Translate

Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Minat Kita Berbeza, Jangan Sampai Kita Bermusuh...

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabatku sekalian...


Sekarang nie sana sini orang bercerita pasal bola dan tak kurang juga ade yang bercerita soal politik...
Masing-masing ade hujah-hujah dan penadapat yang tersendiri yang tak kurang hebatnya. Walaupun kita mungkin kawan baik, walaupun kita mungkin adik beradik atau ada pertalian saudara, adalah mustahil untuk kita semua mempunyai pendapat dan minat yang sama..! Jadi kita haruslah belajar untuk menghormati pendapat dan minat orang lain juga. Kita ada sebab kena kita suka atau sokong sesuatu jadi begitulah juga dengan dirinya. Jadi tak perlulah untuk kita bersengketa, bermasam muka , bergaduh semata-mata kerana pendapat kita berbeza. Wajarkah kita adik beradik atau kita ynag sahabat karib nie saling maki hamun, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah semata mata sebab kita dan dia sokong pasukan bola yang berbeza atau kita dan dia sokong parti politik yang berbeza..? Patutkah hubungan akrab kita selama ini musnah begitu sahaja demi kerana kedua-dua isu yang sedang hangat diperdebatkan ini..?



    Pendapat saya, tak salah untuk kita minat sukan atau minat pada politik. Tak salah juga kita untuk menyokong mana-mana pihak yang kita rasa layak untuk di sokong. Kerana kita semua pasti tahu baik buruk, kelemahan dan kelebihan apa yang kita sokong itu. Kita ada akal, jadi kita boleh bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Tapi yang menjadikannya salah adalah apabila kita terlampau fanatik terhadap apa yang kita sokong. Hinggakan apa yang salah pun kita tutup mata, malah kita tetap sokong pula. Kononnya memang dah minta jadi kenalah sokong tanpa ada bantahan. Itu salah, hidup nie harsulah berprinsip. Benda yang salah usah kita cakap betul dan  benda yang ebtul usah kita cakap salah. Tak salah untuk kita terima pandangan orang lain untuk kebaikan kita bersama.


    Sebenarnya berbeza pendapat ini amat bagus, kerana denagn itu kita dapat bertukar-tukar idea. Malah ia menjadikan kita lebih kreatif untuk berfikir malah berhujah. Tapi janganlah sampai apa yang kita cakapkan itu menyinggung hati dan perasaan sahabat kita pula. Hormatilah pendapatnya, terimalah ideanya, dan degarlah huja-hujahnya degan  hati dan minda yang terbuka. Tanpa perlu untuk kamu dan dia bermasam muka.

  Jangan kerana kamu minat pasukan bola A, dan bila pasukan kamu menang kamu menunjuk-nunjuk lalu mengutuk pasukan rakan kamu iatu B. Kamu kata rakan kamu "bodoh" kerana pilih pasukan bola yang "lembik dan lemau" untuk disokong. Kamu ketawakan pula kawan kamu itu berdekah-dekah. Apa reaksi rakan kamu...? Pasti dia panas hati bukan, maka tercetuslah perselisihan pendapat antara kamu dan rakan kamu hingga kamu dan dia dah terputus hubungan sebagai sahabat. Begitukah yang kamu mahu..? Takkan lah kerana isu-isu ini kamu mahu bermusuh, sedangkan ukhwah yang etrjalin antara kamu dan dia sudah terbina sekian lamanya. Mahukah kamu lihat ukhwah itu hancur gara-gara sokongan terhadap bola atau politik yang berbeza itu...?



Terimalah hakikat bahawa setiap manusia punya minat yang berbeza-beza, ada orang yang hobinya melayari internet, ada pula yang besukan, ada pula yang suka membaca dna bermacam lagi. Ada orang yang cita-citanya mahu menajdi guru, ada pula yang mahu jadi arkitek, jurutera, doktor ,akauntan dan bermacam lagi. Jadi sedangkan hobi dan cita-cita kita pun berbeza ini kan pula pasukan bola atau isu politik. Pasti ada saja perbezaan antara kita. Kerana memang kita semua  dikurniakan mata, tapi persepsi serta pemahaman kita berbeza. Cara kita menilai sesuatu itu juga berbeza. Jadi kita kena hormati rakan-rakan kita yang sokong pasukan bola atau aliran politik yang ebrbeza dengan kita. Maka barulah kita pula dihormtai oleh khalayak ramai.


