajarkah kita sebagai manusia biasa mahu membezakan orang dengan kelas yang berbeza...?
Wajarkah kita letakkan jurang yang begitu besar antara yang kaya dan yang miskin kerana kedudukankita yang berbeza..? Sedarkah kita bahawa, mereka-mereka yang miskin itulah yang berada di bawah tanggungjawab kita (yang kaya) untuk membantu sedaya mampu , derma seikhlas hati.


   Jika kita sebagai pemimpin wajarlah kita laksanakan tanggungajwab kita kepada mereka yang berada di bawah pimpinan kita. Dan bukannya kita hanya tahu memberi arahan itu ini, kemudian memandang hina pula dengan mereka yang berada di bawah pimpinan kita. Sebagai ketua haruslah tahu permasaalahan mereka yang berada di bawah kita, kerana mereka itulah tanggungjawab kita. Status dan pangkat yang kita ada itu bukan tujuannya untuk kita mendabik dada dan bermegah-megah tapi tujuannya utuk kita laksana kan tugas dengan penuh jujur, ikhlas dan amanah. Kuasa yang kau miliki janganlah kau salah gunakan pula, gunakan kuasa kau itu untuk mentadbir bumi agar menjadi tenteram dan aman harmoni. Jangan kau guna kuasa kau itu untuk memberi kemusnakan kepada bumi yang semakin tua ini. Jangan kau guna kuasa kau untuk menzalimi dan mencetuskan perang serta pertumpahan darah  di sana sini. Ingatlah bahawa kuasa kau itu adalah satu amanah untuk membawa sinar terang ke dalam dunia kegelapan dan bukannya membawa kehancuran di dalam dunia yang aman.


Mereka yang berada di Palestine misalnya, setelah sekian lama menderita oleh kekejaman manusia-manusia yang menyalahgunakan kuasa dengan memcetuskan peperangan dan pembunuhan demi merebut kemewahan dan kelangsungan takhta darjat yang konon "sangat berkuasa" dan boleh lakukan apa sahaja termasuklah sanggup menzalimi nyawa-nyawa yang tidak berdosa. #SavePalestine



P/s:- Entry ini adalah cetusan ilham penulis blog ini. Entry ini adalah bersifat umum dan sekadar luahan pendapat  penulis blog ini. Sumber gambar google image.

Monday, November 21, 2011

Puisi:-Harimau Muda Di Hatiku...



Harimau muda harimau perkasa,
Tangkas di pandang memikat mata yang memandang,
Harimau muda kekal di hati,
Dengan semangat juang yang tinggi, Kejayaan itu pasti akan kita kecapi,
Kalah atau menang tidak di peduli
Usaha dan semangat harus lipat gandakan lagi,
Doa dari kami mengiringi agar langkah mu lebih berani,
Berlari lah kau berlari,
Gegarkan gawang lawan mu nanti,
Usah di gentar kata-kata benci,
Jadi kan ia pemangkin semangat diri,
Dengan semangat Malaysia Boleh ini aku yakin kejayaan pasti jua kita miliki,
Harimau muda mengaum lagi,
Suaranya kini lantang dan di geruni,
Kelibatnya kini tak di pandang sepi lagi,
Majulah terus maju pasukan hari muda ku,
Teruskan perjuangan mu untuk hari ini dan masa depan nanti,





Nota:-Puisi ini adalah nukilan sepenuhnya pemilik blog ini. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali.

 Ps:Sama-sama kita nantikan perlawanan final bola sepak sukan sea Malaysia Vs Indonesia pada malam ini. Saya doakan agar kemenangan milik pasukan kita Malaysia.Sebagai mana kita dapat menumpaskan pasukan Garuda tempoh hari dengan 1-0 hasil jaringan dari Syahrul Azwari dan sebagaimana kita boleh tumpaskan Myanmar dengan 1-0 hasil jaringan dari Fakri. Sebagaimana perlawanan lalu, penajaga gol Khairul Fahmi Che Mat bijak dan berjaya  mengawal gawang kita dari di cerobohi, maka saya yakin kita masih boleh mengulangi kejayaan yang sama.Dengan semangat yang kita ada ini, walaupun ada antara ahli pasukan kita yang telah mendapat 2 kad kuning dan coach kita pada perlawanan menentang Myanmar tempoh hari hanya dapat duduk di bangku penonton dan hanya boleh bagi arahan kepada anak-anak buahnya melalui nota sahaja itu pun melalui orang perantaraan dan dia tidak di benarkan menggunakan handphone atau walkie talke untuk berinteraksi dengan para pemain.Tetapi kita sudah buktikan yang kita berjaya juga ke final. Jadi tidak mustahil untuk pasukan kita sekali lagi mengengam Pingat Emas Sukan Sea.


Monday, November 7, 2011

Puisi:- Lambaian Kaabah...


