Translate

Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

Sketsa Cinta Awak Dan Saya...




Saya mungkin bukan pasangan idaman awak...
Saya mungkin kurang memberi masa untuk awak...
Saya mungkin selalu sibuk dan kadangkala terlampau sibuk sampai tiada masa untuk awak...
Saya sibuk dengan kerja-kerja saya, sibuk dengan business saya...
Saya selalu terpaksa batalkan janji kita untuk keluar sama-sama, Semuanya sebab saya perlu meeting dengan clients, Semuanya atas urusan kerja..
Saya batalkan janji kita bukan kerana saya curang dengan awak, tapi sebab saya terlalu sibuk dengan kerja...
Semua ini demi masa depan kita bersama juga...
Saya kuat kerja untuk kumpul duit demi keluarga kita dan demi untuk buat awak gembira...
Saya mungkin tak pandai nak bagi awak bunga-bunga...
Saya mungkin tak pernah bagi awak ayat jiwang romantik yang boleh buat hati awak berbunga...
Saya mungkin tak pernah bagi awak hadiah-hadiah mahal...
Tapi saya nak awak tahu cinta saya terlalu mahal untuk di nilai..
Saya nak awak tahu yang saya sayang awak untuk selamanya..
Walaupun saya tak tunjuk  sayang saya dekat awak untuk dilihat satu dunia..
Walaupun saya tak gemar update status jiwang berbunga di facebook dan twitter..
Tapi sayang saya pada awak adalah sampai hujung nyawa..
Sayang saya pada awak adalah ikhlas dari lubuk hati dan tak mungkin berganti atau terjual beli..
Walaupun saya kurang gemar beri password pada awak..
Itu bukan bermakna saya curang belakang awak...
Itu juga bukan bermakna saya beri cinta palsu pada awak...
Walaupun ada ramai perempuan yang berminat pada saya...
Tapi saya nak awak tahu yang saya  hanya minat pada awak seorang sahaja...
Hanya awak seorang sahaja gadis yang ada di hati saya..






Mungkin awak tiada masa untuk saya...
Tapi saya faham awak selalu sibuk banyak kerja...
Mungkin mereka selalu kata awak curang dengan saya...
Tapi saya tetap percayakan awak sampai bila-bila...
Mungkin awak tak pernah beri saya bunga,
tak mengapa kerana saya memang tidak gemar pada bunga..
Mungkin awak tak pernah beri saya hadiah mahal-mahal,
Tapi saya tahu yang cinta awak pada saya sangat mahal..
Saya tahu yang awak sayang saya walaupun tanpa hadiah itu semua...
Sebab awak sentiasa ada dengan saya, susah senang kita bersama...
Awak yang terima diri saya seadanya..
Awak yang terlalu ambil berat tentang saya...
Awak yang sentiasa ada ketika saya sakit..
Awak yang selalu beri saya nasihat, teguran, kata-kata semangat dan motivasi..
Itu semua sudah cukup untuk saya tahu yang awak ikhlas sayangkan saya...
Mungkin awak tidak terlalu terbuka berbicara tentang cinta kita di facebook dan twitter...
Itu tidak mengapa buat saya, asalkan kita berdua tahu yang kita saling mencinta...
Maka untuk apa perlu dijerit pada satu dunia..?
Asalkan hati kita ikhlas untuk bersama selamanya, maka tak perlu dihebah kita sedang terlampau bahagia...
Biarlah kita jaga batas privacy kisah cinta kita...
Biar ia menjadi warisan cerita buat anak cucu kita sahaja...
Awak mungkin bukan Takeshi Kaneshiro,
Tapi saya nak awak tahu yang awak adalah hero yang bertakhta di hati saya selama-lamanya..




P/s: Entry ini adalah hasil nukilan sepenuhnya saya selaku penulis blog & pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Terlahirnya tulisan ini sebenarnya adalah untuk dikarang sebagai novel yang saya mahu hasilkan, tapi syangnya asyik bertangguh sahaja...Makanya dari tahun 2005 (mase tu umur saya 17 tahun)hingga kini masih tiada masa,buku tulis contengan tangan itu pun telah dimamah anai-anai... Jadinya serpihan tulisan itu tinggal lah menjadi coretan  ringkas yang penuh  jiwang berbunga begini, cuma ia diubah sedikit dengan seiring peredaran masa...Eh, perlu diingatkan semula tulisan saya ini tiada kena mengena dengan diri saya atau sesiapa jua, ia hanyalah nukilan fiksyen coretan saya...(^___^)

kredit gambar: Google image..

~lagu dari filem Sepet, ini lagu favorite saya pada  tahun itu ...~ 

Tuesday, February 5, 2013

Usia Meningkat Tapi Belum Berkahwin...?

Kamu masih single...?
Ramai kawan-kawan sudah berkahwin...?
Setiap hujung minggu diisi dengan pergi jemputan kahwin...?
Maka setiap kali itulah kamu akan ditanya:
"Bila nak kahwin...?
Bila nak makan nasik minyak..?
Bila nak bagi kad undangan kahwin kamu pulak...?"