   Jadi lah individu yang profesional dna usahlah terbawa-bwa emosi dan usahlah terlampau mengikut kata hati. Bertindak atau berkata-katalah mengikut kewarasan akal dan bukannya ikut pertimbangan emosi. Usah terlalu fanatik, bersederhanalah denagan apa yang kita sokong.  Usahlah menaykiti hati orang sekeliling semata-mata kerana kita berbeza minat dan pendapat...


Walaupun kita berbeza team bola - Euro 2012,
Walaupun kita berbeza aliran politik - PRU 13,
Jangan lah pula kt bersengketa,
Janganlah pula kita bermasam muka lalu berpecah belah pula....

Salam ukhwah, sahabat-sahabatku semua...(^_____^)



ps:-
Apa khabar kamu semua....?
Maaflah kerana agak sibuk kebelakangan ini...
Sebenarnya saya baru jer habis kursus ...
Fuhh..dalam bulan nie memang jadual penuh...
Semalam petang baru habis semua kursus tue..
Penat memang penat tapi seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan baru dan  yang penting dapat tambah ilmu...
Jadi saya di sini ingin mohon maaf kerana lama dah tak berkunjung ke blog kamu-kamu semua,
InsyaAllah ade kelapangan nanti saya akan berkunjung seperti sediakala ye..:)
Salam sayang sahabatku...(^____^)
Ehehehe...untuk Euro kali nie saya sokong Germany, sama macam yang sebelumnya...eheheh...Setia bersama German! Yeah!


P.p/s: Entry ini adalah hasil ilham oleh penulis blog ini, ia hanyalah luahan penadpat semata-mata, sebarang kekurangan harap dimaafkan..Kredit gambar google image..

Wednesday, October 26, 2011

Pentingnya Bekerja sama...

Hai Semua..Selamat Pagi..Selamat Meyambut Hari Deepavali kepada yang menyambutnya..Selamat bercuti..(^___^)




    Minggu lepas saya pergi kursus OBS / kursus membina semangat dekat  Sekakap Mersing, Johor..Walaupun sebenarnya saya pernah berkursus kat situ masa zaman sekolah, tapi kali nie memang wajib pegi..Masa kat situ banyak aktiviti outdoor..Sesuatu yang saya belajar di situ ialah tentang semangat "bekerjasama"..Jadi hari nie saya nak cakap sikit mengenai bekerjasama..






      Kamu pernah menonton cerita kartun wonderpets...? Ya, iainya cerita kartun, ia ianya seperti kebudak-budakkan....Tapi tahukah kamu, pada saya cerita itu sangat bagus..Sebab ia membawa unusr nilai-nilai murni..Iaitu semnagat bekerjasama, persahabatan dan tolong menolong. Jadi tak keterlaluan jika saya kata, cerita kartun wonderpets nie lagi bagus dari cerita-cerita merapu yang entah ape-ape moral value nya..




      Sebenarnya semangat bekerjasama nie sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Tak kiralah di mana, sama ada di tempat kerja, sama ada di sekolah / Institusi Pengajian Tinggi (IPT), atau di rumah sekalipun. Kita kenalah sentiasa bekerjasama di tempat kerja.  iatu saling membantu dalam melaksanakan tugas. Lebih-lebih lagi jika kita bertugas dalam kerja yang berkumpulan contoh jika kita terlibat dalam bidang jualan / pemasaran. Setiap ahli dalam kumpulan perlulah mekasanakan tugas masing-masing dengan betul, dan perlulah berkongsi idea agar dapatlah meningkatan jumlah jualan bagi kumpulan mereka. Jika hanya seorang ahli sahaja yang aktif dan ramai ahli yang "tidur" maka jumlah jualan pun akan merosot.Maka kamu sekumpulan akan di marah oleh Bos kerana gagal membuat jualan yang banyak serta gagal mencapai target jualan sekaligus gagal memberi keuntungan kepada syarikat




