Translate

Sunday, August 28, 2011

Ucapan Hari Raya 2011 (^___^)

Sorry, kat raya tak cantik..tak pandai sangat nak design..huhhuhhu.. =p
Erkk..sejak bile pulak ade tanda kat tepi idung tue..(~__~)"


Di Kesempatan ini saya , pemilik dan penulis blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang pernah melawat dan membaca blog saya ini...
Saya juga ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada kamu semua yang pernah membaca entri-entri saya, yang pernah berkunjung ke blog ini , yang menjadi kawan-kawan merpati di sini. Jika ada terkasar bahasa, terguris rasa, terobek hati dan tersinggung perasaan kalian kat mana-mana sepanjang membaca penulisan saya yang banyak kelemahan ini...Saya mohon ampun dan maaf sekali lagi...
Jutaan terima kasih kerana sudi berkunjung blog picisan saya ini dan terima kasih kerana  sudi meninggalkan comment serta menjadi sahabat saya di sini...
Saya doakan agar kamu semua selamat dalam perjalanan ketika pulang beraya ke kampung halaman masing-masing dan sentiasa beroleh kesihatan yang baik serta di murahkan rezeki...
Dan semoga kamu semua sentiasa ceria-ceria dan bahagia di pagi yang mulai nanti...

~Makan ketupat di pagi raya,
Sambil mendengar lagu raya,
Hati-hati di jalan raya,
Jangan sampai kena saman pula ya...~

~Penat sungguh membuat persiapan raya,
Hilangkan lelah sebentar di tepi beranda,
Dalam sibuk kita beraya,
Jangan dilupa pada yang tiada....~


~Budak-budak bermain bunga api,
Bunyi mercun pula memriahkan suasana,
Hati-hati menyambut raya nanti,
Jangan sampai melecur cedera kat mana-mana...~


~Tengah bergossip sambil makan kuih raya,
Tersedak tergolek bila terdengar bunyi meriam tin,
Saya nak ucapkan selamat hari raya,
Mohon maaf zahir dan batin...~



Nota:- Entri adalah cetusan idea sepenuhya penulis blog ini..Maaf pantun tak berapa nak menjadi..ehehehehee...

14 comments:

SoLy SoLicious said...

selamat hari raya.. maaf zahir dan batin :)

Chan said...

selamat hari raya, maaf zahir batin :)

Anisa Hang Tuah said...

selamat hari raya

:)

Unknown said...

selamat hari raya..peace yo..hehe

Namee Roslan said...

selamat hari raya merpati :) maafkan saya andai ada terkasar bahasa :)

Nizam Ijam said...

selamat hr raya :D

ILA HonEyBuNNy said...

selamat hari raya...maaf zahir dan batin..;)

kindergartenlibrary said...

Nelly The Strange nak ucap Selamat Hari Raya !!
:)

Hana Soffelia said...

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. ^_^

Anonymous said...

selamat hari raya...best pantun tu?

Pak Pis said...

Selamat Ari Raya..ok la kad tu...cun cun cun, Selamat Hari Raya :) :) :)

alyachan said...

selamat hari raya :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

SoLy SoLicious, Dr. Fox & Anisa Hang Tuah :- Selamat hari raya , maaf zahir & batin...(^___^)

tOyO :- yeah..selamat hari raya & maaf zahir batin bro..peace yo! (fuhh dah mcm rapper hip hop..ehehehe..)

Namee Roslan :-selamat hari raya & maaf zahir batin (^___^) terima kasih kerana sudi bkwn ngan sy...(^___^)

Nizam Ijam :- selamat hari raya & maaf zahir batin..terima kasih sudi singgah blog sy.. (^___^)

ILA HonEyBuNNy, nelly & Hana Soffelia:- selamat hari raya & maaf zahir batin..(^___^)

slumberdek:- selamat hari raya & maaf zahir batin..terima kasih sudi singgah blog sy..(^___^)best ke pantun tue..huhuhu..idea merapu entah ape2 mase buat pantun tue..huhuhu..

Pak Pis:-selamat hari raya & maaf zahir batin..(^____^)Err..ok ke kad tue..sy tak pandai nak design ar..mula2 nak letak pelita tapi tak jadik..huhuhu..

aLyA_syGS :- Terima kasih sudi singgah blog sy..selamat hari raya & maaf zahir batin..(^____^)

sobri yaacob said...

selmat hari raya...
maaf zahir dan batin :)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...