Translate

Thursday, April 12, 2012

Kelas Yang Berbeza...



Dari dulu lagi aku tertanya-tanya tentang satu perkara
Kenapa manusia-manusia di bezakan dengan kelas yang berbeza..??
Ada kelas atasan, ada kelas petengahan dan ada kelas bawahan...
Adakah hanya kelompok teratas sahaja yang berstatus mulia..?
Adakah yang berada diatas harus terus disanjung?
Bagaimanakah dengan nasib yang berada di bawah..?
Adakah harus di pandang sepi sebelah mata..?
Adakah nasib-nasib mereka tidak terbela..?
Adakah mereka tiada hak untuk bersuara hanya kerana kelas yang berbeza..?
Kenapa harus ada perbanding dan perbezaan antara kelas atas dan kelas bawahan..
Walhal kita semua saling memerlukan..
Ya, hidup saling memerlukan..
Wajarkah jika si miskin terus dipandang hina oleh si kaya..?
Wajarkah kau letakkan jurang status yang membeza..?
Sedangkan dalam hidup kau sehari-hari kau juga memerlukan si kelas bawahan itu,
Kau kata status kau dan dia berbeza,
Mata kau di kaburi dengan harta dan kuasa yang kau ada,
Satu perkara yang kau lupa,
Kau dan dia juga manusia,
Kau dan dia juga hanya manusia manusia biasa!
Kau dan dia juga hidup di bumi yang sama,
Kau dan dia juga punya warna darah yang sama..
Jadi oleh itu janganlah engkau riak dengan status pangkat dan harta yang kau miliki,


   Hidup kita nie hanyalah sementara, harta dan  pangkat itu semua hanyalah pinjaman semata-mata. Bila badan dan nyawa sudah tidak lagi bersama. Harta dan pangkat kita tidak lagi bermakna. Apa yang dapat membantu kita hanyalah amal ibadah kita selama hidup kita di dunia. Jadi beringatlah, jangan kelabu mata dengan kemewahan yang sementara hingga lupa mengejar kebahagiaan yang kekal abadi (akhirat). Kita semua hanya manusia biasa tak kira seberapa kaya kita di dunia, tak kira  sebrapa tinggi pangkat yang kita ada, kita semua pasti akan melalui proses alam kematian di mana kita akan meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Di alam sana nanti (akhirat) adakah rumah banglo, kereta mewah, duit boleh menolong kita..? Di alam sana nanti, kita akan di hitung sama rata, tidak ada jurang yang membeza, tidak ada pilih kasih..Apa yang membezakan kita disana bukan harta kemewahan dan pangkat selama di dunia tapi apa amal ibadah kita.  Jadi wajarkah kita sebagai manusia biasa mahu membezakan orang dengan kelas yang berbeza...?
Wajarkah kita letakkan jurang yang begitu besar antara yang kaya dan yang miskin kerana kedudukankita yang berbeza..? Sedarkah kita bahawa, mereka-mereka yang miskin itulah yang berada di bawah tanggungjawab kita (yang kaya) untuk membantu sedaya mampu , derma seikhlas hati.


   Jika kita sebagai pemimpin wajarlah kita laksanakan tanggungajwab kita kepada mereka yang berada di bawah pimpinan kita. Dan bukannya kita hanya tahu memberi arahan itu ini, kemudian memandang hina pula dengan mereka yang berada di bawah pimpinan kita. Sebagai ketua haruslah tahu permasaalahan mereka yang berada di bawah kita, kerana mereka itulah tanggungjawab kita. Status dan pangkat yang kita ada itu bukan tujuannya untuk kita mendabik dada dan bermegah-megah tapi tujuannya utuk kita laksana kan tugas dengan penuh jujur, ikhlas dan amanah. Kuasa yang kau miliki janganlah kau salah gunakan pula, gunakan kuasa kau itu untuk mentadbir bumi agar menjadi tenteram dan aman harmoni. Jangan kau guna kuasa kau itu untuk memberi kemusnakan kepada bumi yang semakin tua ini. Jangan kau guna kuasa kau untuk menzalimi dan mencetuskan perang serta pertumpahan darah  di sana sini. Ingatlah bahawa kuasa kau itu adalah satu amanah untuk membawa sinar terang ke dalam dunia kegelapan dan bukannya membawa kehancuran di dalam dunia yang aman.