      Sama jugalah jika kita seorang pelajar. Jika pensyarah menyuruh kita untuk membuat assignment atau final project yang memerlukan iainya dilaksanaan secara berkumpulan, maka kita perlulah bekerjasama. Kumpulan itu perlulah pandai membahagikan tugasan yang perlu di buat setiap ahli, dan setiap ahli peerlulah melaksanakan tugasan yang diberi. Jika ada ahli yang tak buat tugasan itu, maka kumpulan kamu tidak akan dapat menghantar  assignment atau final project itu kepada pensyarah kamu.Seterusnya ianya bukan hanya menjejaskan markah ahli pemalas itu seorang tapi ia juga menjejaskan markah keseluruh ahli kumpulan. Jadi di sini sangat perlu nilai bekerjasama itu.






  Dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat juga perlu ada nilai bekerjasama. Jika sesebuag keluarga tiada nilai ini maka pincanglah keluarga tersebut. Jika sesebuah masyarakat sudah tiada nilai bekerjasama ini maka masyarakt itu menjadi masyarakt yang mundur dan tidak maju kehadapan. Ianya adalah kerana masing-masing gagal melaksanakan tanggungjawab masng-masing. Apabila manusia enggan bekerjasama, maka wujudlah masyarat yang zalim dan tidak bermoral. Iaitu apabila setiap manusia itu hanya tahu mementingkan diri sendiri dan engan menjaga hati individu lain dan enggan membantu serta enggan memberi pertolongan kepada individu yang memerlukan bantuan..




Apa yang penting...? Bekerjasama...Apa yang penting....? Bekerjasama...
Kami tak besar dan kami tak kuat..Bila bekerjasama semua jadi mudah..


Ps:- Sudah hampir seminggu tidak buat sebarang entry, jadi walaupun hari nie hari rabu, saya mahu buat entry yang bertulis, kerana dah lama tak menulis di blog..rindu rasanya..Dah dekat seminggu tak Bw ke blog-blog kamu semua..Balik kursus kena siapkan kerja-kerja yang tertunggak. InsyaAllah hari ini saya akan Bw ke blog kamu..Yeah..!

Saturday, June 18, 2011

" BLOG WALKING BESAR-BESARAN !! "


Assalamualaikum ...
Zippo,Saya dah joint awak punye segment..
Firstly, thanks Zippo sebab sudi melawat blog saya dan ajak saya joint segment nie..
Terharu pulak rase sebab blogger yang ramai follower macam awak nie sudi ajak kita joint segment macam nie..

Kekuatan blog saya...???
Ermm..entahlah ye..sebab pendapat saya, blog saya nie biase-biase jer dan takde benda yang menarik pun..
Blog nie pun simple jer..Follower pun tak ramai,...
Entry pun biase-biase jer..Masih banyak yang saya perlu perbaiki dan pelajari dari segi penulisan dan macam-macam perkara yang berkaitan dengan dunia blog nie..
Saya harap blogger-blogger lain sudi memberikan sebarang komen terhadap blog saya nie, agar saya dapat perbaiki kelemahan blog saya nie...
Saya suka buat entry berkaitan isu-isu semasa, saya suka kongsikan pendapat dan idea saya kat dalam blog saya nie...Selain tue saya juga sangat suka buat entry berkaitan puisi, macam-macam jenis puisi saya boleh buat dan semua puisi nie adalah idea saya sendiri yang saya perolehi secara spontan..Memandangkan konsep blog saya nie adalah personal blog, maka saya juga ada sikit-sikit ceritakan pasal personal life saya kat sini..
Itu sahajalah berkaitan blog saya..
Saya harap anda semua sudi memberi tunjuk ajar kepada saya...
Sekian, Salam Uhkwah..
Semoga kita bersama-sama dapat mengeratan tali persahabatan sesama blogger....
(^________^) 
.
.
.
Anda pun berminat nak joint segment nie..?
Jom ramai-ramai memeriahkan lagi segment nie..
Click kat link nie:-