   Ya, kalau sekali sekala soalan itu ditanya tak mengapalah ye..Tapi kalau dah hampir setiap hari...Hurm..Pedih juga telinga mendengarnya...Itu belum termasuk komen-komen itu ini..Kepada mereka-mereka yang dah berkahwin pada usia muda, tolonglah jangan terlalu kerap bertanyakan soalan sebegitu pada rakan seusia kamu yang belum tamatkan zaman bujangnya lagi...Bukan apa, cuba kamu bayangkan kalau dalam sehari dapat 4 jemputan kenduri kahwin, maka setiap kali pergi jemputan mesti kena soal macam-macam...Jadinya pasti rakan kamu itu sudah tiada mood nak pergi kenduri kahwin lagi..Pasti dia berkata begini di hatinya... " Lebih baik tak pergi, nanti kalau pergi macam-macam kena soal.." Nak bertanya tu boleh, tapi usahlah terlampau kerap. Jagalah adab ketika bertanya, jangan pula bertanya soalan sebegitu dengan nada berbentuk sindiran..Ya, mungkin kamu sekadar bergurau. Namun hati kecil insan lain kita tak tahu kan...Jadinya, perlu lah juga kita menjaga hati insan lain jika kita mahu insan lain menjaga hati kita juga...


 Perspektif negatif yang kita sering dengar untuk orang yang belum berkahwin ialah :

"Forever Alone"
"Kurang kasih sayang"
"Sepi dan selalu sunyi"
"Terasing"
"Takda life dan hidup membosankan"
"Takda masa depan cerah"
"Bakal masuk rumah orang tua-tua"


  Perspektif ini sebnarnya tak semestinya 100% betul dan ia tak juga bermaksud perspektif tersebut salah! ya, ada benarnya..Tapi cuba kamu fikir sejenak...Kenapa mesti nak sedih, rasa terasing, rasa sunyi, rasa macam "forever alone" tu semua..? Sedangkan kamu masih punya keluarga dan kawan-kawan disekeliling kamu...!


Berikut sedikit tips untuk kamu yang masih single agar lebih ceria dan bahagia..(^___^):-

1. Dekatkan Diri Dengan Tuhan

  Rajin-rajinlah bersolat dan sentiasalah berdoa agar kamu dikurniakan jodoh yang baik , pasangan yang soleh dan baik serta bakal anak-anak yang soleh sebagai penyejuk mata, penawar hati yang duka. Jika kamu punya rezeki yang lebih, apa kata kamu pergi mengerjakan Umrah atau Haji.


2. Luaskan Pergaulan, Tambah Kenalan Dan Tambahkan Ilmu Pengetahuan

    Untuk mengelakkan rasa sunyi tu, cubalah kamu luaskan pergaulan. Sertailah aktiviti-aktiviti sekitar komuniti kediaman / di tempat kerja /kampus , kamu juga boleh masuk persatuan-persatuan kebajikan atau NGO contoh seperti MAKNA, Aman Palestine Malaysia, Mercy Malaysia dan sebagainya..Kamu juga boleh sertai bengkel-bengkel  kemahiran seperti automotif, komputer, menjahit, andaman, kelas kek dan sebagainya..Selain dapat tambah ilmu, kamu juga dapat manfaatkan ilmu tersebut untuk buka perniagaan sendiri misalnya tak pun buat sebagai kerja sampingan (boleh tambah duit poket). Selain itu kamu juga bolehlah menghadiri kursus/ seminar berkaitan keagamaan / motivasi / kepimpinan/ kerjaya /pernaigaan / pembentukan imej. Kursus sebegini adalah bermanfaat untuk diri kamu. Bagi kamu yang berhasrat untuk sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti Ijazah, Master atau Phd, bolehlah berbuat demikian.Yelah sementara masih single, senang nak bahagi masa..Jadi manfaatkan masa yang ada untuk tambahkan ilmu pengetahuan. Apabila kamu menyertai kursus /bengkel / seminar, pasti kamu akan menambahkan lagi bilangan rakan dan kenalan. Selain dari boleh tambah kawan, mana tahu ada jodoh kamu disitu..(ehehehe..)


3. Tingkatkan Kerjaya , Tambahkan Pendapatan

    Setiap hari kamu haruslah berusaha untuk majukan diri dalam kerjaya kamu. Usaha sehabis baik untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan dikagumi. Mungkin satu hari nanti usaha kamu akan berhasil bila kamu dinaikkan pangkat..Bagi kamu yang punya pernigaan sendiri, cuba sehabis baik untuk memajukan business kamu itu..Selain itu, kamu juga bolehlah mencuba pelbagai peluang kerjaya sampingan atau business part time...Kamu pasti tahu yang bila nak kahwin mesti nak pakai duit banyak.Yelah orang sekarang hantaran pun 10K (baca:10 ribu) keatas..Jadi bagi kamu yang lelaki haruslah bekerja keras untuk kumpul duit sebanyak mungkin! Biar nanti mak mertua bukak mata luas-luas, yelah dapat menantu kaya siapa yang tak bangga kan..? Sebenarnya, kamu harus sedar yang dalam kehidupan sekranag mempunyai tahap keduudkan kewanagn yang baik adalah yang terbaik. Cuba kamu bayangkan kalau kamu berjaya memiliki rumah, kereta, ada perniagaan yang boleh dibanggakan, telah mengerjakan umrah dan haji, dapat pergi melancong kemerata tempat  dan dapat memiliki ijazah sebelum mencapai usia 30 tahun. Pasti ia akan dikagumi, malah kamu sendiri pasti akan berasa bahagia (walaupun belum berkahwin) kerana kamu telah capai cita-cita semasa kecil kamu! Ya, manfaat kan setiap detik usia kamu untuk mencapai cita-cita yang kamu impikan terlebih dahulu, sayangilan diri sendiri terlebih dahulu. Majukan diri kamu, dan buktikan kamu juga mampu gembira dan memiliki rasa gembira walaupun kamu terlewat berkahwin.