Aku teringin mahu menjejakkan kaki ke situ..
Entah aku tak pasti bila..
Entah, aku jua tak pasti adakah aku layak ke situ..
Kerana aku insan kerdil di muka bumi ini sering melakukan khilaf dan dosa..
Adakah aku layak untuk terpilih menjadi tetamu-Nya suatu hari nanti...?
Aku masih berharap dan terus berdoa agar-cita-citaku ini menjadi suatu kenyataan yang pasti..
Ini bukan angan-angan kosong yang tak bererti dan sia-sia..
Ini adalah impian penuh harapn dari jiwa kecil seorang insan...
Aku mahu bersama mereka semua,  berhimpun untuk melaksanakan ibadah kepada Allah SWT..
Apa yang pasti aku teringin benar melihat keindahan Kota Mekkah..
Ingin benar menyaksikan Kaabah yang tersergam indah..
Teringin benar mahu bersolat di Masjidil Haram...
Kaki ini mahu benar pergi ke makam Rasulullah SAW..
Tapi apakah aku mampu...?
Tapi adakah aku terdaya mahu ke situ...?
Tapi adakah nanti aku terpilih untuk menjadi insan terpilih yang bertuah itu...?




Ps:- Puisi ini adalah hasil nukilan sepenuhnya penulis blog ini(http:merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang bentuk penerbitan semula adalah di larang sama sekali. Hak cipta Terpelihara. Sumber gambar google image..Di kesempatan ini saya ngin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua Umat Islam di seluruh dunia..(^__^)

Thursday, July 28, 2011

Puisi:-Harimau Malaya Tetap Di hati...


Di padang itu nanti menjadi saksi...
Jutaan mata melihat dan memerhati...
Harapan dan impaian tersemat di hati..
Agar beroleh kejaayaan pada hari ini....
Jadilah kamu harimau pujaan hati...
Buktikanlah ketajaman taring mu pada lawan mu di sini...
Buktikanlah ketangkasan dan kehebatan kamu nanti..
Jangan kamu toleh kebelakang lagi....
Usah terlalu di fikiran kritikan pedas membakar hati..
Tetapi jadikanlah ia sebagai pembakar semangatmu nanti...
Usah di ulangi kesilapan dna kealpaan lalu..
Ubahlah strategi mana yang perlu..
Dengan semanagat dan keazaman yang jitu...
Pasti kejaayaan itu milikmu..
Jika kamu benar Harimau Malaya pasti kamu tak merasa gerun dan gentar..
Kerana harimau itu rasminya bersifat berani dan berazam tinggi..
Buktikan kepada pengkritik itu nanti..
Bahawa cita-cita mu bukanlah mimpi...
Jangan pernah toleh kebelakang atau berundur diri..
Majulah kedepan dengan semangat yang membara di hati..
Doa aku dan semua di sini..
Agar kejayaan itu buat kamu si Harimau yang berani..!




P/s:-Puisi ini adalah hasil ciptaan dicipta sepenuhnya pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang bentuk penerbitan semula adalah di larang sama sekali. hak cipta terpelihara...

Nota:- Puisi ini saya tujukan khas buat skuad bola sepak Malaysia..Semoga kejayaan milik kita..

Sunday, July 10, 2011

Puisi:- Bangunlah Wahai Bangsaku....!


Kerana hiburan engkau khayal,
Kerana nikmat dunia engkau leka,
Kerana kemerdekaan engkau bebas melakukan apa sahaja,
Kerana kemewahan engkau angkuh,
Kerana harta engkau leka,
Kerana takhta engkau sanggup bermusuh,
Kerana pangkat engkau bergaduh, ,
Payah dan susah menjadi sebutanmu,
Dengki khianat menjadi nafasmu,
Sabotaj dan iri hati menjadi nadi jantungmu
Putus asa sentiasa berada di mindamu,
Wahai bangsaku tersayang,
Bangunlah janganlah engkau khayal dan leka lagi,
Ubahlah sikap negatifmu,
Jika engkau mahu bangsa dan agamamu sentiasa disanjungi dan dihormati,
Jika engkau mahu dirimu dan bangsamu berjaya dipersada dunia yang sementara dan bahagia di akhirat kelak,
Itupun jika engkau sayang pada dirimu,bangsamu, agamamu dan negaramu...


Nota:- Puisi ini adalah hasil karya sepnuhnya penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Hakcipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali...


P/s:- Puisi saya ini  tercipta pada hari Jumaat iaitu 23.10.2009, pada jam 11.31 tengah hari..Puisi nie terhasil apabila seorang facilitator motivasi semasa saya menghadri kursus sales and marketing bagi program training and place telah bertanya tentang hobi setiap pelajar di kelas itu, kemudian saya berkata hobi saya adalah mencipta puisi. kemudian beliau mahu saya mencipta sebuah puisi yang boleh memberi kesedaran kepada semua...selepas 30 minit berfikir maka terhasilah puisi ini secara spontan...Selepas saya membaca puisi ini facilitator tue menitiskan air mata...kemudian saya bertanya kenapa beliau menangis..? beliau berkata "kerana terlampau tersentuh dengan puisi  ini" ...rakan-rakan dalam kelas tue pun sayu jer bila mendengar puisi nie...Mereka berkata puisi ini kedengaran agak sinis, tapi membawa seribu satu erti makna yang tersurat apabila dihayati, yang boleh dijadikan ikhtibar,panduan dan pengajaran...




Sebelum saya akhiri entry ini saya mahu tinggalkan kamu semua dengan :-



“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)




....Marilah kita sama-sama menghayatinya...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...