Mereka yang berada di Palestine misalnya, setelah sekian lama menderita oleh kekejaman manusia-manusia yang menyalahgunakan kuasa dengan memcetuskan peperangan dan pembunuhan demi merebut kemewahan dan kelangsungan takhta darjat yang konon "sangat berkuasa" dan boleh lakukan apa sahaja termasuklah sanggup menzalimi nyawa-nyawa yang tidak berdosa. #SavePalestine



P/s:- Entry ini adalah cetusan ilham penulis blog ini. Entry ini adalah bersifat umum dan sekadar luahan pendapat  penulis blog ini. Sumber gambar google image.

13 comments:

YattAkasah said...

yg pnting..kite tiggi nilainye di sisi ALlah

Anonymous said...

betul3..sokong sangat2..xperlu la nk beza kerana pangkat semua nie..sbnya pangkat tu xkan dibawa mati..nati alam sana kita sama je semua...huhu

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Dalam institusi kekeluargaan sendiri pun ada saudara mara yg suka suki m'kelas2'n saudara mara yg lain, tak payah pandang jauh, Pandang sekeliling kita sendiri... Kan...sadih jadi mangsa begini.

Namee Roslan said...

sebenarnya manusia semua sama je. takde beza class pun. last2 semua mati sama je.

Rohainah said...

nice blog..:)
follow la sy..
http://siamoycincai.blogspot.com/

Ikbal Rizki said...

kalaulah manusia kaya itu tahu hakikatnya sebagai manusia, sesungguhnya tak ada yang perlu disombongkan di dunia ini.. semua hanya sementara.. heheu

diana bochiel said...

nice post kakakkkkkkkkkk *teriak pake toa

diana bochiel said...

nice post kakakkkkkkkkkkkkkkkkk

Unknown said...

sorry lama x singgh

Unknown said...

kos nk pasang audio system dlm viva x mahal sgt ..klu sekdara nk denar dr biasa 4 ke 5 ratus dh memadai

Fahmi Athailla said...

Palestina emang parah. wktu pernah dulu aja, orang palestina sempat ada yang datang ke indonsia (tanpa paspor) dan akhirnya di introgasi di Indo, dan di tangkap.

reenapple said...

yeah... aku setuju sesangat. =)

kadang3 perbezaan yang kecil selalu diperbesarkan padahal di akhirat nanti akan dihitung sama rata.. =)

Sya_Merpati Putih 88 said...

Cik Yatt :- saya setuju..=)

~AmyLiana86~ : yup, tapi ramai juga yang suka kejar pangkat, untuk glamer..utk nampak lebih terhormat katanya...

ZYASH:- yup, mmg sedih kalau ada yg perangai mcm tue..sy pun pernah mengalaminya...

Namee Roslan:- betul2..last2 nanti bukan bawa pangkat dan harta dunia tapi bekalan amal ibadah kita...

AmoyCincai : terima kasih sudi baca entry yg tak sebrapa nie dna terima kasih sudi singgah sini...saya dah follow awk..salam perkenalan..=)

Ikbal Rizki: yup, kalaulah begitu..tapi sayangnya ramai juga (walaupun tak semua) yang suka bermegah2 dgn harta yg mereka ada..

diana bochiel : entry biasa2 jer nie, sekadar luahan hati berdasakan pengalaman dan pemerhatian saya...terima kasih sudi berkunjung kesini...=)

khairul: takpe..sy faham awk sibuk dgn autoshow..sy pun lately agak jarang blogging..uhuhu...owh..thanks ye bagi info..sy mmg bercita2 nk pasang audio system kat kereta..:)

Fahmi Setiawan : mereka orang palestine selalu di tindas kerana mereka tidak punya kuasa dan senjata secanggih zionis..negara2 islam pula seperti "tidak cukup berani" utk membela nasib palestine kerana seperti gerun dgn "kuasa2 besar barat"

reenapple:ya, tepat sekali..
terdapat juga istilah tak setaraf dan sebagainya..padahal mereka lupa kita semua manusia..tarafnya sama saja..cuma yg membezakan cara kt gunakan akal utk berfikir dan amal ibadah kita selama di dunia..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...