   4. Keluarga Angkat atau Haiwan Peliharaan

   Kamu masih single, berjauhan dengan keluarga dan selalu merasa sunyi..? Tips untuk hilangkan sedikit rasa sunyi bila berada dirantauan atau bila jauh dengan kelurga adalah kelurga angkat..Yup, carilah mak atau ayah angkat, abang atau kakak atau adik angkat atau kamu boleh juga pelihara anak angkat, ia bagus untuk praktis kemahiran keibuaan atau kebapaan kamu...Kalau kamu rasa leceh nak ada keluarga angkat nie, apa kata kamu pelihara haiwan kesayangan contohnya seperti kucing, arnab, hamster dan lain-lain..


5. Pergi Beriadah ,  Bersenam , Bersukan Dan Melancong

   Jika hari-hari bekerja kamu terasa letih, tiada salahnya untuk kamu pergi keluar bersiar-siar beriadah atau bersukan. Ia amat baik untuk kesihatan diri kamu juga, ia juga boleh menambahkan stamina badan kamu.. Yalah seperti yang kita selalu dengar "Badan Sihat Otak Cergas". Janganlah sibuk bekerja dijadikan alasan untuk kamu malas bersenam atau emlakukan aktiviti riadah. Kamu stress?? Sentiasa murung, sentiasa moody..?Apa kata kamu pergi bercuti, melancong kemana sahaja, jika punya rezeki lebih pergilah melancong keluar negara. Pergi bercuti nie bagus juga untuk rehatkan badan dan minda selepas penat bekerja, boleh hilangkan stress..

6. Hobi Berfaedah

   Kamu bosan hujung minggu tak ada buat aktiviti apa dekat rumah..? Buatlah hobi baru (jika tak pernah ada hobi) . Contohnya seperti melukis atau  menulis atau bermian alat muzik (ketiga-tiga  jenis hobi nie, kalau kamu pandai manfaatkannya boelj jadi pendapatan sampingan tau..Kalau ada bakat boleh buat komik atau novel atau mini album ke apa..), sukan permotoran -kereta dan motor (Kalau kamu minat berlumba tak salah, yang kamu penting nak berlumba biarlah diatas litar ye,.Ingat nyawa diutamakan kesihatan diri didahulukan..), memancing atau bermain bola sepak / rugby dan lain-lain lagi hobi. Jika kamu nak tahu dari hobi kamu itu jugak, kamu boleh sertai persatuan yang berkaitan dengan minat kamu itu. Contoh hobi mengambil gambar, kamu boleh masuk persatuaan jurugambar amateur misalnya..Masuk persatuan nie, bagus juga sebab kamu boleh berkongsi idea dan pendapat + boleh asah bakat dan skill yang kamu ada ke tahap yang lebih baik. Selain dari itu manalah tahu boelh bertemu jodoh dengan pasangan yang punya minat yang sama dengan kamu..ehehehe..:)

   7. Sentiasa Berfikiran Positif

   Jika ada sesiapa yang terdekat dnegan kamu bertanya soalan pasal kahwin usahlah kamu marah-marah. Biarkan saja mereka bertanya. Sematkan dalam hati jodoh kamu pasti akan ada jua, cuma lambat atau cepat kamu tak pasti. Jadi kesimpulanya janganlah stress snagat memikirkan soal jodoh. Senyum selalu, ceiakan wajah kamu, pasti hari-hari kamu akan jadi ceria...Pancarkan aura positif pada wajah maka kehidupan kamu seharian pasti akan lebih ceria, dan bahagia..


P/s: Entry ini adalah pendapat spenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini(http://merpatiputih88.blogspot.com). Tercetusnya idea untuk menulis entry ini apabila saya sering ditanya dengan soalan "bila awak nak kahwin?" dan sebagainya..Oh ya , umur saya ketika entry ini ditaip   24 tahun 6 bulan..dan masih single! huhuhu..Mungkin sebab ramai dikalangan rakan sebaya telah menamatkan zaman bujang, maka saya sering ditanya soalan sebgitu.. Kepada kamu yang masih single, jangan rasa sedih dan jangan rasa "forever alone"...Sebab kamu ada banyak lagi perkara yang boleh buat kamu bahagia..Mungkin jodoh kamu lambat sedikit,itu saja. 

kredit gambar: google image

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...