Monday, July 12, 2010

MAJLIS PERSANDINGAN SAHABAT..19.June.2010

Sekarang nie kan dah mcm jadi 1 trend lah pulak kan berkahwin pada usia muda nie...
Teropong punya teropong ramai jugalah budak2 satu sekolah yg dah kahwin..
Budak kelas sy masa form 5 dulu pun dah 3 org dah kahwin da...
Best jugak bila pergi kenduri kahwin member nie kan..
Ye ar masa nie ar boleh jumpa member2 lama yg telah sekian lama terpisah..
kalau tak..tak tau lah bila leh jumpa..
yg mana dah lost contact tue bolah lah jumpa semula..
minta no hp..email..alamat umah terkini..n last but not least FB (wajib tue)...
yg paling best nye leh amik gambar banyak-banyak dengan member2 yg dah sekian lama terpisah..
tp kan..
ada 1 yg tak best..(bagi org2 yg masih single cam sy nie..)
mesti nak ada soalan cepu mas punya...
"sahira, bila kitaorg nk mkn nasi minyak awk lak??"
"bila awk nak kahwin? jgn tunggu lama2..."
nie lah soalan yg wat sy lemah lutut tak tau nak jawab pe...
tp sy cam biase relax jer sudahhh...
(walaupun dlm hati gementar jgk ar nkjawap per..)
jawapnye..
"lum ade calon..nape nak tolong carikan..??"
"masih banyak bender nk kne kejar n nk kne wat..banyak lagi cita2 & impian yg lum tertunai tue..."
"kan muda lagi..relax ar...kejar cita2 dulu"
tue ar jawapan dari sy...
so pada sesiapa diluar sane yg nk tanye soalan cepumas lagi..
jawapan nye sila baca diatas ye..(huhuhu..)..;-)
eh lupa palk nk bagi ucapan..
wat azua hidayah ngan pasanagnnye..
semoga berbahagia dan kekal hingga akhir hayat..dikurniakan zuriat yg soleh/soleha, bijak lagi pandai..comel2 dan cute miut...
kepada kwn2 5 sains 5..
bila korang semua nak wat reunion nie..???

Tuesday, November 10, 2009

TERINGAT KENANGAN BERSAMAMU TEMAN....

Pada tahun 2006 cik merpati telah melanjutkan pelajaran ke sebuah politeknik di sebuah negeri yang indah lagi bersejarah...pada tahun 2007 cik merpati telah telah menetap di rumah sewa yang dikongsi bersama teman-teman seasrama dan juga teman baru...disinilah cik merpati telah mempelajari banyak perkara tentang kehidupan dan persahabatan...susah senang,suka duka kita lalui bersama...banyak kenangan yang cik merpati kongsi bersama mereka selama kami tinggal bersama....saat-saat stress ketika masing-masing sibuk dengan tugasan,kuiz,final exam....saat-saat suka & riang ria kami bersiar-siar & membeli belah di upotown...saat-saat gembira kita membuat jamuan & ketika menyambut hari perayaan...serta saat-saat sulit dan sukar ketika masing-masing kesempitan kewangan....sesungguhnya kenangan ini takkan boleh terbayar dan terbeli di mana-mana...betapa meriahnya rumah kami, dengan music dari pelbagai genre yang dipasang. walaupun ketika kesidihan atau stress sebab membuat persiapan peperiksaa tapi rumah kami tetap happening dengan pelbagai telatah, gelak tawa, dan usik mengusik....kami sangat suka pada tagline "apa yang penting? bekerjasam...." sungguh cik merpati sangat rindukan semua kenangan itu...seperti mahu kembali ke masa lalu...kini...kami telah terpisah, dan sibuka dengan kehidupan dan tugasan masing-masing...percayalah wahai teman-temanku aku sentiasa mengigatimu...jarak dan masa memang memisahkan kita...tapi secebis kengan yang kita lalui bersama sama sekali tidak akan pernah terpadam....berikut adalah coretan kenangan kami bersama:-


Inilah kengan kami ketika beraya pada tahun 2008.....cik merpati bersama teman-teman
.
.
.

Together 4 Ever.....

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...